PENONTON SAMAN PENERBIT & PENGARAH KALAU FILEM TAK BEST?

8/31/2013 02:57:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Filem bocor nak saman jutaan ringgit. Agaknya tertuduh tu nanti ada duit tak nak bayar saman?? Kalau blogger la yang di heret & di tuduh tu nanti.. macam mana agaknya.

Dato  Yusof Haslam & syamsul Yusof mula mengamuk sebab kes filem KL Gangster 2 yang terlebih dulu di tayangkan secara percuma kat online & boleh di download full movie lagi. Sampai Dato Yusof haslam keluarkan statement nak saman jutaan ringgit kepada si pelaku yang memuat turun filem tu kat online. Ok la.. mencuri salah tak boleh di nafikan. Mereka berhak ambil tindakkan bila barang mereka kena curi. Tu pun tak boleh di nafikan. Tapi kerugian belum tentu lagi berapa.. entah2 kalau filem tu betul2 best mesti orang sanggup beli tiket & tengok lagi sekali sebab katanya filem yang terbocor tu hanya 50 peratus kualitinya daripada segi kandungan, kesan dan CGI serta belum dibuat 'final mix' dan sebagainya. Jadi mesti la orang nak tengok filem tu lagi dengan kesan bunyi yang gempak & effect yang hebat kan??

Sumber Sinar Harian

Tapi kalau filem tu indah khabar dari rupa.. pepaham je. Mesti ramai ucap syukur atas kebocoran filem tu sebelum tayangan sebab at least dorang tak payah bazir duit beli tiket semata2 nak tengok filem yang hanya gempak pada trailer saja, kan??Filem bocor sebelum tayangan nak saman kalau filem tak best tapi trailer je gempak penonton tertipu pergi beli tiket wayang & tengok kemudian filem 90% sampah agaknya boleh saman tak pengarah & produser filem tu?? Nak minta duit tiket balik pun belum tentu dapat.. kau jangan berangan la nak saman penerbit & pengarah filem tu. Mati berangan la kau dik non!!

hahahahaha.. kalau lah boleh aku rasa David Teoh la paling banyak kena saman sebab filem2 dia majoriti menyemak panggung je.(ini pendapat peribadi den pada filem2 keluaran metrowealth yer.. Tak salah kan kalau den rasa filem dia banyak yang tak best dari best) Yelah.. Orang bisnes memang macam tu. Orang seni hasilkan karya.. orang bisnes hasilkan duit. Bila orang bisnes berkarya.. Duit jadi benda utama maka karya cuma jadi kambing hitam saja untuk mengaut keuntungan.

Jadi isu pasal filem bocor tu.. Tak salah kalau Dato Yusof & Syamsul nak cari dalang punca filem tu bocor sebelum tayangan. Tu hak mereka jadi kat sini takde la pertikaian dari den. Nak saman pun saman la.. Den jangankan nak tengok yang free showing tu.. Kat Pawagam pun tak terdetik kat hati nak tengok filem tu. Pi mai Pi mai.. jalan cerita sama ja.

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PERBARISAN MAKNYAH SEMPENA MERDEKA

8/30/2013 01:40:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Maknyah pun manusia.. Maknyah pun rakyat Malaysia.. Jadi apa salahnya depa nak turut sama memeriahkan perarakkan sempena merdeka dengan menyertai perbarisan. Jadi harap takde sapa la mempertikaikan penyertaan mereka dalam acara menyambut kemerdekaan ni.

KUANTAN – Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 mempunyai keunikan tersendiri pada perbarisan yang diadakan turut disertai 12 ormak nyah bagi mewakili Drug Intervention Community (DIC) Malaysia Pahang.

Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid berkata, penyertaan itu sebagai satu usaha mengubah persepsi orang ramai kepada golongan tersebut sering dipandang serong dan dihina.

Lebih malang katanya, ada yang menganggap golongan ini tidak patut ada dalam masyarakat dan bertindak memukul mereka sehingga cedera parah.

"Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat.

“Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," katanya. (artikel penuh baca kat SINI )

Betul tu menerima mereka bukan sebab kita menyokong apa yang tak baik mereka buat tapi mungkin pendekatan macam tu boleh membimbing mereka secara perlahan untuk kembali menikmati hidup seperti manusia normal yang lain & berubah kearah yang lebih baik.

Jadi sebagai rakyat Malaysia.. Kita kena sokong penglibatan golongan macam ni dalam aktiviti macam ni. At least takde la mereka rasa mereka takde tempat langsung di mata masyarakat kan?? Apapun selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 56 semua. merdeka!merdeka!merdeka!

P/s : Ramai yang mempertikaikan penyertaan nyah2 ni dalam perbarisan kemerdekaan kononnya mengiktiraf golongan ni. Hello... dorang tak mewakili persatuan nyah tapi DIC Drug Intervention Community. Jadi kat mana salahnya kalau dorang nak sertai perbarisan ni?? Kalau kata sebab dorang nyah.. tak kira la dorang wakil dari persatuan yang sah kat M'sia tetap salah untuk dorang sertai aktiviti macam ni.. tak payah ambik contoh lain. Ko pergi check penari2 yang dok terkinja2 masa hari sambutan macam ni.. takde yang nyah ke?? Napa dorang tak jadi isu besar pun sertai perarakkan sambutan macam ni?? Sebab dorang bukan wakil persatuan Nyah?? Macam tu jugak dengan nyah2 ni. Selagi dorang tidak berpakaian tak senonoh ataupun songsang masa perbarisan tu nanti..tak salah pun dorang join. Isu hidup songsang dorang tu isu lain yang patut kita perdebatkan. Isu sekarang dorang pun rakyat Malaysia yang berhak sertai aktiviti macam ni selagi dorang ikut peraturan


14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BLOGGER JUTAWAN JALANKAN AKTIVITI PELACURAN

8/29/2013 04:09:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Hangat! Hangut! hangus kan tajuk entri ni. Siapakah gerangan blogger kaya raya tersebut?? Op's bukan dia yang melacur tapi dia selaku bapak ayam yang melacurkan orang lain. Mesti korang mula mengimbau nama2 blogger yang kaya raya kan?? Tapi tetap jugak tak dapat teka siapa??

Memang la korang tak dapat teka sebab yang korang senaraikan blogger2 kat Malaysia. Kat Malaysia ada ke blogger yang dah jadi jutawan?? Tu den kurang periksa la pulak.. kalau ada apsal den tak kenal ha..??

Ok.. berbalik pada topik asal. Siapakah blogger itu?? Blogger jutawan yang di tangkap kerana menjadi bapak ayam?? Inilah blogger nya..


Bukan blogger Malaysia rupanya.. Tapi tetap kena jadikan pengajaran. Blogger2 Malaysia jangan buat kerja haram even tipu clik iklan 8share sekalipun. Kita buat kerja baik2 jadi kita tak perlu buat sembunyi2 kan?? Apapun selamat berblog Uolls..

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA BLOGGER RASA DIRI DIA HEBAT...

8/26/2013 12:18:00 PM suria lekatlekit 17 Comments

Dalam berblog ni macam hidup jugak.. ada blog panas.. ada blog sejuk.. ada blog suam.. ada blog popular.. ada blog syok sendiri.. ada blog cari pasal.. Isu dalam blog pulak toksah cakap la macam2 ada. Astro pun kalah.. Sekarang ni orang lagi suka baca blog sebab macam lipas kudung update berita. Lambat sangat nak tunggu berita terkini atau buletin utama.. Tak kira berita sahih.. gosip.. fitnah.. kisah benar.. kisah bohong bagai.

Blog & laman sosial terutama FB & twitter satu benda yang dah macam merpati sejoli. Jarang dengar orang tulis blog takde relate dengan laman sosial. Laman sosial medium untuk mempromosikan blog sebab laman sosial lebih mudah nak ramaikan jemaah dari blog. Konsep follow blog tak macam kumpul friend kat FB. FB lagi mudah untuk meramaikan majlis berbanding blog walau kita follow orang pun belum tentu orang follow kita balik. Sebab tu hak individu.. berbanding FB bila kita sent request untuk friend.. kalau dia approve dah kedua2 nya dah dapat kelebihan dari jumlah friendlist.

Yang mukadimah panjang ni sebenarnya nak cerita apa.. hahahahaha.. sorry termelalut pulak. Bila kita dah ramai follower blog ramai friendlist kat FB di tambah pulak ada fanpage yang ramai LIKE kita mula rasa diri kita hebat. (Kita tak merangkumi semua yer.. terpulang la sapa yang terasa maka dialah orang tu). Buat apa pun mesti ada orang respond & feedback. Mula la rasa level diri tu lebih tinggi dari orang lain sampai rasa diri tu hebat sangat dah. Salah betul tak boleh nak tegur. Maybe kaki mengampu & menumpang teduh bawah glemer orang akan angguk2 & support jer apa yang si glemer buat. Betul salah tetap dia cari point jugak nak betulkan supaya boleh buat ayat support & puji2 melambung. Yang salah tu dia tetap pejam mata rapat2.. buat2 tak nampak.

Yang rasa hebat makin mengebat.. sapa tak sokong apa dia buat maka itu musuh. Sapa kata apa dia buat salah walau betul salah.. Pasti terkeluar dari ahli jemaah kawan2. Fenomena biasa yang kita boleh lihat terutama adik2 yang baru ada follower ribu riban. Kalau den la.. tak kira kau adik2 ke.. abang2 ke.. kakak2 ker.. kalau den rasa tak betul den cakap jer. direct to the point. Ada ku kesah kau top ke tidak. Tapi jenis yang banyak pengaruh ni kadang2 guna pengaruh dia untuk buat dia rasa sentiasa betul walau salah pun. Kau fikir malaikat kiri kanan kau pun akan terpengaruh ke dengan ramai manusia2 yang rabun jadi pengikut kau tu?? Jadi.. sapapun kau.. kalau buat salah sila accept la. Kadang2 orang tegur untuk kebaikan.. Taknak keterlanjuran tu sampai memudaratkan diri. Jangan anggap setiap teguran berunsur dengki & khianat untuk menjatuhkan kita sedangkan kita sendiri sedar apa yang kita buat tu sebenarnya salah.

Jadi pada semua termasuk diri sendiri yang pun tak lepas dari buat silap.. Setiap teguran sila timbang, tapis, kaji & selidik dulu. Tak boleh kita judge semua teguran tu berunsur khianat & dengki bila yang menegur tu tak sepopular & se hot kita sebab kadang2 orang tak heran pun dengan kau punya kemahsyuran tu.. Siti Nurhaliza pun kalau orang nak hentam.. orang hentam jugak inikan pula kita2 yang cuma blogger di persisiran pantai gitu. Entri ni sekadar mengingatkan diri sendiri & juga semua yang membaca. Manusia yang akan menuju kegagalan bila dia rasa diri dia dah cukup hebat & tak boleh terima teguran atau perbezaan pendapat.. Jadi sentiasa rasa diri kita insan yang masih belajar yang memerlukan teguran & pandangan orang lain untuk kita sentiasa belajar & terus belajar.

P/s : Terasa dengan teguran tu biasa.. den pun kadang2 terasa tapi akan jadi tak berapa biasa bila orang tegur, kita tahu salah tapi tetap jugak taknak accept. Tetap jugak nak cari point salahkan orang lain.

Bila rasa diri tu singa walhal cuma seekor kucing maka orang yang melihat akan ketawa terkencing kencing. Hahahaha.. perumpamaan apa pun tak tau la


Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

17 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PEMANDU NAIK ANGIN PUNCA BAS JATUH GAUNG DI GENTING HIGHLAND

8/23/2013 10:56:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

Orang kata marah boleh membawa padah. Bila kita dah marah, perbuatan kita mula hilang pertimbangan & akal kita pun boleh jadi tak waras. Macam tu la rasanya den boleh simpulkan kes kemalangan Bas jatuh gaung di genting highland tu.

Menurut penumpang yang terselamat.. Pemandu bas tu jadi marah bila ada sebuah kereta hon masa dia berhentikan bas lebih kurang 5 minit. Lepas dia marah2 sambil memandu tu penumpang pula tegur supaya jangan marah marah. Dia jadi bertambah marah lalu memandu laju sehingga bas hilang kawalan lalu jatuh gaung.

Sumber Astroawani

Sebab kena hon je nak naik angin agaknya kalau kena maki terbang gamaknya bas tu kelangit. Rasanya pengusaha bas express ni kena juga adakah ujian tahap kesabaran kepada bakal pemandu bas dorang supaya dapat elakkan dari pemandu hilang sabar atas sebab2 remeh macam ni sehingga mengorbankan ramai nyawa. Sabar tu penting dalam apa juga pekerjaan yang kita buat. Nak2 lagi kerja yang melibatkan keselamatan & nyawa orang ni.

 Entri yang berkaitan :
UPDATE TERKINI BAS JATUH GAUNG. SENARAI NAMA MANGSA TERKORBAN

 TERKINI! BAS JATUH GAUNG SEDALAM 150 KAKI DI GENTING HIGHLANDS 

KAKI DAN CEBISAN ORGAN DALAMAN MANGSA BAS JATUH GAUNG DI TEMUI


  ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE
 

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KAKI DAN CEBISAN ORGAN DALAMAN MANGSA BAS JATUH GAUNG DI TEMUI

8/22/2013 04:02:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Bila baca sambil membayangkan memang la rasa seram sejuk berdiri segala rambut yang ada. Bayangkan bagaimana bas tu jatuh & semua mangsa terhempap. Gaung sedalam 150 kaki tu memang den mengaku den tak dapat teka berapa dalam  sebab bab kira2 ni lemah sikit tapi bila membayangkan organ dalaman pun boleh tercampak keluar dari badan memang ngeri la kan??

GENTING HIGHLANDS: Kaki dan cebisan organ dalaman manusia ditemui tidak jauh dari badan bas yang remuk teruk selepas terjunam ke gaung dalam kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor berkata, kaki dan cebisan organ dalaman itu mungkin milik dua invidu.
Kaki itu ditemui dalam operasi mencari saki baki mangsa oleh pasukan penyelamat di lokasi kejadian nahas itu pagi ini, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Antara yang ditemui dalam operasi bermula 9.45 pagi itu ialah barang-barang peribadi milik mangsa nahas yang diharap dapat membantu anggota keluarga mengecam identiti mangsa.

"Sebanyak 34 daripada 37 mayat mangsa juga sudah dibedah siasat. Rata-ratanya mati akibat kecederaan teruk di dalam badan," katanya. (artikel penuh sila clik kat BERITA HARIAN )

Lepas ni mesti ada yang trauma nak naik bas express lebih2 lagi ke genting. Biarpun ajal & maut di tangan Allah tapi kita sebagai manusia ni kena juga berhati2. Moga jadi pengajaran kepada semua yang bertanggungjawab terutama pengusaha bas express ni. Kemalangan melibatkan bas express ni rasanya bukan sikit. Dalam kemalangan jatuh gaung ni macam mana la depa isi dalam 1 bas sampai 50++ orang. Rasanya bas muat dalam 40 orang je kot

 Entri yang berkaitan : UPDATE TERKINI BAS JATUH GAUNG. SENARAI NAMA MANGSA TERKORBAN

 TERKINI! BAS JATUH GAUNG SEDALAM 150 KAKI DI GENTING HIGHLANDS 


  ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE
 

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

UPDATE TERKINI BAS JATUH GAUNG. SENARAI NAMA MANGSA TERKORBAN

8/22/2013 03:32:00 PM suria lekatlekit 0 Comments

KUALA LUMPUR: Berikut mangsa yang maut dalam nahas bas di Genting Highlands menurut senarai yang dikeluarkan polis.

Senarai nama mangsa setakat jam 2 petang

1. Nama: Chan Fook Choy
   K/P: 511105-08-5421
   Alamat: No 8, Jalan BK 5/14, Bandar Kirara,  47100 Puchong, Selangor

2. Nama: Chan Lai Huat
   KP: Tiada
   Jantina: Lelaki
   Warganegara: Malaysia

3. Nama: Sub Moy @ Sak Moy
   KP: 420806-10-5596
   Jantina: Perempuan
   Alamat: 2-9-15 Jalan Prima Setapak 7, Off Jalan Genting Setapak Kuala Lumpur

4. Nama: Sukhviv Singh
   Jantina: Lelaki
   Warganegara: India

5. Nama: Rafik Ali Buai Habac Chu
   Jantina: Lelaki
   Warganegara: Bangladesh 6. Nama: Sek Sooi Chan
   KP: Tiada
   Jantina: Perempuan
   Warganegara: Malaysia

7. Nama: Lee Fok Wah
   KP: 510409-10-5319
   Jantina: Lelaki
   Warganegara: Malaysia

8. Nama: Law Tiaw Meng
   KP: 771015-14-5339
   Jantina: Lelaki
   Warganegara: Malaysia

9. Nama: Law See Kee
   KP: 940715-08-5838
   Jantina: Perempuan
   Warganegara: Malaysia

10. Nama: Auther Mash
    KP: Tiada
    Jantina: Lelaki
    Warganegara: India

11. Nama: Yap Hing
    KP: 520313-10-5807
    Jantina: Lelaki
    Warganegara: Malaysia
    Alamat: Tiada

12. Nama: Muhammad Rasid bin Jantan
    KP: 520828-04-5305
    Jantina: Lelaki
    Warganegara: Malaysia
    Alamat: Tiada.

13. Nama: Ng Ah Heng
    KP: Tiada
    Jantina: Perempuan
    Warganegara: Malaysia
    Alamat: Tiada
  
14. Nama: Choo Peng Kwan
    KP: 470131-08-5363
    Jantina: Lelaki
    Warganegara: Malaysia
    Alamat: Tiada

15. Nama: Bhuiyan Rifique Ali
    No Pasport: QC 692665
    Jantina: Lelaki
    Warganegara: Bangladesh

Kecederaan: Semua mayat mengalami kecederaan di bahagian kepala dan organ dalaman akibat daripada hentakan. - BERNAMA

Takziah kepada semua keluarga Mangsa. Sumber Sinar Harian Online

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TERKINI! BAS JATUH GAUNG SEDALAM 150 KAKI DI GENTING HIGHLANDS

8/21/2013 05:18:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Ya Allah meremang bulu roma bila baca berita terkini yang mula tersebar kat FB tentang sebuah bas yang jatuh gaung di genting highlands tu.

Maklumat Terkini : Sebuah bas terbabas dan terjatuh kedalam gaung sedalam 150 kaki di Genting Highlands sebentar tadi. Dianggarkan 49 orang mangsa terlibat. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah.(Sumber dari FB)

Gambar dari Facebook Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia

Marilah kita sama2 doakan semua mangsa berada dalam keadaan yang selamat semoga pihak bomba mampu melakukan kerja2 menyelamat secepat mungkin.






Video :Pasukan penyelamat menggunakan kren untuk membawa keluar mangsa kemalangan bas di KM3.6 Jalan Genting-Karak. VIDEO Shahrul Redzuan Zulkifli (Sumber Mymetro)



Update terkini :  Maklumat mangsa tragedi bas jatuh gaung di KM3.6 Jalan Genting-Karak.
 Takziah kepada semua keluarga mangsa


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JAWAPAN TENTANG SOALAN PUASA SUNAT SYAWAL ATAU PUASA GANTI MANA PERLU DI DAHULUKAN

8/21/2013 10:46:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

Ramai para wanita meng update status di FB bertanyakan pasal hal ni. Dorang nak buat yang mana satu dulu.. Yelah syawal cuma 30 hari jer.. dorang risau tak sempat nak buat puasa sunat syawal yang 6 hari tu tapi pada masa yang sama dorang ada hutang lagi puasa yang perlu di ganti. Jadi persoalannya yang mana satu perlu di buat dulu atau bolehkah ia di gabungkan dalam 1 masa. Kira pakej la... puasa sunat mix sekali dengan puasa ganti.


Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali.

Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam. (Untuk artikel penuh sila clik kat SINI )


Ok semua dah jelas ker?? Moga dengan perkongsian yang sedikit ni dapat memberi ilmu yang bermanafaat buat kita semua, Insya Allah.



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SELAMAT HARI JADI SHAHILA

8/20/2013 09:38:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

20 Ramadhan bersamaan 20 Ogos 2011.. Lahirnya seorang puteri tepat pukul 9.38 pagi di hospital sg buloh. Lepas 4 hari siaplah surat beranak dan di daftarkan dengan nama Shahila. Nama pilihan dady dia sendiri mengikut perjanjian yang di tetapkan masa Shahila dalam perut lagi. Kalau baby girl nama bapak dia yang akan bagi.

Hari ni 20 Ogos 2013 genaplah budak shahila tu 2 tahun. Hari ni hari selasa.. Hari dady kerja. Tapi dady dah tinggalkan pesanan untuk lala.. Dady cakap lala bangun nanti tolong wish Happy Birthday. Dady kata nanti kita beli kek.

Hadiah untuk lala belum prepare setakat ni. Takde sebarang plan untuk buat majlis celebrate birthday lala. Maybe kita celebrate 3 beranak jer la kot. Lagipun kita selalu bertiga je buat sebarang aktiviti. Dunia kita pun kebanyakkan habis bertiga jer.. Kadang2 je kita invite Acu.

Duhai anak mami tersayang.. 2 tahun lala masih belum faham banyak perkara. Shahila akan belajar perlahan lahan & akan memahami dengan sendirinya nanti. Apa yang mami & dady harapkan shahila membesar dengan sempurna, sihat & jadi anak yang terbaik. Anak yang solehah.. anak yang cantik & anak yang cerdik.

Happy birthday Shahila. Moga hari ini & seterusnya shahila terus menjadi anak yang cemerlang & berbahagia dengan kehidupan sederhana kita ni. Mami & Dady sayangkan shahila..


8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BAHAYA PAKAIKAN EMAS KEPADA ANAK ANAK KECIL

8/19/2013 10:44:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

sekarang ni ramai yang suka bagi baby girl dorang pakai barang kemas. Comel.. kecik2 lagi kat leher yang berkilau emas.. kat lengan yang bersinar emas. Tak salah kalau ada rezeki lebih nak laburkan kat anak - anak. Tapi dalam kita menyatakan kasih sayang dari kilauan emas kat badan anak kita tu tanpa sedar kita sedang dedahkan si kecil tu pada bahaya besar. Nak tahu bahaya apa?? Jom kita baca..

Zaman sekarang zaman jenayah berleluasa.. Rompak, ragut, samun, bunuh, culik & sebagainya hari2 kita boleh dengar, baca & tengok samada kat laman sosial, tv & akhbar. Sasaran penjenayah ni tak hanya pada golongan dewasa jer.. Sekarang ni tak kira sekecil2 anak hinggalah sebesar2 bapak semua berisiko menjadi mangsa jenayah. Jenayah ragut, samun & rompak barang kemas ni bukan isu baru.. Selalu kita dengar mak2.. makcik2.. akak2.. je kena ragut & samun barang kemas.. Jarang kita dengar budak2 kecik & baby2 kena ragut rantai kat leher atau kena samun gelas emas kat lengan kan?? Kes ni kita jarang dengar tapi tak semestinya tak ada berlaku rompakkan/samun/ragut kepada kanak2. Ada.. cuma kita dengar dari mulut ke mulut tak highlight besar2 kat media massa.

Bila kita pakaikan anak2 kecil kita dengan emas yang sekarang menjadi satu benda berharga ni tanpa kita sedar kita dah dedahkan anak2 kita kepada risiko yang besar. Penjenayah ni ada kat mana mana saja.. Adik den pernah cerita anak kawan dia.. kena rompak rantai emas. Nasib baik la penyamun tu tak buat apa2 yang boleh mendatangkan bahaya kat budak tu. Cuma dia guna psykologi je nak ambil rantai emas yang budak tu pakai. Hilang emas boleh kumpul duit beli semula tapi kalau jadi apa2 kat anak.. boleh ke kumpul duit beli anak yang sama kat mana2 supermarket atau kedai runcit??

Gambar carian google sekadar hiasan sahaja

manalah tau.. tetiba kita kat tepi jalan dengan anak kecik kita nak lintas jalan.. kat leher anak berkilau2 emas.. si emak bertudung tak nampak la emas. Si peragut mesti target benda yang dia nampak jer kan?? tetiba.. dia datang rentap rantai leher anak kita, jatuh tersungkur budak tu atas jalan.. datang pulak kereta lain. Ya Allah.. minta jauhkanlah dari semua tu berlaku pada kita semua tapi pada masa yang sama kita kena la ambil langkah keselamatan. Jangan mendedahkan anak kita kepada bahaya & risiko jenayah. Biar orang pandang miskin.. Tak miskin kita dengan pandangan orang tu asalkan kita semua berada dalam zon selamat.

Pada mak bapak semua termasuk diri sendiri.. Memang bila tengok anak orang di pakaikan emas kita pun nak anak kita rasa benda yang sama. Macam tu jugak den ni.. tapi den ni kadang2 imaginasi jauh kedepan. Bila terfikir semua bahaya2 tu.. Takpe la.Biarlah anak ku kosong tak ber emas permata asalkan dia sentiasa selamat. Asalkan dia membesar dengan sihat, itulah hiasan paling cantik yang paling berharga dari seorang ibu kepada tubuh badan anaknya.


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RAMAI MAK BAPAK MELAKUKAN SYIRIK KECIL BILA LANGSUNGKAN PERKAHWINAN ANAK

8/13/2013 10:05:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

Bila nak kawen ni kita tak terlepas untuk melibatkan mak bapak & family. Kalau orang dulu2 di dahului dengan perbincangan mak bapak baru la di susuli perkenalan antara bakal pengantin tapi sekarang ni.. bakal pengantin kenal dulu baru depa refer mak bapak bila dah decide nak kawen kan?? Tapi tu bukanlah isunya..

Isunya sekarang tanpa sedar atau dengan sengaja ramai mak bapak (selalunya la kan?? sebab mak bapak yang kebanyakkan tentu berapa jumlah hantaran anak) melakukan syirik kecil & sesuatu yang di haramkan dalam Islam bila nak langsungkan perkahwinan anak - anak. Bila anak anak mengambil keputusan nak kawen & perbincangan antara dua keluarga berlaku maka topik wang hantaran la menjadi topik utama & isu penting. Jangan tak tau ada mak bapak yang jenis nak nampak gah tak fikir dah kemampuan bakal menantu tu janji bila orang tanya berapa hantaran kawen anak dia boleh kembang kempis hidung cerita.

Merujuk akhbar kosmo hari sabtu lepas.. Perbuatan menunjuk nunjuk dalam perkahwinan adalah syirik kecil & hantaran tinggi yang di letakkan untuk tujuan yang sama hukumnya haram. Kalau pasangan tu mampu mengadakan seperti yang di minta tu di bolehkan tapi kalau tujuan nak menunjuk jugak tetap haram, hokay!! Kang ada pulak yang kata.. takpe buat dosa 1 hari.. esok2 boleh taubat tapi tu la kan.. takut2 takde keberkatan lain pula jadinya nanti, ye dak??

Rujukan Akhbar Kosmo

Hantaran tinggi sememangnya tidak di galakkan dalam Islam.. Tapi dalam masyarakat kita sekarang hantaran tinggi la akan menjadi puja puji orang. Wah.. anak sipolan tu kawen hantaran 1 juta serba 10.. kau hado?? Lepas tu dia bandingkan pula dengan anak sipolan yang hantaran rendah.. anak dia tu hantaran seciput jer... Sambil cebik mulut panjang sedepa. Padahal dalam Islam perkahwinan yang paling berkat adalah yang paling rendah maharnya tapi dalam masyarakat jadi terbalik. Lumrah manusia...

Dalam apapun perbuatan yang penting kesederhanaan & tidak membazir. Tinggi atau rendah hantaran bukan pengukur maruah diri seseorang pun. Kadang2 kita takut sangat orang mengata tapi kita tak kisah dapat atau tak keberkatan dalam sesuatu yang kita lakukan. Bahagia bukan letakkannya betapa grand nya majlis kawen & berapa tingkat kek atau berapa album duit hantaran.. Penentu kebahagian bukan bermula di hari perkahwinan tapi selepas majlis perkahwinan tu. Kalau lepas majlis gilang gemilang mood bulan madu pun hilang asyik fikir hutang, bahagia ke?? tepuk dada tanya selera la kan...

Semoga jadi peringatan & pengajaran buat kita semua. Hari ni mungkin hantaran untuk kita.. masa depan hantaran untuk anak kita pulak.


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE
 

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BUKAN SENGAJA MENGHINA ISLAM DALAM VIDEO RAYA DENGAN ANJING

8/04/2013 10:30:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

Mungkin ramai yang anggap den ni tak sensitif dengan isu Agama bila den kata Video Raya dengan anjing tu bukan berniat menghina Islam. Mungkin ramai yang salah faham maksud den & tuduh den sokong pulak perbuatan menghina Islam. Sampai ada kawan sekolah yang unfriend kat FB. Sebab tak faham la tu.. Kat sini kena jelaskan biar manusia2 yang tak faham & suka salah faham tu faham sikit.


Isu video raya dengan anjing.. Yang jadi kecoh pasal video tu adalah sebab ada ANJING yang majoriti masyarakat Melayu Islam kat Malaysia ni sangat2 la sensitif sehingga anggap menyentuh anjing tu macam dosa besar yang tak boleh ampun dah. Ok.. menyentuh anjing tanpa sebab hukumnya HARAM. Menyentuh anjing dalam keadaan tertentu macam basah, terkena air liur darah najis dia wajib samak. Den faham sangat pasal tu. Dalam video tu muzik latar dia ada takbir raya sikit & lagu raya. Sebab ada ANJING & Takbir raya.. orang labelkan dia sebagai menghina Islam. Selepas tu dalam video tu ada babak si tertuduh tu basuh kaki & muka anjing di selangi dengan babak dia basuh kaki & muka dia seolah2 berwuduk jadi orang cop itu pun menghina Islam.. kononnya dia mengambil wuduk untuk anjing.

JAKIM dah mengesahkan perbuatan dalam video itu sebagai menghina ISLAM jadi den terima sebab bagi den depa lebih arif dalam isu agama tapi apa yang den tak boleh terima bila ada yang menuduh tertuduh menghasilkan video tu semata mata nak hina ISLAM. Aku terima dalam video tu ada perbuatan yang tak sepatutnya dia buat dengan anjing. Dalam Islam membolehkan kita membela anjing untuk tujuan tertentu sahaja seperti jaga kebun, jaga rumah & sebagainya. Nak info lebih lanjut google la sendiri yer. Yang tak boleh kita bela anjing untuk jadikan pets.

Dia bergaul dengan anjing yang di bawak masuk dalam rumah & di beri makan kuih tanpa alasan tertentu yang membolehkan dia buat macam tu memang la salah tapi aku percaya niat dia menghasilkan video tu bukan nak mencabar undang2 Islam apatah lagi dengan tujuan menghina Islam sebab mesej yang nak di sampaikan dalam video tu jelas. Berkongsi kegembiraan dengan haiwan tapi mungkin sebab haiwan tu bernama ANJING & ada perbuatan yang tak sepatutnya berlaku terjadi maka orang anggap dia buat semua tu dengan tujuan menghina ISLAM.

Mungkin secara dia tak sedar & tak sengaja dia seolah olah menghina Islam tapi aku tetap yakin yang perbuatan menghina Islam tu bukan motif utama dia hasilkan video tu. Dia salah seorang aktivis haiwan terbiar. Anjing2 tu anjing yang di selamatkan ketika masih kecil & di buang mungkin.

Aku tak pernah melihat anjing makhluk yang hina walau aku pun tak pernah sentuh anjing. Laki aku dulu pun selalu bagi sekor anjing ni makan. siap beli makanan khas untuk anjing  tu. Anjing jalanan yang selalu lepak tempat laki aku parking kereta. Bila bagi dia makan.. dia selalu jaga kereta laki aku. Kami tidak pandang dia sebagai makhluk yang haram untuk di beri simpati & kasih sayang walau kami tak pernah menyentuh dia pun. Kami tidak membela tapi kami hanya berkongsi rezeki Allah dengan dia. Sebab mungkin rezeki yang kami dapat tu sebahagiannya adalah hak dia sebab tu Allah temukan dia dengan kami. Tapi sekarang bila badan dia dah gemuk.. kurap2 kat badan dia pun dah takde.. dia pun membawa diri mencari teman gamaknya. Takpe la.. dia pun berhak hidup bebas & membuat keputusan sendiri.

Berbalik pada story pasal video raya tu.. Biarpun video tu di sahkan JAKIM sebagai menghina Islam tapi ia berlaku secara tak sengaja & bukan motif utama beliau untuk menghina Islam. Mungkin atas dasar kasih sayang & keprihatinan dia terhadap haiwan bernama ANJING tu beliau terlupa akan garis panduan seorang Islam untuk bergaul dengan anjing. Macam orang kata cinta tu buta.. Sebab cinta la ada yang kena tangkap kat hotel budget bulan2 puasa ni kan?? Tapi Isu tu mungkin tak sensitif sangat sebab dia kena tangkap dengan manusia bukan anjing atau babi.. ye dakkkkkkkkkkkkkkkkk (paham sendiri yer)

Kita menghina, mengutuk & mengeji dia seolah2 apa yang dia buat Allah takkan ampunkan dah padahal kadang2 yang maki hamun tu bukan sensitif pasal agama sangat pun. Orang yang ada Iman tak maki hamun orang camtu.. cuba check 5 waktu dia cukup tak?? Kalau 5 waktu tak cukup.. Solat pun dia tak sensitif tapi bila bab ANJING & BABI je dia sensitif sendiri mau ingat la kan?? Spesis macam ni adalah spesis yang bila ramai orang bercakap pasal sesuatu isu dia jadi pinggan tambah yang ada racun untuk mengeruhkan keadaan. Lagi satu blog @ laman2 sosial FB/twitter yang konon sensitif tapi sebenarnya kejar rating & traffic je tulis isu2 macam tu. Ni semua spesis ambil kesempatan dalam kesempitan orang lain. Tu pun biasa... memang wujud pun spesis macam tu. Tapi bukan semua cuma banyak je macam tu.

Apapun den doakan tertuduh itu akan di beri bimbingan sepenuhnya & di beri hidayah dari Allah untuk perubahan kearah yang lebih baik. Usaha murni dia menyelamatkan haiwan terbiar tak kira la anjing ke hapa ke den sokong cuma mungkin dia perlu tahu garis panduan untuk bergaul dengan anjing. Mungkin dia silap dengan menghasilkan video tu.. dan kalau dia nak bertaubat pun antara dia dengan Allah jer.. tapi kita2 yang pernah & sedang menfitnah dia tu sendiri mau ingat la kan...

Jadi semoga penjelasan ni yang mana dok kata den tak sensitif dengan isu agama, tak salah faham lagi. Kalau tak faham jugak, takpe la Allah faham.

p/s : Moga kes chetz @ maznah ni memberi pengajaran  pada kita semua. Islam tak mengharamkan kita untuk mengasihi sesama makhluk cuma berkaitan anjing & babi ni kita perlu prihatin sebab pergaulan kita dengan mereka ada batas. Moga Chetz @ Maznah belajar sesuatu dari apa yang berlaku & kita juga kena belajar menilai perbuatan tanpa niat & dengan niat. Macam membunuh tanpa niat & membunuh dengan niat jugak la.. kedua duanya salah & ada hukuman tapi hukuman dia mungkin berbeza. Dengan niat kesalahan dia lebih besar berbanding dengan yang tanpa niat. Macam tu la jugak dengan kes video raya dengan anjing ni walau ia di sahkan ada unsur menghina Islam tapi mungkin bukan niat sebenar dia menghasilkan video ni. Salah memang tetap salah.. Dia dah terima hukuman kita pun jangan nak terus menghukum sedangkan kita pun sentiasa buat silap & mengharap peluang.

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MELAMPAU! CIKGU TASKA LAYAN BUDAK MACAM SAMSENG

8/01/2013 11:46:00 AM suria lekatlekit 15 Comments

Dua tiga hari ni dok baca status kawan den yang dok cerita perihal cikgu taska anak dia. Anak dia yang sorang tu dah besar & pandai cakap so apa2 yang jadi kat taska dia balik la cerita kat mak dia. Sebagai seorang mak ni even dengar cerita pasal anak orang lain memang marah jugak. Bayangkan mak budak tu yang dengar sendiri dari mulut anak dia pasal kekurang ajaran cikgu taska tu??

Nak tau cerita dia jom kita baca sama2 kisah yang den dah printscreen dari wall status kawan den ni.. Kalau sakit hati den tak tanggung hokay


 Lokasi taska ni dekat area saujana impian kajang. nama taska tak dapat nak mention sebab tak dapat keizinan dari tuan empunya status.

Apamacam sakit hati tak baca. Sebab pengasuh2 taska macam ni la banyak kes baby mati tersedak susu. Paling best boleh cekak baju budak & ugut/marah sebab budak tu ngadu kat mak dia. Kalau kau rasa heroin sangat pun bukan dengan budak. Kau try pergi buat kat mak dia macam tu tengok. Kalau kau tak telan gigi bermakna nasib kau memang baik la.

Dah la tiap2 bulan bayar mahal.. Alih2 layan anak2 kita macam tu. Korang tak sakit hati ke? Soal sakit hati tu soal tak berapa besar tapi soal keselamatan anak2 yang dalam jagaan taska sepanjang mak bapak dorang kerja tu yang paling penting. Kalaupun tak cedera fizikal.. kecedearaan emosi pun jangan pandang remeh. Boleh menganggung pembesaran anak jugak tu.

Pengusaha2 & cikgu2 mahupun pengasuh2 kat taska ni korang ni hati iblis ke hati apa?? Mentang2 yang kau jaga tu anak orang boleh buat suka hati la.. Anak orang tetap manusia bukan anak patung, hokay!! Kalau dah rasa tak mampu pikul tanggungjawab better cari kerja lain. Kalau kau rasa kau brutal sangat kau pergi la jadi buruh kasar kat tapak pembinaan tu. Sesuai la dengan kau yang tak reti nak bezakan anak orang dengan dinding batu yang boleh suka2 hati kau nak buat apapun. Tak pun kau pergi la jadi security.. sesuai sangat dalam keadaan sekarang yang banyak kes jenayah, rompakkan. Kau kuat sangat kau pergi la lawan dengan penjenayah.

Orang tinggalkan kau amanah untuk kau jaga & pastikan dorang selamat & terlindung dari sebarang ancaman & bahaya tapi kalau kau dah jadi satu ancaman & bahaya pada anak2 orang macam mana?? Ingat.. Kau kerja bukan di bayar dengan peluh ketiak je tau!! Gaji kau tiap2 bulan tu jangan sampai jadi tak berkat sebab kau tak tunaikan amanah & tanggungjawab yang orang bayar kat kau. Jadi ingat yer cikgu2 taska.. Jangan ingat benda tu kecik kau boleh pejam mata. Sekali kena menangis seumur hidup. ada faham??


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com