KAKI DAN CEBISAN ORGAN DALAMAN MANGSA BAS JATUH GAUNG DI TEMUI

22.8.13 Suria Lekatlekit 6 Comments

Bila baca sambil membayangkan memang la rasa seram sejuk berdiri segala rambut yang ada. Bayangkan bagaimana bas tu jatuh & semua mangsa terhempap. Gaung sedalam 150 kaki tu memang den mengaku den tak dapat teka berapa dalam  sebab bab kira2 ni lemah sikit tapi bila membayangkan organ dalaman pun boleh tercampak keluar dari badan memang ngeri la kan??

GENTING HIGHLANDS: Kaki dan cebisan organ dalaman manusia ditemui tidak jauh dari badan bas yang remuk teruk selepas terjunam ke gaung dalam kemalangan di KM3.5 Jalan Genting Highlands.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohd Mansor Mohd Nor berkata, kaki dan cebisan organ dalaman itu mungkin milik dua invidu.
Kaki itu ditemui dalam operasi mencari saki baki mangsa oleh pasukan penyelamat di lokasi kejadian nahas itu pagi ini, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Antara yang ditemui dalam operasi bermula 9.45 pagi itu ialah barang-barang peribadi milik mangsa nahas yang diharap dapat membantu anggota keluarga mengecam identiti mangsa.

"Sebanyak 34 daripada 37 mayat mangsa juga sudah dibedah siasat. Rata-ratanya mati akibat kecederaan teruk di dalam badan," katanya. (artikel penuh sila clik kat BERITA HARIAN )

Lepas ni mesti ada yang trauma nak naik bas express lebih2 lagi ke genting. Biarpun ajal & maut di tangan Allah tapi kita sebagai manusia ni kena juga berhati2. Moga jadi pengajaran kepada semua yang bertanggungjawab terutama pengusaha bas express ni. Kemalangan melibatkan bas express ni rasanya bukan sikit. Dalam kemalangan jatuh gaung ni macam mana la depa isi dalam 1 bas sampai 50++ orang. Rasanya bas muat dalam 40 orang je kot

 Entri yang berkaitan : UPDATE TERKINI BAS JATUH GAUNG. SENARAI NAMA MANGSA TERKORBAN

 TERKINI! BAS JATUH GAUNG SEDALAM 150 KAKI DI GENTING HIGHLANDS 


  ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE
 

6 comments:

  1. saya baca pun ngeri. tragedi paling worst. takziah kepada yang kehilangan ahli keluarga dlm tragedi ni

    ReplyDelete
  2. tengok mangsa dalam keadaan begitu..amat menyedihkan..

    ReplyDelete
  3. Salam Mummy Lala..

    adoyai..yg bab organ2 dalaman plus darah real ni yg x gemor.. seriauuu...

    semoga allah permudahkan urusan mereka yg menyelamat... :(

    ReplyDelete
  4. Nauzubillah..ajal maut di tangan Tuhan.Semoga kita dijauhkan dr saat kematian sebegini.. ;(

    ReplyDelete
  5. x dapat banyak pengalaman mangsa yg terselamat semasa bas jatuh gaung...mesti trauma lagi

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!