PERBARISAN MAKNYAH SEMPENA MERDEKA

30.8.13 Suria Lekatlekit 14 Comments

Maknyah pun manusia.. Maknyah pun rakyat Malaysia.. Jadi apa salahnya depa nak turut sama memeriahkan perarakkan sempena merdeka dengan menyertai perbarisan. Jadi harap takde sapa la mempertikaikan penyertaan mereka dalam acara menyambut kemerdekaan ni.

KUANTAN – Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 mempunyai keunikan tersendiri pada perbarisan yang diadakan turut disertai 12 ormak nyah bagi mewakili Drug Intervention Community (DIC) Malaysia Pahang.

Timbalan Presiden DIC Pahang, Abd Rahim Abd Hamid berkata, penyertaan itu sebagai satu usaha mengubah persepsi orang ramai kepada golongan tersebut sering dipandang serong dan dihina.

Lebih malang katanya, ada yang menganggap golongan ini tidak patut ada dalam masyarakat dan bertindak memukul mereka sehingga cedera parah.

"Sudah sampai masa kita mengubah persepsi terhadap golongan ini yang dianggap sampah masyarakat.

“Kita yang dilahirkan normal perlu tampil membentuk mereka menjadi insan yang sempurna," katanya. (artikel penuh baca kat SINI )

Betul tu menerima mereka bukan sebab kita menyokong apa yang tak baik mereka buat tapi mungkin pendekatan macam tu boleh membimbing mereka secara perlahan untuk kembali menikmati hidup seperti manusia normal yang lain & berubah kearah yang lebih baik.

Jadi sebagai rakyat Malaysia.. Kita kena sokong penglibatan golongan macam ni dalam aktiviti macam ni. At least takde la mereka rasa mereka takde tempat langsung di mata masyarakat kan?? Apapun selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 56 semua. merdeka!merdeka!merdeka!

P/s : Ramai yang mempertikaikan penyertaan nyah2 ni dalam perbarisan kemerdekaan kononnya mengiktiraf golongan ni. Hello... dorang tak mewakili persatuan nyah tapi DIC Drug Intervention Community. Jadi kat mana salahnya kalau dorang nak sertai perbarisan ni?? Kalau kata sebab dorang nyah.. tak kira la dorang wakil dari persatuan yang sah kat M'sia tetap salah untuk dorang sertai aktiviti macam ni.. tak payah ambik contoh lain. Ko pergi check penari2 yang dok terkinja2 masa hari sambutan macam ni.. takde yang nyah ke?? Napa dorang tak jadi isu besar pun sertai perarakkan sambutan macam ni?? Sebab dorang bukan wakil persatuan Nyah?? Macam tu jugak dengan nyah2 ni. Selagi dorang tidak berpakaian tak senonoh ataupun songsang masa perbarisan tu nanti..tak salah pun dorang join. Isu hidup songsang dorang tu isu lain yang patut kita perdebatkan. Isu sekarang dorang pun rakyat Malaysia yang berhak sertai aktiviti macam ni selagi dorang ikut peraturan

 Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE


14 comments:

  1. Baguslah tu. Dorang pon manusia juga. Tak boleh nak pandang serong.

    ReplyDelete
  2. Salam Mummy Lala..

    Ermm.. isu ni tak leh komen sgt..
    klu mereka betul2 khunsa eloklah buat perbarisan mcm ni.. bukan yg jenis sengaja nk jadi khunsa.

    kita seeloknya membimbing mereka dalam menuju redha allah :)

    ReplyDelete
  3. erk~ mcm ni pon hade.layan kan ajeee~

    ReplyDelete
  4. dekat jer ngan tmpat shark:)
    DIC ni mmg bagus..
    tempat pemulihan penagih dadah,
    skarang diorg dh maju setapak,
    dh ada bisnes basuh kereta sekarang.

    ReplyDelete
  5. erkk..nak ckp pnjg pon macam isu sensitif lak nanti..just doa kan mereka kembali ke jalan yg benar je la :)

    ReplyDelete
  6. haa..LOL ..memang Malaysia ni ada 3 jantina

    ReplyDelete
  7. Semua nk diberi kebenaran. How about gay dan lesbian? So kebenaran utk maknyah turut serta perbarisan, apa tindakan selanjutnya? Bawa mereka kembali kepada jalanNya? Siapa nk bawa/dakwah? Atau mereka berdakwah pulak utk masyarakat yg suka mak nyah? Haram wanita menyerupai lelaki dan haram lelaki menyerupai wanita.

    ReplyDelete
  8. rupanya Anon tak paham isu.. memang haram lelaki menyerupai wanita dalam dalam isu ni bukan isu pondan maknyah atau songsang.. isu sekarang isu depa wakili persatuan yg sah utk perbarisan. kalau haram depa sertai perbarisan tak tau la pulak.. kena rujuk pakar la.

    ReplyDelete
  9. lain la yg sertai pembarisan mewakili nyah2 lorong haji taib atas nama persatuan nyah2 semalaysia.. memang la boleh pertikaikan. banyak persatuan ni ada golongan macam ni terlibat.. tak haram pun dorang sertai sebab persatuan tu sah di sisi undang2. tetiba sertai perbarisan jadi haram pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slm.Sy nur..Ape pulak mcm tu kakak..maaf sy x Stuju.sebaiknya kakak berbincang dgn yg berilmu agama sblum kakak menyokong tindakan lelaki seperti perempuan ini dalam perbarisan secara terbuka satu dunia baca n salah anggap kat Islam..cara kakak ni tak berapa sesuai sbg seorg muslim sejati.mreka boleh berbaris tapi dgn syarat biarlah berpakaian 100% lelaki atau sehingga tak menimbulkan fitnah n keraguan.klu kita berkumpul dgn mrka tanpa ada sorg yg menegur kita pun jadi berdosa.ttapi tidaklah sampai nak belasah.Islam kan indah.banyak cara kita boleh tegur.berfikiran terbuka bagus tapi bukanlah mencampur adukkan budaya songsang barat.

      Delete
  10. Anonymous kalau tak paham baca 10 kali bagi paham. kat entri tu terang2 dah tulis kat mana salah kalau mereka berbaris dari persatuan yg sah dalam cara berpakaian yg x salah. Baca kuat2 petikan ayat ni 'Selagi dorang tidak berpakaian tak senonoh ataupun songsang masa perbarisan tu nanti..tak salah pun dorang join. ' so kat mana salah kalau depa berpakaian lelaki & tak berpenampilan songsang masa perbarisan tu??

    ReplyDelete
  11. Jadi cik nur @ anonymous.. sila baca sampai habis & bagi paham.. saya pun tak sokong kalau dorang join perbarisan dengan gaya nyah.. berpenampilan seperti wanita.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!