RAMAI MAK BAPAK MELAKUKAN SYIRIK KECIL BILA LANGSUNGKAN PERKAHWINAN ANAK

8/13/2013 10:05:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

Bila nak kawen ni kita tak terlepas untuk melibatkan mak bapak & family. Kalau orang dulu2 di dahului dengan perbincangan mak bapak baru la di susuli perkenalan antara bakal pengantin tapi sekarang ni.. bakal pengantin kenal dulu baru depa refer mak bapak bila dah decide nak kawen kan?? Tapi tu bukanlah isunya..

Isunya sekarang tanpa sedar atau dengan sengaja ramai mak bapak (selalunya la kan?? sebab mak bapak yang kebanyakkan tentu berapa jumlah hantaran anak) melakukan syirik kecil & sesuatu yang di haramkan dalam Islam bila nak langsungkan perkahwinan anak - anak. Bila anak anak mengambil keputusan nak kawen & perbincangan antara dua keluarga berlaku maka topik wang hantaran la menjadi topik utama & isu penting. Jangan tak tau ada mak bapak yang jenis nak nampak gah tak fikir dah kemampuan bakal menantu tu janji bila orang tanya berapa hantaran kawen anak dia boleh kembang kempis hidung cerita.

Merujuk akhbar kosmo hari sabtu lepas.. Perbuatan menunjuk nunjuk dalam perkahwinan adalah syirik kecil & hantaran tinggi yang di letakkan untuk tujuan yang sama hukumnya haram. Kalau pasangan tu mampu mengadakan seperti yang di minta tu di bolehkan tapi kalau tujuan nak menunjuk jugak tetap haram, hokay!! Kang ada pulak yang kata.. takpe buat dosa 1 hari.. esok2 boleh taubat tapi tu la kan.. takut2 takde keberkatan lain pula jadinya nanti, ye dak??

Rujukan Akhbar Kosmo

Hantaran tinggi sememangnya tidak di galakkan dalam Islam.. Tapi dalam masyarakat kita sekarang hantaran tinggi la akan menjadi puja puji orang. Wah.. anak sipolan tu kawen hantaran 1 juta serba 10.. kau hado?? Lepas tu dia bandingkan pula dengan anak sipolan yang hantaran rendah.. anak dia tu hantaran seciput jer... Sambil cebik mulut panjang sedepa. Padahal dalam Islam perkahwinan yang paling berkat adalah yang paling rendah maharnya tapi dalam masyarakat jadi terbalik. Lumrah manusia...

Dalam apapun perbuatan yang penting kesederhanaan & tidak membazir. Tinggi atau rendah hantaran bukan pengukur maruah diri seseorang pun. Kadang2 kita takut sangat orang mengata tapi kita tak kisah dapat atau tak keberkatan dalam sesuatu yang kita lakukan. Bahagia bukan letakkannya betapa grand nya majlis kawen & berapa tingkat kek atau berapa album duit hantaran.. Penentu kebahagian bukan bermula di hari perkahwinan tapi selepas majlis perkahwinan tu. Kalau lepas majlis gilang gemilang mood bulan madu pun hilang asyik fikir hutang, bahagia ke?? tepuk dada tanya selera la kan...

Semoga jadi peringatan & pengajaran buat kita semua. Hari ni mungkin hantaran untuk kita.. masa depan hantaran untuk anak kita pulak.


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE
 

6 comments:

  1. banyak duit lagi nak pakai lepas kawen. huhu. kang nak hantaran tinggi punya pasal, si lelaki terpaksa hutang sana sini. lepas kawen anak kau makan pasir. haha. baru tauuuu.

    ReplyDelete
  2. salah tujuan asal perkahwinan tu... tengok la.. sampaisekarang saya membujang... mana nak cari duit... hehehe... tunggu la.. tahun depan.. harap2 mak bapak belah pompuan tak letak harga lambung2 punya...

    ReplyDelete
  3. Syukur la setakat ni akak dikelilingio orang2 tua yang tak kesah wang hantaran banyak mana.banyak kali ikut orang pi merisik dan banyak kali jugak orang mai merisik untuk anak sedara,sepupu adik beradik..rata2nya akan kata "duit hantaran ikut kemampuan depa la..bagi banyak mana yang ada je la.."..mungkin yang cerewet pasal wang hantaran ni yang dok kat pekan2 nun kot..heheheh

    ReplyDelete
  4. Salam Mummy Lala..

    jatuh haram sbb jadi riak..kan..
    bernikah dgn bersedrhana sudah.. :)

    ReplyDelete
  5. Memang pening lelaki sekarang ni kalau bab kawin apabila memikirkan tentang duit belanja dan wang hantaran.

    ReplyDelete
  6. wat majlis kecik2 org ngata, wt majlis besaran pn org ngata..serba tk kena kan...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com