BERKOMEN KAT BLOG PUN DAPAT DUIT,ALHAMDULILLAH

9.9.13 Suria Lekatlekit 14 Comments

Tu la orang kata kan.. Rezeki kalau Allah nak bagi bila2 pun Dia boleh bagi. Cara apa.. bagaimana.. melalui apa.. tu bukan satu persoalan sebab Allah nak bagi kita rezeki kadang2 tanpa kita sangka. Itulah yang terjadi kat den ni ha.. Rezeki yang den pun tak sangka nak dapat. Nak tahu rezeki dari mana??

Rezeki hasil den selalu komen kat satu blog ni. Memang blog ni ada bagi rewards la kat top komentar kat blog dia tapi den ni bukanlah di antara top pengomen yang rajin berkomen sangat. Den select juga entri2 den nak baca & komen. Bak kata bukanlah den berkomen semata mata nak jadi top komentar untuk dapat duit tu. Blog ni antara blog informasi & berita jugak la. Tak di nafikan artikel2 yang dia share boleh tahan jugak best.

Nak dijadikan cerita.. tetiba tengah malam semalam dah baring2 tunggu budak lala tido ada pulak orang mention nama den kat FB. Check la kejab FB.. maka terbacalah satu komen ni..


tengah2 malam kena puji siap orang nak bagi rewards lagi sebab konsisten berkomen kat blog dia & katanya komen2 yang berkualiti. Amboi.. kualiti gitu. Itulah kan.. kita kalau nak berkomen biar ikhlas komen jangan komen sekadar meninggalkan jejak kat blog orang padahal baca tajuk entri je lepas tu terus komen. Komen2 macam tu kita boleh nampak dari cara dia berkomen.. samada komen dia lari tajuk atau komen dia sesimple yang boleh. Den ni kebanyakkan la kalau nak komen entri orang memang den baca & cuba faham.. kalau ada salah faham jugak tu tak boleh buat apa la.

Itulah cara den kalau nak komen kat entri orang. Sejujurnya.. den ni orangnya kalau berkomen kadang2 outspoken sikit. Kadang2 direct to the point jugak. Tapi rasanya itu lebih bagus cara kita bagi komen. Biar pendapat kita tu jujur & ikhlas walau ada ketikanya kita perlu jugak tak jujur untuk kebaikkan bersama, kan??

Jadi pada blog fuh.my terima kasih atas rewards yang korang bagi kat den ni walaupun den bukan top komentar kat blog korang. Pada korang2 semua yang nak dapat ganjaran dari rajin berkomen boleh la singgah & berkomen di blog fuh.my. Manatau lepas ni rezeki korang pulak.ye dak???

P/S : jangan tanya berapa den dapat tapi cukuplah sekadar kita tahu berapapun yang kita dapat tetap rezeki kurniaan Allah yang kita patut syukur walau 20sen je pun.. 20sen pun bukan jer tau!! sebab 20sen pun tak jatuh dari langit kalau kita tak usaha cari. betul tak??



Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

14 comments:

  1. tahniah...ada orang nak kejar dapat top komentar sampai komen tah apa2..sabar je la..hak dia kan..tapi sakit mata la..heheh

    ReplyDelete
  2. Rezeki yang takdisangka-sangka kan...alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. Salam Mummy Lala..

    alhamdulillah..tahniah tau... :)

    ReplyDelete
  4. salam sis alhamdulillah tahniah tau.kak lea pun suka baca entri blog in dan suak masa sis singgah komen.

    p/s-->kak lea letak widget top komentar tapi tak pernah buat segmen.kak lea lebih suka hadiahkan top up free dengan kawan yang terpilih :)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah...rezeki tu
    bukan senang nak dapat walau berapa pun nilainya
    apapun tahniah ye

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, singgah dan follow di sini. Jemput ke blog saya pula ya.

    ReplyDelete
  7. Ada juga komen dekat fuh. Ada lah sekali dapat hadiah dia. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!