EMAS TAK SELAMAT LAGI DI PAKAI KAUM WANITA

9/14/2013 01:20:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Selalunya kita dengar jenis peragut yang bermotor ni suka meragut handbag atau rantai emas kat leher mangsa. Jarang kita dengar orang ragut cincin atau gelang/rantai tangan. Sebab benda yang tersangkut di bahu & leher lebih senang di ragut berbanding benda yang ada di tangan atau di jari mahupun dalam poket. Kalau benda2 macam tu selalunya di kaitkan dengan di rompak atau samun tapi bukan ragut. Sebab ragut ni bermaksud rampas & lari. Cewah.. aku dok jadi wikepedia sdn. Bhd pulak, kan?? sesuka hati je buat kamus sendiri. Tapi selalunya ragut macam tu la sifatnya, kan??

Tetiba tadi jumpa satu status di mana seoarang perempuan yang di ragut rantai tangan. RANTAI TANGAN bermakna benda tu tersakut pada lengan. Lengan biasanya dia terjuntai di bawah bukan tergantung di atas macam rantai leher. Tapi peragut ni memang sangat2 berbakat la dalam kemahiran meragut. Mungkin dia dah banyak pengalaman ragut kot sebelum ni sehingga berjaya meragut rantai tangan milik mangsa.


Betapa tak selamatnya emas di pakai kaum wanita zaman sekarang. Kalau kita bertudung, rantai di leher tak nampak dorang target pula benda yang nampak. Tak kira la tersangkut kat mana pun emas tu dorang tetap akan cuba meragut.

Sebab tu la betapa lebih selamat kita nampak miskin di mata orang juga penjenayah asalkan kita tak terdedah pada bahaya yang kita sendiri tak sangka. Zaman menunjuk2 gelang separuh lengan, cincin penuh 20 jari atau rantai berselerak sangkut kat leher dah berakhir. Jadi berhati hatilah kaum wanita.. Selalu den tulis dalam entri.. kaum wanita/perempuan/gadis adalah sasaran penjenayah. Selalulah beringat walau di mana juga kita berada walau dalam rumah sendiri sekalipun.

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

4 comments:

  1. mmg dunia skrg mkn tk slmt. thn bile ntah nenek cx kene ragut rantai dpn rumah die shja. fuh! org kg sendiri tu. uhuhu

    ReplyDelete
  2. kalu pakai emas tk ori pn tk selamat jgk..peragut setan ni bukannye kira emas ori ke palsu, nm[k je kuning2 trus diragut nye...

    ReplyDelete
  3. salam Mummy Lala..

    peragut ni mmg berani mati sungguh..
    kat kawasan umah cma baru2 ni terjadi kes ragut gelang tangan. kat kawasan ramai org plk tu.. :(
    risau btlll

    ReplyDelete
  4. Peminat tu pun agak2 la... klu dia tumpang tido kat balai polis, tentu abg polis tu kasi hehehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com