JANGAN MARAH KALAU JIRAN TULIS CERITA BURUK ANDA KAT BLOG

9/29/2013 03:41:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Haritu dok baca blog Ben Ashaari pasal jiran dia yang mula2 pasal sampah.. lepas tu pasal jemur baju kecik kat luar tanpa cover.. lepas tu katanya jiran dia tu ada follow instagram dia ke hapa dapat tahu en ben ni cerita pasal perangai dorang tu kat blog makan dorang macam tak puas hati sangat la kot.. Secara detail cerita tu tak berapa ingat sangat.

Tu kisah Abang Ben Ashaari tentang jiran2nya tak tak reti nak jaga kebersihan & tak reti rasa malu bila nak jemur baju2 & seluar2 kecik. Ni kisah jiran den.. bukan jiran sebelah kiri atau kanan jugak bukan jiran depan pintu tapi jiran tingkat atas. Kiranya bumbung rumah den lantai rumah dia la. Dulu ingat rumah atas takde orang & ada hantu sebab manjang dengar bunyi guli jatuh.. orang seret2 perabot tapi takde la rasa seram pun dengan bunyi2 tu sampai en husband pi siasat. Rupanya ada orang tinggal. Sebuah keluarga gitu. Bab2 bunyi tu takde masalah.. orang ada anak tengah membesar biasa la main2 campak barang ni.

Yang aku kesah ala2 mak esah ni.. Perangai jenis fikir perut dia je. Kejadiannya satu pagi sabtu yang indah iatu semalam.. Tetiba dengar bunyi air jatuh atas bumbung kat tempat mengampai baju dengan kuat. Dah macam batu jatuh atas bumbung tu. Kita pun nak tau juga apa kes.. pergi la siasat kat tempat ampai baju tu. Wah.. sudah lebih. Air yang depa simbah tu dah tempias masuk kat tempat ampai baju yang kebetulan memang ada baju. Basah jugak la... Lepas sekali dia menyimbah..  menyimbah lagi dan lagi maka menyirap jugak la darah ku ini.

Den keluar jenguk jugak ke atas dari tembok tepi rumah. Cakap jugak la.. Agak2 la nak simbah air pun ni sampai masuk dalam umah orang, basah baju orang jemur. Tetiba jenguk sorang budak kecik menjawab dengan kereknya.. Ada sampah la! Ayat tu dengar biasa tapi nada dia kau rasa macam nak lempang je budak tu. Berlagak sungguh tanpa rasa bersalah. Aku pun sound jugak la budak tu.. Ko cakap baik2 sikit. kang aku sepak (bukan terajang, sepak = lempang) kang. Mak kau mana.. suruh dia keluar aku nak cakap. Lepas tu budak tu buat tak tau je.. Den pun diam masuk rumah.. tak sampai seminit dia simbah lagi. Takpe la.. kalau esok hari kau buat lagi aku takde nak berdiskusi dari tembok sambil mendongak keatas dah.. aku pi ketuk pintu umah hang nanti. Kali pertama.. biarlah setakat tu je.

tempat jemur baju dia lebih kurang macam ni la tapi den tutup sebab taknak orang nampak baju2 den tak kira la yang kecik atau yang besar kan. Takde la nak gantung sampai bawah macam gambar. den gantung dalam pagar jer..lepas tu keliling dia di tutup tapi bila jiran atas simbah air..tempias jugak sebab bahagian atas ada jugak ruang sikit buka. dah la jemur takde panas.. so kena bagi la ruang angin sikit. Inilah nasib duduk rumah apartment budget ni.(Gambar ni bukan rumah den tau.. sekadar hiasan)

Faham dia nak cuci sampah2 yang kadang2 orang atas buang tersangkut kat bumbung tempat jemur baju umah den ni. Sakit mata & nampak kotor bila orang atas pandang tapi guna la kaedah lain. Guna la penyapu. aku pun pernah buat.. tapi takde sesuka hati nak simbah air. Kat tempat jemur baju tu bukan berdinding cuma dia grill jer.. tu pun nasib baik kita tutup jugak sikit sebab taknak orang nampak baju bajan terjemur kat situ.

Aku ni bukanlah jenis suka bergaduh dengan jiran2 sangat pun. Selama tinggal kat sini sorang je jiran pernah kena sound dengan aku tu sebab mulut dia mengalahkan syaiton. Abis semua di jaja cerita bukan2 pasal aku padahal aku kenal pun tak orang2 kat situ. Ni kali kedua la jiran yang aku sound. Den memang jarang amik pot pasal jiran2.. kau nak bising ke memekak ke.. lantak la janji tak kacau rumahtangga aku sudah. Tapi kalau sampai dah ganggu dalam rumah kita takkan nak buat tak tau jugak. kena la jugak bersuara,

Pada jiran2 kalau orang tegur tak reti nak timbangrasa jugak jangan marah kalau kau terbaca jiran kau canang dalam blog perangai buruk kau tu. Reti2 la hormat hak & hidup orang. Duduk kat rumah bertingkat2 ni jiran2 kau bukan setakat kiri kanan & depan je.. atas bawah pun jiran jugak. ada paham??

15 comments:

  1. samaaa!! dulu penah gak kena camni. nasib baik buat bumbung tempat sidai baju tu. suka hati je simbah2! eee sakit hati! ><

    ReplyDelete
  2. Akak dulu ada la jiran kerek ni..sekarang berambus dah rasa lega je...

    Akak sendiri tak kenal jiran2 kat kawasan umah akak ni.yang kawan2 semua dok taman lain.yang dekat2 umah ni semua akak tak kenal.jadi kalau berani jaja cerita pasal akak memang mendapat la ..mungkin nasib sama macam jiran yang dah berambus tu..

    ReplyDelete
  3. Memang bengkek ler kalau dpt jiran pentingkan rumah sendiri je. Kakpb dulu masa dok Kajang, gitu juga. Dia cuci simen rumah, cuci tingkap dapur dia....kesian kita yg kat bwh ni, sabar je dgn kerenah mereka. Susahkan dpt jiran yg tak fikirkan org lain?

    ReplyDelete
  4. saya pun sampai sekarang masih "berperang" dgn jiran
    cuma sekarang apa yang diorang buat kat kitorang dulu
    happen dkt diorang pula
    agaknya KARMA!

    ReplyDelete
  5. Akak berbulu dgn jiran atas bukan Melayulah, ampai baju dengan air menitis2 baju kita kat bawah dari dah nak kering terpaksa bauh balik. Tu belum lagi baju kat bawah dia cuci lantai kat atas. Bila tegur boleh dia kata tak nampak!

    ReplyDelete
  6. Stress boleh gaduh dpt jiran macam ni.. selagi boleh sabar.. sabarlah.. tak boleh sabar printscreen entry ni masukkan dlm peti surat umah dia..

    ReplyDelete
  7. tu lah masalahnya kan kak kalau duk umah cm ni.yg tak tahan nya tu budak kecik lah.kalau ckp tu xreti nk elok2.haih~

    ReplyDelete
  8. yang simbah air tu rasanya mak @ bapak dia jer.. sebab mak bapak budak tu memang spesis apa ntah. dulu pernah asben akak pergi umah dia just nk tanya pasal bunyi2 tu. Yelah.. kalau ada gangguan makhluk halus ni boleh la kita halau.. kalau setakat anak2 dia jer yg main takpe la tp langsung x buka pintu. cakap dr dalam rumah jer.. macam la org pergi nak serang dia. just nak tanya je. takut sgt nk tunjuk muka dah kenapa. macam penjenayah pulak..

    ReplyDelete
  9. sabar jela ade jiran macam tu. Kalau I dah confirm confirm dah kean tempeleng budak tu. heheee

    ReplyDelete
  10. saya pun dapat jiran jahat lebih daripada tu... siap merembat barang kita lagi... dah la laki bini buat muka tak tau malu....mulut tok sah cakap la, mcm lahanat... mula2 si laki mulut kureng hajau, pastu bini pulak mulut bau longkang...

    ReplyDelete
  11. Betul 100%. Jiran saya pun macam tu, bila baik dengan dia, dia kutuk jiran lain, nampak anak jiran lain pakai volvo lama, mengata kata anak jiran tu nak berlagak tapi takde duit. Bila aku dengar jer, dia cakap macam tu, aku dah agak, dia ni jiran yang tak baik dan suka buka cerita keburukan jiran. Terus aku buat2 biasa jer dengan jiran kaki kutuk macam ni.

    ReplyDelete
  12. Malas la nak berbaik dengan jiran. Bukan dapat apa. Silap2 bini kita, dia rembat. Biasa berlaku dah sekarang.

    ReplyDelete
  13. Malas la nak berbaik dengan jiran. Bukan dapat apa. Silap2 bini kita, dia rembat. Biasa berlaku dah sekarang.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com