PERTANDINGAN RATU CANTIK MUSLIMAH BERUNSUR ISLAMIK

19.9.13 Suria Lekatlekit 11 Comments

Masa duduk2 di tengahari sambil fikir nak masak apa petang ni untuk makan malam nanti tengok la berita tv9. Sebagai manusia kena jugak tengok berita untuk tahu isu2 semasa & perkembangan terkini dalam & luar negara. Tertarik pula dengan satu berita pasal pertandingan ratu cantik muslimah yang berunsur islamik yang di adakan di indonesia & di sertai ramai muslimah dari seluruh negara. Tak tau berapa buah negara yang menyertai pertandingan ni tapi yang dengar dari Malaysia & brunei pun ada.

Memang konsep dia ada islamik sebab perserta semua bertudung & harus kena pandai baca Al Quran. Tak sure surah apa maybe ikut juri la kot dia nak suruh baca surah apa kan. Syarat2 lain seperti cantik, menarik & kelancaran bertutur kata macam pertandingan2 ratu cantik lain juga menjadi penilaian.


Tapi kan.. sesuai ke adakan pertandingan ratu cantik untuk muslimah ni?? Dorang kena peragakan badan & muka jugak. Kena sumbangkan suara jugak. Isk... tak berapa Islamik jugak la kan. Nak cakap lebih2 tak berani sebab den bukan ilmuan agama atau manusia yang dalam kategori warak. Den ni pun serba serbi cacat cela & tak sempurna imannya cuma tu la den sekadar nak menyuarakan pendapat jer. Kita gunakan nama Islam untuk menghalalkan sesuatu acara dengan mencampur adukkan unsur2 Islam dengan yang di tegah Islam.

Sumber di SINI

Banyak sangat dah sekarang orang gunakan nama Islam untuk meraih keuntungan.. Orang buat filem pun sekarang umpan pendakwah2 bebas yang popular untuk berlakon. Bagi dua tiga scene pun cukup la mengumpan penyokong2 pendakwah bebas ni untuk beli tiket wayang. Konon berdakwah melalui filem.. tapi kita sendiri pun tahu yang baik tu sikit.. Yang tak berapa nak baik tu lebih banyak.

Jadi terpulang pada penialaian masing2. Korang rasa sesuai ke di adakan pertandingan ratu cantik muslimah ni?? Even ada ciri2 Islamik seperti menghafal Surah dalam Al Quran. Tepuk dada tanya Iman.. sekadar berkongsi pandangan & pendapat bukan berniat nak mengondem mana2 pihak atau tunjuk baik.

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

11 comments:

  1. urm.. ada la pulak..kanke muslimah kena jaga diri dan penampilan hanya utk mahramnya,kalau dah show sgt boleh ke?

    ReplyDelete
  2. makin pelik dunia skrg ni..guna nama Islam utk sesuatu yg dh tentu x boleh..nak jugak dibolehkan...xphm btl..

    ReplyDelete
  3. penampilan cantik muslimah tidak cukup, harus ditambah dengan akidah Islam dan pengetahuan agama Islam barulah cukup, komentar balasan dong ke blog saya www.goocap.com

    ReplyDelete
  4. salam mummy lala..

    sejujurnya,cma tak setuju. tak patut ratu cantik muslimah ni diadakan...

    rosak agama... rosak aqidah.. :'(

    ReplyDelete
  5. Penonton, juri dan semua yg terlibat pompuan je..lelaki x leh..bolehla kot..

    ReplyDelete
  6. Selamat malam:) Kakpb rasa takyah buat pertandingan Ratu Cantik Muslimah ni. Untuk apa? Bermegah2 diri cantik? body cantik? bagus ke? Islamik ke? ish..ckp lebih2 nanti ada yg terasa hati..maaf la ye.

    ReplyDelete
  7. hehehe..biar cantik dpan suami je..kn baik tu..hee..
    http://nuurjana.blogspot.com/

    ReplyDelete
  8. ye momoy pun terfikir benda yang sma mcm dear lekit.
    bila dunia makin nak khiamat , benda2 mcm ni akan dipesongkan sedikit tanpa kita sedari.

    ReplyDelete
  9. aritu ada tgk dlm tv pasal ratu cantik muslimah nih.. takyah dok pakai separa bogel pn terserlah kecantikan dorag...

    ReplyDelete
  10. Akak baca kat banyak blog seberang yg ramai jugak tak menyokong ratu cantik muslinah ni...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!