TAK BESTNYA JADI ARTIS DAN TERKENAL

9/10/2013 03:57:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Walaupun ramai yang pasang impian nak artis atau personaliti TV.. dari sekecik2 anak sampai la sebesar2 mak bapak ramai yang berangan nak jadi artis. Muka keluar tv & majalah.. suara keluar kat radio. Bila kat luar peminat jumpa minta autograf & ajak bergambar. Sekali show bayaran puluh ribu ringgit.. Betapa bestnya hidup kalau jadi retis. Muka 24 jam ada orang touch up.. hidung yang kemek boleh jadi mancung.. muka berkawah gunung berapi boleh jadi putih gebu licin & berseri.

Tu semua bayangan seseorang yang belum melangkah ke dunia retis ni. Kalau dah humban diri ke dunia retis ni baru tau apa yang best & tak best. Bila baca isu Adi putra yang kononnya di dakwa skandal dengan bini orang & selalu bertukar2 mesej lucah.. rasa oh tak bestnya jadi artis. Benda tak tau la betul ke tidak tapi dah mengaibkan orang yang di tuduh. Semua orang nak tulis pasal tu. Bila kat luar mesti ramai akan pandang sinis.. nampak je mesti berbisik2.. tu la adi putra yang hantar gambar tut.. kat bini orang tu.

Sumber rentakartis
Pandangan masyarakat pun dah mula serong.. di tambah lagi sana sini reporter dok cari. Dok desak jawab soalan pasal isu tu. Tu tekanan dari masyarakat & reporter.. tak termasuk la tekanan dari keluarga & sedara mara yang nak jugak dengar sendiri penjelasan tuan punya badan pasal isu tu. Macam mana boleh timbul benda macam tu kalau tak buat.. Apa yang buat benda tu sampai boleh jadi kaitan dengan tuan punya badan...

Fuh... lap peluh kejab la nak cari jawapan untuk menjawab. Masa tu rasanya artis2 akan mula terfikir.. tak bestnya jadi artis. Kalau depa bukan retis takde la letih sangat nak menjawab semua orang pasal sesuatu isu hangat tu. Dah tu jadi retis ni.. korek hidung pun boleh jadi isu. Tak payah kata jadi retis jadi orang terkenal ni memang tak best sangat la. Contoh budak pompuan yang buat video couple seminggu tu.. baru2 ni den ada terbaca kat blog orang tulis pasal muka dia kena panau. Ya Allah betapa tak best kan bila jadi orang popular ni. Kena panau pun jadi Isu.

Sumber Ceritakosongku

Bersyukur la kita jadi apa yang kita jadi sekarang. At least takde wartawan nak kejar kita.. takde blog nak up pasal buruk kita (kalau ada pun takde sampai keluar blog beautifulnara kot..hahahaha) & takde majalah atau surat khabar nak canang pasal gosip kita. Jadi pada mereka2 yang berangan nak jadi retis atau berangan nak popularkan diri tak kira di alam maya atau nyata tu.. Bekalkan diri dulu dengan kekuatan mental & fizikal.. Kalau tak kuat jadi je la benda lain. Macam kerjaya yang best2 dalam dunia ni lagi boleh pilih. Bukan best sangat pun jadi retis @ popular ni.hahahahaha

P/S : Dengar khabar sakinah si bini nombor 2 Ashraff Muslim dah mengandung. Tahniah lah yer.. Rezeki kamu dulu. Mungkin berkat kesabaran & keredhaan Dayana.. lepas ni Allah kurniakan dia pulak rezeki zuriat.

P/S : Manalah tau tetiba satu hari den yang jadi terkenal.. hope takde la benda2 tak best. hahahaha.. nak jugak berangan tu.

9 comments:

  1. sebab tu la akak tak nak jadi artis..ekekekek

    ReplyDelete
  2. itulah harga yang perlu dibayar bila menjadi orang yang dikenali.
    mahal sangat sampai habis semua cerita luar dalam orang korek.

    kadang rasa kesian.

    ReplyDelete
  3. teringat sahabat wartawan ruangan gossip di magazine top cerita kat saya 99.9% gossip artis ni selalunya betul.

    apapun hope AP tabah kalau ini satu fitnah..

    kalau Lekat lekit jadi retis.. saya nak otograp dulu ek kih...kih...

    ReplyDelete
  4. amboi.samapi budak ni kena panau pon masuk blog.hahaha.adik basuh muka tgh panas eh.hehehe.sian adik.tahniah jugak dgn sakinah eh.

    ReplyDelete
  5. hahaha..betapa kesiannya jadi org terkenal. Tapi stiap apa pn yg kita jadi, kbaikn & kburukan pasti ada.terpulang pada kita nak tanganinya mcm mn.:)

    ReplyDelete
  6. Salam Mummy lala..

    huhu..dunia retis..
    ekeke.. panau? sian dia..

    amin2..moga 1 hari nnti jadi artis yg berkaliber & tidak dihinggapi kontrobesi.. ^^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com