PEGEMIS MUDA MINTA BUNGKUS SISA LAUK ORANG

10/28/2013 02:24:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

Muda2 lagi jadi pegemis. Aku memang kalau yang muda belia nampak ada kudrat untuk kerja tapi pilih nak minta sedekah.. memang agak kurang simpati la. Yelah.. kau nak kerja senang tadah tangan je abis orang yang sedekah kat kau tu ingat senang nak dapat walau seringgit kalau tak berpeluh ketiak??

Semalam.. masa makan satay kat Jalan Ipoh.. kat situ deretan gerai makan cina je tapi ada sorang akak melayu akan menumpang meniaga satay. Jadi semalam kita tumpang la makan kat situ even makan satay je bukan makan masakan dari gerai cina non halal tu. Sambil duduk2 makan tu datang seorang lelaki india muda lagi.. rasanya macam awal 30an.. atau maybe hujung 20an la kot. Datang dengan bertongkat.. tapi tak tau la kaki dia tu sakit apa. tengok.. macam takde kecederaan serius.. cara dia jalan pun takde azab sangat.. terjengkek2 sikit2 je. Kira takde la derita sangat keadaan dia tu. Ala2 orang jalan macam kaki terseliuh je.

Datang tadah tangan dari meja ke meja termasuklah meja den & asben den ni. Malas nak layan.. yelah.. muda2 lagi dah malas kerja nak minta sedekah. apa kes kau! Nak2 lagi bila masa tu datang apek tua jual stokin dari meja ke meja.. Apek tua pun tau kerja nak dapat duit.. ni tambi muda2 lagi malas kerja. Tak bagi pun.. bukan pasal rasict ke hapa ke.. tapi pasal kalau bagi kita macam galakkan dia malas kerja.

Mula2 dia datang & pergi.. lepas tu dia pusing balik.. dia singgah kat meja sebelah kita duduk. Dia tengok ada lauk yg dorang tak abis makan. Kat meja tu ada 2 orang awek india. tetiba dia minta lauk yang tak abis tu untuk di bungkuskan & dia tambah order nasi kosong. Tercengang jugak 2 awek india tu tapi dorang izinkan je dia ambil sambil salah sorang yang mula2 tak nak bagi masa kali pertama dia datang minta sedekah kat meja dorang.. terus hulur sedekah tapi tak sure la berapa. Kami meja sebelah ni pun tercengang jugak la dengan mamat india tu.

Mula2 rasa kesian.. rasa nak suruh je akak satay tu bungkuskan satay untuk dia.. Tapi asben kata tak payah. Erkk.. pelik. selalunya asben aku kalau orang minta sedekah memang dia tak suka tapi kalau orang minta makan.. dia bagi je. Sebab pernah jadi tak lama dulu masa makan pizza hut kat kota damansara, sorang lelaki india masuk dalam restoran terus datang meja kami minta makan.. mula2 kena halau dengan staff situ tapi asben den kesian tengok dia.. asben den orderkan dia jugak KFC yang restoran dia sebelah je dengan pizza hut. Walau tambi tu pun kategori muda belia yg sihat tubuh badan jugak. Tapi kali ni dia tak bagi.. Sebab katanya nampak pemalas. Mula2 minta sedekah.. lepas tu minta sisa orang makan. Duit orang bagi dia sedekah tu buat apa??

Bukan taknak bersangka baik tapi zaman sekarang ni ramai yang suka ambil kesempatan. Sebab bersangka baik la pegawai bank tu mati di tembak dengan orang yang sepatutnya jaga keselamatan tapi sebenarnya penjenayah. Zaman sekarang ni kadang2 kita sendiri tak tahu nak percaya siapa, betul tak?? Dalam kes pengemis muda ni.. maybe kita rasa kalau bagi dia sedekah takde la jadi jenayah serius tapi kita tak tahu dia guna duit tu untuk apa. Maybe beli dadah? Sebab dia minta sedekah juga minta sisa makanan orang. Orang cacat pun boleh kerja, inikah orang bertongkat dengan kaki tak nampak apa2 kekurangan. walau terjengkek pun nampak takde la payah sangat dia nak jalan. Senang je dia bergerak laju. Macam di buat2 pulak.. sekali pandang tapi tak berani tuduh la kan. Cuma naluri ni tengok macam.. takde apa2 pun tambi tu.

Mak aku seusia dengan perempuan ni walau anak berderet2 & kecik2 rasanya dok kat Kilang membanting tulang cari rezeki tambahan untuk bantu si ayah membesarkan anak2. Boleh jer.. - gambar sekadar hiasan dari google saja-

Memang betul.. bila kita sedekah antara kita dengan Allah.. dia tipu ke hapa ke tu dia dengan Tuhan la kan. Tapi kalau yang sangat2 mencurigakan macam tu.. Takut kita bersedekah untuk tujuan dalam pada masa yang sama menyumbang pada gejala yang tak baik. Kalau betul nak sedekah banyak saluran yang lebih menyakinkan untuk kita sumbangkan sedekah kita tu. kan?? Apapun.. kadang2 memang penilaian manusia tak semua betul tapi tak semua jugak salah. Pandai2 la kita bezakan yer..


2 comments:

  1. Dorang ni pon bukannya betul. Penipu jer lebih & ada sindiket. Klo nak menderma skang ni derma kat tabung masjid & anak yatim. Puas hati.

    ReplyDelete
  2. salam mummy lala.

    bab sedekah2 ni, cma mmg kedekut ckit..kedekut maksud cma,sedekah pada warga emas OKU buta yg jual tisu or bermain pancaragam tu.itu pun yg jenis tak approach org..

    kalau takat kaki kudung dan dudk dgn bby tu mmg tak bagi.hmmm

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com