WAJAH TERKINI BUDAK AYU 20SEN DALAM FILEM SENIMAN BUJANG LAPUK

30.11.13 Suria Lekatlekit 11 Comments

Mesti ramai tahu & ingat watak budak Ayu yang tak boleh di tanya atau di suruh buat apa2 mesti minta upah 20sen dalam filem seniman bujang lapok, tak kira la yang hidup masa era filem tu atau baru hidup dizaman 2000an ni. Sebab filem arwahyarham P.Ramlee ni dari setua2 manusia sampai la sekecik2 anak memang masih meminati. Lawak.. sedih.. dalam filem beliau memang sampai sekarang boleh di rasai setiap kali menonton. Setakat pengarah KL Gangster tu... kehebatan dia takat buku lali Arwahyarham P.Ramlee saja kot. Takde sapa boleh mempertikaikan karya seniman agung P.Ramlee sebab dia sememangnya mampu menyentuh perasaan setiap penonton dulu & sekarang dalam filem2 beliau.

Tadi dok belek2 news feed FB tetiba jumpa keratan akhbar yang di post salah satu page kat FB. Alahai.. budak ayu 20sen sekarang dah jadi nenek. Kita nak panggil dia budak ayu pun tak sesuai dah sebab dia level2 makcik2 dah bagi kita2 ni kan?? Bila tengok filem tu.. rasa nak cubit2 je budak ayu tu.. kan?? Sekarang dah tak budak.. meh kita tengok wajah budak ayu 20sen yang sekarang dah jadi nenek ayu 20sen ni..

Sumber Gilerkentang

Apapun samada zaman budak Ayu atau nenek ayu tetap comel kan?? Senyuman dia masih sama macam budak Ayu.



** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BUDAK 12 TAHUN TU DI KAWEN KAN SEBAB DI PERKOSA

29.11.13 Suria Lekatlekit 9 Comments

Terkejut baca news ni kat Astro Awani Online tadi. Sebabnya sebelum ni bapa si budak perempuan tu pernah keluarkan statement.. dia terpaksa kahwinkan anak dia sebab anak dia tak nak balik rumah & menginap di rumah budak lelaki (bekas menantu) dia tu jadi untuk elakkan perkara buruk dia kahwinkan anak dia dalam usia semuda 12 tahun tu.

Tup tup lepas keluar berita kes penceraian budak2 tu dengan talak 3.. keluar pulak statement anak dia pernah kena rogol dengan bekas menantu & 2 lagi kawan budak laki tu sebelum depa kawen & atas sebab tu lah mereka di kahwinkan.

Yang si laki bagi alasan ceraikan bini dia sebab ada hubungan sulit dengan lelaki lain.. Yang si bini pulak kata dia kena dera secara fizikal sampai tak beri makan. Bapak budak ni pun kata keluarga mertua tak suka kat anak dia. Aduhai.. setelah bercerai semua tembelang pecah.. tapi tak tahu sejauh mana kebenaran kenyataan dari sebelah pihak. Tapi jika berlaku penganiayaan macam tu memang tak patut la. Kalau betul apa yang bapak budak perempuan tu cerita.. memang keluarga sebelah lelaki tu agak teruk. Yelah.. masa nak selamatkan anak depa.. pandai datang merayu tutup kes & bagi kawen bila dah di kawenkan buat anak orang macam tu.



Dia baru 12 tahun.. budak mentah yang baru nak kenal hidup sepatutnya orang2 yang lebih matang & berusia di sekeliling dia bantu dia bukan menganiya apatah lagi mendera. Takpe lah dik.. Allah maha mengetahui. Mungkin itu yang terbaik buat awak. Tabahlah..

Pihak lelaki menafikan apa yang pihak perempuan cakap jadi siapa betul atau salah Allah yang menentukan. Samada betul pernah ada laporan polis di buat kes rogol tu mesti ada record.. Jadi kalau ada rekod bermakna kalau budak laki tu nafikan pernah buat pun tak guna jugak la kan..

Rogol yang di maksudkan samada rogol yang di klasifikasi untuk orang yang melakukan seks dengan kanak2 bawah umur walau dengan kerelaan gadis tu sendiri atau Rogol kerana di paksa melakukan tanpa rela. Allah lebih mengetahui segalanya

P/S : Ada percanggahan yang den kesan statement bapak budak perempuan ni.. Dulu dia cakap bagi kawen sebab anak dia ikut budak laki tu sampai tak balik rumah & tinggal dengan budak laki tu.. kalau betul mak bapak budak laki tu tak suka budak perempuan tu macam mana boleh tinggal sekali masa sebelum kawen. sekarang cakap bagi kawen sebab kena rogol. Jadi memang rumit jugak nak kesan siapa salah sapa betul, kan??

P/s : Kalau 12/13 tahun tu tak reti masak lagi accept jer.. 12 tahun sekarang bukan macam budak 12 tahun dulu2.. kalau betul dia biadap, memang kena jugak tegur sebagai mertua ataupun ibu bapa. Apapun kesimpulan dapat di buat.. den pun tak pasti sapa betul sapa salah. Masing2 nak betulkan diri sendiri

Sumber berita Astro Awani

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PENGANTIN BUDAK 12 TAHUN AKHIRNYA MENJANDA TAK SAMPAI SETAHUN KAWEN

27.11.13 Suria Lekatlekit 15 Comments

Korang still ingat dengan pasangan pengantin yang budak perempuan umur 12 tahun & lelaki kalau tak silap masa tu baru 18 tahun. Kalau dah lupa boleh rujuk enri ni 12 TAHUN PAHAM KE TANGGUNGJAWAB ISTERI

Tup tup hari ni tengok member FB upload ketaran akhbar pasal dorang bercerai talak 3 walau tak sampai pun setahun berkahwin. Masa kawen keluar paper pemes kejab.. dah bercerai pun keluar paper confirm kecoh la kampung den sekejab. Yelah.. budak laki tu budak kampung den jugak.


Masa nak kawen pun memalukan mak bapak jugak... dah bercerai pun still mak bapak dapat malu.Dugaan pada mak bapak depa la kan, semua orang ada bahagian masing2. Kita tak di uji dengan kesusahan.. di uji dengan anak2 pulak. Semoga mak bapak budak2 ni tabah lah yer

 Dalam usia yang tak matang memilih untuk kawen memang la syarak membenarkan tapi kematangan depa tu tak berapa sesuai untuk pikul tanggungjawab besar sebagai laki bini. Tanggungjawab laki bini ni bukan atas katil jer dik Ooi... Bila tak paham tanggungjawab, maka inilah yang terjadi. Bukan satu dua.. talak.. TIGA terus tu. Aduhai.. inilah padahnya bila si budak di kahwinkan dalam usia yang terlalu mentah. Orang dah tua pun kadang2 tak berapa nak matang.. penuh fail makhkamah dengan kes cerai berai.. apatah lagi budak hingus camni kan??

Apapun jodoh pertemuan semua kuasa Allah.. Mungkin ada hikmah di sebaliknya yang Allah nak tunjuk pada kita dari peristiwa/ kejadian yang berlaku pada orang lain. Sama2 lah kita mengambil iktibar & pengajaran.



“Kejadian ini memberi pengajaran kepada anak saya. Bukan perkara mudah mendirikan rumah tangga terutama ketika usianya masih terlalu muda.
“Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib menimpa dirinya, tetapi saya meletakkan dia tinggal bersama ibu saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang dan sentiasa berfikir dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, perkara berkenaan sudah pasti memberi pengajaran kepada anaknya selain orang ramai terutama golongan remaja yang diulit percintaan bahawa untuk mendirikan rumah tangga bukan mudah dan mereka perlu matang.
Katanya, dia sudah mengetahui perkara terbabit sejak beberapa minggu lalu apabila Fazira memaklumkan kepada isterinya bahawa mereka mungkin berpisah kerana ada masalah tertentu.
“Selepas mengetahuinya, saya hanya mampu memberi nasihat kepada anak saya supaya menerima takdir ini dengan hati tenang dan jangan berputus asa, mungkin itu bukan jodohnya.
“Cuma saya berharap apa yang terjadi ini akan dilupakannya. Bagi saya, dalam usia 13 tahun, masanya masih panjang dan dia tidak perlu terlalu risau atau tertekan walaupun bergelar janda dalam usia begitu muda.


Sumber harian metro

Relate : BUDAK 12 TAHUN TU DI KAWEN KAN SEBAB DI PERKOSA

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HERO KUCING HIDUP BERKAKI DUA MENINGGAL DUNIA

24.11.13 Suria Lekatlekit 18 Comments

Walaupun tak pernah jumpa Hero.. Tapi sang lekit selalu ikuti perkembangan dia & kucing2 lain yang di selamatkan kakimotong kat FB & blog. Bagi yang tak kenal atau lupa siapa kucing bernama HERO ni.. korang boleh search kisahnya.. kucing yang di potong dua kaki depannya kerana mencuri ikan di sebuah restoran non muslim satu ketika dulu & di selamatkan seorang hamba Allah yang pada masa itu tidak berkemampuan untuk memberi rawatan di klinik cuma cuba mengubati HERO dengan minyak gamat & doa sahaja. Namun kuasa Allah HERO sembuh & hidup menjadi Icon pada kekejaman manusia terhadap haiwan. Surat khabar, majalah & stesen tv pun banyak membuat liputan pasal kisah HERO ni.


Namun setiap yang hidup pasti ada akhirnya.. baru2 ni sang lekit ada baca di status FB kakimotong yang mengatakan abam Iyo (panggilan manja HERO) yang terkena lukiemia & sedang di beri rawatan. Dan pagi ni tersentap bila admin kelab Kakimotong(owner HERO sendiri) memaklumkan.. Iyo dah pergi meninggalkan kita semua.


Hero tetap abadi dalam kenangan

Sedih.. Rasa macam kehilangan ahli keluarga sendiri sebab saya memang mengikuti perkembangan dia & kawan2 dia yang lain. Tak malu la ngaku memang nangis jugak la kan. Semoga Papa & Mama HERO tabah menghadapi ujian berat ini. Sesungguhnya kami semua merasai kehilangan HERO bersama PH & MH. Teruskan perjuangan murni anda menyelamatkan haiwan2 terbiar mahupun haiwan2 yang menanti di suntik mati oleh pihak DBKL. Biarpun tanpa HERO kami tetap menyokong perjuangan kakimotong. Takziah buat keluarga HERO.

Gambar ni sangat2 menyentuh perasaan daku.

P/s : Sesungguh hati ini amat terasa sedihnya..

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MEROGOL GADIS DI JADIKAN SATU FESTIVAL KAT INDIA

20.11.13 Suria Lekatlekit 12 Comments

India antara negara yang aku selalu baca pasal adat, perayaan atau upacara keagamaan yang pelik2 & tak masuk akal. Kadang2 sesuatu perayaan,upacara atau adat tu di teruskan sejak beribu tahun dulu & masih kekal sampai sekarang. Memang rakyat depa ni ramai yang tercicir dari arus kemodenan sampai tak boleh keluar dari amalan kuno yang pelik & kadang2 sangat kejam.

Terbaca satu artikel pasal satu Festival merogol. Rogol kalau kat negara kita atau kebanyakkan negara termasuk india tu jadi satu jenayah berat tapi kat satu daerah di India ni merogol di jadikan 1 festival yang di raikan. Seram pulak aku baca. Kononnya festival tu di adakan untuk merogol syaitan2 jahat dalam tubuh gadis2 tersebut. Amalan ni di lakukan sejak beribu tahun dulu & masih di kekalkan sehingga hari ni


Menurut artikel tu setiap gadis yang belum berkahwin yang berusia 7 - 16 tahun di beri peluang samada melarikan diri atau di rogol dalam festival tersebut. Paling tak boleh blah yang aku baca ada yang siap berlatih merogol adik sendiri atau kawan2 adik dia semata nak dapat gelaran perogol terbaik. Ada pulak trofi untuk the most raped tu.. Aduhai.. sapalah si gila yang cipta tradisi macam ni. Memang tak masuk akal sungguh


Sesungguhnya ada lagi adat/tradisi/kepercayaan/perayaan pelik ni sudut2 terpencil dalam dunia ni. Syukur kita kat Malaysia walau berbagai kaum,agama,bangsa,suku kaum tapi tak dengar lagi kat kawasan2 terpencil ada perayaan/upacara/kepercayaan pelik & kejam macam ni. Harap2 memang tak ada la kan...

P/S : ada yang kata festival ni tak pernah wujud semua tu informasi palsu. Bagus la kalau sekadar rekaan semata mata. Tapi.. sejauh mana betul & tidak.. tak dapat di pastikan

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TERKINI! DAH JUMPA BUDAK HILANG TAPI BUKAN DI VILLA NABILA

19.11.13 Suria Lekatlekit 10 Comments

Pagi ni dah mula baca 2 3 status kat FB berkaitan budak yang hilang di Villa Nabila Johor tu. Berita gembira katanya sorang budak yang hilang tu dah di temui tapi yang tak bestnya bukan di kawasan Villa Nabila yang di kaitkan dengan berbagai kisah misteri & seram selama ni.

Katanya budak tu ada sedang bersembunyi kat rumah kawan dia. Motif dia buat macam tu tak di kenalpasti. Kena tunggu laopran berita yang lebih rasmi la kot. Berita ni pun cuma den baca kat blog & fb . Sejauh mana kebenaran den sendiri tak dapat pastikan cuma den share kan info terkini ni sebab nak kaitkan dengan satu kisah misteri yang pernah berlaku tak lama dulu.


Sumber fuh.my

Kalau korang ikuti blog melekit ni dari dulu lagi mesti korang ingat kisah anak dara bernama Siti Balqis dari kuala terengganu yang mengemparkan rakyat Malaysia dengan kisah misteri dia selalu hilang di tengah malam.. bila orang jumpa dia mesti kat kawasan pelik2.. macam kubur hutan bagai. Yang best.. ramai bomoh datang kononnya nak menghulurkan bantuan bagi meleraikan kemisterian yang berlaku. Ada bomoh cakap.. banyak jin di samping dia la.. ada bomoh ngaku tangkap jin tu letak dalam botol.. macam2 lagi bomoh2 yang merawat dia tu membuat spekualasi yang semuanya berkaitan dengan jin.

Last cerita budak Siti Balqis dia hilang lagi & kononnya di larikan jin ke gunung jerai kedah sana nu.. Jauh sungguh jin bawak di jalan2. Alih2.. misteri kisah siti balqis ni takde bomoh dapat selesaikan tapi polis jugak yang berjaya menyelesaikan. Hasil siasatan polis dapati dia pergi ke rumah seorang kakak angkat katanya di kedah dengan menaiki bas sebab polis jumpa tiket bas dalam beg dia.. sebelum2 ni dia yang di katakan selalu hilang lewat malam.. ada jiran pernah nampak dia keluar rumah & ada kereta yang tunggu dia. Yang pelik sepanjang dia hilang dia sempat bawak hp tu.. boleh mesej mak dia bagitau dia kat kubur la.. hutan la..

Bila dengar budak yang katanya hilang di Villa Nabila tapi di jumpai di rumah kawan dia.. memang kisah siti Balqis ni la yang terus den ingat. Sama la macam budak tu.. menyusahkan orang. Tapi kisah Siti Balqis lebih dahsyat sebab dia mampu mengarang cerita misteri untuk cover salah dia suka keluar lewat malam. Kau pernah terfikir macam dia?? hahahahaha

Kisah2 siti balqis di blog melekit ni korang boleh baca kat sini - JIN BURUK SIKU - JIN KENA FITNAHKISAH SEBENAR SITI BALQIS & JIN.. -DIA SEORANG PELAKON, PENULIS SKRIP, PENGARAH JUGA PENERBIT KISAH MISTERI -

Apapun.. kewujudan jin & makhluk ghaib/makhluk halus ni dalam Al-Quran pun ada menyebutnya & kita kena percaya tapi kepercayaan kita tu jangan la sampai termelakukan amalan2 khurafat & syirik. Tak payah dok buat kerja takde pekdah nak cari hantu bagai.. Biar dia dengan dunianya selagi dia tak ganggu kita. Takpayah nak cari yang susah nak nampak dengan mata kasar.. hantu2 yang boleh nampak dengan mata pun berlambak kat dalam dunia ni. Macam pesen & macam2 jenis.. tak puas lagi ke tengok. Nak jugak cari yang malu2 nak tunjuk rupa tu.

Update terkini
Johor Bahru: Seorang pelajar tingkatan empat yang dilaporkan hilang selepas mengunjungi banglo mistik, Villa Nabila pada Sabtu lalu sudah ditemui awal pagi tadi.
Mohamad Izzat Izzudin Hussin, 16, ditemui di Bandar Dato' Onn di Tebrau pada jam 2 pagi tadi dan dalam keadaan selamat.
Ibunya, Norhayati Mohamad,38, berkata, keluarganya akan membawa remaja berkenaan untuk berubat secara tradisional.
"Dia menyatakan lupa jalan untuk pulang ke rumah seolah-olah ada individu yang membawanya ke suatu lokasi.

"Kemudian dia dibantu seorang lelaki yang memberi perlindungan di rumahnya," katanya ketika dihubungi pagi tadi.-Sumber harian metro -

Dah guna alasan lupa jalan balik rumah pulak. Tadi kata jumpa umah gepren. aduhai.. penuh misteri sungguh

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

YANG HILANG DALAM VILLA NABILA TU BUKAN 23 ORANG TAPI...

18.11.13 Suria Lekatlekit 9 Comments

Kalau cerita dari mulut ke mulut memang setiap orang akan tambah satu ayat.. Dari hilang sorang tapi kecoh sampai 23 orang hilang dalam villa Nabila kat Johor yang tengah hot orang cerita kat FB sekarang. Mula2 aku just baca je... Lagipun sebelum ni pun dah selalu dok baca cerita mistik & seram pasal Villa Nabila ni.. tak mustahil kot kehilangan tu ada sebab2 mistik yang tak boleh di rungkai dengan sains & teknologi.

Baca punya baca last jumpa artikel dari Akhbar harian metro online..

Johor Bahru: Polis Johor menafikan dakwaan kehilangan 23 remaja yang dikatakan memasuki sebuah kawasan villa tinggal di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu.
 "Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa telah memasuki kawasan villa tinggal berkenaan.
"Bagaimanapun, unit anjing pengesan dan pihak bomba yang melakukan siasatan di kawasan villa itu sejurus menerima laporan, tidak menemui remaja terbabit," katanya.

LOKASI di mana seorang remaja dilapor hilang setelah memasuki rumah tinggal yang dikenali sebagai rumah Nabila. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali -Sumber Harian Metro

Memang la kewujudan makhluk ghaib ni dalam Islam pun ada menyebutnya & kita kena percaya tapi yang kita tak boleh percaya sangat adalah penyebaran di laman sosial. Yang hilang sorang tapi cerita yang tersebar konon sampai 23 orang. Punya la nak bagi suspend & misteri juga seramnya kisah tu perisa yang di tambah melebih2 pulak.
Takpe la kisah tu tak mengaibkan sapa2 sebab Villa Nabila pun dah takde manusia mengaku sebagai pemilik.. Kalau ada pemilik tak ke berisiko orang yang sebar tu kena keluar berita minta maaf macam kes Restoran Vanggei haritu. Sebab share status orang je tak pasal2 kena minta maaf.

Apapun.. berhati hati la nak share sesuatu berita @ info.. Pastikan apa yang kita nak share tu ada bukti yang mengaitkan info @ berita tu. Kalau tak.. percayalah walau kita hanya tukang share bukan pencetus atau pereka cerita @ berita tu.. tak mustahil kalau sebarang tindakkan di ambil, kita pun turut sama terlibat.

**Macam2 versi kisah seram Villa Nabila ni antara kisahnya...

Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang. -Nak tau lebih banyak versi kisah seram Villa Nabila baca la kat SINI -

clik untuk baca -->> TERKINI! DAH JUMPA BUDAK HILANG TAPI BUKAN DI VILLA NABILA

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RAMAI YANG TAK SUKA CUTI JUMAAT WALAU BANYAK KELEBIHAN

15.11.13 Suria Lekatlekit 13 Comments

Salam Jumaat Uolls.. Hari ni hari Jumaat. Sejak dua menjak ni dengar khabar angin yang katanya Johor bagi melaksankan cuti pada hari Jumaat & sabtu. Ramai jugak yang mengeluh & merungut seolah2 cuti pada Jumaat tu satu malapetaka besar. Na'uzubillah.. Sebab tak boleh bersosial pada hari Ahad je ramai muslimin & muslimat menolak cuti pada hari Jumaat & lebih selesa cuti di kekalkan sabtu Ahad.

Hari Jumaat ni banyak kelebihannya.. Bila ada negeri yang cuba melaksanakan cuti pada hari Jumaat patut kita sokong & terima dengan hati yang gembira sebaliknya ada jugak manusia cuba mempertikaikan cuti pada hari Jumaat.. katanya susah nak attend kenduri la.. susah nak jumpa kawan kawan sebab cuti dah tak sama.. susah tu.. susah ni.. seolah2 cuti jumaat tu menyusahkan sangat. Sebagai orang kedah yang sememangnya membesar & bercuti pada Jumaat sabtu masa sekolah dulu rasa lebih banyak kelebihan. Yang jelas kaum adam senang nak pergi sembahyang Jumaat. Tak payah rushing. Malam Jumaat pulak boleh buat amalan2 sunat untuk mendapat lebih banyak ganjaran pahala, kan?? Jadi warga johor mahupun yang bekerja di Johor cuti pada hari Jumaat bukanlah 1 malapetaka tapi satu rahmat,ok!

Artikel penuh baca kat SINI

Hari Jumaat terkenal sebagai penghulu segala hari.. Jadi banyak kelebihannya. Salah satu sekiranya ada hamba Allah yang meninggal pada hari Jumaat bakal mendapat ganjaran..

terdapat hadis yang menyatakan apabila seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari Jumaat maka dia aman dari azab kubur.
Diriwayatkan dari Imam at-Turmuzi dalam himpunan hadis dari Abdullah Bin A'mru telah berkata: Bersabda Nabi Sallahu Alaihi Wasallam:
Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari fitnah kubur.
(Berkata al-Albani dalam Ahkam Janaiz, hadis yang dihimpunkan dari pelbagai toriq adalah hasan atau sohih).
Jelaslah hadis ini menunjukkan kelebihan bagi sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat menunjukkan baiknya pengakhiran seseorang itu (Husnul Khotimah). -Rujukan di SINI

Jadi pada semua yang tak suka bercuti hari Jumaat tu bawak2 la Istifar yer.. Jangan sebab tak boleh bersosial je kita rasa Jumaat hari yang membosankan sedangkan banyak perkara baik yang kita boleh manafaatkan di hari Jumaat.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DERA ANAK ORANG LEPAS TU NGAKU TAK SALAH

13.11.13 Suria Lekatlekit 9 Comments

Semua orang tahu alkisah pasal pemilik taska permata yang kantoi apabila seorang bapa kepada seorang kanak2 yang di hantar kat situ telah memasang cctv kat beg anak dia selepas rasa macam something wrong bila anak dia tak nak ke taska. Tindakkan si bapak tu berjaya mengkantoikan aktiviti penderaan yang di lakukan pemilik taska juga pengasuh kanak kanak kat situ.

Rakaman tu memperlihatkan kanak kanak tersebut di pukul jadi laporan polis dia buat & pemilik taska tu akhirnya menyerah diri. Tapi bila di hadap ke mahkamah tak mengaku pulak bersalah. Abis yang dalam rakaman cctv tu siapa?? kau ada bela hantu raya ke yang menyamar jadi pengasuh budak2 tu??

Sumber Terbakor.com

Memang tengok muka perempuan ni macam kecik je walau den tahu dia lagi besar dari den yang memang tergolong dalam golongan kecik comot ni. Tapi yelah.. bila ikut hati marah.. undertaker pun boleh nampak besar barbie girl jer.

Dah terang2 dalam cctv tu kau pukul budak tu kau lagi tak ngaku salah. Ke kau nak bagi alasan itu salah satu senaman untuk kuatkan otot budak2??

Kalau tetiba kau menang kes & terselamat dari di sabitkan kesalahan.. Harap kau jangan buka taska lagi. Kau pergi bela ayam lagi bagus... tak pun bela lembu. Kalau kau dera lembu kat dunia takde sapa nak amik tindakkan.. tapi kat akhirat tetap kau tak dapat nafikan dah. Tapi aku tetap harap kau takkan terlepas dari dijatuhi hukuman setimpal kat dunia ni. Supaya dengan hukuman tu maybe boleh menginsafkan kau. Kat sana nanti Insya Allah dah takde dakwa dakwi lagi.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AL FATIHAH PELAKON PI MAI PI MAI TANG TU AHMAD BUSU MENINGGAL DUNIA

10.11.13 Suria Lekatlekit 5 Comments

Takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah Ahmad Busu yang telah pulang kerahmatullah selepas Maghrib tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Umur Allahyarham adalah sekitar 60-an.

Semoga keluarga arwah tabah menghadapi Ujian Allah & sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan mati. Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..

Sumber rujukan Beautifulnara

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AKHIRNYA PAK GUARD YANG TEMBAK PEGAWAI BANK DI TANGKAP

10.11.13 Suria Lekatlekit 4 Comments

Sepandai2 Pak guard itu larikan diri selepas melakukan rompak & bunuh akhirnya di tangkap polis jugak. Sebagai rakyat yang memang rasa terkesan dengan apa yang berlaku & rasa meruap2 dalam dada bila tengok video pak guard durjana yang menembak arwah pegawai ambank tu membuatkan den rasa nak berucap sepatah dua kata jugak la bila tahu dia dah di tangkap polis.


Yang pasti dia bakal di kenakan hukuman mati. Harap di kesempatan yang ada ni dia gunakan sebaik mungkin untuk bertaubat kepada Allah.

KUALA LUMPUR – Kes tembak seorang pegawai operasi Ambank, Norazita Abu Talib, 37 di Subang Jaya  pada 23 Oktober lalu  selesai berikutan tertangkapnya suspek utama kes tersebut pada jam 7.00 pagi tadi di Kg Belungkor, Kota Tinggi, Johor.
Dia dikehendaki dalam kejadian samun di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013 yang melibatkan kematian seorang kakitangan Ambank.
Sumber rujukan Di SINI

Dan kepada warga asing yang datang menumpang cari rezeki disini jadikan iktibar. Kerja baik baik.. Insya Allah dapat rezeki berkat bahagia hidup dunia & akhirat. Belajar bersyukur dapat menumpang rezeki di negeri orang kalau kat negara sendiri tak mampu nak bagi makan anak bini.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HARAM LETAK NAMA PASANGAN DI BELAKANG NAMA KITA

9.11.13 Suria Lekatlekit 6 Comments

Rasanya ramai yang suka gabungkan nama mereka dengan pasangan mereka tak kira la yang dah kahwin atau yang baru bercouple, betul tak??Contoh Jemah kawen dengan Meon.. Kemudian dia guna nama Jemah Meon, gitu la contohnya. Konon nak nampak sweet.. romantik.. lot of love la kan. Tapi tak ramai yang tahu hukum dari perbuatan tersebut. Kenapa den yakin ramai yang tak tahu.. sebabnya kalau tengok trend kat FB melambak yang buat. Kalau yang tahu buat jugak.. tu tak boleh nak cakap apa cuma entri nu untuk bagitau orang yang tak tahu.

Mesti nak tahu apa hukumnya gabungan nama suami isteri atau pasangan macam tu?? Jom baca kat bawah ni

 Sumber FB
Atau kalau nak lebih penerangan boleh jugak baca kat SINI
atau nak lebih rujukan boleh baca kat SINI

Kalau dah suami isteri pun hukumnya haram apatah lagi kalau yang belum kawen baru dok cinta kera luku kan?? Jadi.. pada yang buat sila jangan buat lagi pada yang terfikir nak buat, batalkan la niat tu. Kadang2 benda yang pada pandangan kita remeh sangat boleh jadi sesuatu yang merosakkan akidah.

Semoga perkongsian ni memberi sedikit ilmu buat kita semua. Bukan berlagak baik atau alim tapi sekadar peringatan untuk diri sendiri & semua yang membaca.

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GOSIP PRODUK SEBAMED TIDAK HALAL

8.11.13 Suria Lekatlekit 11 Comments

Pagi2 dah terbaca kat blog kak Lydia Miza pasal sebamed bar yang katanya ada gelatin dari sumber babi & tidak halal di gunakan untuk umat Islam?? Tapi sejauh mana kebenaran gosip ni?? Ada mana2 pihak berwajib yang keluarkan kenyataan pasal status kehalalan produk ni ke??


Semua pun tak pasti.. Yang pasti gosip ni dah pun tersebar. Maka den ni pun pengguna produk sebamed tapi bukan untuk diri den just untuk budak kecik lala jer.. Lala guna mandian & losyen badan sebamed jadi kalau ada satu produk keluaran sebamed di sahkan tak halal.. maka den pun tak yakin untuk gunakan barangan mereka yang lain. Tapi kita tak boleh terima gosip ni bulat2 ok! Kena siasat dulu. Hasil siasatan den dengan google maka den jumpa ni




Sumber Rujukan islamgrid.gov.my

Apapun bagi yang was was jadi haram.. So sapa2 yang was was nak gunakan.. jangan gunakan. Tapi janganlah terus share fitnah sebab kita sendiri pun tak tahu sejauh mana kebenarannya.. Jangan apa yang kita buat tu memakan diri sudah. Sebelum kita mempercayai sesuatu khabar angin tu elok la di siasat secara terperinci dulu. Zaman fitnah hujung jari ni.. memang senang sangat tersebar & senang sangat orang percaya.


 Sumber Eltean M'sia

 Hakikatnya, semua produk di bawah nama Sebamed tidak mengandungi unsur gelatin lembu / babi . Bahan-bahan sebenar Pembersihan Bar Sebamed adalah seperti berikut:Disodium Lauryl Sulfosuccinate, Triticum vulgare starch, Palmitic Acid, Stearic Acid, Glyceryl Stearate, Cetearyl Alcohol, Talc, Sudium Lactate, Cera alba, Aqua, Lecihin, Sodium Lauroyl Sarcosinate, Cocamidopropyl Betaine, Panthenol, Inulin, Sodium Cocoyl Glutamate, Tocopheryl Acetate, Glycine, Magnesium Aspartate, Alanine, Lysine, Leucine, Benzophenone-4, Parfum, CI 47005, CI 61570, CI 77891.
Produk ini telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan telah dipasarkan di Malaysia, Indonesia , Brunei Darussalam , Arab Saudi , Kuwait , Qatar , Emiriah Arab Bersatu , Jordan , Republik Iran, dan lain-lain sejak tahun 1983. Tindakkan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan fitnah ini & maklumat palsu tentang Sebamed 
(Translate ke bahasa melayu bagi yang tak mahir English)

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TAHNIAH PENYANYI EZAD LAZIM SAH BERGELAR BAPA

6.11.13 Suria Lekatlekit 5 Comments

Kalau sebut ezad lazim ni maybe ada yang terpinga2 agaknya sapalah retis tu yer... Tapi kalau sebut ezad exist rasanya ramai yang kenal la kot tapi dia sebab dia bukan lagi ahli kumpulan exsit maka ezad tidak lagi guna nama exist la.

Ezad & isteri

Tadi ternampak gambar surat beranak anak ezad lazim kat FB.. Akhirnya ezad dah jadi bapak orang. Tahniah pada ezad & welcome to da club mak bapak orang yer..


Ops tak lupa juga tahniah pada blogger popular Bro Framestone yang juga berjaya bergelar bapak orang. Kalau ezad lazim dapat baby girl.. bro pun tak kalah.. baby girl jugak.

Apapun semoga kedua2 isteri & anak mereka sihat2 saja. Selamat berpantang..

P/s : tahniah jugak pada cikgu Noi pemilik blog Good Morning Teacher yang pun sekarang tengah berpantang untuk kelahiran baby boy sulungnya.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PERBEZAAN PERANGAI NURSE HOSPITAL KULIM DAN SG BULOH

4.11.13 Suria Lekatlekit 13 Comments

Walau takde sapa yang tanya tetap nak bagitau.. seminggu nafkah blog melekit ni terabai adalah di sebabkan banyak hal yang berlaku. Meluangkan lebih masa dengan budak bernama lala tu.. Untuk meneliti perkembangan dia supaya tak terlepas pandang sesuatu yang serius melibatkan masa depan dia nanti. Alhamdulillah setakat ni takde apa2 yang serius sangat pasal lala.. Cuma perlu bagi perhatian pada dia & jangan terlalu over protected untuk dia explore & belajar sesuatu yang baru. Bak kata doktor.. maybe mak bapak dia over protected je.. takde masalah serius sangat pun. Boleh terima jugak la pendapat doktor tu.

Itu kisah buat lala.. Kisah ni pun berkaitan budak lala jugak dimana sebab dia mak bapak dia kena la berurusan dengan hospital sg buloh untuk check up dia. Lala pun lahir kat situ. Setakat yang den pernah berurusan dengan hospital sg buloh ni termasuk la yang terkini untuk check up perkembangan lala yang den puji sangat2 & susah nak den jumpa kat mana2 hospital kerajaan terutama hospital Kulim yang sapa2 pun kebanyakkan akan merungut, komplen pasal kekurangan ajaran nurse2 kat situ. Dengan mulut puaka.. dengan perangai suka marah patient, suka menyindir patient, suka cakap bukan2 pada patient.. senang cakap banyak rungutan pasal layan buruk kebanyakkan nurse hospital kulim la pada patient kat situ nak2 lagi orang2 kampung yang education tak sebarapa & tak berani nak melawan ni.

Tapi kat hospital sg buloh setakat ni den terima layanan rasanya macam hospital swasta la jugak.. Baik sangat nurse2 kat sana.. Nak jumpa yang macam nurse2 kat hospital kulim tu susah sangat tapi kalau ada pun mungkin sekor dua jer. Kalau dorang buat silap.. dorang tak cari silap patient untuk lari dari bertanggungjawab dari kesilapan tu even kesilapan kecil sekalipun macam tersalah bagi appointment ke hapa ker.. Dorang dengan rendah diri minta maaf. Kalau kita perlukan bantuan/pertanyaan pun dengan lemah lembut je dorang jawab. Kalau tengok kita terkial2 cari apa2.. dorang akan datang tanya & cuba bantu. Kira puas hati la dengan service kat hospital sg buloh walau masalah kena tunggu lama tu memang ada. Nak buat macam mana... memang ramai orang tapi bila terima layanan baik dari kebanyakkan staff2 & nurse2 termasuk doktor jadi kena tunggu lama tu bukan jadi masalah besar sangat la. At Least hati takde la mengelegak sangat kan??

Jadi.. pada semua kakitangan tak kira kerani kaunter, nurse2 yang comel lagi baik hati, doktor2 yang baik, guard.. makcik cleaner bagai.. memang syabas la pada anda semua terutama nurse2 hospital sg buloh. Selalunya kita dengar komplen pasal layanan nurse kat mana2 hospital kerajaan tapi nampaknya hospital sg buloh nurse2 mereka layak di puji. Jadi.. teruskan atitude macam tu yer nurse2.. Buat nurse2 hospital kulim yang aku rasa dari sejak aku kecik sampai sekarang pun sentiasa dengar rungutan yg sama dari orang yang pernah berurusan dengan hospital kulim termasuk pengalaman aku sendiri yang pernah kena marah dengan nurse masa jaga makcik aku kat hospital sebab aku demam tapi datang jaga makcik aku katanya menyusahkan orang.. tak tau la dia susah tang mana sebab takde pulak aku dok minta ubat ke hapa ke kat dia. Aku cuma teman makcik aku kat wad jer.. & depan aku pernah nurse hina makcik aku katanya mandi tak sabun, badan berdaki. Orang tua tengah sakit masa tu.. mungkin mandi ala kadar jer tapi sebagai seorang nurse & jugak manusia lebih muda dari makcik aku walau tak muda sangat kalau banding dengan mak aku masa tu.. cakap kat orang tua tengah sakit macam tu dengan nada sombong, sendiri fikir la kan??

Moral of the story tak kira hospital swasta atau kerajaan.. semua di bayar gaji. Buat la kerja mengikut etika yang di tetapkan dengan amanah & tanggungjawab lebih2 lagi bila berdepan dengan orang2 yang kurang sihat atau kurang upaya ni. Kenapa perlu rasa orang yang guna khidmat hospital kerajaan tak layak untuk terima layanan baik sedangkan takde sapa paksa hangpa pun jadi nurse & bukan hangpa tak di bayar gaji tapi di kerah kerja macam hamba abdi. Semoga ada mana2 nurse hospital kulim baca.. Bukan kata semua nurse hospital kulim macam tu tapi dari dulu sampai sekarang kebanyakkan macam tu. Mungkin di warisi dari senior2 la kot sampai sinonim nurse2 hospital kulim memang kurang ajar dengan pesakit.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com