PENGANTIN BUDAK 12 TAHUN AKHIRNYA MENJANDA TAK SAMPAI SETAHUN KAWEN

27.11.13 Suria Lekatlekit 15 Comments

Korang still ingat dengan pasangan pengantin yang budak perempuan umur 12 tahun & lelaki kalau tak silap masa tu baru 18 tahun. Kalau dah lupa boleh rujuk enri ni 12 TAHUN PAHAM KE TANGGUNGJAWAB ISTERI

Tup tup hari ni tengok member FB upload ketaran akhbar pasal dorang bercerai talak 3 walau tak sampai pun setahun berkahwin. Masa kawen keluar paper pemes kejab.. dah bercerai pun keluar paper confirm kecoh la kampung den sekejab. Yelah.. budak laki tu budak kampung den jugak.


Masa nak kawen pun memalukan mak bapak jugak... dah bercerai pun still mak bapak dapat malu.Dugaan pada mak bapak depa la kan, semua orang ada bahagian masing2. Kita tak di uji dengan kesusahan.. di uji dengan anak2 pulak. Semoga mak bapak budak2 ni tabah lah yer

 Dalam usia yang tak matang memilih untuk kawen memang la syarak membenarkan tapi kematangan depa tu tak berapa sesuai untuk pikul tanggungjawab besar sebagai laki bini. Tanggungjawab laki bini ni bukan atas katil jer dik Ooi... Bila tak paham tanggungjawab, maka inilah yang terjadi. Bukan satu dua.. talak.. TIGA terus tu. Aduhai.. inilah padahnya bila si budak di kahwinkan dalam usia yang terlalu mentah. Orang dah tua pun kadang2 tak berapa nak matang.. penuh fail makhkamah dengan kes cerai berai.. apatah lagi budak hingus camni kan??

Apapun jodoh pertemuan semua kuasa Allah.. Mungkin ada hikmah di sebaliknya yang Allah nak tunjuk pada kita dari peristiwa/ kejadian yang berlaku pada orang lain. Sama2 lah kita mengambil iktibar & pengajaran.



“Kejadian ini memberi pengajaran kepada anak saya. Bukan perkara mudah mendirikan rumah tangga terutama ketika usianya masih terlalu muda.
“Fazira tidak banyak bercakap mengenai nasib menimpa dirinya, tetapi saya meletakkan dia tinggal bersama ibu saudaranya di Padang Serai supaya jiwanya kembali tenang dan sentiasa berfikir dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, perkara berkenaan sudah pasti memberi pengajaran kepada anaknya selain orang ramai terutama golongan remaja yang diulit percintaan bahawa untuk mendirikan rumah tangga bukan mudah dan mereka perlu matang.
Katanya, dia sudah mengetahui perkara terbabit sejak beberapa minggu lalu apabila Fazira memaklumkan kepada isterinya bahawa mereka mungkin berpisah kerana ada masalah tertentu.
“Selepas mengetahuinya, saya hanya mampu memberi nasihat kepada anak saya supaya menerima takdir ini dengan hati tenang dan jangan berputus asa, mungkin itu bukan jodohnya.
“Cuma saya berharap apa yang terjadi ini akan dilupakannya. Bagi saya, dalam usia 13 tahun, masanya masih panjang dan dia tidak perlu terlalu risau atau tertekan walaupun bergelar janda dalam usia begitu muda.


Sumber harian metro

Relate : BUDAK 12 TAHUN TU DI KAWEN KAN SEBAB DI PERKOSA

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

15 comments:

  1. Hurm. Tak tau nak kata paa. Moga dijadikan iktibar..

    Jom support dan join Giveaway kat blog Liza. http://lizayati.blogspot.com/2013/11/count-books-giveaway.html.

    The more the merrier!

    ReplyDelete
  2. talak tiga??? budak sebesar tu faham ke erti talak tu...nauzubillah...bagaimana nasib remaja perempuan itu agaknya nanti..

    ReplyDelete
  3. betul, kahwin bukan setakat atas katil aje
    skop dia lebih besar daripda tu
    alahai, muda-muda dah jadi janda
    siapa nak disalahkan tu?

    ReplyDelete
  4. hm.. kenapa smpai talak 3?
    kesian jgk dgn budak tu. huhu.

    ReplyDelete
  5. hurmm no komen..tapi mmg ingat sgt pasal diorang ni kawin muda

    ReplyDelete
  6. dah jodoh sampai situ..janda pun ok kot hehe

    ReplyDelete
  7. Nie mesti kehendak family dieorg soh kawin . Bdk 12 tahun ape die thu . Main teng teng lagi kot . So jgn slh kan budak 12 thun to . Mak ayh dieorg yg salah . Kawin mgkin bersebab . Family problem maybe .

    ReplyDelete
  8. mak bapak dorang bagi kawen jugak pasal budak pompuan tu dulu sampai tak blh umah dok ikut budak jantan tu. sampai duduk umah budak jantan tu.. sebab tu la mak bapak depa terpaksa jugak bagi kawen. tu la alkisahnya sebelum depa kawen anonymous

    ReplyDelete
  9. tulah..tanggungjawab lepas kahwin susah utk budak 13/ 19 tahun..saya yang baca artikel mereka pown turut ter kejut dgn berita ni..namun saya harap ini sebagai pengajaran buat kita semua supaya tidak bermain dengan tanggungjawab lepas kahwin~

    ReplyDelete
  10. hmmm.. bagi saya janda bukan satu masalah dan bukan juga perkara yang memalukan. oleh sebab perkahwinan secara halal dan perceraian pula bukanlah sesuatu yang haram, maka saya tak perlu setkan minda saya dgn yang negatif2 bila baca kes2 camni...

    ReplyDelete
  11. ada jugak kenalan dkt fb,kawen umur 21. hal dlm kain pun selamber je cerita dkt kwn..konon mcm kelakar..kita yg rasa tua ni malunya lah..

    nk kawen muda tak salah,tp salah kalau ilmu x cukup didada..jd lah mcm ni,kurang cerdik sikit..huhu

    ReplyDelete
  12. bukan title janda @ duda tu yang negatif.. tapi apa yang perlu kita jadikan iktibar & pengajaran adalah dari kisah mereka ni.. Kalau boleh berkahwin bukan semata2 untuk bercerai la.. Untuk memikul tanggungjawab suami @ isteri perlukan kematangan komitmen yang besar & tinggi.. kalau nak kawen sapa2 pun boleh kawen tp tak semua orang mampu pikul semua tanggungjawab tu dalam usia yg terlampau muda macam ni. jadi sebelum ambil keputusan berkahwin byk faktor kena fikirkan.. bukan hanya nak elakkan zina jer

    ReplyDelete
  13. ho.. muda sangat mana tak nya.. memang berkali2 buat salah lea nampak gayanya

    ReplyDelete
  14. Itu semua sikap individu, sepatutnya brfikir sebelum buat...ataupun diaorg memang gila title nak mcm tu....dunia2

    ReplyDelete
  15. Itu semua sikap individu, sepatutnya brfikir sebelum buat...ataupun diaorg memang gila title nak mcm tu....dunia2

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!