PERBEZAAN PERANGAI NURSE HOSPITAL KULIM DAN SG BULOH

4.11.13 Suria Lekatlekit 13 Comments

Walau takde sapa yang tanya tetap nak bagitau.. seminggu nafkah blog melekit ni terabai adalah di sebabkan banyak hal yang berlaku. Meluangkan lebih masa dengan budak bernama lala tu.. Untuk meneliti perkembangan dia supaya tak terlepas pandang sesuatu yang serius melibatkan masa depan dia nanti. Alhamdulillah setakat ni takde apa2 yang serius sangat pasal lala.. Cuma perlu bagi perhatian pada dia & jangan terlalu over protected untuk dia explore & belajar sesuatu yang baru. Bak kata doktor.. maybe mak bapak dia over protected je.. takde masalah serius sangat pun. Boleh terima jugak la pendapat doktor tu.

Itu kisah buat lala.. Kisah ni pun berkaitan budak lala jugak dimana sebab dia mak bapak dia kena la berurusan dengan hospital sg buloh untuk check up dia. Lala pun lahir kat situ. Setakat yang den pernah berurusan dengan hospital sg buloh ni termasuk la yang terkini untuk check up perkembangan lala yang den puji sangat2 & susah nak den jumpa kat mana2 hospital kerajaan terutama hospital Kulim yang sapa2 pun kebanyakkan akan merungut, komplen pasal kekurangan ajaran nurse2 kat situ. Dengan mulut puaka.. dengan perangai suka marah patient, suka menyindir patient, suka cakap bukan2 pada patient.. senang cakap banyak rungutan pasal layan buruk kebanyakkan nurse hospital kulim la pada patient kat situ nak2 lagi orang2 kampung yang education tak sebarapa & tak berani nak melawan ni.

Tapi kat hospital sg buloh setakat ni den terima layanan rasanya macam hospital swasta la jugak.. Baik sangat nurse2 kat sana.. Nak jumpa yang macam nurse2 kat hospital kulim tu susah sangat tapi kalau ada pun mungkin sekor dua jer. Kalau dorang buat silap.. dorang tak cari silap patient untuk lari dari bertanggungjawab dari kesilapan tu even kesilapan kecil sekalipun macam tersalah bagi appointment ke hapa ker.. Dorang dengan rendah diri minta maaf. Kalau kita perlukan bantuan/pertanyaan pun dengan lemah lembut je dorang jawab. Kalau tengok kita terkial2 cari apa2.. dorang akan datang tanya & cuba bantu. Kira puas hati la dengan service kat hospital sg buloh walau masalah kena tunggu lama tu memang ada. Nak buat macam mana... memang ramai orang tapi bila terima layanan baik dari kebanyakkan staff2 & nurse2 termasuk doktor jadi kena tunggu lama tu bukan jadi masalah besar sangat la. At Least hati takde la mengelegak sangat kan??

Jadi.. pada semua kakitangan tak kira kerani kaunter, nurse2 yang comel lagi baik hati, doktor2 yang baik, guard.. makcik cleaner bagai.. memang syabas la pada anda semua terutama nurse2 hospital sg buloh. Selalunya kita dengar komplen pasal layanan nurse kat mana2 hospital kerajaan tapi nampaknya hospital sg buloh nurse2 mereka layak di puji. Jadi.. teruskan atitude macam tu yer nurse2.. Buat nurse2 hospital kulim yang aku rasa dari sejak aku kecik sampai sekarang pun sentiasa dengar rungutan yg sama dari orang yang pernah berurusan dengan hospital kulim termasuk pengalaman aku sendiri yang pernah kena marah dengan nurse masa jaga makcik aku kat hospital sebab aku demam tapi datang jaga makcik aku katanya menyusahkan orang.. tak tau la dia susah tang mana sebab takde pulak aku dok minta ubat ke hapa ke kat dia. Aku cuma teman makcik aku kat wad jer.. & depan aku pernah nurse hina makcik aku katanya mandi tak sabun, badan berdaki. Orang tua tengah sakit masa tu.. mungkin mandi ala kadar jer tapi sebagai seorang nurse & jugak manusia lebih muda dari makcik aku walau tak muda sangat kalau banding dengan mak aku masa tu.. cakap kat orang tua tengah sakit macam tu dengan nada sombong, sendiri fikir la kan??

Moral of the story tak kira hospital swasta atau kerajaan.. semua di bayar gaji. Buat la kerja mengikut etika yang di tetapkan dengan amanah & tanggungjawab lebih2 lagi bila berdepan dengan orang2 yang kurang sihat atau kurang upaya ni. Kenapa perlu rasa orang yang guna khidmat hospital kerajaan tak layak untuk terima layanan baik sedangkan takde sapa paksa hangpa pun jadi nurse & bukan hangpa tak di bayar gaji tapi di kerah kerja macam hamba abdi. Semoga ada mana2 nurse hospital kulim baca.. Bukan kata semua nurse hospital kulim macam tu tapi dari dulu sampai sekarang kebanyakkan macam tu. Mungkin di warisi dari senior2 la kot sampai sinonim nurse2 hospital kulim memang kurang ajar dengan pesakit.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

13 comments:

  1. Patut dah lama tak nampak
    hopefully lala okay
    emmm...saya setuju dgn pendapat cik lekit
    saya pernah tegur seorang nurse dan
    dgn begitu "baik" dia jwb, tak puas hati pergi swasta

    tak kan tegur sikit dah goyah
    tak kan hospital krjn nak takat tu je kenalah improve dak =)

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Saya pernah lahirkan anak kat hospital kulim. Feedback yg sy dpt agak bagus & staff labor room sangat ok. Malah husband saya boleh temankan masa sy deliver & masuk wad pun xdak masalah.

    Jadi mungkin tak semuanya buruk perangai. Just my 2 cent ^_^

    ReplyDelete
  3. tak kata semua Yana tapi kebanyakkan mcm tu. even sy ada someone yg sy kenal kerja kat situ pun pernah bgtau memang byk komplen pasal murse2 kulim ni. even staff hospital sendiri pun pernah lalui pengalaman di layan buruk.. di sindir.. oleh nurse2 kat situ sebab dorang tak puas hati bila kesilapan dorang jadi komplen. majoriti sy dengar selama ni memang mcm2 rungutan.. & saya sendiri pun pernah di layan buruk

    ReplyDelete
  4. tapi yang terbaik, nurse kat hospital selayang, husband boleh masuk masa isteri nak bersalin. cakap pun lemah-lembut.

    ReplyDelete
  5. masa saya bersalin kat hosp sg buloh pun nurse yg panggilkan asben saya masuk LR temankan sy masa bersalin.. tak payah kita minta pun. dorang sendiri yg offer..

    ReplyDelete
  6. salam Mummy Lala..

    cma bersalin dua2 kat hospt besar KL.
    so far alhamdulillah..nurse & doc semuanya ok2.semoga mereka tingkatkan prestasi kerja mcm tu..

    lama menghilang..ingatkan kemana.. hopefully everything went well :)
    kiss utk lala

    ReplyDelete
  7. pengalaman hosiptal ni beza2 kan..saya compare Hosp Selayang dgn Hosp KL jelah eh..memang saya x prefer Hosp Selayang. Bad service..huhu! sampai kan saya demam,saya refer Hosp KL..nurse pun tny kena duduk selayang x refer Hosp Selayang..saya ckp je 'tak best'. tersengih2 nurse2 situ..jujur terlampau :P

    tp tu lah, ada org ckp Hosp Selayang ok..tp bkn bg saya..mmg prefer HKL jugak :D hehe..

    tp kalau bab org luar bandar,x berani nk melawan, maybe sbb tu nurse2 suka merendah2kan patient..huhu :( sabar jelah..

    ReplyDelete
  8. pengalaman saya sendiri, hospital dan klinik kesihatan kerajaan di kawasan luar bandar (di kampung saya) kebanyakkan nurse sangat kurang ajar, kemungkinan kerana mereka memandang rendah kepada orang kampung yang mendapatkan rawatan di situ.

    manakala kakitangan hospital & klinik kesihatan kerajaan di kawasan bandar lebih menghormati pesakit.


    ReplyDelete
  9. Betul tu anonymous. saya setuju sebab itulah yang selalu berlaku. nurse2 yg bertugas di hospital kawasan kg & luar bandar memang agak kurang ajar tp depa lupa org2 kg sekarang byk dah educated.. so berhati2 lah nurse jenis tu yer.. jgn silap berkurang ajar tak pepasal terima padah

    ReplyDelete
  10. Salam~
    Saya setuju dengan puan yang kata nurse hospital selayang are bad....diorang kerja tak payah tulis kat kertas terus masuk computer report...itu jadinya perasaan nurse kat hospital selayang macam robot...kuat ngumpat patient, tak de adap... jururawat-jururawat kat HKL jauh lebih baik...walaupun banyak kerja dan sentiasa sibuk tapi boleh aje nak berakhlak mulia. Pengalaman saya jaga ibu di kedua-dua hospital.

    ReplyDelete
  11. Saya pon staff...tapi mmg.menyakitkan hati dok hospital kulim...saya bersalin kat hos ampang hospital manjung...baik2 belaka nurse nye....sy pulak jenis tak byk ckp...bkn saja kat wad..kaunter kecemasan pon staff tak hormat pt...sy tgk pon sakit hati

    ReplyDelete
  12. bg saya hos. sg buloh adalah bagus...layanan doc dn nurse memuaskan hati..sebab saya pernah lalui nurse di wad bersalin di hospital di selatan tanah air yg maha dahsyat layanan kurang ajar...

    ReplyDelete
  13. bukan semua staff hospital sungai buloh bagus dan cekap kerjanya.antara dua darjat.masa saya (4 kali admit) hospital sg buloh sakit ILI masa musim h1n1,tergeliat pinggang,denggi dgn demam panas layanan sangat baik.malu pulak saya sakit.bila wife complication lepas inject contrast kat radiologi, layanan AA class.malam pulak tu.salute.hats off pada barisan doktor,MO dan nurse.tapi hanya 1 bulan lepas tu refer antenatal kat kk sgbuloh(extension outpatient,gigi,ante/post natal,kencing manis) mendukacitakan,hampeh.doktor ok.nurse haduh.huduh perangai
    1)suka sindir sindir bila ada suarakan masalah.ayat standard "dah memang macam tu,macam tu lah"
    2)layan patient macam bola(wife 20years pembantu klinik swasta,she knows when a person doing things right or wrong)
    3)dapat patient cakap kelantan sikit layan macam jumpa saudara terpisah.yang ni saya kurang faham.blur kejap.im sorry my kelantan frens!dont mean to offend you guys
    4)tak baca laporan darah yang dibuat.frackles dikata cacar.dan disuruh refer klinik mata swasta dikelana jaya pulak tu.ni pun saya blur sekejap.frackles=pakar mata.
    5)buat blood test HB drop 2 marks 2 bulan lepas.nurse tukar obimin pada iberex.mungkin zat tak cukup katanya(nurse senior baju biru-berpengalaman).ambil air kencing kelmarin.baca result 2 bulan lepas.kata risiko anemia.bagi iron pill.pening jap.habis apa guna tukar obimin pada iberex dulu?
    6)sindir sindir bila wife sorang sorang dalam bilik rawatan.bila saya masuk semua jadi baik dan melemparkan senyuman paling paling manis.elok keluar tetiba tarik muka dan cebik.
    saya masih menghadamkan kejadian kejadian ni.walaupun pelik tapi ia masih tidak menghilangkan hormat saya pada barisan dr,MO dan nurse mana2 hospital kerajaan atau swasta.mereka penyelamat nyawa.pernah nurse mandi darah saya darah pancut lepas masa ambil darah saya.saya dah collapes tak sedar diri papiloma.tiap kali sakit tiap kali tu la saya ke sg buloh.staff yng rotate tugas dari HSB ke kk memang dapat beza dgn yng station di kk sahaja.hanya kumpulan kecil saja.tapi atas dasar menghormati,saya tukar klinik saja minggu depan hantr terus kampung.

    ramai sepupu saya nurse.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!