YANG HILANG DALAM VILLA NABILA TU BUKAN 23 ORANG TAPI...

18.11.13 Suria Lekatlekit 9 Comments

Kalau cerita dari mulut ke mulut memang setiap orang akan tambah satu ayat.. Dari hilang sorang tapi kecoh sampai 23 orang hilang dalam villa Nabila kat Johor yang tengah hot orang cerita kat FB sekarang. Mula2 aku just baca je... Lagipun sebelum ni pun dah selalu dok baca cerita mistik & seram pasal Villa Nabila ni.. tak mustahil kot kehilangan tu ada sebab2 mistik yang tak boleh di rungkai dengan sains & teknologi.

Baca punya baca last jumpa artikel dari Akhbar harian metro online..

Johor Bahru: Polis Johor menafikan dakwaan kehilangan 23 remaja yang dikatakan memasuki sebuah kawasan villa tinggal di Jalan Skudai, dekat sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Abdul Samad Salleh, pihaknya hanya menerima satu laporan berhubung kehilangan seorang remaja berusia 16 tahun sejak Sabtu lalu.
 "Laporan itu dibuat ibu mangsa jam 1 pagi tadi dan beliau dimaklumkan rakan anaknya, mangsa didakwa telah memasuki kawasan villa tinggal berkenaan.
"Bagaimanapun, unit anjing pengesan dan pihak bomba yang melakukan siasatan di kawasan villa itu sejurus menerima laporan, tidak menemui remaja terbabit," katanya.

LOKASI di mana seorang remaja dilapor hilang setelah memasuki rumah tinggal yang dikenali sebagai rumah Nabila. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali -Sumber Harian Metro

Memang la kewujudan makhluk ghaib ni dalam Islam pun ada menyebutnya & kita kena percaya tapi yang kita tak boleh percaya sangat adalah penyebaran di laman sosial. Yang hilang sorang tapi cerita yang tersebar konon sampai 23 orang. Punya la nak bagi suspend & misteri juga seramnya kisah tu perisa yang di tambah melebih2 pulak.

Takpe la kisah tu tak mengaibkan sapa2 sebab Villa Nabila pun dah takde manusia mengaku sebagai pemilik.. Kalau ada pemilik tak ke berisiko orang yang sebar tu kena keluar berita minta maaf macam kes Restoran Vanggei haritu. Sebab share status orang je tak pasal2 kena minta maaf.

Apapun.. berhati hati la nak share sesuatu berita @ info.. Pastikan apa yang kita nak share tu ada bukti yang mengaitkan info @ berita tu. Kalau tak.. percayalah walau kita hanya tukang share bukan pencetus atau pereka cerita @ berita tu.. tak mustahil kalau sebarang tindakkan di ambil, kita pun turut sama terlibat.

**Macam2 versi kisah seram Villa Nabila ni antara kisahnya...

Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang. -Nak tau lebih banyak versi kisah seram Villa Nabila baca la kat SINI -

clik untuk baca -->> TERKINI! DAH JUMPA BUDAK HILANG TAPI BUKAN DI VILLA NABILA


** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

9 comments:

  1. Salam ziarah.. baru dengar kisah ni.. huhuhu..

    ReplyDelete
  2. Salam Mummy Lala..

    Hot Topic kat pesbuk ari ni..

    ReplyDelete
  3. mcm mana boleh jd sampai 23 orang nie,
    jauh betul perbezaan tue.
    nasib baik ler x sharing bnda nie,
    hehe..

    ReplyDelete
  4. saya memang tahu pasal villa nabila
    famous dengan cerita mistik dia kan
    tapi cerita pasal 23 hilang tu, saya langsung tak tahu
    kebetulan terbaca pagi tadi dekat blog bersama mazidul
    mystery solved =)

    ReplyDelete
  5. Yang nakal sangat gi masuk kawasan cenggitu nape?
    Saya memang takut nak lalu tempat2 gini, jangankan nak masuk
    Tapi kalau tengok wayang saya suka
    Heheheh
    Singgah entry saya gak ye. TQ

    ReplyDelete
  6. Popular betul kisah vila nabila tu hari ni ek...

    ReplyDelete
  7. He he ! tu dia aihh.. sensasi misteri ... nanti adalah pembikin2 Filem datang bertandang kesana..

    ReplyDelete
  8. Tetiba rasa serem...dah le petang2 ni opis sunyi jek.

    ReplyDelete
  9. Melayu tidak akan maju 2020 kerana buang masa berbicara cerita hantu mantu..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!