ANTARA FILEM HANTU PALING GAGAL KAT MALAYSIA TERBITAN MIG PICTURE

12/03/2013 02:53:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Produksi filem yang aku rasa paling banyak hasilkan filem paling worst atau aku suka panggil filem sampah adalah MIG picture. Aku tak kata semua filem dia tu harus di bakul sampah dari di tayang kat pawagam tapi kebanyakkan memang layak dalam bakul sampah jer.

Ok.. aku mengaku filem Mami jarum antara filem terbaik keluaran MIG tapi filem2 selepas itu adalah filem terpelik & terjelik & termuntah nak tengok. Aku ni suka tengok filem2 seram.. tak tau napa aku memang rasa tak bosan sangat dengan suspend & aksi2 seram dalam sesebuah cerita berbanding filem2 @ drama2 cinta ni. Haritu minggu haritu terbeli dvd (original lagi tu) filem Paku Pontianak. aku pun tak pernah baca review filem tu sebelum ni main belasah je beli. Bajet... filem tu seseram macam cerita2 orang dulu kala la tapi malangnya filem tu sangat2 menyedihkan.

Baru tengok lepas 4 bulan di tayangkan. Yelah.. sejak ada anak banyak filem aku tercicir. Nak tengok wayang tak mampu la katakan.. kekekekeke

Dari starting cerita sampai ending.. Aku tak paham jalan cerita yang mendatar & membosankan macam tu pun boleh di filemkan. Starting tunjuk orang paku pontianak lepas pontianak jadi manusia. Lepas jadi manusia di pertemukan dengan lelaki manusia kawen then bila dah kawen ada la sikit2 kejadian pelik & seram yang seminit dua je muncul dalam setiap babak. last cerita.. lelaki itu hanya bermimpi. Kalau tengok kat panggung ni rasa nak bakar panggung jugak la. Dah la tak seram.. suspend pun takde.. hantu pun tak pandai berlakon.. macam kayu jer berlakon tu pun boleh jadi heroin sebab muka lawa. Dah tu nama filem seram/hantu/pontianak tapi pontianak dia macam jenguk kejab2 jer..(kalau korang taknak menyesal jangan tengok la filem tu ok) Better lagi filem Pontianak Harum sundal malam. Puas tengok pontianak gitu. Bukan takat heroin dia lawa tapi memang menjadi watak yang di lakokan

Aku rasa better David teoh pi buat bisnes lain atau cuba selected sikit filem2 keluaran MIG supaya tak banyak filem sampah yang menyemak panggung wayang. Asyik fikir untung tak fikir kualiti filem tu pun tak guna. Filem yang hanya orang tengok sekali tapi menyesal seumur hidup tak boleh kemana. Akan datang kalau generasi2 baru tengok pun rasa selekeh sangat filem melayu keluaran MIG era sekarang ni. Filem berkualiti macam filem P.Ramlee sampai sekarang masih mendapat sambutan dari sekecil2 budak sampai la sebesar2 mak bapak sebab orang filem dulukala buat filem untuk seni bukan untung je sebab tu orang2 seni dulu tak ramai yang kaya raya berbanding sekarang. Betul la.. kalau buat benda sampai tak balik modal pun macam mana nak rolling bisnes kan tapi at least jika orang tu benar2 jiwanya berseni & minat & cintanya pada seni.. maka apa yang di hasilkan adalah hasil seni yang berkualiti untuk di jual & orang yang membeli pun tak rasa tertipu sangat.

Aku harap pihak MIG picture ni tolonglah yer.. Tolonglah jangan tangkap muat jer dalam mengeluarkan filem. Jangan hanya guna pelaris pelakon cantik/ensem/kontroversi untuk melariskan tiket wayang walhal cerita rasanya baca buku cerita dongeng kanak2 pun lebih enjoy dari tengok filem keluaran MIG ni. Tolong kurangkan sampah kat pawagam yer pihak MIG.


6 comments:

  1. saya start meyesal tengok cite seram mig ni time cite mistik
    entah apa-apa yangs seram pun tak tau
    dengar orang menjerit aje pastu last-last mimpi!
    rasa cam nak cekik orang je

    ReplyDelete
  2. kadang2 asal nak kaut untung tu yg buat filem tu.. huhu..

    ReplyDelete
  3. nanti jangan lupa tengok cete Penanggal tau Suria

    ReplyDelete
  4. bg saya memang membazir habis kalau tgk citer MIG. tgk kt YouTube pun rasa membazir jugak. hehehehe! senang ckp x sudi nak tgk MIG punya citer. hikhikhik

    ReplyDelete
  5. excited jugak nak tengok penanggal ni.
    totally filem terbitan MIG memang SAMPAH kan??

    ReplyDelete
  6. whattttttttttt

    nape beli yg original? huhuhuu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com