JOHAN AS'ARI NAK RASA KENA BALING SELIPAR KE?

26.12.13 Suria Lekatlekit 16 Comments

Aku tak kira aku nak tulis jugak pasal ni bukan pasal traffic semata2 tapi memang rasa macam Geremmmmmmmmm... je dengan si Johan As'ari ni kan?? Semua orang tau semalam kecoh pasal hubungan cinta dia dengan Lana Nordin putus sebab tak dapat restu dari Keluarga Johan As'ari maybe mak bapak dia rasa anak dia ni gud2... sangat sampai orang macam Lana tu tak layak join family dorang. Maybe sebelum jadi retis.. gud gud la kot tapi tidak sekarang bagi aku.

Aku tetap nak sebut dalam setiap entri aku berkenaan Johan ni even berkali kali sekalipun... Kalau sebelum ni dengan Izreen Izmida sampai ke sudah dia tak mengaku bercinta.. sampai di heret wartawan depa dua bersemuka sampai di cabar Izreen untuk bersumpah kalau betul depa tak pernah bercinta.. tapi dia tak berani sumpah dia dok buat ayat belit2 nak selamat kan diri. Ok.. fine kes pertama maybe kita boleh maafkan jer. Kes kedua yang aku ikuti shila amzah.. masa tengah rapat tengah di gosipkan even masing2 tak bagi jawapan jelas pada hubungan dorang tu tapi dari statement berkias2 orang boleh paham ada something special antara mereka.. Tup2 keluar statement dari di Johan ni nak pinang Lana Nordin & anggap shila Amzah macam adik dia je selama ni. Hati den yang baca kisah depa ni pun rasa.. alahai geremmm jugak. Masa kau nak tackle.. kemain shila la yang terbaik cukup sifat untuk di jadikan bini. Ada agama.. cantik berharta & dari keturunan baik2.. tup2 ko terpandang lurah dendam & body seksi lana Nordin terus kau geram.. tak fikir panjang terus annouce nak pinang dia dalam masa terdekat selepas 3 kali keluar dating.

Dan hari ni... Kat rotikaya keluar statement minta kena lempang dengan selipar pulak.. kononnya selama ni dia tak anggap lana nordin sebagai kekasih tapi cuma kawan rapat. Wahai wanita di luar sana... even bukan berlaku pada kita atau adik beradik mahupun sanak saudara kita sekalipun tidakkah korang rasa geremmmmmmmm... macam den ni?? Amboi buat perempuan macam diapers... lepas pakai buang. Kalau mak bapak ko rasa Lana Nordin tu tak layak jadi menantu keluarga korang.. Aku pulak rasa si Johan ni jangankan Lana Nordin.. Wanita2 di lorong haji taib pun dia tak layak dapat tau. Selagi dia rasa hati wanita tu boleh di buat macam diapers dia hanya layak bercinta dengan patung je. Dengan haiwan pun dia tak layak di sayangi & menyanyangi sebab haiwan pun ada perasaan. Bajet ko ensem & popular sangat ke.. boleh petik mana2 anak dara orang kau suka kemudian dah tak suka campak macam tu jer.




 Untuk artikel penuh korang baca kat Rotikaya

Lepas ni sapa pulak mangsa putar belit si Johan As'ari ni gamaknya. Hope takde lagi perempuan yang terpedaya dengan mulut manis si Johan ni. Terang2 la boleh nampak perangai kasanova dia. Hope mak bapak dia dapat sekolah kan balik anak dia yang dah mula hanyut dengan dunia glemer ni. Elok2 mak bapak ko hantar ko belajar agama nak bagi jadi manusia.. masuk dunia seni terus jadi tak berapa manusia. Wang, kemasyuran & pangkat dapat mengubah manusia jadi bukan manusia.. kan?? kini terbukti bukan saja dalam industri seni malah di sekeliling kita pun banyak yang macam tu.

P/s : kang ada jejantan penyokong tegar si Johan menyindir aku pulak.. tapi ada ku kesah??

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

16 comments:

  1. Sabar jer la...letih ngan sifat jantan mcm ni....

    ReplyDelete
  2. saya time baca dekat metro semalam pun saya rasa panas
    sesuka hati dia aje buat keputusan
    dia ingat yang ada maruah, keluarga dia sorang aje

    saya tak berapa suka penampilan lana nordin
    tapi dalam kes ni, saya simpati dekat dia
    orang macam johan asri memang tak layak jadi laki

    kalau hari kawin, besok cerai
    dia kata saya terpaksa pula

    ReplyDelete
  3. uihhh... marah bbetul ni... sabor2... dunia retis ni plastik jer byk... yg kite tahu hanya dr wartawan... dr empunya diri ntah mcm mana...

    ReplyDelete
  4. sebelum ni mmg minat ngan dia ni sbb pandai berlakon, since macam2 story murahan dia buat,, langsung tak minat dah..

    ReplyDelete
  5. Dedulu baikkkkk skrg dah jd artis terkenal macam2 le perangai...

    ReplyDelete
  6. ini semua poyoooo!! hahaha.. tampor si johan baru tahu!

    ReplyDelete
  7. kalau sekali dia buat perangai ok la kata wartawan yg buat2 cerita ni lebih dari sekali.. kalau takde isu takde la cerita. kekekeke

    ReplyDelete
  8. dulu dgn shila hamzah,johan ckp anggap adik..skrg lana pulak..

    johan johan..tak kelakar okeh!

    ReplyDelete
  9. Mula2 dgn izreen azminda, pastu dgn nabila huda anak amy search, then bru dgn shila amzah..

    ReplyDelete
  10. menyampah betui dgn llki cmni -_-

    ReplyDelete
  11. geram pulak dgn dia ni.. boleh la nyanyi lagu yuna-lelaki tak guna

    ReplyDelete
  12. padat ulasan akak. yelah kan.. pompuan mana yg tak sentap kalau dah ckp bercinta tuptup dikatanya kawan baik.
    hm.. all the best pada pihak perempuan.

    ReplyDelete
  13. anak muda ni dah rambang mata..nak kena mandi bunga..kalau tak...

    ReplyDelete
  14. memang mintak trompah dah ni kak oiiii

    ReplyDelete
  15. Johan giler glamer sebenarnya

    ReplyDelete
  16. salam deqla..

    cma suka dia masa mula2 kenal dia berlakon dalam juvana tu...

    tapi bila masuk kisah2 peribadi dia.. menyampah pulak..

    johan..oh johann..

    kalau abby nk selipar, cma punya pun ada ni.. :p

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!