MINYAK MASAK 3 KALI GUNA TAK JADI RACUN PUN SEBENARNYA

16.12.13 Suria Lekatlekit 10 Comments

Baru2 ni ada jugak terbaca sebaran di laman FB katanya minyak masak yang 3 kali di guna semula akan jadi racun. Walaupun den bukan jenis suka sangat recycle minyak yang dah di gunakan kecuali dalam keadaan terdesak. Tetiba nak memasak atau goreng sesuatu.. tup2 tengok minyak dah nak abis atau tak cukup. Time tu je nak recycle yang dah guna sekali. Tu pun kalau minyak tu still jernih & cantik lagi.

Hari ni baca kat mynewshub katanya tak jadi racun pun kalau minyak masak 3 kali guna tu. Tiada standard yang di tetapkan untuk berapa kali tempoh penggunaan minyak masak tu cuma bergantung kepada tekstur minyak tu selepas di guna. Jika warna minyak masak menjadi perang pekat, menjadi lebih likat atau pekat, berbau tengik dan banyak asap terhasil semasa minyak masak itu dipanaskan elok la di tukar kepada minyak yang baru.

Rujukan Mynewshub

Jadi pada orang2 dapur sekalian tak perlu risau sangat la nak recycle minyak yang dah guna tu. Selagi minyak tu masih nampak rupa minyak.. Insya Allah tak memudaratkan untuk kita guna semula. Alah.. masa kecik mak kita selagi tak rentung minyak tu selagi tu dok guna ok je kan? yang penting cara penyimpanan minyak yang dah di gunakan tu pun penting. Jangan terdedah sangat. Kalau berniat nak guna semula elok la.. simpan dengan selamat & tertutup selepas minyak tu dah sejuk.

Yelah zaman semua harga barang naik ni kita kena la lebih berjimat kan?? Even den pun nak mula jimat minyak sekarang ni. Walau family den still kecik yang nak makan 2 mulut jer.. tapi tak salah pratikkan dari sekarang. Biar jadi kebiasaan.. Nanti jimat belanja dapur

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

10 comments:

  1. Minyak goreng kodok ke nugget ke akak recycle lah tapi kalau goreng ikan kering ke ikan bilis ke memang tuang terus.

    ReplyDelete
  2. orang dulu - dulu recycle balik tak jadi apa pun ye dak kak ? haha

    ReplyDelete
  3. Kalau masih baik jgn buang watpe membazir

    ReplyDelete
  4. kalau boleh, minyak lepas 3 kali guna terus buang sebab dah recycle. nanti makanan jadi x elok

    ReplyDelete
  5. hm. .salu je guna byk kali. sbb xnk membazir. mengikut saranan pihak berkuasa. hihi

    ReplyDelete
  6. kalau tgk kt kedai makan.. minyak guna sampai kaler hitam

    ReplyDelete
  7. Betul setuju ngan amanina.... minyak masak mahal...hu..hu..

    ReplyDelete
  8. Betul sokong ngan amanina minyak masak mahal...hu..hu...

    ReplyDelete
  9. salam abby..

    cma lebih 3 kali recycle minyak.. alhamdulillah..takde pulak kes2 racun mcm ni..so..mmg takde racunlah

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!