MISTERI BENCI JADI SUKA

30.3.13 Suria Lekatlekit 5 Comments

kalau korang pelik tak orang yang selama bertahun2 berjiran dengan korang serempak jangankan nak tegur, senyum pun tidak. Maintaince dengan muka kelat tetiba datang ketuk pintu rumah korang kemudian tiba2 nak baik & berkawan dengan korang??

Pelik, kan?? Motip tetiba je jadi baik sangat. Hidayah apakah yang dia dapat sampai boleh berubah secara drastik macam tu?? Alkisahnya jiran daku yang sorang ni.. selama dekat 6 tahun sang lekit tinggal kat rumah ni dari bujang sampai anak dah setahun lebih tak pernah nak tegur apatah lagi senyum. Dari muka dia bila terserempak dengan sang lekit jelas nampak dia memang tak suka dengan daku tanpa sebab yang jelas & nyata. Cuma yang sang lekit tahu sebelum ni dia bestfriend dengan si tua singh bermulut puaka sebelah umah sang lekit ni. Apa yang sang lekit dapat teka mungkin si singh tua tu la kot memburukkan sang lekit kat dia sampai dia jadi benci dengan sang lekit walau kami tak pernah pun berkenalan.

Sebelum kawen memang sang lekit ada gaduh dengan si tua singh sebelah umah, masa tu situa tu cleaner kat ofis lama sang lekit. Sebab mulut dia yang suka canang cerita2 buruk orang la. Dengan sang lekit dia burukkan org lain dengan orang lain dia burukkan sang lekit sampai kantoi bila sorang opismate pecah rahsia. Sang lekit pun masa tu turut memecahkan rahsia la yang selama ni dia pun ada memburukkan dorang jugak cuma selama ni sang lekit tak layan. Bila dia cerita sang lekit dengar & tak komen apa2 atau menyampai pada mereka2 berkenaan. Bila dah kantoi macam tu.. abis 1 opis dia kantoi. Bukan setakat staff dalam opis jer.. sekali dengan bos pun kena canang umpatan dia macam2. Dekat2 nak kena buang kerja jugak.. tapi sang lekit cakap kat bos masa tu tak payah buang sebab kesian jugak dia ibu tunggal & masa tu dua anak dia still sekolah lagi.

Tu kisah si singh tua yang masih tak mendapat kesedaran dari apa yang berlaku akibat dari mulut hancing dia tu. Kalau setakat orang datang serang sebab mulut kat umah dia tu rasanya ada jugak sang lekit pernah tengok. Tapi malas nak ambil pusing hal manusia macam tu. Even sang lekit tak pernah ganggu hidup dia pun sampai sekarang masih lagi dengar dia mengumpat family kecik kami ni. Kuasa Allah.. walaupun sang lekit jarang bergaul dengan orang2 kat sini tapi kadang2 asben terserempak masa tunggu lift & ada yang tegur dapat borak sekejab terkeluar jugak la hasil umpatan singh tu pada kami ni. Tapi sang lekit tak pernah serang dia lagi. Kali pertama sang lekit & asben serang dia masa tu belum kawen & kat opis jer sebab tak tahan sangat dengan mulut dia. Lepas tu bertubi2 dengan kena lazer dengan staff lain yang dia pernah umpat.

Berbalik pada ex bestfriend si singh tua tu.. dalam minggu lepas di satu pagi dia datang tekan bell umah daku. terkejut jugak bila buka pintu muka dia. Yelah.. selama ni berlaga bontot pun tak pernah senyum asyik muka kelat jer apa kes datang umah aku pepagi. Ke silap umah. Dia nak ketuk umah singh tua sebelah. Ternyata betul la dia memang cari kami laki bini. Ada berkenaan dengan keja laki aku jugak. Ok la.. lepas lepas bab keja tu, laki aku kata dia ada sms tanya apa kes kami dulu gaduh dengan singh sebelah sampai dengan dia pun kami tak pernah tegur. Pulak!! Aku pun tak berani nak tegur kalau senyum pun dia tak pernah. Nak2 lagi selalu serempak dia bermensyuarat depan pintu dengan si singh tua tu. Dari reaksi dapat teka orang tak suka kita, kan.. takkan nak terhegeh dok tegur jugak. Sebelum tu menurut en asben dia tak semena2 jugak dok cerita pasal laki dia kat laki daku ni. Kami laki bini kalau jumpa orang yang baru kenal tapi dah boleh cerita hal rumahtangga kat orang memang secara auto malas nak geng dengan orang tu sebab boleh tau dia spesis macam mana. Kalau tak, takkan tetiba dia nak tanya pasal kes gaduh yang dah berkurun lama tu. Risiko je rapat dengan orang camtu, tau!!

Laki aku tak balas sms dia tu.. lepas tu dia hantar lagi macam marah je & cakap dia tanya bukan pasal dia nak korek rahsia sebab dia pun dah gaduh dengan singh sebelah sebab katanya mulut singh tu jahat suka mengata orang. Bagi sang lekit dia spesis singh tu jugak cuma sekarang depa dah gaduh dia mula nak cari pengaruh & sokongan juga kawan mengumpat baru untuk jatuhkan singh tu pulak la kot sebab tu tetiba je datang nak jadi kawan kami laki bini padahal selama dekat 6 tahun dia tak pernah pun cuba untuk senyum dengan aku mahupun laki aku. Jadi.. kitorang tak layan la perempuan tu. Aku?? Sudahlah.. aku malas nak berkomplot dengan spesis korang. Biar aku memerap dalam umah setiap hari pun takpe janji takde orang datang ketuk pintu umah aku ajak borak semata2 nak cerita gosip terkini masyarakat setempat macam singh sebelah dulu. Kalau dia ketuk pintu tu samada dia nak nyusahkan hidup aku ataupun dia nak ajak aku borak kosong. Sampai kadang2 dulu aku kalau sempat elak dari serempak dengan dia mesti aku elak.

Aku pun pelik sejak dua menjak ni orang yang pernah tunjuk kebencian pada aku tiba2 datang nak berbaik samada di realiti hidup den mahupun dunia maya. Tapi aku jenis.. orang datang cara baik aku layan baik tapi tak bermakna aku nak berkomplot dengan depa sebab depa dah gaduh dengan manusia yang pernah membenci aku dulu. Biarlah rumah aku jarang bertetamu.. yang kerap bertenggek pun Acu lala (adik bongsu den) @ sekali sekala family dari kampung datang tapi aku tetap ada dua kawan.. bapak lala & lala yang menyempurnakan setiap hari ku.

Moral of the story pada haters2 blog melekit ni.. kalau korang sesama haters pernah bergaduh harap jangan la cari sang lekit semata mata nak ajak sang lekit berkomplot untuk jatuhkan orang lain pula sebab sang lekit jenis anggap korang (haters) kalau pernah memberi komen membunuh dalam blog ni pun sebagai pelawat yang memberi pandangan sendiri jugak. Hak bersuara hak semua cuma suara kita jer tak sama. Ada suara berunsur mulia & ada suara bernada cerca. Haters mahupun penyokong.. kita semua tetap kawan bagi sang lekit. Takde dendam & benci pun..

Macam ni terlukis nasib ku satu ketika dulu mendapat jiran2 puaka niyang rapik KL

 P/S : Ada sorang ex jiran sang lekit dulu Punjabi (tapi convert Islam) pun sebelum dia pindah sempat minta maaf kat laki den katanya dia pernah mengumpat kami. Semua yang melekat dengan singh tua sebelah umah tu mesti tak lepas mengumpat kami hasil hasutan dia. Kes Punjabi & singh tu boleh baca kat SINI



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PENGALAMAN USTAZ KAZIM ELIAS JUMPA LEMBAGA PUTIH

25.3.13 Suria Lekatlekit 11 Comments

Sapa kata ustaz tak kena sakat dengan hantu?? kena jugak.. Jin & syaitan ni dia tak kira siapa nak duga keimanan orang. Cuma beza orang yang di sakat tu samada dia takut hantu atau hantu yang bakal takut kat dia nanti. Jom kita baca pengalaman Penceramah & pedakwah bebas Ustaz Mohd Kazim Elias terserempak dengan lembaga putih


Tak tau la kategori cerita Ustaz Kazim ni kelakar ke seram. Tapi moral of the story, kadang2 mesej yang disampaikan dalam filem seram ni pun berguna jugak bila kita berdepan dengan situasi seram kan?? Apapun kewujudan jin, syaitan & iblis ni memang tak boleh kita nafikan. Kita wajib mempercayainya tapi janganlah terlebih taksub takut pada makhluk ghaib sampai kita mensyirikan Allah dengan amalan khurafat pulak yer.

Jadi.. semasa memandu tengah malam sorang diri di atas jalan raya yang tak banyak kenderaan ikutlah nasihat David Teoh.. "JANGAN PANDANG BELAKANG'. kekekeke



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <<

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

YANG NAK KAWEN DUIT HANTARAN JANGAN HANTAR TUNAI, BAHAYA

23.3.13 Suria Lekatlekit 11 Comments

Zaman sekarang ni penjenayah ada di mana2 dalam berbagai rupa, imej, jantina & perwatakkan. Dulu kita dengar ada pencuri ambil kesempatan mencuri barang2 pemilik & sedara mara semasa orang sibuk dengan kenduri kendara.. kebanyakkan jenis2 gadget, handphone bagai macam tu je.

Tapi korang jangan ingat duit hantaran korang yang beribu2 di gubah cantik jadi macam2 bentuk tu tak berisiko hilang tau. Dalam kosmo hari ni, Polis mencari dua wanita dalam lingkungan usia 30-an bagi membantu siasatan kes kecurian barangan berharga termasuk wang hantaran RM8,000 yang dilaporkan hilang pada satu majlis kenduri perkahwinan di Taman Permai di sini, 17 Mac lalu.(Artikel Penuh: KOSMO ). Menangis pengantin di buatnya, dek non!


Ni salah sorang muka pencuri yang di buru polis. Sapa kenal tolong angkut pi balai sat

Jadi untuk keselamatan, elok la jangan hantar tunai duit hantaran. Guna cek ke.. atau terus bank in ke akaun pengantin perempuan tu. Tak payah la kita jadikan salah satu gubahan untuk koleksi hantaran duit tu. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu dulu dah. Penyamun, pencuri mahupun penyangak ada je kat mana2. Kita lalai seminit jer.. dorang dah boleh ambil kesempatan. Jadi pada bakal2 pengantin tu.. kalau nak check sorang2 tetamu yang datang memang kita tak mampu, yelah nama pun majlis kawen, yang datang bukan sepuluh dua puluh orang kadang2 cecah ribu orang. Dalam celah2 tu kita tak tau kalau2 ada swiper si musang (watak pencuri dalam rancangan dora the explorer tu.. kekeke) datang nak mencuri, kan??


Kalau tak kenal ni la rupa swiper si musang dalam kartun Dora The explorer tu. Dia memang suka mencuri. (Daku memang sejak ada lala ni macam2 watak kartun dah boleh hafal)

Apapun cegah sebelum terjadi adalah lebih baik dari kejar pencuri yang dah lari.


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

EPISOD SETAHUN 7 BULAN

21.3.13 Suria Lekatlekit 5 Comments

Walaupun budak lala ni dah masuk setahun 7 bulan.. tapi check up & suntikan untuk setahun setengah nurse bagi appointment pada 21 March dimana pada tarikh tu lala dah genap setahun 7 bulan.

Untuk check up kali ni berat lala dalam graft yang comel lagi. Kira ada pertambahan berat walau selera makan lala merundum teruk. Dia cuma nak minum susu jer sekarang ni cuma sang lekit terus bagi dia supplement. Lala masih lagi ambil scoot emulsion & Appeton Multivitamin lysine. Susu fernleaf. Bila anak meragam tak nak makan ni memang kita kena pastikan dia banyak menyusu & minum air. Macam lala selain susu.. sang lekit bagi dia minum vitagen jugak sekarang. Jangan lupa air kosong pun kena bagi.

Dah macam2 resepi sang lekit cuba untuk buat shahila nak makan tapi tetap jugak tak nak lepas dah pandai jalan ni jadi kalau paksa sangat pun tak elok jadi bagi je la dia masa sampai dia betul nak terima makanan balik. Pun macam tu kadang2 sang lekit pujuk2 jugak makan. ada la sesuap dua dia makan.. kadang2 satu suap pun dia taknak telan. Selagi dia sihat, perkembangan dia baik.. sang lekit pun taknak bagi tekanan kat diri sendiri dah bila anak taknak makan ni. Dulu yer jugak.. lala taknak makan, mak dia stress lebih2.

Kelasakkan lala kadang2 menggugat juga kesabaran seorang mak ni. Bayangkan masa check up dia macam lipas kudung. Habis jer nurse check up lala.. sementara nak tunggu dia tulis rekod perkembangan lala dalam buku pink tu terpaksa pos lala keluar kat bapak dia dulu. Nak2 pula kali ni check up nurse pelatih yang buat. Jadi agak slow sikit la, kan. Bila tengok anak orang lain dalam bilik check up tu ok jer.. terasa pula anak daku ni memang lasak gila. Kalau kat umah ni tak payah cakap la. Dia tidur pun tak diam apatah lagi masa dia berjaga. Mummy ni nama je tido nak.. tapi 1 malam tu entah berapa kali bangun.. tak kena sepak dengan lala.. bangun angkat dia yang dah terbabas dari tilam. Memang orang tak pernah jaga lala akan anggap.. baby girl tak selasak baby boy tapi bagi sang lekit lasak lala ni kadang2 baby boy pun kalah.

Lala sekarang kuat menjerit.. dia main sorang pun jerit, dia tengok tv pun jerit.. Kalau dia jerit tu ada la benda dia excited. Cuma sekarang ni perangai lala time nak tidur suka merengek. Kadang2 sang lekit biar jer dia berguling atas tilam sambil merenget sebab kalau biar cepat sikit dia tertidur.. kalau di pujuk makin menjadi2 pulak dia merengek lepas tu lambat pulak nak tidur. Lala jarang nak tidur bawah pukul 12.. Nasib la mak ko surirumah nak..

Kelasakkan lala ni kadang buat bibir dia berdarah, dahi benjol.. dahi benjol kadang2 dia tak nangis.. kalau mulut berdarah tu selalu sekejab je nangisnya. Bukan sang lekit tak pantau aktiviti dia dalam rumah tapi bayangkan kita cuma paling sekejab nak buat susu, dia kat sana dah macam2 aksi bahaya dia buat. Makin tinggi makin banyak benda dia boleh capai makin terpaksa sang lekit simpan barang2 tak sepatutnya jadi mainan dia kat tempat yang lebih tersembunyi sampai kadang2 daku pun tak ingat bila nak guna.

Sang lekit ada cuba2 nak ajar dia tengok buku, pegang pen & conteng kertas tapi masalahnya lala ni dia nak pandai express.. bagi buku dia gigit, bagi pen dia gigit bagi kertas pun dia gigit. Cara dia study semua masuk mulut. hahahaha.. orang membaca untuk tambah pengetahuan, lala telan je semua ilmu tu gamaknya. hahahaha.. Pun begitu ada la juga kadang2 dia layan buku bergambar tak gigit.. Act macam membaca jer. kekeke

Tu je perkembangan lala yang mampu sang lekit cerita untuk setahun 7 bulan ni. Minta semua tolong doa shahila cepat pandai cakap.. Sekarang ni dia masih berbahasa pra sejarah walaupun mulut dia sangat bising. Tak sabar nak dengar dia panggil mummy.

Revolusi wajah budak lala

P/S : tadi nurse kata suntikan kali ni maybe demam.. Alhamdulillah selepas balik dari klinik terus bagi ubat demam stok kat umah punya yang di ambil dari klinik dr misai (private clinic) takde tanda2 dia demam lagi pun. Moga2 tak demam yer nak..

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BLOGGER PENIPU BUAT CONTEST

20.3.13 Suria Lekatlekit 16 Comments

Ada la terbaca 2 3 hari lepas pasal sorang blogger adik2 ni buat contest kemudian bila ramai yang join, traffic mencanak ke awan biru dia batalkan contest. Contest dia memancing orang dengan hadiah yang lumayan pak... Gadget2 mahal jadi taruhan gitu maka ramailah orang tertarik nak sertai. Manatau rezeki.. Kan??

Sang lekit takde la join.. blog budak tu pun tak pernah clik rasanya cuma tadi terbaca kat blog sorang adik yang buat entri pasal blogger tu. Sapapun akan geram, kan?? susah payah orang buat entri untuk contest tu.. katanya, syarat pun buat boleh tahan juga cerewet tapi tetap ramai yang sudi bersusah payah semata2 berharap dapat menang gadget impian. Alih2 impian hancur berkecai Uolls... Contest di batal sebab apa tak sure pulak.

Dari umur.. memang sangat budak blogger yang anjurkan contest tu dengan menawarkan hadiah berupa..
Samsung Galaxy Note II
Baju peplum
Baju superman
Shawl
Iphone 4s
Keychain
Instax mini hello kitty
Beg moustache

Menurut apa yang sang lekit baca budak tu baru tingkatan 1 Uolls.. Anak jutawan ke hartawan ke kurang periksa la pulak. Yelah dari hadiah dia canang canangkan tu memang gempak gila. Daku yang semekin ni telan air liur je tengok.. jangankan nak buat hadiah contest nak pakai sendiri pun tak mampu gitu. Kesian kan daku.. kekekekeke

Ni kes nak dapat rating blog tinggi, pageviews juta2 lemon & traffic jam sepanjang highway la ni. Maybe dia fikir singkat.. buat trick macam ni lepas tu batalkan contest orang pun diam. Silap la dik Ooi.. siap sedia ko di keji. Kejian tu mampu ko tutup semua account facebook/twitter bagai mahupun blog.

Carian google
Dulu daku pun suka join giveaway contest segmen bagai ni tapi makin warga emas ni makin takde daya pulak nak buat semua tu. Pernah jugak la menang contest tapi hadiah tak dapat sampai sekarang. Sang lekit tak pernah tanya atau tuntut.. sebab bagi sang lekit penganjur tu sendiri kena alert. Kalau ko bagi hadiah topup ko kena makesure ko betul2 bagi topup tu lepas ko dah topup masuk ke enpon orang tu sila la sms ke call ke tanya. Kalau tak seumur hidup la orang cop ko sebagai penganjur auta Bin propa.

Nak buat contest ke giveaway ke segmen ke.. pastikan korang berkemampuan nak laksanakan. Macam segmen bloglist terutamanya.. kalau korang nak buat segmen untuk pacak link blog orang lain dalam blog korang pastikan blog korang tu mampu memberi pulangan traffic kepada blog yang berjaya menempatkan link dorang dalam bloglist korang. Bukan nak hina kalau setakat blog Unique Visitor bawah 200K ni.. tak payah bersegmen bloglist bagai.

Yang buat giveaway @ contest yang menawarkan hadiah tu.. ambil perhatian. Bukan takat korang mampu bagi hadiah je.. korang kena mampu blogwalking setiap contestant untuk korang memilih dengan adil. Memang orang tak nampak apa korang buat & korang boleh seleweng sesuka hati tapi ingat Allah nampak. Sesungguhnya apa yang berlaku dengan keizinanNya juga. Dan ingat setiap perbuatan tu ada balasannya. Tak sekarang.. mungkin esok hari.

Moral of the story.. buat la apa yang korang mampu tak payah sembang besar padahal isi seciput jer. Nak blog di kenali tak semestinya kita kena berdiri dengan contest/giveaway/segmen.. banyak cara sebenarnya. Bagi yang mampu, mungkin cara tu adalah jalan pintas untuk memperkenalkan blog sekaligus menaikkan rating blog tapi bagi yang tak mampu terpaksa guna tangga untuk berjaya. Macam daku ni.. selama 4 Tahun berblog.. blog ni hanya hidup dalam rating yang sederhana jer tapi tuan tanah tetap happy dengan blog dia sampai sekarang.

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SULTAN PALING MISKIN, HINA & JAHAT

19.3.13 Suria Lekatlekit 7 Comments

Mesti korang nak tahu siapakah sultan sudahlah miskin.. hina di tambah pula jahat, kan?? Sapa yang tak benci kalau dah macam tu keperibadiannya. Kalaupun dia teringin sangat nak jadi Sultan.. tunjuk la kepimpinan yang baik, ni tak awal2 lagi dah tunjuk ke syaitanannya.

Dah la takde orang nak iktiraf dia sebagai sultan terpaksa tabalkan sendiri gelaran sultan tu, kumpulkan pengikut yang ada  secubit dua tu.. latih sebagai pengganas dalam uniform tentera ceroboh negara orang.. bunuh anggota keselamatan orang dengan kejam & zalim.. macam tu nak jadi Sultan pada negeri Sabah??

Orang jahat even pakai songkok pun tetap nampak jahat

Ngeri rakyat sabah bila membayangkan mereka di bawah naungan sultan syaitan macam tu tau!! Dah tu suka memperdayakan orang dengan taktik kotor bila berperang. Mengaku Islam tapi cara hidup pun dah banyak amalan syirik & khurafat.. Tengok je la tentera Sulu.. bertangkal kebal bagai.. berdukun bagai.. Dah tu berperang langsung tak nampak ciri keislaman. Cara mereka bunuh anggota keselamatan Malaysia pun dah terang2 tunjuk tak Islamik langsung.

Tu pun ada hati nak bersultan di negeri sabah?? Kalau yer pun ada hati nak naik takhta & di tabalkan sultan cuba la tunjuk ciri2 kepimpinan yang baik sikit. Ni awal2 lagi dah tunjuk taring iblis tu.. Macam mana nak jadi ketua agama pada rakyat.

Sekarang Si Jamalul Kiram III nak mengistiharkan perang gerila pulak. haritu beriya nak buat genjatan senjata. Propa sungguh manusia yang perasan Sultan ni, kan?? Dan sekarang tentera Kiram diarahkan untuk menjalankan operasi ‘serang dan lari’ ke atas pasukan keselamatan Malaysia. Tu pun kalau tak mati boleh la serang & lari. Kalau tak serang & tunggu malaikat maut menjemput ke Mahkamah sana pulak. (Boleh rujuk kat sini SINAR HARIAN )

Jom la kita sama2 berdoa agar Allah menggagalkan segala rancangan jahat puak sulu Philippine ini, memusnahkan semua kumpulan mereka & moga Allah memberi petunjuk & hidayah kepada puak mereka terutama ketua mereka tu untuk kembali ke jalan yang benar & sedar akan perjuangan mereka itu sia2 & menyusahkan orang lain. Amin..

 P/S : Ya Allah berilah kekuatan & semangat luar biasa pada semua anggota keselamatan Malaysia untuk berjuang menghapus musuh (tentera Sulu). Amin..




 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BUDAK PEREMPUAN 5 TAHUN LAHIRKAN ANAK

13.3.13 Suria Lekatlekit 13 Comments

Bukan sesuatu yang mustahil walau jarang kita dengar kanak2 perempuan akil baligh dalam usia muda. Tapi kalau 5 tahun tu agak luar biasa.. Jangan kata 5 tahun.. 9 tahun pun kira rasa macam pelik sikit kalau dah ada haid kan?? Mungkin ada penjelasan dari segi saintifik kenapa terjadinya haid pada usia kanak2 yang terlalu muda ni. Bila dah terlampau muda hormon dah matang agak bahaya kerana pemikiran & pengetahuan mereka pada sesuatu perkara tu tidak sematang hormon mereka tu kan. sebab tu berlakunya kanak2 perempuan yang jadi ibu dalam usia yang sukar kita percaya.

Jom kita tengok beberapa kes kanak2 perempuan yang menjadi ibu pada usia yang tak berapa munasabah dalam sejarah 

Ibu muda berusia 5 Tahun
 Linda Madinah adalah gadis termuda untuk Melahirkan anak. Beliau hanya berumur 5 tahun, 7 bulan, dan 21 hari semasa melahirkan seorang bayi seberat 2.7kg. Ibu bapa Linda merasa pelik apabila mereka melihat perutnya membesar secara tidak normal. Pada mulanya dia dianggap telah mempunyai tumor tetapi apabila Linda telah dibawa ke hospital, di sana mereka mendapat tahu tentang kehamilannya. Tiada siapa tahu siapa bapak kepada anak Linda. Kedua-dua ibu dan anak meninggal dunia pada umur 40 dan 76 tahun.

Ibu berusia 8 Tahun
Gadis ini di rogol oleh dua orang sepupunya sendiri sehingga mengandung dan melahirkan anak sebarat 2 kg secara pembedahan pada disember 2006.


Ibu muda 9 tahun Hilda Trujillo 

ibu ketiga termuda melahirkan anak pada usia 9 tahun. Pada bulan November Hilda di masukkan ke Hospital Bersalin sebagai pesakit Obstetrik Rolando Colareta, menjalani pemeriksaan oleh pasukan 16 obstetricians, pakar kelenjar, radiologi, pakar psikiatri dan pengamal am. Mereka melaporkan dia normal, hanya sedikit matang berbanding kanak2 lain yang seusia dengannya. Selepas satu bulan, pada Disember 1957, dia melahirkan seorang bayi perempuan. Sepupunya berusia 22 tahun beliau telah ditangkap, dituduh merogol. Doktor yang memeriksa beliau berkata "rogol bawah umur adalah tidak begitu luar biasa di sini atau di mana sahaja. Tetapi jarang berlaku kanak2 seusianya dengannya mengandung setelah di rogol, kecuali dalam kes-kes yang jarang berlaku. "

ibu muda 9 tahun, Phetchabun.Thailand 

Februari 2001 Wanwisa Janmuk menjadi muda kepada Asia. Ibu muda ini telah berkahwin dengan seorang lelaki berusia 26 tahun.Mereka menjadi ibu bapa pada usia 9 tahun & 26 tahun. 

Ibu muda 9 Tahun

Selepas Thailand, Singapura adalah negara kedua Asia di mana seorang gadis berusia sembilan tahun melahirkan bayi. Beliau adalah pelajar sekolah rendah, mempunyai hubungan sulit dengan pelajar berusia 14 tahun. Kedua-dua mereka bersendirian di rumah semasa ketiadaan ibu bapa mereka sebelum kanak kanak itu hamil


Jadi kalau umur dalam 13 tahun keatas tu jadi mak budak bukan sesuatu yang pelik sangat la berbanding kanak2 berusia 5 tahun yang dah dapat title mak orang walhal dia sendiri pun menyusu tak abis lagi. Kejam kan jantan2 yang menyebabkan kanak2 ni menjadi mak orang pada usia yang tak sepatutnya.
 
P/S : Jadikan pedoman pada kita semua terutama yang bergelar ibu bapa agar anak kita jugak tidak terjerumus sehingga mereka menjadi ibu pada usia yang tidak sepatutnya. 

 >> Sumber rujukan artikel di atas kat SINI << Artikel asal berbahasa inggeris tapi telah di translate kan dalam bahasa melayu untuk memudahkan pembacaan semua golongan.






 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <<

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

AWAS! JANGAN LONGGARKAN TALI PINGGANG SELEPAS MAKAN

11.3.13 Suria Lekatlekit 7 Comments

Sumber  gambar SINI

Amboi ber Awas bagai ni macam serius je bunyinya. Serius la jugak kalau melibatkan kesihatan kan?? Sebab kesihatan tu sangat penting dalam kehidupan seharian. Tak sihat maka banyak perkara tak mungkin boleh kita buat.

Sebenarnya banyak benda yang selalu kita rasa baik di lakukan selepas makan ni sebenarnya tak berapa baik atau benda yang kita rasa best buat lepas makan ni kesannya tak berapa best untuk tubuh badan kita. Jadi kalau nak tahu apa yang tak elok kita buat selepas makan jom kita tengok calon - calonnya...

JANGAN longgarkan tali pinggang
Yelah bila perut dah full, rasa macam terbelit pula pinggang & perut tahukah korang Melonggarkan tali pinggang selepas makan boleh menyebabkan usus terbelit dan tersekat. Jadi jangan buat, ok!

JANGAN makan buah buahan
Kita kadang dah biasa jadikan buah buahan sebagai pencuci mulut selepas makan padahal kita sebenarnya tak tahu adalah lebih baik makan buah sebelum makan‎ iatu masa yang terbaik 1 jam sebelum makan atau 1 - 2 jam selepas makan untuk mengelakkan kembung perut.

JANGAN merokok selepas makan
Yang ni selepas atau sebelum atau bila2 masa saja pun memang tak baik untuk kesihatan. Ber double tak baik bila di lakukan selepas makan sebab ada kajian menunjukkan merokok sebatang rokok selepas makan kesannya seperti merokok 10 batang rokok, jadi risiko untuk mendapat penyakit lebih tinggi

JANGAN minun teh
Oleh kerana daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi, ia akan menyebabkan kandungan protin dalam makanan yang kita makan keras dan sukar untuk dihadam.

JANGAN mandi
Kadang2 bila lapar nak buat apapun even mandi pun takde mood tapi bila dah kenyang macam ada energy je nak apapun tapi mandi selepas makan sangat2 tak elok sebabnya Mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah ke tangan dan menyebabkan jumlah darah sekitar perut akan berkurangan. Ini akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut kita. Dan juga boleh menyebabkan keboroian berlaku. hahaha

JANGAN banyak berjalan
Konon nak membakar lemak2 yang kita makan tadi dengan berjalan tapi tahukah anda, Pada hakikatnya berjalan memang bagus untuk menyihatkan jantung, tapi pada masa yang sama ia tidak bagus untuk penghadaman makanan. Berjalan akan menyebabkan kesukaran bagi sistem penghadaman untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam makanan yang kita ambil.

JANGAN terus tidur
Bukan je boleh menyebabkan gemuk malah boleh menyebabkan gastrik dalam usus kerana makanan tidak dapat di hadam dengan baik.

Itu sahaja info perkara yang JANGAN di buat selepas makan untuk di kongsikan bersama. Semoga dapat bagi manafaat pada semua

P/S : Sebab entri ni di draf lupa pulak sumber asal info ni nak bagi backlink. Maaf yer tuan empunya.



7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MALAYSIA TAK ADIL SEBAB SERANG TENTERA SULU GUNA JET PEJUANG?

8.3.13 Suria Lekatlekit 6 Comments

Adil?? Layakkah mereka soalkan tentang keadilan bila dorang menceroboh masuk ke negera orang, Menyerang hendap anggota keselamatan orang, membunuh anggota keselamatan orang dengan cara kejam & keji saat Malaysia bagi masa untuk berbincang & mereka keluar dari sabah dengan cara baik. Masa sesi slow talk dorang ambil kesempatan membuhuh 8 anggota keselamatan Malaysia, layakkah depa nak mempersoalkan keadilan??

Membunuh kalau setakat tembak.. Mungkin kita tak rasa kejam sangat sebab adat berperang senjata api kan tapi bila dapat tahu ada anggota yang di siksa dengan kejam sebelum mati. Ada yang di sembelih, di robek organ dalaman, di korek biji mata.. hati siapa tak sakit. Siapa tak marah?? Siapa tak terluka?? Siapa tak benci?? Siapa tak dendam?? Rasa kalau ada kuasa yang boleh membunuh pengganas yang buat macam tu rasa aku nak cincang lumat biar tak nampak rupa manusia lagi.. Tapi kemampuan kita terbatas untuk buat semua tu. Ada hikmahnya Allah membataskan apa yang termampu kita buat sebab kalau mereka keji.. Kita jangan jadi sekeji mereka sebab mereka di pandang hina oleh manusia lain jadi kita tak perlu jadi sehina mereka di mata manusia lain. Biar la mereka terus di pandang hina sepanjang hayat sebab mungkin itu balasan pada kekejaman mereka.

Bila baca berita harian Online yang mengatakan  Azzimudie Kiram kesal kerana Msia menggunakan jet pejuang dalam serangan tersebut (boleh rujuk artikel penuh kat SINI), rasa kalau dapat bertentang mata dengan dia nak tanya dia adil ke apa yang tentera dia buat pada anggota keselamatan Malaysia. Jangan cakap seolah2 Anggota tentera Malaysia berperang cara kotor sedangkan mereka sendiri masuk secara ceroboh, serang & bunuh anggota polis Malaysia terlebih dahulu sebelum Malaysia mengguna Jet penjuang untuk menumpaskan mereka.

Bila sang lekit tertengok sendiri (tengok hujung2 mata jer sebab tak sanggup) anggota polis yang di sembelih tentera sulu (tak sure dari mana sumber video tu), Dalam hati berdoa, moga selepas ni takde sorang pun pengganas sulu yang masuk ke sabah akan pulang dalam keadaan sihat sejahtera atau bernyawa. Manusia macam tu tak boleh di biarkan hidup, nanti dia biakkan zuriat yang keji untuk menyambung tradisi ganas mereka dalam berperang. Biarlah mereka mati & di azab dalam kubur. Itulah setimpal timpalnya hukuman bagi kekejaman mereka. 

Maaf kalau entri blog melekit dua tiga hari ni berkisah pasal pengganas sulu & isu lahad datu, sabah je sebab tu je yang sang lekit ikuti setiap hari & sedikit memberi kesan pada diri daku ni.

Setiap hari sang lekit akan berdoa semoga isu pencerobohan Lahad Datu berakhir dengan secepat mungkin & tiada lagi anggota keselamatan kita terkorban atau menjadi korban kekejaman pengganas sulu filipina ni. Selamat berjuang buat semua perwira negara. Yakin, Allah sentiasa bersama orang yang benar. Apa yang puak Sulu Filiphina tu buat dah terang2 tak mengikut landasan Islam & perjuangan mereka juga Insya Allah takkan berjaya & sia sia. Matinya mereka juga mati katak.


P/s : Semoga perwira negara yang terkorban akan mendapat tempat Istimewa disana setimpal dengan pengorbanan nyawa mereka untuk tanah air. Al Fatihah buat semua



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <<

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KRONOLOGI PENCEROBOHAN KUMPULAN BERSENJATA DI LAHAD DATU

6.3.13 Suria Lekatlekit 8 Comments


12 Feb - Sekumpulan lelaki berpakaian ala tentera dan dipercayai bersenjata yang menaiki bot pancung mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu.

14 Feb - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis mengenal pasti kumpulan rakyat Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari selatan Filipina.

14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan itu sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan
berkenaan.

16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan terbabit bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah
terkawal.

18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa pertumpahan darah.

24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Feb lepas.

26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.

1 Mac - Dua anggota polis, ASP Zulkifli Mamat dan Sjn Sabarudin Daud terkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.

2 Mac - Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna. Kejadian pada pukul 8 malam itu menyebabkan enam anggota kumpulan penceroboh terbunuh.

3 Mac - Mayat enam anggota polis dikeluarkan dari kawasan perkampungan air itu dan polis turut mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari kampung
itu.

4 Mac - Setiausaha Rendah Luar Filipina Jose Brillantes dan Duta Besar Filipina ke Malaysia J. Eduardo Malaya dilapor bertemu Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mencari resolusi damai.

4 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan keadaan keselamatan di Kunak, Sandakan dan Semporna di Sabah adalah terkawal.

4 Mac - Polis mengeluarkan senarai nama enam pegawai dan anggota yang terkorban dalam serangan hendap di Semporna, Sabah.

5 Mac (7 pagi) - Pasukan keselamatan melancarkan serangan menggunakan jet pejuang F18 dan Hawk ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diikuti tindakan susulan dan penggeledahan oleh pasukan
tentera dan polis di kawasan kampung itu.

5 Mac (8 pagi) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga maruah dan kedaulatan negara sebagaimana yang dituntut rakyat memandangkan usaha kerajaan mengelakkan
pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.

5 Mac (11 pagi) - Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyifatkan Ops Daulat itu mencapai objektif yang ditetapkan.

5 Mac (1.30 tengah hari) - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang akhbar bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan tiada kematian dan kecederaan di pihak pasukan keselamatan.

5 Mac (4 petang) - Ketua Polis Negara mengadakan sidang akhbar mengatakan operasi susulan dan penggeledahan masih diteruskan kerana polis percaya masih ada musuh di kawasan itu.

5 Mac - Sehingga pukul 7 petang, polis belum mengesahkan jumlah kematian, kecederaan atau tangkapan di pihak anggota kumpulan penceroboh bersenjata itu.

- Bernama

P/S : Ini adalah Entri copy paste semata. Tak berani nak mengedit ayat dia takut jadi salah fakta & salah faham bagi pihak yang membaca. Sumber di ambil dari SINI.Sekadar berkongsi sebab sang lekit memang setiap hari ikut perkembangan isu ni.



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <<


8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SEDIH JUGA MARAH! POLITIKUS BERHENTI LA MENIKUS SEKEJAB

4.3.13 Suria Lekatlekit 1 Comments

Bila dengar & tengok di TV ada anggota keselematan yang terkorban di sabah semasa menjalankan tugas menjaga keamanan & keselamatan, sungguh hati daku menjadi tisu setisu tisunya. Tup tap.. airmata jatuh tadi. Tak boleh cover dah.. nak2 lagi duduk sorang2 kat rumah. Jadi senang la sikit nak biarkan saja perasaan sedih pilu sebak hiba ni terluah dengan perbuatan, kan?? Kalau ada sang suami, segan sikit. Kena tunjuk kental ye dak??

Sang lekit memang cukup2 tersentuh, risau & tak tenteram semenjak berlakunya pencerobohan terhadap Lahad Datu oleh tentera2 sulu dari filipina ni. Nak2 lagi selepas dapat tahu ada anggota yang terkorban & yang paling terbaru anggota yang terkorban kerana serangan hendap pihak tentera raja sulu ni. Nampaknya pihak tentera raja sulu memang semakin nekad.. Aduhai, hati semakin gundah gulana walau sang lekit takde ahli keluarga di sana ataupun ada ahli keluarga yang terlibat dalam misi keselematan di sana.

Tapi sedih sangat tengok orang2 kita di semenanjung ni kan?? selain jadikan isu ni isu politik.. ada yang tak habis2 pertikaikan itu ni, mengapa begitu, mengapa begini?? Ada yang pertikaikan macam mana pihak musuh boleh ceroboh masuk?? Konon ada pengkhianat yang bagi laluan untuk pihak musuh masuk. Sekarang ni bukan masa kita nak pertikaikan macam mana depa boleh ceroboh sabah. Kalau kau dok pertikaikan 24 jam 1 hari 7 hari seminggu pun kau fikir kalau kita dapat tau dalang tu, penceroboh tu nak balik ke negara dorang dengan mudah ke?? Yang masuk dah pun masuk.. yang paling penting sekarang macam mana nak halau depa balik & pastikan Sabah especially lahad datu kembali aman.

Ye.. kalau betul ada rakyat Malaysia yang menjadi dalang yang memberi laluan pada penceroboh masuk & buat kacau sehingga menyebabkan ada anggota keselamatan yang terkorban, biarlah selesai satu persatu. Paling penting HALAU penceroboh! Selepas selesai isu pencerobohan ni nak berkompang sapa dalang, sapa pengkhianat.. kompang la sampai jumpa bukti. Tolong Berhenti berjuang di Facebook dengan mempertikaikan semua yang orang lain buat. Kalau kita tak mampu angkat senjata pergi berjuang di sana.. sudah cukup kita kat sini berdoa untuk keselamatan semua mereka yang berada di sana. Dengan mempertikaikan & mencari salah sesama sendiri takkan mengubah apa2. Kalau musuh baca pun musuh rasa macam depa dah menang 1 segmen. Berjaya buat semua politikus Malaysia berperang sesama sendiri.

Harap kita semua tak hanya berlagak hero di facebook, twitter, blog atau sebagainya sedangkan kita sebenarnya tak buat apa2 pun menyumbang pada keamanan di sabah sekarang ni walau hanya dengan 1 doa buat mereka setiap hari. Dengan hujah berapi & fakta andaian sendiri tu cuma boleh buat korang nampak macam ULTRAMAN yang bertarung dengan Raksasa demi keamanan negara jepun. Faham tak anak2?? Maksudnya.. berhenti la berangan korang tu HERO kalau setakat berani taip fakta2 berunsur politik menggunakan isu LAHAD DATU yang sedang di ancam musuh. Tak kira la kau pembangkang ke.. ko penyokong kerajaan ke.. kalau kau gunakan isu lahad datu untuk kempen politik maka kau manusia paling bangkai dalam dunia. Orang lain bermandi darah di sana.. kau bermandi air liur busuk sendiri kat sini dengan fakta2 yang memecah belahkan orang.

P/S : Menikus kalau kat kampung ni orang selalu gelarkan pada anak2 kucing yang tengah membesar & aktif bermain tapi menikus untuk politikus ni yang sangat aktif berkempen politik sampai tak sensitif dengan situasi yang sedang berlaku.

P/S : Semoga Isu Sabah ni berakhir dengan cepat, Semoga Allah lembutkan hati para tentera raja sulu untuk berundur dari sabah & pulang dengan aman ke negara asal mereka & semoga tiada lagi anggota yang terkorban. Pada Anggota yang terkorban semoga mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Takziah pada semua keluarga mangsa yang terkorban & Al Fatihah




** Nak Samsung Galaxy SIII Mini dengan harga murah clik kat sini >> Samsung Galaxy SIII Mini <<

** Jom main pondok2 kat sini manatau pondok korang dapat TV HD LED & Dapat duit dapur RM10,000 >> Main Pondok2 & Dapat TV HD LED juga RM10,000

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

ISU LAHAD DATU ADA KAITAN DENGAN PEMIMPIN PEMBANGKANG??

3.3.13 Suria Lekatlekit 10 Comments

Orang kat lahad datu sana.. tidur tak lena & makan tak lalu. Siang malam hidup tak tenang.. takut risau cemas & macam2 lagi perasaan tak best yang dorang rasa. Para isteri & anak2 mangsa yang terkorban untuk mempertahankan negara pun air airmata tak kering lagi, kita kat sini tak habis2 berkempen politikus sepanjang zaman.

Dalam kita masih merasai kesedihan kehilangan dua orang perwira negara tiba2 sang lekit terbaca pula status seorang cikgu yang cerdik pandai lagi popular (kononnya la..) ni. Aduhai.. sedih pulak baca. Bukan pasal status tu berunsur sedih tapi sedih dengan ketidakprihatinan cikgu ni pada isu yang berlaku sekarang. Tak kisah la kau nak sokong siapa.. kau nak benci siapa, tapi isu lahad datu bukan isu kau nak kibar bendera parti mana kat sana sekarang ni. Isu sekarang macam mana nak halau penceroboh & kembalikan keamanan dia lahad datu.

Kalau yang kenal cikgu ni kenal la yer.. Isu sekarang bukan siapa dia tapi yang dia tulis tu.

Sensitif la sikit.. Tak payah nak sebar fitnah yang tak tau betul ke tidak.. yang takde bukti. Nampak sangat la kau nak berkempen politikus. Ni la di namakan ambil kesempatan di atas kesempitan orang lain. Status yang berunsur macam tu jugak boleh menyebabkan perbalahan & pergaduhan jugak tau. Kau fikir penceroboh kat lahad datu tu nak tembak dia tanya dulu ke ko sokong Anwar ke Najib?? Senapang depa tak kenal parti kau sokong la beb! Jadi berhenti la kaitan isu lahad datu dengan politik. Kesian orang kat lahad datu sana.. depa harap sangat isu pencerobohan tu selesai supaya depa boleh hidup aman damai bukan depa harap korang tu tunding jari tuduh sana sini.

Jadi pada cikgu itu & rakan2 yang seangkatan dengannya.. Sudah sudah la tu berkempen politikus sepanjang zaman. Elok kita sama2 doakan Lahad Datu kembali tenang aman & damai dari kita dok berkempen politik & sebar fitnah tak tentu pasal. Ni kang ada kata aku penyokong PR lak.. Untuk makluman semua rakyat Malaysia saya penyokong PATI AYAM BISTARI sebab tu saya lebih bijak dari anda yang tak guna kesempatan isu LAHAD DATU sebagai kempen politik untuk parti yang saya sokong. Sekian terima kasih.

Antara komen2 berkenaan status di atas. Kan dah berbalah pasal politik walhal isu yang lagi besar adalah isu keselamatan negara. Takkan selamat lahad datu kalau dok asyik cari salah sesama sendiri sebab perbezaan politik

P/S : Al Fatihah kepada dua anggota yang terkorban dalam misi menjaga keamanan di Lahad Datu. Moga Roh mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. Takziah kepada keluarga kedua2 mangsa yang terkorban



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <<

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *