JJCM JANGAN PERMAINKAN TEKAK KAMI!!

30.4.13 Suria Lekatlekit 8 Comments

Aku memang tak paham sangat dengan rancangan JALAN JALAN CARI MAKAN. Bila dah terkena masuk kali ke 3 dengan restoran yang keluar dalam rancangan Jalan Jalan cari makan di tambah dengan baca entri kak senduk yang juga baru2 ni makan kat restoran yang keluar dalam JJCM, ketidakfahaman motif rancangan jalan - jalan cari makan tu semakin menjadi jadi & membuak buak dalam dada. (Nak baca entri puaka kak senduk kat sini >> Jalan Jalan Cari Nahas <<

Ahad lepas Anniversary daku & asben yang ke 3 jadi Lala dapat hadiah sebab kitorang bawak dia pegi makan kat restoran Upin Ipin. Sebab aku tengok rancangan Ulangan rancangan JJCM ada tayang makan2 kat restoran Upin Ipin tu. Memandangkan anak daku ni peminat tegar Upin Ipin maka nak bawak jugak dia pergi tempat yang di kelilingi Upin Ipin even dia bukan makan pun. Dia hanya reti minum susu je sejak dua menjak ni. Semua makanan dia tolak.

Lala jumpa Upin Ipin Senyum lebar la dia. Sedap ke tak sedap ke.. lalat ke tak lalat ke dia peduli hapa kan?? hahahaha

Memang tak di nafikan lala jadi teruja masuk ke restoran comel tu. Size comel & permandangan pun comel sebab di penuhi barang2 upin ipin untuk di jual & kat dinding pun penuh poster upin ipin jugak TV pun dok tayang cerita upin ipin. Mana tak rambang mata jadinya budak tu. Jadi sambil bagi lala layan upin ipin takkan mak bapak dia nak nganga je kan. Jadi tugas mak bapak dia makan la. Malang.. semua masakan berasaskan ayam katanya lambat sebab stok ayam habis. Ok takper.. asben order asam laksa, rasa ok ok jer.. Den order nasi bersama ikan keli goreng berlado katonyo... View pun tak menyelerakan.. rasa pun setakat macam makan ikan keli goreng dengan nasi putih jer. Rega jenis set2. Nasi aku order tu set dia RM10++.. Asam Laksa dia Rm7++ per set. Memang la tak mahal tapi dari segi rasa agak murahan jugak. Takde special sangat la rasanya. Jauh lebih baik aku makan kat Thaibase (groupbase) Kat sri damansara. Rasa sedap.. kenyang & puas hati. Dah tu ada jugak member dok menempel kat meja.. si hijau yang orang geli. hahahahaha

gitu je dia serve. tak berapa menarik di pandang

Daku ke restoran Upin Ipin tu bukan la sebab terpengaruh tengok pengacara dia makan tapi di sebabkan anak den yang suka bebeno upin ipin. Nak happykan budak kecik jer di samping berharap jugak makanan kat situ tak azab sangat nak telan. Boleh la.. tapi aku tak rekemen korang gi makan kat sana ler kalau rasa nak nikmati makanan yang sehingga menjilat pinggan.

Kesimpulannya.. JJCM ni sebenarnya motip dia nak promot makanan sedap kat penonton atau nak promot restoran yang ada kat Malaysia ni jer?? Jawab ko JJCM?? Apsal restoran ko pilih even dari cadangan penonton sekalipun setakat ni yang aku cuba & baca dari pengalaman orang lain banyak yang hampeh2 belaka. Tolong la JJCM.. jangan terus mempermainkan tekak kami, Hokay!!



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SELAMA TIGA TAHUN

28.4.13 Suria Lekatlekit 8 Comments

Tiga tahun dah berlalu..

Tiga tahun dah kita bersatu..

Tiga tahun dah kita saling perlu memerlu

Tiga tahun dah kita saling bantu membantu

Tiga tahun dah kita dalam ikatan yang di restu

Tiga tahun dah kita bersama selalu

Happy Anniversary to me & you

 Gambar lama sekadar hiasan

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PRODUK KECANTIKKAN TABITA MERBAHAYA??

26.4.13 Suria Lekatlekit 10 Comments

Maaf yer kepada pengedar & penjual produk TABITA. Hamba tak berniat nak merenjis najis dalam bisnes korang ok cuma benda ni hamba terbaca dari lama blog lain yang melampirkan sekali keratan akhbar yang menyatakan produk ni merbahaya & ada bahan terlarang di dalamnya.

Bagi pengguna TABITA harap ambil perhatian & sila la merujuk kepada yang pakar tentang produk yang korang sedang guna. Dari blog Sozcyili..


BAHAN-BAHAN terlarang telah ditemui dalam tiga produk kosmetik yang dipasarkan di bawah jenama Tabita, kata Penguasa Sains dan Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan semalam. Produk-produk itu ialah Tabita Skincare Smooth Lotion, Tabita Skincare Daily Cream dan Tabita Skincare Nightly Cream.

Orang ramai dinasihatkan agar berhenti menggunakan produk tersebut dan segera membuangnya kerana ia boleh mendatangkan kesan bahaya kepada pengguna. Produk itu telah diuji dan didapati mengandungi bahan-bahan kuat yang tidak diisytiharkan seperti hidrokuinon, tretinoin, asid salisiklik dan merkuri.

Hidrokuinon dan tretinoin adalah bahan kuat yang dilarang digunakan dalam produk kosmetik penjagaan kulit di sini. Ini kerana ia hanya sepatutnya digunakan di bawah pengawasan perubatan kerana boleh memberi kesan buruk jika tidak digunakan dengan betul. Sementara itu, kadar asid salisiklik dan merkuri yang tinggi pula boleh menyebabkan kesan seperti kerengsaan kulit, pening dan kulit yang berubah warna.

Menurut HSA, ia diberitahu tentang produk tersebut setelah menerima laporan mengenai seorang wanita yang mengalami ruam di muka dan leher dan satu lagi laporan mengenai pemutihan kulit mendadak yang tidak dijangkakan selepas menggunakan produk Tabita. Produk terlarang itu tidak dijual di Singapura tetapi boleh dibeli dari luar negara menerusi Internet.

HSA menasihatkan mereka yang telah menggunakan produk tersebut supaya mendapatkan pemeriksaan doktor jika mereka berasa kurang sihat atau bimbang akan kesihatan diri mereka. Jurucakap HSA juga menekankan bahayanya membeli produk kesihatan termasuk kosmetik daripada sumber yang diragui menerusi Internet.

"Pengguna harus sedar akan risiko membeli produk di dalam talian. "Tidak seperti barang keperluan lain, kegunaan produk kesihatan, termasuk kosmetik yang rendah mutunya dan disalah label, boleh menyebabkan kesan kesihatan yang serius," kata HSA. 


Info yang den dapat dari blog Sozcyili juga ada bagitau produk ni pun ada version cetak rompak. Maybe pengguna yang guna tu dia pakai yang cetak rompak ke hapa tak tau la kan?? Jadi better korang refer la pada pakar kulit dulu sebelum guna bila benda2 macam ni dah keluar media. Bukan apa.. takut nak cantik azab yang dapat nanti. Elok2 comel.. nak lagi comel terus jadi comot. Sekadar berkongsi info bukan berniat nak jatuhkan bisnes sapa2, hokay!


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

CANTIK ATAU TAK BOCOR?

25.4.13 Suria Lekatlekit 9 Comments

Apa benda pulak cantik atau tak bocor ni?? Pampers ker?? Lebih kurang jugak la tu.. tapi ni cerita pampers (diaper kalau bahasa betul dia. Pampers tu cuma jenama diaper baby tapi kitra orang2 kampung dah biasa panggil semua jenis diaper, pampers maka kena cakap dalam bahasa yang semua orang senang paham la..) orang dewasa gitu.

Kita biasa panggil pad atau bahasa melayu tuala wanita.. Maaf lelaki tuala lelaki belum tercipta lagi hingga kini mohon jangan jeles, ok! Semua pun tau kegunaan pad @ tuala wanita ni time mana.. kan?? Kalau tak tau lagi confirm belum akil baligh.. hahahaha. Takpe adik2.. tak lama lagi tau la tu.

Sekarang ni macam2 jenama & jenis tuala wanita ada. Dulu kalau kita tengok 1 pesen jer kan.. yang macam roti planta tu sampai lekat nickname dia roti planta suatu ketika dulu.. ingat lagi tak?? Sekarang ni dah macam - macam jenis.. bentuk.. wing la, slim la.. macam - macam lagi la. Dulu plain color jer.. sekarang dah bercorak2. Contoh macam jenama kotex.. cantik la jugak corak dia.. tapi apa fungsi corak tu padahal benda tu duduk di sudut paling dalam di luar penglihatan orang lain gitu. Sapa tau ko pakai kotex ada corak2. Tapi kotex ni corak je lebih serapnya tak seberapa. Bocor jugak. Berbanding perfect comfort ultra slim.. dah la slim tapi tak bocor.

Tu contoh bukan promot ok! Tak berbayar pun entri ni. Jadi.. Yang depa dok pulun buat corak cantik2 tu macam takde fungsi sangat la kalau kualiti dia tak seberapa. Cuma yelah.. segelintir orang pompuan ni pantang tengok benda cecantik.. sweet muet.. comel lote.. mula la tergoda, kan?? Fungsinya kat situ la.. cantik untuk tarikan walhal kalau pakai takde sapa nampak pun bunga2 kat pad tu, kan?? hahahaha

Jadi korang orang perempuan yang dah akil baligh & belum menopos.. Yang mana pilihan anda?? Andakah korang lebih suka puaskan mata dari puaskan hati??


Still ingat brand ni?? Klasik gitu. Zaman den belum akil baligh lagi ni


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

24 APRIL.. TENANGLAH KAU DISANA

24.4.13 Suria Lekatlekit 9 Comments

Dah tiga tahun kita tak jumpa, kan Ayah. Dah 3 tahun Ayah tak datang sini jenguk anak Ayah. Dah 3 tahun takde call dari Ayah tanya bila nak balik kampung. Dah 3 tahun Ayah... Dah 3 tahun rindu ni tak terubat.

Ayah.. Jodoh yang ayah restui ni Alhamdulillah membahagiakan. Cucu Ayah pun dah Setahun 8 bulan. Lasak sangat Ayah. Menantu Ayah pun dah semakin dewasa, Anak pun sama dah semakin berusia. Hajat Ayah nak bawak kami jenjalan kat Langkawi selepas selesai majlis kawen dulu kami dah tunaikan dengan kami pergi sendiri mengendong shahila dalam perut semasa usianya 5 bulan. tapi kalau ada Ayah.. mesti lagi meriah.

Ayah.. Rumah Ayah dah banyak berubah. An & kakna dah renovate tapi masih ada bahagian yang pernah ayah buat sendiri tu. Tapi kat situ dah jadi bilik mak sekarang walau mak tak tidur pun dalam bilik. Besar bilik tu..  Bilik Mak sekarang ni kan bekas ruang tamu rumah kita dulu. Mak macam biasa la dia suka tidur depan TV sebab tengah2 malam dia suka tengok filem tamil. Aktiviti mak pun macam biasa.. Tapi kena jugak An dengan kakna & kakak bawak dia jenjalan kalau tak nanti dia merungut bosan. Ayah tahu la kan.. Mak dengan ayah dulu kan kaki merayap. Tiap2 minggu mesti keluar.

Ayah.. Hari ni genap 3 tahun Ayah pergi. Lagi 4 hari genap 3 tahun jugak kami nikah. Tak tahu apa yang patut kami rasa. Terus terang sejak Ayah pergi, selalu mimpikan Ayah. Mungkin ada dosa kita yang tak sempat minta ampun dengan Ayah, harap ayah ampunkan yer.  Kita akan sentiasa doakan yang terbaik untuk Ayah. Moga Allah jaga Ayah kat sana.. Semoga Ayah bersama mereka2 yang di kasihi di sana. Tidur la dengan nyenyak kat sana, Ayah. Insya Allah.. Kalau diizinkan Allah kita semua akan berjumpa lagi.Al Fatihah untuk Ayah..


9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SESUATU YANG KORANG BELUM TAHU PASAL BAGPACK

22.4.13 Suria Lekatlekit 7 Comments

Ni Rahsia tau.. kita2 je tahu. Meh sini dekat dekat.. rapat rapat.. biar sendat. Nak tahu 1 rahsia tak?? Kalau nak tumpukan pembacaan anda hingga ke titik noktah terakhir, hokay!

Wahai kengkawan.. musuh musuh.. peminat.. pembenci.. pengemar.. pembaca & pengskodeng blog melekit hari ni sang lekit nak bagi tau 1 rahsia pasal bagpack. Tahukah korang ada 1 page kat FB yang menjual bagpack yang cecantik gitu. Nak tengok koleksi bagpack dia?? Jom kita tengok secebis dua bagpack beliau..



Beg ni sesuai kalau adik2 student nak bawak gi kelas, atau nak balik kampung pun senang @ nak travel pun boleh. Kira bagpack ni memang serbaguna la. Yang ada baby pun sesuai jugak bagi sang lekit sebab dia banyak poket senang nak isi barang. Kalau sumbat dalam 1 space jer semua susah la nak mencari. Jadi beg yang banyak poket ni senang nak letak kunci,minyak angin ker,losyen ke. Bila emergency senang nak capai, kan?? Kalau nak tau detail harga,warna yang ada bagai clik kat sini >> BAGPACK <<





Beg ni macam unik sikit. Sekali tengok warna dia macam beg lukisan kartun je kan?? Comel.. gugirls mesti suka. Mesti bangga kembang kempis dapat bawak beg ni jenjalan, gi kelas, gi sekolah, gi dating bagai.




Untuk Boboy pun ada nak bergaya gi kelas, gi jenjalan & nak pegi memana pun. Dengan warna yang nampak macho bila di gayakan, menampakkan kematangan juga ke profesionalan si pembawa menyerlahkan lagi kehenseman korang gitu.


Bag dalam 2D katanya.. macam masuk wonderland je bila pakai beg camni kan?? Unik sangat.


Aduhai banyak sangat beg yang di jual kat page University Bagpack.. Tak tertayang kat blog melekit ni. Semuanya cantik2 & harga masih di dalam kemampuan semua golongan. Jadi kalau korang dok cari2 bagpack ke.. bag ke kelas ker.. bag ke sekolah ker.. atau apa2 beg.. yang pasti takde jual plastik bag isi sampah jual kat page tu.. Boleh korang skodeng sendiri kat page UNIVERSITY BAGPACK. Di jamin mata anda tak berkedip.. kekekekeke

P/S : Kebanyakkan harga bawah RM100.. tak mahal sangat la.

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

VIDEO KEMALANGAN NGERI DI FEDERAL HIGHWAY PAGI TADI

21.4.13 Suria Lekatlekit 9 Comments

Terus gigil tau lepas tengok video tu. Mayat bergelimpangan atas jalan. Tak terkata, cuma di mata terbayang orang tersayang yang mungkin di atas jalan raya sekarang ni. Terus berdoa agar Allah lindungi semua insan2 yang kini di perjalanan, moga selamat.


Tak terkata sang lekit. Tengok sekali jer video tu dalam skrin kecik di handphone. Tak berani nak tengok untuk kedua kali. Masih tak tahu punca kemalangan.. kena tunggu siang2 sikit kot boleh update pasal kemalangan ni kat tv @ akhbar nanti.

Bagi yang kuat semangat boleh la tonton video ni. Bagi yang rasa diri tu kental2 ubi kentang jer tak payah tengok. Kang terpengsan pulak takde insuran nak cover. Bagi yang nak tengok video tu boleh la clik kat sini >> Kemalangan Ngeri Federal Highway <<

Semoga mangsa2 yang maut di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman (bagi yang muslim sebab tak sure mangsa yang terlibat tu siapa lagi) & takziah kepada keluarga semua mangsa & Al fatihah.



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MAYBE YES.. MAYBE NO.. DAH 1 TAHUN 8 BULAN HARI NI

20.4.13 Suria Lekatlekit 7 Comments

Ye.. dah setahun lapan bulan. Menyemak entri bertarikh 15 Januari 2011 dimana test yang di buat sendiri kat rumah positif.. rasa macam alahai sekejab je masa berlalu. Maybe Yes Maybe No dah setahun 8 bulan dah...

Lala membesar macam biasa, sihat, aktif, lasak tak kira dalam tidur apatah lagi dalam jaga cuma makan je taknak sekarang ni. Tapi susu kuat jugak dia minum. Suka tidur lewat & bangun pun lewat sekarang ni. Tidur pukul 1 lebih.. bangun pun sekarang paling awal 11.30 pagi.. & pernah sampai pukul 1.30 petang baru dia bangun.

Rata2 kalau bawak lala keluar.. Orang tengok akan cakap 'Lasak budak ni'. Ye memang lasak budaknya. Tak reti diam langsung. Tidur pun lasak jugak. Abis semua orang di sebelah dia kena tendang. Kalau lala tendang bukan tendang2 baby.. atau tendang2 manja. Tendang2 perit jugak la rasa. Sampai dady taknak tidur sebelah dia lagi. Dia punya berpusing masa tidur 360 darjah gitu. Tu tak kira kalau dia bangun hempap kepala dia atas badan.. kadang tersasar kena kat muka memang rasa nak menangis.. nak nak lagi kena kat mulut atau batang hidung. Nasib la kau anak... hahahaha

Masih suka upin ipin.. jadi kami laki bini kalau nak makan kat luar selalunya akan bagi lala duduk dalam baby chair sambil layan upin ipin kat youtube maka tenang la kami makan. Kartun2 lain macam Dora The Explorer, Go Diego Go, Bola Kampung, lagu2 tema drama sinetron indonesia juga salah satu favourite lala selain lagu2 patriotik, lagu2 mengundi, lagu2 undilah BN bagai, juga lagu2 nasyid, zikir & selawat kat tv al hijrah. Tu semua lala suka tengok sambil dengar.

Tu je la cerita lala untuk kali ni.. Jom kita layan aksi shahila depan lensa camera bapak dia yang di snap mak dia tanpa didikan profesional.. hahahaha







P/S : maybe yes.. maybe no tu tajuk entri semasa berjaya kesan lala dalam perut


**Perisai Wajah yang menghalang Penuaan.Jom tengok kat sini >> PERISAI WAJAH YANG MAMPU MENGHALANG PENUAAN <<

** Nak pergi Jakarta tak. Jom tengok tiket murah kat sini >> TIKET FLIGHT KE JAKARTA RM1 JE. CEPAT SELAGI PROMOSI ADA <<

** jom tengok sarapan apa yang sedap di dengar kat sini >> SARAPAN YANG PALING SEDAP DI DENGAR <<

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE << 

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PELAKON AZEAN IRDAWATY DI DOAKAN MAMPUS

19.4.13 Suria Lekatlekit 7 Comments

Amboi kejam sungguh kat tajuk entri tu. Dah la orang tu tengah kritikal berperang dengan penyakit kanser, ada pulak yang doa mampus. Ni bukan takat kena cili mulut harus tumbuk sampai bersepai gigi & gusi ni. Biadap sangat.

Tadi sempat jenguk blog cerita retis Oh Bulan yang menulis pasal keadaan pelakon Azean Irdawaty yang kita sedia maklum sudah lama uzur dengan penyakit kanser tu. Keadaan Azean Irdawaty sekarang di katakan agak kritikan bila doktor mengesahkan kanser dah merebak ke bahagian lain dalam tubuh beliau. Pembedahan yang sepatutnya di jalankan 18 April terpaksa di tangguhkan ke 22 April.

Gambar terkini Seniwati Azean. Rujukan & sumber di OH bulan

Yang sepatutnya kita doakan yang terbaik buat beliau bukan menyumpah seranah supaya MAMPUS. Perkataan mampus tu pun dah melukakan hati banyak pihak terutama keluarga beliau apatah lagi kalau Kak yan kita yang baca komen tu kan??

Rasanya orang macam kau la elok 'Pergi' dulu kot. 

Soal hidup mati tu kerja Allah.. Sampai masa semua akan pergi juga mengadap yang Esa. Jadi Jangan la biadap sangat kalaupun kau benci dengan dia mahupun keluarga dia. Tapi walaupun kau berani mendoakan orang lain "Mampus" tapi tak guna jugak kalau ko hanya berani keji orang dari celah ketiak mak ko. Hahahaha.. tak berani jugak nak tunjuk identiti. Walau ada nickname tapi takde link. Lebih kurang spesis Anonymous la jugak cuma dia letak nama je.



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

APA LAGI KORANG BOLEH FOLLOW SELAIN BLOG

17.4.13 Suria Lekatlekit 9 Comments

Nak tahu apa lagi korang boleh follow sang lekit selain blog?? Seperti sedia terpacak kat sidebar ada Link ke account facebook sang lekit dengan nickname surialekatlekit. So kalau rasa nak ber kawan kawanan di facebook boleh la add yer.

Selain blog & juga facebook.. Sang lekit juga ada account twitter & yang terbaru instagram. Orang dah kontot jari guna instagram kau baru nak celik jari, boleh gitu. Sebelum ntah napa belum tergerak jari jemari nak adakan account instagram, tetiba dua tiga hari ni rasa nak adakan pula account instagram.. jadi hari ni secara sengaja dah ter ada & terupload dua tiga cebis gambar budak lala.

Ok.. bagi mereka2 yang nak berkawan kawanan dengan sang lekit dia twitter boleh add sang lekit kat lekatlekitmami & instagram lalalekatlekit. Yang pasti semua ada lekatlekit, hokay! Yang takde lekat lekit tu semua fake account.. hahahaha. Ada ke orang nak buat fake account sang lekit. Kau fikir kau fasha sandha ker?? Pemes sangat ke kau macam redmummy @ Ben Ashaari mahupun cik epal jugak maria elena!! Wah mencerca diri sendiri nampak. Hahahahaha.

Ya saya juga ada benda ni. Harap maklum & follow yer..

Kemain kau buat annoucement nak meramaikan jemaah kat account laman sosial gitu. Yolah.. den kan kekurangkan jemaah.. Almaklum la sapalah daku berbanding di kau kan?? Kena la meraih simpati sikit.. hahahaha.

Ok tu saja kempen meraih pengikut untuk kali ni. Jadi sesapa yang sudi sila la melekat lekitkan jari anda dengan add semua yang tersebut yer.



** jom tengok sarapan apa yang sedap di dengar kat sini >> SARAPAN YANG PALING SEDAP DI DENGAR <<

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <<

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SELEBRITI YANG PERNAH JADI PENARI BOGEL SEBELUM BERGELAR ARTIS

14.4.13 Suria Lekatlekit 10 Comments

 Hilang mengantuk tu bila baca tajuk kat atas. Amboi hangpa... suka bebeno dengar perkataan bogel kan?? sebab tu keywords kat blog melekit ni bogel manjang di cari. Apa korang ingat blog ni share cerita lucah & gambar bogel ker??

Carian gambar bogel antara carian tertinggi kat blog melekit padahal takde pun aku pernah share gambar bogel. Hahahaha.. abang tertipu dengan tipah

Ini bukan entri lucah atau share gambar2 lucah mahupun video seks menjelang PRU13 ini cuma entri share kisah2 retis popular hollywood yang mungkin kita belum tahu apa dorang buat sebelum terkenal di seantero dunia.

Sapa sangka artis yang hot & spicy.. Meletop kebabom serata dunia dulu pernah jadi maskot ayam, penari bogel.. penghantar surat khabar & macam2 kerja yang kita sendiri tak pernah sangka & kalau kita jumpa dorang masa tu pun pasti takde apa yang menarik sangat la dengan pekerjaan mereka, kan??

Jadi jom kita tengok apa yang selebriti dunia ni buat sebelum bergelar retis popular..

Maskot ayam (Brad Pitt)
Hero pujaan Angelina Jolie ini sebenarnya pernah bekerja di sebuah restoran Mexican tempatan. Lucunya, dia bekerja untuk mempromosikan restoran itu dengan mengenakan kostum ayam dan menari di sana setiap hari.

Penari bogel (Lady Gaga)
Sesuai dengan imejnya, maka tidak hairanlah pelantun Poker Face ini pernah bekerja sebagai penari bogel ketika berusia 18 tahun.

Penggubah dekorasi (Jon Bon Jovi)
Siapa sangka, penyanyi terkenal ini mempunyai kemahiran dalam penggubahan. Malah dia pernah menggubah dekorasi ketika perayaan Krismas.

Penghantar surat khabar (Tom Cruise)
Di zaman remajanya, bekas suami Katie Holmes ini hanyalah seorang budak penghantar surat khabar. Namun kini, dia antara bintang filem termahal di Hollywood.

Model makanan anjing (Drew Barrymore)
Siapa sangka bintang filem Charlie Angels ini dahulunya pernah menjadi model komersial bagi makanan anjing dan bijirin.

Pelayan restoran (Jennifer Aniston)
Sebelum diangkat sebagai teraju utama dalam perfileman Hollywood, aktres berambut cantik ini pernah menjadi pelayan kedai makan.

Pelayan restoran (Sandra Bullock)
Seperti Aniston, aktres jelita ini juga mengakui pernah bekerja sebagai pelayan kedai makan sebelum bergelar bintang.

Maskot pisang (Megan Fox)

Pelakon seksi ini pula pernah bekerja di sebuah kafe yang mana memerlukan dia mengenakan kostum pisang.

Jual pen (Johnny Depp)
Bayangkan di masa silamnya, 'lanun' kesayangan ramai ini pernah bekerja sebagai penjual pen!

Ambil pesanan (Madonna)
Jika dahulu mereka yang gemarkan Dunkin' Donut membuat pesanan daripadanya, namun kini tidak lagi.
Rujukan : Sinar Harian

Bak kata orang tuah ayam nampak di kaki, rezeki manusia hanya Allah saja yang tahu, kan?? Jadi dalam perjalanan hidup kita, harus la kita berusaha sebab dengan usaha saja boleh mengubah nasib kita di masa akan datang. Jangan nak harap tuah sangat.. sebab tuah takkan datang bergolek mahupun turun bak hujan dari langit. Takde tuah atau sial dalam kehidupan kita yang ada rajin & malas saja.



P/s : retis M'sia yang ghairah sangat tiru imej lady gaga tu hope kalau Lady Gaga berfesyen bogel dia tak tiru lah yer.. manatau sanggup pakai fesyen GILA tak masuk akal demi nak dapat title Lady Gaga Malaysia, sampai hilang 'Kemaluan' pulak



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KISAH SEDIH SELUAR DALAM PERTAMA USTAZ KAZIM ELIAS

10.4.13 Suria Lekatlekit 8 Comments

Dua tiga entri ni asyik share pasal kisah sedih ustaz kazim elias je kan?? Nak buat macam mana hati tersentuh membaca kisah pendek kat status post di Fanpage Ustaz Kazim Elias memang memang rajin update dengan macam - macam cerita tak kira cerita sedih, cerita kelakar juga perkongsian ilmu, nasihat juga teguran.

Kisah kali ni yang buat daku tacing.. kisah pasal seluar dalam pertama Ustaz Kazim Elias. Bukan cerita lawak.. bukan cerita lucah tapi cerita yang bagi sang lekit menyentuh hati jugak la. Jom la baca cerita sedih dari ustaz kazim ni..


Kadang2 - kadang kita rasa susah.. Tapi setiap kesusahan tu ada level. Kadang2 susah kita cuma tak mampu nak pakai gadget mahal2.. Tengok orang pakai iPhone 5 bagai kita cuma pakai android yang mini2 jer. Kita rasa kita susah dari bab tu.. Tapi walau kita susah tak mampu pakai note mahal2 kita kena bersyukur kita mampu lagi beli susu anak.. beli pampers anak tanpa perlu meminta simpati & ehsan orang lain. Ada orang yang tahap kesusahan dia sampai tak mampu beli susu anak.. mustahil dia mampu pakai gadget2 mahal kan?? Kalau susu anak tak mampu beli tapi update status FB guna note nak meraih simpati.. tu den tak dapat nak teka la level kesusahan yang macam mana. kalau den lagi sanggup tak de enpon dari anak tak minum susu kot..

Moral of the story.. apa je kita miliki sekarang ni kita patut syukur sebab di sebalik apa yang kita tak nampak ada orang lain lebih susah.. even nak dapat seluar dalam sepasang pun susah apatah lagi nak pakai bra yang rega rm500 sepasang. Jadi sentisa ingat, kalau kita rasa susah tak mampu miliki sesuatu kehendak tu.. ada orang lagi susah sebab keperluan hidup pun tak cukup apatah lagi nak dapat yang kehendak. Dengan cara tu kita akan rasa kita lebih bertuah dari mereka & patut kita rasa syukur & tidak merungut.

Deme tak mampu nak pakai bra rega RM500 cikgu. Deme kagum dengan cikgu. kekeke



** Makhluk asing mengejar manusia?? betul ke?? Jom tengok >>  Apakah yang dikejar makhluk asing di Stuttgart? <<

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

IBU USTAZ KAZIM MENYUSU ADIK BAWAH KAKI PENUMPANG BAS

7.4.13 Suria Lekatlekit 10 Comments

Tersentuh hati baca kisah pendek yang di kongsikan ustaz kazim Elias di status fb beliau.. pendakwah agama yang semakin terkenal sekarang ni. Di sebalik kejayaan dia hari ni banyak terselit kisah2 sedih yang kita sendiri tak pernah terteka.

Sayu hati bila baca.. Kecik hati bila kenang masyarakat kita waktu kejadian tu yang membiarkan seorang ibu mengendong bayi bersama seorang anak yang waktu tu membawa beg. Sanggup mereka2 waktu tu tengok & biarkan jer seorang wanita mencipta kreativiti yang mensayukan hati untuk berusaha tenangkan anaknya yang sedang lapar & dahaga. Jom kita baca dulu kisah sedih ni sebelum daku mengupas kopek secara rakus nya cerita ni


Kau bayangkan waktu tu mak kau yang berdepan dengan situasi macam tu. Duduk bersila di tepi kaki2 manusia yang padat dalam bas sedangkan mata2 yang sedang duduk & berkemampuan untuk berdiri tak bangun tapi hanya melihat tanpa ada rasa sedikit pun bersalah apa lagi simpati dengan nasib si ibu dengan anak kecil dia tu.

Kita ni (tak merujuk pada sesapa. sapa terasa dia buat).. Jenis kalau tak kena setempek kat batang hidung sendiri memang la tak ambil kisah sangat dengan rasa orang lain, kan?? Tak mustahil ada yang rasa lucu jugak. Cuma zaman tu takde enpon camera & FB bagai.. kalau tak confirm ada yang amik gambar upload dengan caption konon prihatin la sangat padahal ntah2 dia pun sedap2 duduk dok cari point2 menarik untuk snap dengan DSLR gedabak dia untuk kepentingan sendiri. Sapa tahu.. kadang2 manusia ni hanya prihatin pada kata kata bukan perbuatan pun walau dia mampu waktu tu. ye tak??

Jadi.. renung renungkan selamat berfikir dengan kepala otak & akal bukan kepala lutut & tapak kaki. sekian makaseh. Pada calon2 yang bakal bertanding dalam PRU13 tak kira dari parti mana even parti bebas berlambang kunci (Tok Mun) semoga berjaya. Berkempen berpada2 pada ponyokong fanatik.. jangan kerana mengundi 1 hari.. pangkah 1 kertas.. hari2 malaikat catat dosa maki korang.




** Makhluk asing mengejar manusia?? betul ke?? Jom tengok >>  Apakah yang dikejar makhluk asing di Stuttgart? <<

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MAKAN MEE KUNING SEPANJANG MINGGU

6.4.13 Suria Lekatlekit 7 Comments

Dah lama jugak la budak kecik buat perangai tak nak makan. Nak susu jer.. Jadi lama jugak sang lekit cutikan lala dari makan & sejak seminggu lalu sang lekit cuba balik bagi dia makan. Dalam kuantiti yang sedikit & sekali je sehari. Kang bagi banyak2 takut dia stress kena paksa makan, langsung tak nak makan.

Menu sepanjang minggu ni adalah mee. First time bagi dia makan mee.. sang lekit buat dia mee sup ayam campur taugeh. Nampak dia suka jugak makan. Esoknya try buat mee goreng pulak. dia makan jugak. Sebab dua hari berturut2 dia makan mee tukar pasta pulak. Buat creamy pasta. Dia makan jugak. Lepas tu buat pasta yang takde creamy2 dah.. Dia taknak makan. Esoknya buat mee balik. Mee sup ayam campur sayur sawi. Dia makan. hari seterusnya mee hailam. dia makan & hari ni mee hailam lagi

Jarang2 sang lekit nak tayang masakan hasil air tangan sendiri kan?? Ni la rupa bentuk hasil bersilat dengan kuali, sudip bagai.. Untuk shahila je. Mee hailam melekit. kekekeke

Nampaknya lala sukakan mee. Maybe sebab sebelum ni sang lekit belum pernah cuba bagi dia makan mee kuning kot. Nasi totally lala tak berapa minat. Kalau bagi pun jenuh la nak memujuk. Takpe la cuti la nasi sekejab.. tengok seminggu dua lagi try bagi nasi. Sekarang ni bagi lala makan apa dia nak jer. Susah jugak nak bagi budak lala ni makan. Nak bagi makan kat rumah & apa yang sang lekit masak je. Makanan luar memang susah budak ni nak makan. Nak ajar minum air kotak pun susah macam mana la nak ajar dia sedut minuman guna straw kan?? Tunggu sampai dia dah mesra dengan makanan baru senang nak ajar dia makan sendiri, minum guna straw.. Selagi dia makan nak tak nak macam tu memang bagi apapun tak jadi.

Sang lekit tak risau sangat kalau anak orang lain dah pandai sedut minuman guna straw & lala tak nampak pun macam reti minum dengan straw ni sebabnya lala memang tak minum minuman lain selain susu & air masak. Vitagen pun sang lekit selalu pujuk & lalaikan dia dengan tv bila nak bagi minum. Tu pun guna botol susu sebab senang nak pujuk. Macam tu jugak makan.. nak pujuk dia makan kena lalaikan dia dengan tv. Takpe sang lekit tak rasa terbeban pun buat semua tu. At Least dia makan juga walau sikit. Yang penting setiap hari kita berusaha untuk bagi dia makan. Lama2 dia boleh terima makanan jugak. Kalau kita pun malas... asyik sumbat susu jer, memang la budak tu lambat sikit la nak terima makanan. Rajin2 la try menu baru.

Tak nafikan sepanjang memasak untuk lala.. ada yang dia tak nak makan langsung. Ada juga dia habiskan. Tapi kunci utama jangan putus asa untuk terus bagi anak makan. Kadang2 budak2 yang bawah 2 tahun ni memang selera meragam sikit. Dari pemerhatian sang lekit ada budak masuk je umur 2 tahun, dia dah sukakan makanan. Jadi dalam tempoh bawah 2 tahun ni kita kena banyak sabar & usaha la untuk pujuk dia makan.

Asalkan dia membesar dengan sihat, jarang sakit, aktif & takde tanda2 ada masalah.. pun dah cukup bagus untuk perkembangan dia. Sekurang kurangnya lala ada kelebihan dia berbanding budak2 lain.. mungkin lala lambat dari segi dapat skill baru.. lambat berjalan (setahun  4 bulan baru jalan), lambat bercakap (dah setahun 7 bulan tak panggil mummy lagi ni) tapi lala budak yang jarang sakit & sentiasa aktif juga kurang meragam. Jadi.. kita tak perlu rasa rendah diri kalau anak orang lain dah belajar banyak perkataan sedangkan anak kita tak pandai cakap lagi.. Yang ada anak cepat segala galanya jangan riak & menunjuk sangat. Dan jangan nak compare anak kita tu dengan anak orang lain. Niat berkongsi takpe jangan niat nak membandingkan kelebihan yang anak kita ada dengan anak orang lain tu yang buat orang lain terasa. Masing2 anak.. semua di anugerahkan kelebihan masing2.

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <<

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PERAH JUS OREN MACAM PERAH SANTAN, GILA GELI!

5.4.13 Suria Lekatlekit 5 Comments

Kalau korang la kan.. Tengah tunggu order makan & minum korang sambil duduk meja berdepan dengan tempat buat air kat sebuah gerai makan tetiba secara tak sengaja ternampak la Fresh oren yang korang order di ramas - ramas jejari hitam sebelum di hidang untuk korang, korang minum tak?? Jawab dulu dalam hati sebelum terus baca entri ni..

Dah jawab semua.. Sapa yang jawab sanggup minum di nasihatkan jangan baca entri ni sampai ke titik noktah terakhir, sapa yang jawab muntah hijau kalau minum mari terus membaca sambil membayangkan situasinya.

Alkisahnya semalam.. keluar dengan asben & lala pergi makan kat sebuah kedai makan yang biasa kita makan kat sg buloh. Sebab laki daku gemar sangat ayam golek beliau, jadi kita park la kat situ untuk jamah makan malam. Di ringkaskan cerita dah order bagai, kita tunggu la macam biasa kan. Kebetulan meja kita amik tu berdepan dengan tempat buat air, sebab dekat dengan TV. Yelah.. budak lala ni kalau tengok tv diam la sikit. Layan jugak la cerita tv3 drama episod time tu. Entah apa tajuknya tak sure.. tengah dok layan tv secara tak sengaja ter jeling kat mat bangla yang buat air. Nak2 lagi time tu dia tengah buat fresh oren yang sang lekit nak minum.. lepas dia blender buah oren tu, maka dia tapis la hampas buah tu. Bila kita nak tapis hampas mesti la ada sisa jus yang tersangkut selalunya orang kacau guna sudu sekali sang lekit tengok dia macam perah santan pulak hampas oren tu dengan jejari bollywood dia. Terus bagitau asben.. cakap suruh cancel jus oren tu taknak minum. Kebetulan time makanan pulak sampai dulu, apa lagi terus asben report tokei dia yang kebetulan hantar makan kat meja kita.

Dalam hati nasib baik la Allah bagi petunjuk kat daku, kalau tak betapa nikmatnya aku sedut jus oren hasil ramas tamas tangan mat bangla tu. Tak confident dah nak minum air dia buat, terus minum air tin jer. Ais kosong pun aku tak amik dah. Napalah tokei kedai tu upah mat bangla buat air. Sebelum ni sang lekit selalu pergi makan kat situ, budak melayu yang tukang buat air, sekali semalam dah bertukar service. Mat bangla pula ambil alih.

Kalau korang rasa benda tu tak geli.. syabas la!! Bukan pasal dia bangla ke hapa.. even dia melayu gebu macam cik mat gebu pun kalau perah hampas oren dalam gelas macam perah santan, tetap daku tak minum kecuali la di belakang mata daku.

Masa nak pergi bayar.. kesian pula tengok tokei tu dok explain kat daku pasal pekerja dia buat macam tu. Nampak la tokei dia sedikit cuak & rasa bersalah. Yelah kitorang selalu jugak makan kat situ.. Apapun sang lekit tak salahkan tokei dia. Apa yang mat bangla tu buat di luar pemerhatian dia. Jadi.. pada peniaga2 makanan.. sesekali tu intai2 la apa yang pekerja korang buat jangan mata pelanggan nampak dulu, tak elok untuk kestabilan ekonomi perniagaan anda.

Perah santan guna tangan tu normal tapi kalau perah hampas oren yang dah kena blend dalam gelas atas penapis, tu memang adengan jijik.




 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <<

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KISAH USTAZ KAZIM ELIAS DI HINA DI HARI RAYA

4.4.13 Suria Lekatlekit 11 Comments

Tersentuh hati membaca cerita pendek dari Ustaz Kazim Elias ni.. Kita tengok dia hari ni menikmati kehidupan yang selesa, dengan rezeki yang ada dia membuka sekolah tahfiz pada anak2 yatim & anak2 miskin tapi ramai yang tak tahu sejarah hidup ustaz kazim yang bergelar anak yatim sejak dari usia 8 bulan selepas ayahnya meninggal dunia.

Lahir dalam keluarga besar, bila arwah ayah ustaz kazim ni meninggal dunia jadi ibu dia la memikul semua tanggungjawab dengan berbekalkan pendapatan dari hasil menjadi guru mengaji al quran. Zaman kanak - kanak beliau menyelitkan 1 kisah yang sangat2 menyentuh hati daku bila membacanya.. Jom la kita sama2 baca


Dari cerita ustaz kazim ni sang lekit pun terasa jugak sebab sang lekit pun lahir dalam keluarga yang tak berapa kecik. 6 orang adik beradik perempuan yang lahir jaraknya tak jauh. setahun.. dua tahun macam tu la. Bayangkan masa kecik.. semua pun lebih kurang je usianya. Time tu kita boleh nampak mana yang anggap kita sedara mana yang anggap kita ni bala. Bukan semua orang suka bila orang tu anak ramai & bukan dari keluarga kaya raya cuma sekadar cukup je keperluan untuk hidup. Boleh sekolah.. merasa jugak pakai baju raya.. merasa jugak jenjalan setahun dua kali (time cuti raya ler) tapi nampak macam anak itik pulang petang la bila keluar kan. Time tu la bermula episod terasa hati & jauh diri dengan sesetengah sedara.

Bila dah besar.. dah terbiasa tak rapat dengan sesetengah sedara akibat dari pengalaman buruk & sedih masa kecik jadi tak rapat la sampai sekarang. Bila dah besar pandai pulak sesetengah sedara ni nak salahkan kita kurang bergaul dengan depa. Depa terlupa kot masa kecik2.. depa tak pandang pun kita melainkan.. Family makcik dengan anak tunggalnya yang kami panggil ABANG sampai hari ni. (kakak kepada arwah ayah yang pernah jaga sang lekit masa kecik dulu). Ada pulak sedara yang nak dengki dengan Abang & makcik sebab segala kesenangan & keselesaan kami hari ni kami kongsi dengan mereka. Bagi sang lekit Makcik & family Abang adalah keluarga kami. Susah senang depa yang ada selama ni dari kecik sehingga semuanya dah ada kerjaya sendiri. Abang la banyak tolong masa adik beradik sang lekit nak masuk IPT. Tolong hantar & tolong banyak benda even dari segi kewangan abang tak kaya tapi dari segi kudrat abang memang banyak tolong. Masa sang lekit nak nikah dulu pun abang la yang uruskan semua. Arwah ayah sebelum meninggal (4 hari sebelum sang lekit nikah) pun sempat amanahkan abang untuk uruskan. Betapa arwah ayah percaya pada abang. Yelah.. arwah ayah kan takde anak lelaki.. Itulah anak lelaki yang dia boleh harap pun.

Yang jadi pengajaran sang lekit sampai sekarang & selalu pesan dengan adik beradik yang lain, jangan bezakan layanan dengan anak buah. Shahila ada seorang sepupu (anak adik sang lekit) & 3 orang lagi dua pupu (anak abang.sebenarnya shahila ramai dua pupu ni tapi tulis yang paling rapat je la.. kekekeke). Apa yang kami pernah rasa dulu dah cukup membawa kesan pada hari ni. Moga kisah ni jugak jadi pengajaran pada kita semua lebih2 lagi yang ramai anak buah. Tak kira dia miskin, kaya, comel atau comot.. Itu semua hari ini. Akan datang kita tak tau dia lebih berjaya dari anak2 kita atau kita sendiri, masa tu baru nak mai ngaku sedara, kirim salam saja la bila hati dah terluka terlalu lama. ye dak??



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PRU13: NAK TAHU SIAPA YANG PATUT & TAK PATUT KORANG UNDI

4.4.13 Suria Lekatlekit 11 Comments

Dah tak lama lagi kot nak PRU13 ni kan?? Tunggu je pengumuman tarikh nya. Jadi kita sebagai rakyat malaysia yang beragama Islam, jom kita tengok siapa yang patut kita undi & tidak semasa pilihanraya nanti.

Gambar Carian Google
Dalam surah Ali Imran ayat 28 dan dalam surah An-Nisa' ayat 139 dan juga ayat 144 menegaskan dengan terang larangan melantik orang kafir menjadi pemimpin kepada orang-orang Islam walau dalam apa bidang sekalipun. Ini kerana dalam Islam seorang pemimpin bertanggungjawab soal amar makruf dan nahi mungkar, soal ibadat, dan lain-lain, sedangkan orang yang kafir tidak bertanggungjawab terhadap masalah ini, sebaliknya mereka hanya bertanggungjawab terhadap agama mereka sahaja.

Bagaimanapun di kalangan ulama' ada yang berpendapat boleh melantik orang yang bukan Islam untuk menjadi pemimpin kepada umat Islam bukan dalam bentuknya yang umum seperti presiden atau perdana menteri yang melibatkan urusan langsung umat Islam, tetapi dalam bidang-bidang tertentu yang mana umat Islam belum ada kepakaran tentangnya seperti bidang kedoktoran dan lain-lain.
Berhubung melantik perempuan menjadi pemimpin khususnya pemimpin besar umat Islam, jelas tidak boleh kerana bercanggah dengan nas yang menjelaskan kaum lelaki itu adalah pemimpin kepada kaum wanita dan tidak akan berjaya sesuatu kaum yang melantik kaum wanita mereka menjadi pemimpin mereka. Namun begitu ada beberapa profesion yang boleh kaum wanita menjadi pemimpin di dalamnya seperti bidang kejururawatan, pendidikan anak-anak dan lain-lain yang sesuai dengan fitrah semula jadi yang ada pada diri mereka.
** Rujukan artikel di atas sumber dari SINI **

Jadi paham - paham sendiri la yer.. Jangan taksub sangat dengan parti sampai main pangkah je tak kira apa agama pun. Jadi pada yang berniat nak pergi mengundi & tak tau siapa yang harus di undi, moga dengan perkongsian ringkas ni dapat memberi tips kepada korang semasa memangkah undi nanti yer.

P/S : Entri ni tak melambangkan apa2 @ mana2 parti politik sekadar berkongsi info untuk manafaat semua. Bagi daku kalau tak kira parti apapun kalau dia calon wakil rakyat tu seorang yang beragama Islam, elok la kita undi yang seagama dengan kita, ye dak??


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <<

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

VIDEO SEDUTAN AKSI PORNO TERSELIT DALAM FILEM MELAYU

2.4.13 Suria Lekatlekit 9 Comments

Semua mesti tertanya tanya filem melayu mana yang selit aksi porno. Bukan satu dah.. ada banyak dah filem cuba menampilan aksi porno berselimut sebagai pelaris untuk filem tu jadi laku & box office.

Terbaru filem Amukkan Azazil yang menjadi kontroversi hangat bila ada babak Ranjang "Malam Pertama yang di lakonkan dua artis popular tanah air. Walaupun katanya babak tu dah di potong untuk tayangan tapi tetap juga ada di youtube babak tu yang boleh di tonton.

Pandangan daku ringkas & pedas sikit.. Adengan tu bagi aku saja di adakan untuk dijadikan kontroversi. Bila jadi kontroversi dapat la publisiti.. Bila dapat publisiti ramai la orang nak tengok. Bila orang ramai tengok, untung la mereka2 itu.

Tolong la pembikin filem.. Tolong la tak payah guna trick adengan ranjang untuk pelaris filem kau tu!! Hanya filem sampah je akan buat macam tu sebab dia tau filem dia tak pengisian & kekuatan jadi tunjuk aksi romen2 sikit confirm orang berpusu nak tengok. Aduhai.. sundal sangat tau trick macam tu. Kalau kau yakin kau menghasil seni, kau menghasil karya,kau menghasilkan sesuatu yang berkualiti.. Rasanya kalau takde adengan romen2 dalam watak laki bini sekalipun kau boleh jual kot filem tu. Tapi kalau memang dari awal kau tau filem tu takde kekuatan, cuma di hasilkan untuk menyepahkan pawagam tanah air, memang la kau terpaksa buat macam tu untuk dapat modal balik, kan??

Jadi.. apa moral yang kau nak sampaikan dari adengan romen2 malam pertama ni??Nampak sangat la adengan tu di buat semata mata untuk di jadikan kontroversi & tarikkan orang sebab rasanya yang buat filem tu dah tau garis panduan adengan yang boleh di luluskan ataupun tak, jadi kenapa buat juga kalau tau mesti kena potong babak tu?? Semua ni strategi marketing depa je nak mempromosikan filem. Cis!! Takde standard langsung promosi dengan guna publisiti murahan macam tu.

Korang tengok la sendiri adengan tu kat bawah ni.. Walau dalam selimut tapi act dia rasa panas jugak la kan?? Rasa macam tak berapa sesuai kalau di tonton budak2 ni




P/S : Dugaan jugak kan bersuami/isteri seorang retis ni lebih2 lagi pelakon.. Agaknya tak tercabar ke ego laki si retis pompuan tu tengok adengan macam ni



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

AWAS! PENIAGA MAKANAN KENA TAHU PASAL NI

1.4.13 Suria Lekatlekit 7 Comments

Kadang peniaga ni nak jimat sesatu benda tu sampai buat benda yang menampakkan kebodohan sendiri juga mengundang kemarahan pelanggan. Itu biasa kita jumpa, & masih ramai lagi peniaga spesis nak untung banyak tapi nak modal sikit.

Salah satu spesis peniaga yang sang lekit rasa macam nak tunjal2 je dahi dia jenis peniaga makanan yang tahap bakhil (mustahil bodoh) sampai kalau kita minta dia bungkus makanan berkuah di sekalikan dalam satu plastik. Contoh kita minta dia bungkuskan meehon tomyam, dia bungkuskan tomyam & meehoon tu dalam 1 plastik, korang sendiri tau apa akan jadi kalau benda tu tak di makan dengan segera.

Ye betul.. meehoon itu akan menyerap kuah tomyam sampai kering & meehoon itu akan jadi lembik selembik lembiknya. Korang rasa ada selera nak telan lagi tak?? Tau la kalau ada orang memang suka makan mee, bihun,@ apa2 yang sewaktu dengannya bila dah lembik ala2 moi budak bawah setahun, kan?? Dalam kes ni depa (peniaga) bukan bodoh tapi nak buat kerja senang & mudah ja tanpa fikir sekali depa buat sorang pelanggan mungkin hilang. Takkan setiap kali nak beli bungkus kena remind asingkan kuah.. Restoran lain elok je tau apa yang patut & tak patut depa buat, takkan dah meniaga bertahun tahun tak reti lagi ye dak??

Tak semua peniaga jenis macam tu tapi percayalah masih ada lagi. Sang lekit pun ada juga dua tiga kali terkena.. Bila asben bungkuskan makanan berkuah macam tu depa bungkus 1 plastik. Sementara hamba Allah tu nak sampai rumah, dah lunyai la benda tu bercampur kuah. Sang lekit bukan jenis sampai2 terus makan.. nak settlekan hal laki & anak dulu. Dah rilex2 baru makan. Tapi sampai rumah pun dah ala2 moi budak bawak setahun, kalau tunggu sejam dua lagi bayangkan la apa jadi. Kalau sebelah umah restoran tu maunya aku suruh dia makan dulu. Kalau dia sendiri pun tak sanggup nak telan, baru senang nak bagi moral of the story

Jadi pada para peniaga makanan di Malaysia mahupun dunia.. Minta prihatin sikit yer. Nama pun awak meniaga, kalau awak menderma @ bersedekah pun harus memberi makanan yang terbaik juga inikan meniaga orang bayar bukan makan free. Sila bagi yang terbaik tak kira yang awak jual tu murah @ mahal. Berapa la sangat rega plastik tu.. Kalau rasa pasal plastik tu korang boleh bankrup.. baik jangan meniaga yer.. Pi keja makan gaji cukup bulan berbaris kat mesin ATM. Ada paham??!!

Moral of the story, jangan bungkus makanan macam bungkus sampah semua main campur jer sekali. Ada makanan yang perlu asingkan kuah & isi. Jadilah peniaga berhemah & Insya Allah berkat rezeki yang korang dapat. Sampah sekarang pun dah ada tong ikut kategori.. malu la sikit dengan tong sampah kalau korang (Peniaga) masih tak tau bungkus makanan korang ikut kategori & jenis makanan.



 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <<

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!