DI SEBALIK KEHIDUPAN SI JARI LAZER DAN PUAKA

3.1.14 Suria Lekatlekit 7 Comments

Siapakah pemilik jari lazer & puaka tu?? Nak tahu?? teruskan membaca hingga ke titik noktah terakhir..

Alkisahnya.. dia hanya seorang gadis biasa yang sememangnya lahir bersama minat menulis. Kalau masa kecik cita2 dia nak jadi penyanyi sebab terpengaruh dengan penyanyi pujaannya raja ema.. tapi bila meningkat belasan tahun minatnya berubah bila dia sedar dia takde bakat menyanyi sangat pun. Dia mula minat mengarang.. karya pertamanya adalah menulis diari bertemakan pantun. Kau boleh?? hahahahahaha.... tulis luahan perasaan dalam diari dalam pantun.. aku sendiri pun tak terfikir macam mana budak tu boleh terfikir buat macam tu tau.

Bila meningkat remaja sikit... takde pantun2 dah.. dia tulis jugak diari tapi dalam tema biasa orang tulis diari tapi time tu dia mula mengarang puisi & cerpen dah. Sebelum dia cuba karang cerpen memang dia karang puisi dulu.. Dia pernah karang diari dalam bentuk cerpen panjang berepisod yang di beri nama diari warkah untuk sahabat. Jika sahabat yang di maksudkan terbaca entri ni maka dia tahu la pasal tu.. Kau selamanya sahabat di hati ku. Terima kasih atas kebaikkan kau selama kita bersahabat dulu. Terima kasih untuk segala kenangan terindah...

Seterusnya menulis beberapa cerpen.. ada antaranya tersenarai dalam satu website tapi dah lama sangat. Bila berhijrah ke kotaraya.. dia tak mengarang lagi. Dia berkenalan dengan blog.. Dia belajar tulis blog tapi penulisan dalam blog jauh sekali berbeza dengan apa yang pernah dia karang dulu bila guna pen & buku... mula2 buka blog cerita lebih berkisahkan dunia online dia je.. kisah dia ber dj di radio online & sikit2 kisah peribadi tapi hari semakin hari penulisannya semakin berubah.. penulisan dia jadi semakin lantang ala2 pengkritik.. kadang2 macam wartawan tak bertauliah jugak. Penulisan dia lebih kepada memberi pandangan peribadi kepada sesuatu isu.. Nampak garang,lazer & agak berpuaka taipan ayat2 dalam setiap entri dia.. Sampai ada yang anggap dia seorang yang takde life & hidup dia penuh stress & tak enjoy.

Di sebalik keyboard yang mencantum kata2 menjadi ayat sesunguhnya kehidupan dia luar dunia maya amatlah berbeza. Bagi sapa2 pernah berkawan & kenal dia di luar laman sosial maka mereka akan kata dia seorang yang peramah, gila2 & suka berlawak. Dan sekarang walau dunianya lebih banyak bersama suami anak & family rapat & dekat.. Tapi masih lagi sama perwatakkan orangnya. Dunianya di luar alam maya.. penuh dengan gurau & ketawa even hanya bersama suami jer.. sebab dia ada suami yang memang kelakar tahap maksima tapi takde la tak pernah ada situasi yg stress & masam langsung. Normal la.. ada juga sekali sekala.. tapi sesungguhnya kehidupan mereka sekarang dalam kategori keluarga bahagia la jugak.

Penulisan di blog tidak mengambarkan kehidupannya di luar alam maya. Sangat berbeza orangnya.. Itulah dia blogger yang maybe ramai yang boleh terima & ramai yang tak suka.. Pemilik blog apa yang melekat lekit hari ni. Kenapa dia semakin tak mahu tulis pasal kehidupan peribadinya... Sebab takut terbabas menulis kisah peribadi yang tak patut jadi bacaan orang lain & kehidupan peribadi mereka bukan menarik sangat pun.. mereka cuma orang biasa.. Cukuplah mereka rasa bahagia dengan apa adanya.

Setulus ikhlasnya saya akui.. saya tak pernah berharap pun blog saya menghiasi mana2 ruangan majalah.. apatah lagi diri saya & keluarga saya. Saya menulis kerana minat biarpun penulisan saya kalau di bandingkan dengan dulu banyak dah berubah tak kira samada semasa saya menulis dengan pen & kertas atau menggunakan keyboard & screen.

Saya cuma manusia biasa.. Yang tak lepas membuat kesilapan. Saya cuma manusia biasa.. ada hati yang kadang2 terasa juga. Tapi.. saya adalah manusia yang tak membawa kehidupan di alam maya ke dalam kehidupan realiti saya. Saya bukan perasan tapi saya memang seorang pemaaf walau kadang2 saya tak boleh lupakan juga kalau orang sakitkan hati saya.. tapi saya selalu fikir & buat... Tak payah semakkan kepala otak & lantak. Saya juga tahu ada yang suka dengan penulisan saya & ada yang benci tapi tu kan adat. Sebaik baik manusia di dunia ni pun tak mampu nak buat semua orang suka dia.. apatah lagi saya yang serba serbi kurang sana sini ni. Jadi.. saya pilih untuk terus belajar perbaiki diri.

Saya cuma orang biasa dalam gelaran blogger di alam maya.. Terima kasih sebab membaca kisah di sebalik kehidupan saya sebagai seorang blogger. Maaf.. andai ada penulisan saya yang melukan hati sapa2.

Saya dulu seorang vokalis nasyid kat kampung saya. Ni mewakili kelas mengaji al quran kat kampung saya. Saya tak comel sangat tapi ok la suara saya lantang bila menyanyi.hahahahaha

7 comments:

  1. laaa...ingatkan sapa tadi...Suria lekat lekit rupanya..mati2 ingat nak review novelis mana td...

    ReplyDelete
  2. tak semua orang boleh terima dan suka kita kan..yang penting kita dah buat yang terbaik..

    ReplyDelete
  3. dah terubat belum hati yg terluka tu ??

    ReplyDelete
  4. hahahahaha... takde luka mana sangat pun...ngada2 je lebih.

    ReplyDelete
  5. touching pula baca cerita ni
    saya memula jumpa cik lekit ni
    time cerita pasal siti balqis
    kalau tak silap
    bila baca memang cakap wah dahsyat blogger sorang ni

    ada certain saya tak agree tapi entah kenapa
    ada something pasal blog ni yang
    tetap buat saya nak singgah

    all the best ye =)

    ReplyDelete
  6. kita mustahil boleh setuju sentiasa kan yana yani.. kita ni manusia. anak beranak pun tak mungkin sentiasa sama pendapat inikan kita kawan2. saya Insya Allah boleh terima perbezaan pendapat.. cuma saya terasa kalau pendapat saya di perlekeh atau di persenda.. bukan nak semua org terima tp berdebat la secara berhemah kan

    ReplyDelete
  7. Kita tak dapat nak puaskan hati semua org. Asalkan kita jaga adab bernahasa, selainnya terserah kpd pendapat masing2.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!