PRODUK DOUBLE STEMCELL TIADA SIJIL HALAL & GUNA LOGO HALAL PALSU

21.1.14 Suria Lekatlekit 8 Comments

Pulak dah.. Rasanya retis pun dok jual produk ni. Bukan main gah namanya tapi alih2 takde pengesahan halal dari JAKIM & guna logo halal palsu. Aduhai... dari mana pulak sang lekit ni dapat info. Ko jangan memain sebar beb.. kang tak pepasal kena saman pulak.


Tadi tengok ada member FB share pasal ni.. Ok.. den google la untuk mendapat lebih kepastian. Lepas google jumap artikel dari blog seorang wartawan TV3 yang glemer ni.. siapa lagi kalau bukan Mazidul Akmal.

Sumber dari blog Mazidul Akmal

Maybe produk tu tak pernah atau belum memohon sijil halal tapi kat sini den tak kata produk tu haram yer. Sebab takde pengesahan halal dari JAKIM elok la kita sebagai seorang muslim yang kalau rasa tak tahu apa kandungan dalam produk yang kita ambil tu lebih2 lagi produk kesihatan & kecantikkan ni mohon la berhati hati.

Memang betul.. tak semua produk takde sijil halal tu haram.. karipap kita beli kat makcik tijah tiap2 pagi tu pun memang takde sijil halal dari JAKIM tapi kita tahu & yakin karipap tu halal di makan sebab kita tahu bahan2 yang buat karipap tu Insya Allah takde benda terlarang atau haram tapi kalau dah dia tulis bahan2 dalam produk kesihatan atau kecantikkan ni dengan bahasa saintifik.. kau paham ke mak jemah?? Kalau kau paham bagus la.. tapi yang tak paham pengesahan KKM & halal JAKIM sangat2 la membantu, kan??

Jadi pada semua penggemar produk kesihatan & kecantikkan ni.. Hope tak terbeli atau terguna produk yang ada bahan terlarang atau racun yang memudaratkan. Pastikkan produk anda guna selamat.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

8 comments:

  1. Terima kasih atas info nie

    Takutnya!

    ReplyDelete
  2. belum mohon sijil halal tu masalah lain.. masalahnya kenapa guna logo halal palsu???

    ReplyDelete
  3. saya pun terbaca dekat blog mazidul pasal ni
    tapi tak tahu product ni
    tak berapa nak kisah sangat...hehe

    kebanyakkan peniaga suka letak logo halal
    sebab nak cari pelanggan dikalangan orang islam

    cik lekit tahu tak, ada orang india dekat kaw saya ni
    selalu nampak dia jual putu mayam
    tapi beberapa hari lepas dia dok start pakai kopiah

    nampak tak tujuan dia

    ReplyDelete
  4. apa yang saya lihat produk ini bukan sebagusnya produk kecantikan dan kesihatan, tapi lebih kepada perniagaan MLM yang kerjanya nak cari kaki dan cari orang!

    ReplyDelete
  5. lagi parah dia guna logo palsu.nampak sangt dia pun tak berniat nak mohon logo dari jakim..berniaga la dengan ikhlas..huhu

    ReplyDelete
  6. Halal haram ni kita kena ambil tahu. Jangan main bedal je.

    ReplyDelete
  7. salam Mummy lala..
    thanks for info..
    kalau nk berniaga produk kecantikan yg berunsur makanan/minuman ni adalah lebih baik ada sijil halal..kan...

    ReplyDelete
  8. Assalam. Isunya disini ialah penggunaan sijil halal tanpa kebenaran. Dari segi produk, makmal KKM sendiri mengesahkan tiada unsur haiwan dikesan dalam sample yg dikaji. kilang yg mengeluarkan produk ini juga mempunyai sijil halal kerana mengeluarkan pelbagai produk kesihatan yang lain. Untuk pengetahuan, produk ini dtg dari Switzerland dan dipek semula di malaysia. Produk ini juga telah mendapat kebenaran utk jualan di singapore kerana tiada unsur racun atau logam. Perlu diingatkan sgt susah utk mendapat kebenaran pasaran di Singapore kerana pemeriksaannya yg sgt ketat. Ramai yg telah mencuba produk ini dan kesannya sgt baik dan berbeza kebaikannya berbanding produk lain. Produk ini membantu membuang toksin dan membaiki fungsi organ seterusnya dpt meningkatkan kesihatan pengguna. Apa yg pihak syarikat perlu buat ialah memohon maaf dan cuba mendapatkan sijil halal dari JAKIM seberapa segera. Wassalam..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com