ADIK KEPADA PASANGAN YANG DI TAHAN KAT SWEDEN TU JANGAN NAK TOUCHING TAK TENTU PASAL

2/02/2014 12:43:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Ada satu kepantangan dalam diri aku ni kalau orang tak nak baca & paham apa aku tulis & baca seimbas lagu kemudian komen mengikut emosi dia yang salah faham & menuduh aku benda yang aku tak buat atau aku tak maksudkan macam yang di tuduh. So bagi menjelaskan semuanya bahawa aku cakap berdasarkan apa aku baca & lihat pada dia.. aku buat entri ni dengan tajuk macam tu supaya kalau sipolan tu terbaca tajuk entri ni maybe dia tahu.. dia orang yang di maksudkan & sudi clik blog aku ni untuk baca sekejab.


Kita semua tahu pasal kes pasangan dari Malaysia yang di tahan kat sweden atas tuduhan mendera anak atau pukul anak la. Apa yang kita tahu.. alasan ibu kepada kanak2 tu di pukul sebab dorang tak nak solat. Pukul pun kat tangan jer. So, semalam berita kepulangan 3 beradik tersebut ke tanah air aku pun kekonon nak up jugak status tu di atas iklan 8share yang menyenaraikan 13 kesusahan yang di hadapi pelajar malaysia yang belajar luar negara. Bak kata orang sambil menyelam minum air kekdahnya. Status yang aku up adalah seperti kat bawah ni

Ni status semalam punya

Kemudian ada sorang kawan ni yang kurang ikuti kes ni tanya.. aku pun jawab la mengikut dari apa yang aku tahu dari pembacaan aku. Aku tulis betul2 la.. aku tak tahu sejauh mana betul & salah apa yang tersebar yang pernah aku baca tetiba seorang insan ni datang berkomen mengaku sebagai adik kepada pasangan suami isteri yang di tahan kat sweeden tu. Komen dia aku detect dia macam tak puas hati konon aku ni buat spekulasi berunsur macam fitnah la pada abang & kakak dia.. Lepas tu sebab aku tanya budak2 ni tak pandai cakap melayu ke pun jadi salah jugak.. dia rasa macam aku mempersendakan anak2 buah dia kot. La... aku tak sure sebenarnya budak2 ni memang tak pandai cakap melayu atau memang tak nak cakap melayu. Tapi aku tulis la jugak kat status tu.. maybe sebab lama duduk kat oversea kot faktor penyumbang depa dah tak berapa fasih melayu cuma aku tulis dalam bahasa santai & gaya bahasa kita cakap hari2 je.. Standard la takkan nak tulis status pun nak guna bahasa baku kang cakap skema pulak ye dak... Minah ni salah faham tahap kronik even aku dah mention baca betul2 apa aku tulis.. terus block. Maybe dia marah atau sakit hati... maybe dia malu sendiri kot sebab serkap jarang lepas tu salah faham & serbu komen wall orang tanpa baca betul2.

Berbelit sangat ke ayat aku sampai dia salah faham?

Niat aku nak hantar kat dia keratan komen yang konon kata mak bebudak ni jenis bengis & suka marah2 anak kat dia secara private sebab aku tak nak la jadi salah seorang penyebar benda takde bukti ni. sebab tu aku tak pernah share pun pasal ni sebab aku sendiri pun masih waras menilai kot. Dari pandangan mata aku dok ikuti kes depa ni.. aku tengok budak2 tu memang takde ciri2 kena dera, atau trauma mahupun fobia dengan mak bapak dorang malah emosi dorang terganggu sebab terpaksa berpisah dengan mak bapak dorang jadi aku sendiri pun tak rasa ada berlakunya penderaan terhadap budak2 tu cuma maybe biasa la mak bapak marah anak2 degil ni. Kita dulu pun berbirat kaki kena rotan takde lak rasa trauma dengan mak bapak.. tapi dah awal2 lagi kena block dengan minah tu maka kalau dia terbaca entri ni aku nak tunjuk ni la keratan komen yang aku terbaca tentang seseorang yang kononnya bekas jiran akak abang kat sweeden tu.. Baca yer. Bukan saya menuduh atau buat spekulasi.. hamba Allah tu yang yang mencanang. Saya attach kat sini dengan harapan awak baca & tak tuduh saya ni dok sebarkan fitnah kat abang kakak awak tu...

So pada minah tu ni la komen yang saya baca pasal saya cakap tu. Sebelum takde niat pun nak sebarkan tapi sebab nak jelaskan keadaan saya attach kat sini. Kita semua ada akal & mata yang melihat.. Jadi pandai2 la menilai

Hope sipolan tu faham.. Takpe dah block tak payah sesusah nak add balik ke hapa. Cuma salah faham yang berlaku ni dapat di fahamkan dengan entri ni. Kalau tak paham jugak.. maybe awak pun kena masuk kelas bahasa Melayu balik. Sekian terima kasih

P/S : walau aku tak sebaik mana tapi aku tak la sejahat korang rasa. Aku pun ada akal, hati & perasaan.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

8 comments:

  1. ada gak sedara nina yg bawak naka dia p obersea dulu. memang speaking jea diaorang. so suka hati depalah cm ne kan. nak sentap2 plak dahh yg ngaku adik tu. rasanya xsalah kot status yg awak up tu. xd unsur fitnah pun. status yang last tu lagi dasyat kot. nina de terima dlm group wassap minggu lepas. entohle. xtaw yg mana boleh percaya. hukhuk

    ReplyDelete
  2. as-salam kak
    saya suka baca blog akak
    cuma saya rasa akak ni agak emosional
    tambah2 lagi bila ada orang yang tak berapa setuju dengan komen/ tulisan akak.
    btw, teruskan menulis akak
    love u. peace no war

    ReplyDelete
  3. nak tegur tak perlu jadi anonymous.. saya yakin kamu pun seorang blogger... tegur je kalau rasa akak salah. emosional semua orang ada kot.. tp bergantung pada perkara la. mcm bab orang serkap jarang ni memang emo la jugak. even dah mention berkali2 benda tu pun x paham emosional la jugak. org yg x baca statement org lain seimbas lalu kemudian nak judge orang menuduh atau fitnah memang emosional jugak.. tipu lah ada manusia yang tak emosional langsung even kamu pun mesti ada perkara yg kamu mudah sentap even perkara2 lain kamu boleh terima kan. tu normal. entry sebenarnya nak jelaskan & tunjukkan bukti bkn akak tuduh sapa2.. kalau faham.. faham la. tak faham pun rasa letih nak explain

    ReplyDelete
  4. dlm isu ni bukan soal perbezaan pendapat pun ni cuma salah faham sebab tak baca betul2 je.

    ReplyDelete
  5. samalah kak, khai pun pernah terkena. dorang baca dengan perasaan amarah. cer bukak sikit hati, lapangkan fikiran . apa pun 4 beradik ke 3 beradik yer

    ReplyDelete
  6. 4 beradik Khai.. akak silap tulis tu.

    ReplyDelete
  7. saya baru baca versi yang garang tu
    tak pernah tahu sebelum ni
    tapi muka mak budak tu memang nampak garanglah =)
    bebudak tu pun nampak tak ceria
    cer tengok kalau dalam tv tu diorang tunduk aje
    cuma malam semalam saya baru nampak diorang senyum

    biasalah manusia ni cik lekit
    even saya sendiri pun mudah sentap =)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com