AMANI TREND BAHAYA BERSALIN SENDIRI DI RUMAH

2/08/2014 01:55:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Ada pulak trend AMANI yang mengalakkan para ibu bersalin sendiri di rumah tanpa ada bidan terlatih atau doktor2 profesional. Gila kau! Orang dulu2 pun bersalin ada mak bidan yang berpengalaman walau pengalaman dia cara kampung & tradisional.. ini kau bersalin berbidankan laki sendiri yang tak tau apa2, memang cari penyakit namanya tu.

Gambar carian google

Terbaca kat harian metro tadi pasal sebuah NGO dari luar negara yang mula mempromosikan trend bersalin secara normal kat rumah AMANI singkatan dari istilah Bahasa Inggeris iaitu Assisting Mothers for Active, Natural and Instinctive Birth atau membantu ibu melahirkan bayi secara aktif, semula jadi dan berdasarkan naluri

Sumber Harian Metro

Kenapa perlu support trend2 yang berisiko macam ni. Sedarlah wahai ibu2 & bapa2 di luar sana... Jangan nak memperjudikan nyawa insan2 tersayang. Bayangkan 9 bulan dalam kandungan.. tup tup sampai hari kelahiran korang ambil risiko bahaya macam ni. Persekitaran sekarang tak sama macam persekitaran zaman dulu. Jangan kita nak bandingkan atuk nenek kita dulu ok jer bersalin kat umah.. tak payah spital bagai.. berderet jugak anak. Hidup2 belaka.. Yer betul! Orang dulu kurang berpenyakit.. orang sekarang pelik2 je penyakit yang datang. Tu beza dulu & sekarang. Dulu nak pergi hospital pun susah.. duduk nun jauh dalam rimbaraya... orang sekarang nak jumpa rimba pun susah dok berhutan konkrit yang boleh jumpa hospital merata rata. Orang dulu pun takde berbidankan laki sendiri.. majoriti berbidan bidan2 yang berpengalaman walau cara kampung & tradisional sekalipun.

Memang ajal maut ketentuan Allah tapi kita di tuntut untuk cari yang terbaik bukan cari penyakit. Kalau laki kita memang ada kepakaran membidankan ibu bersalin.. takpe jugak, ni yang tak tau apa2 tetiba nak jadi bidan memang dia tengok kita mengerang sakit rasanya dia pun menangis sama kot. Jadi.. yang terbaik tu kadang2 bukan dalam pilihan kita tapi jika itu lebih baik untuk selamatkan nyawa orang tersayang, maka pilihlah apa yang baik.

5 comments:

  1. Allah! bersalin ni bukan perkara main2. dua nyawa terlibat. kalau nak bersalin kat rumah pun, kenalaa dipantau yg bertauliah. kat oversea pun ada yg bersalin kat rumah tp DIPANTAU oleh pegawai kesihatan. bukan main redah teran saja, adoi!

    ReplyDelete
  2. sakit hati tau kalau baca blog orang kita yang taksub homebirth ni..bangga bila cerita berjaya homebirth

    ReplyDelete
  3. dulu time mengandung anak sulung
    misi klinik kerajaan ada bagi warning pasal hal ni
    dia ada kata juga susah dapat surat beranak kalau bersalin dekat rumah

    semua orang ada pilihan sendiri
    ALLAH bagi akal, fikir!
    kalau sanggup ambil risiko, terpulang
    bukan tak ada yang bagi nasihat!

    ReplyDelete
  4. drpd mana la dorg dpt keberanian nk bersalin sendiri dkt umh..bersalin kt spital yg dikelilingi misi terlatih dan doktor terbaik pun ttp takut apatah lg bersalin kt umh.. gile la !!

    ReplyDelete
  5. salam mami lala..
    erk..trend apakah ini?
    hrp menjadi pengajran buat yg teringin nk ikut2 trend mcm ni..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com