COMING SOON FILEM SERAM YANG DI ADAPTASI DARI KISAH BENAR

7.2.14 Suria Lekatlekit 3 Comments

Semalam sempat ke selayang Mall harus la memancing satu dua DVD seram kan. Entah kenapa tak taste nak cari cerita2 yang bukan cerita hantu. Sesungguhya cerita cinta,komedi bagai ni tak mampu menarik diri ku untuk menontonnya buat masa sekarang. Yelah.. kecewa tau tengok cerita yang promo gempak tak hengat tapi alih2 bila tengok cerita yang minta aku tumbuk lumat dvd nya... Aku lebih suka tengok filem seram Thai.. sebab filem tempatan punya lebih banyak menyedihkan dari menyeramkan.


Coming Soon ni tajuk filem yer bukan aku maksudkan filem bakal keluar. Memang tajuk filem ni coming soon. Filem yang aku nak review ni filem lama. Keluar panggung tahun 2009 punya. Masa keluar panggung tu actually aku memang dah tengok filem ni. Masa aku tengok tu memang aku rasa filem ni seram. Filem ni kisah berkisar kat pawagam jer. Kisahnya ada sebuah filem baru seram yang bakal di tayangkan kat pawagam yang di adaptasi dari kisah benar tentang kisah seorang perempuan gila bernama Chaba. Kiranya sapa jer tengok filem tu terutama kat babak2 chaba di bunuh akan mati dengan matanya di cungkil. Yang pelik perempuan gila yang bernama Chaba yang pernah di tangkap orang kampung sebab menculik kanak2 & mencungkil biji mata kanak2 yang di culiknya tu kononnya mati di bunuh oleh orang kampung sebenarnya tak mati lagi. Sempat di selamatkan polis & di hantar kerumah orang sakit jiwa.. Yang menjadi misteri adalah siapa hantu yang membalas dendam & bunuh mereka2 yang tengok filem tu?? Kalau nak tahu sila dapatkan dvd filem ni atau suka hati la korang nak cari kat internet download atau tengok free.

Walau den dah pernah review filem ni kali pertama tengok dulu tahun 2009 tapi ada permintaan den review sekali lagi pada tahun 2014 ni maka den buat la.. Pendapat aku menonton semula filem ni boleh tahan best & seram cerita ni bagi mereka yang kali pertama tonton. So,tak sedih sangat la babak seram & jalan cerita ni.

P/S : Sebab aku beli dvd original subtitle dia takde la tunggang langgang. Suggest sapa2 nak beli dvd beli original sebab filem dalam bahasa Thai ni subtitle sangat2 la di perlukan melainkan korang pandai berbahasa Thailand yer

P/S : Next satu lagi dvd filem seram bertajuk Pawn Shop bakal di review selepas di tonton

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

3 comments:

  1. beli lah yg original.hehehe.tp cite hantu tahiland ni mmg hebat kan kak.

    ReplyDelete
  2. ok, coming soon akak akan cari filem coming soon ni ya, Suria, hehehehe.. (akaklah tu yg confuse ngan tajuk coming soon tu, hahaha)

    ReplyDelete
  3. salam mami lala..

    seram jgk tu..
    citer hantu thailand antara yg terseram selain jepun..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!