KESIAN GADIS NI TAK TAHU SAMADA DIA DAH SUNAT KE BELUM

2/02/2014 04:32:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Terbaca kat MynewsHub tadi pasal kemusykilan & kerisauan seorang gadis dia sendiri tak pasti samada dia dah di sunatkan atau belum masa baby. Bila dia tanya mak bapak dia.. depa pun tak sure & si ayah pulak kata perempuan tak wajib bersunat mungkin dia pun tak di sunatkan kot. Dia risau katanya dia pernah dengar ada orang cerita yang lelaki tak suka perempuan yang tak sunat.

Agak kelakar tapi persoalan macam ni bukan persoalan yang remeh sangat. Ada penting jugak la untuk kita ambil tahu cuma aku tak pernah pulak dengar yang lelaki tak suka perempuan tak bersunat dan den sendiri pun tak tahu perbezaan antara perempuan yang bersunat atau yang tak bersunat. Yolah kan.. den kurang mengkaji kot pasal tu. Cuma den pun ada kemusykilan & persoalan.. Lelaki tau ke bezakan perempuan yang dah bersunat dengan yang tak?? Harus lari tutup muka dengan bantal... hahahahaha agak malu2 kucing jugak la soalan macam ni tapi hanya lelaki je tahu jawapannya.

Sumber Mynewshub

Ni kategori hal dalam kain yang sesuai di baca oleh semua golongan cuma yang nak jawab soalan den ni lebih sesuai di jawab oleh orang yang dah kawen. Moral of the story sapa2 yang ada anak perempuan tu kalau belum di sunatkan sila pergi sunat cepat2 & ingat peristiwa tu supaya tak jadi masalah macam ni bila mereka dah masuk zon anak dara. Mak bapak tak ingat samada dah sunatkan ke belum anak dara depa masa kecik. Bunyi macam kelakar tapi kesian jugak kat gadis tu kan.. Risau je dia. Lagipun dari rujukan den kat website e-fatwa mengatakan hukumnya wajib perempuan bersunat sekiranya tidak mendatangkan kemudaratan..

Sumber rujukan e-fatwa

Jadi.. jangan ada mak bapak yang rasa tak wajib lagi untuk mensunatkan anak2 perempuan mereka yer. Setiap apa yang Islam galakkan tu Insya Allah semuanya ada kebaikkan & tiada satu pun yang sia sia.

Sunat la anak2 perempuan masa baby jangan tunggu besar camni memang malu + takut la depa. kesian

3 comments:

  1. saya tengok gambar dekat atas tu kelakau pula
    tergelak sesorang dalam opis ni
    tak penah tengok perempuan dah besa kena sunat
    biasa baby je

    alahai sian juga si pengadu tu ye
    kena tanya pakar sakit puan tu
    takut ada risiko lain
    tak pandai juga saya pun mengkaji bebenda gini

    ReplyDelete
  2. salam mami lala..

    ermm..tak pasti la nk tahu mcm mana..
    susah jgk klu mcm ni kan..

    ReplyDelete
  3. Ewwww....tulah..nak buat cmne. Sian dia. Baik kecik2 buat siap2

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com