MAK BAPAK DIA TAK KISAH PUN DIA NAK ROMEN DENGAN AWEK MALAM VALENTINE

16.2.14 Suria Lekatlekit 4 Comments

Tak habis lagi cerita Valentine ni. Setakat kena tangkap khalwat malam Valentine kat hotel budget rasanya bukan benda baru atau benda pelik berlaku setiap tahun. Walau setiap tahun ada je operasi menangkap pasangan beromen kat hotel budget tapi tetap takde penyelesaian pun. Setiap tahun ada je yang kena tangkap.


Tapi tu berita yang bukan luar biasa.. Tapi ada satu cerita yang sebenarnya bukan cerita luar biasa tapi pengakuan dia tu yang ada tarikkan den nak share kat sini. Antara pasangan yang di tangkap malam Valentine yang satu ni statement dia bukan je membuka aib sendiri malah membuka aib mak bapak dia jugak. Dah la kena tangkap beromen dalam bilik hotel dengan awek.. siap bagitau mak bapak dia tak kisah pun dia bersekedudukkan dengan awek dia & depa kena tangkap ni pun mak bapak dia tak kisah.

Berita penuh baca kat Sinar Harian

Kemain kau yer... Western sangat keluarga kau. Selalunya yang kita dengar atau baca pasangan yang di tangkap takut sangat la perbuatan depa tu family tahu. Ada menangis, meraung, merayu bagai nak di lepaskan supaya family tak dapat tahu. Yang ni tak.. Rilex je. Apa nak kisah mak bapak pun tak rasa benda tu mengaibkan so tak payah takut balik rumah kena marah bagai.

Tapi tak tau la.. Dia kata bukan mak bapak dia kata. Entah2 ego tinggi nak berlagak macam urban & western sangat hidup dia, dia buat la cerita dogeng yang mak bapak dia tak kisah dia bersekedudukan dengan awek. Kalau tak kisah korang check in kat rumah sendiri sudah. Romen puas2.. free pun free & takde sapa nak kacau. Ye dak?? Tapi tak mustahil jugak ada spesis mak bapak camni.

4 comments:

  1. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  2. salam mami lala..
    aduhai..rosak aqidah... :(

    ReplyDelete
  3. ayat coverline la kot..skali bile makbapak tau maunye kena pukul sampai lunyai...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com