MAT REMPIT 14 TAHUN HILANG INGATAN SEBAB TERLALU TAKUT POLIS

9.2.14 Suria Lekatlekit 4 Comments

Ketakutan boleh buat orang ingatan rupanya. Mungkin sebab terlalu takut saraf2 otak dia jadi bersimpul kemudian satu dua terputus connection & akhirnya dengan tiba2 boleh menyebabkan hilang ingatan. Tu dia doktor lekit punya teori.. Yang korang takkan dapat belajar kat mana2 universiti gitu.

Nak gelak pun ada.. nak marah pun ada.. rasa nak sekeh penuh kasih sayang pun ada bila baca berita seorang mat rempit 14 tahun yang tiba2 lupa nama & no ic sebab katanya terlalu takut bapak dia tahu dia kena tahan polis masa roadblock & takut kena lokap jugak. Tu dia.. takut tahap macam hadapi sakaratul maut gamaknya sampai nama sendiri pun boleh lupa. Ke ni kes aku tengok semalam berita tv9 budak rempit yang ngaku orang kedah tapi bila tanya kedah tang mana selamba dia jawab temerloh. hahahahaha

Shah Alam: Gara-gara terlalu takut ditahan polis, seorang mat rempit tiba-tiba menjadi ‘pelupa’ apabila tidak mengingati nama dan juga nombor kad pengenalannya ketika disoal polis dalam Ops Rempit/Samseng Jalanan di Jalan Bandaran, di sini, awal pagi semalam.
Remaja lelaki berusia 14 tahun itu mengaku dia ‘terlupa’ identiti dirinya kerana terlampau takut berikutan tindakannya yang menunggang motosikal diketahui bapanya selain bimbang terpaksa bermalam di dalam lokap. Berita penuh baca di Harian Metro Online
 
Aduhai dik.. Kau fikir kau buat2 hilang ingatan macam tu boleh terlepas ke? Tu la sapa suruh degil cakap mak bapak.. dah kantoi baru gedik nak takut. Gamaknya kalau tak kantoi dia la raja atas jalan raya.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

4 comments:

  1. hehe...boleh gitu ye
    adeh, macam-macam =)

    ReplyDelete
  2. kuikui nak tergelak pun ade..sekeh je pale dia baru kembali normal

    ReplyDelete
  3. salam mami lala..
    ehehe..ni mesti ketaq gila2 sampai terlupa semua..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!