NI SALAH SATU TESTIMONI KOSMETIK BERACUN YANG DI JUAL SECARA ONLINE

17.2.14 Suria Lekatlekit 12 Comments

Perempuan & kecantikkan macam sinonim je. Perempuan lebih banyak gila nak cantik. Perempuan lebih berani ambil risiko semata mata nak cantik. Dan perempuan jugak hanya reti serik selepas terkena dari berhati2 sebelum mengguna. Aku pun perempuan jugak.. nak kata aku ni sejenis manusia yang 100% berhati hati pun tak jugak.. kadang2 kalah jugak dengan nafsu tapi nak kata aku ni apa jer orang jual & kata cantik aku beli pun tak jugak even testimoni kemain Gah pun belum tentu aku beli. Apa yang aku nak beli sekarang adalah apa yang aku rasa yakin.

Ni la testimoni hasil dari produk kosmetik beracun yang beliau gunakan. Kelas kau jah!! Sumber harian Metro

Baca kat harian metro online hari ni. Tajuk berita Kosmetik Online beracun.. Pengakuan seorang perempuan yang terbeli kosmetik beracun yang menjanjikan 3 hari akan nampak kesan cantik pada wajah dia akhirnya terpaksa sorokkan muka atau jauhkan diri dari berdepan rakan sekerja selepas kulit dia rosak akibat menggunakan set kosmetik yang di beli dari laman sosial. Akhirnya menyesal & tampil buat pengakuan.



Bukan la nak menutup periuk nasi pengedar2 produk kecantikkan online ni.. Tapi tolong la kesian pada pembeli. Korang nak jual tu korang periksa la betul2 tahap keselamatan produk tu. Memang la korang pun tak reti & tak paham ramuan atau bahan yang di gunakan dalam menghasilkan sesatu produk tu.. Tapi benda paling senang korang boleh buat adalah pastikan produk korang nak jual tu betul2 ada pengesahan KKM bukan sekadar logo kat kotak & sekadar pengesahan dari  mulut supplier jer. Pada pengguna pun jangan orang kata boleh cantik dalam masa 3 hari.. tu dia main beli. Produk yang cepat kesannya.. memang kebanyakkan berisiko. Tak kata semua ok tapi kebanyakkan macam tu. Jadi jangan obses nak cantik dalam masa yang singkat menderita pula seumur hidup.

Ni cuma peringatan bukan sahaja pada yang membaca tapi jugak pada diri sendiri. Aku pun kadang2 gagal jugak lawan nafsu bila tengok orang lain cantik pakai tu pakai ni. Nasib baik tak berapa kaya jadi nak beli tu terhad sikit. Jadi bila nak beli sesuatu tu memang selected jugak la aku ni. Lain la orang banyak duit... apa orang kata bagus.. transfer je duit tunggu barang sampai. Jadi moral of the story tak kisah orang kaya ke tak kaya ker.. Jangan cari penyakit bila takde penyakit. Hati2 dalam membeli produk kecantikkan tak kira online atau offline.

P/S : aku pun tak sure dia pakai produk @ jenama kosmetik apa. korang nak tau try beli paper harian metro. kekekeke
 

12 comments:

  1. teringat adik saya kata, beauty is pain...hehe
    kena selidik bebetul benda ni, kang jadi naya

    p/s-header dah lain, buat sendiri ye...smart =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal.. kadang2 orang sanggup amik risiko untuk cantik..

      header tu header lama. header blog saya memang tak pernah tempah kat orang. semua buat sendiri. comot2 pun takpe tapi lebih suka guna hasil tangan sendiri... kekekek

      Delete
  2. betul tu...akak ni jenis yang sangt berhati2 bab2 muka ni..ye la..badan tak lawa,harap muka je la comel sikit..sikit je tak banyak.jadi memang kena jaga la..takut nanti nyesal tak sudah..

    Eh..kotak komen tak nampak la tulisan dia..yang pengunjung punya nampak la.tapi replies dari admin tak nampak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la tu... dari saya dua2 dah nampak macam comot. hahahaha... rasa macam nak pi sedut lemak2 hodoh je.
      Kotak replies tu dah tukar kaler... sekarang dah nampak

      Delete
  3. dah macam2 produk kat instagaram/. kadang macam mlm pun ada eh haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua orang nak meniaga sekarang ni tapi hati2 lah terjual produk beracun nasib tak baik jadi kes serius... tak pepasal tanggung bala

      Delete
  4. nasib baik aku jenis xsuka pakai pencuci muka./

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuci muka dengan air suam bilas dengan ais pun dah ok

      Delete
  5. mudah terpengaruh.. bila dah kena baru nak menyesal tak guna dah..
    nasib naik bintik2.. kalau hitam..

    ReplyDelete
  6. salam mami lala..

    huhu..ulang komen.. sbb tu la cma stick guna safi sampai ke la....

    ReplyDelete
  7. masalah kosmetik beracun ni drpd dulu smp skrg still ada lg.. tp ada gk yg tegar, ttp nk pakai walaupun dh tau beracun sbb obses nak cantik..

    ReplyDelete
  8. Better na pakai sesuatu produk tu :) Tgok NOT dulu. Survey :) Then research. Lagi selamat. Tak perlu nak kelihatan cantik dalam waktu cepatif muka makin teruk :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!