SAKINAH ISTERI KEDUA ASHRAF MUSLIM DI MAKI SEOLAH OLAH DIA UPLOAD GAMBAR BOGEL PULAK

4.2.14 Suria Lekatlekit 10 Comments

Serba tak kena bila jadi isteri nombor dua yang di label perampas milik orang walau hakikatnya tak berlaku sangat rampasan takhta isteri tu cuma menumpang sesuatu yang sebelum ni milik orang lain. Macam tu la yang berlaku kat sakinah isteri kedua kepada Ashraf Muslim ni.. Yang lepas tu lepas la.. Depa pun dah nikah & bakal dapat anak pun. Bini pertama pun dah redha & nampak masing2 pun boleh bahagia walau berkongsi kasih & suami so kita sebagai orang yang memerhati ni doakan la yang terbaik buat keluarga mereka.

Gambar ni je kot.. Kalau pun ada hati & mata yang sakit tengok gambar ni tegur la dengan bahasa yang elok sikit ni kau maki dia mengalahkan dia upload gambar bogel jer. Sumber Beautifulnara

Tapi selepas sejuk isu sakinah & Ashraf kawen kat Thailand tanpa keizinan bini pertama... dah muncul balik kontroversi. Kesian pulak aku dengan sakinah ni.. Biasa la kan.. Ibu mengandung ni. Nak2 lagi anak pertama. Dia punya excited tu lain macam. Yelah.. dari perut mengempis ramping elok bagai.. tetiba makin membesar & ada makhluk hidup bergerak2 lagi.. Ya Allah.. Tuhan saja la tahu perasaan tu. Tak tergambar dengan kata2. Kalau boleh nak bagitau satu dunia ni betapa indahnya perasaan tu bukan la niat nak menayang atau nak sakitkan hati sapa2 pun tapi kadang2 rasa nak orang tahu alangkah indahnya nikmat ni. Walau dia bini nombor dua sekalipun tapi itu pengalaman pertama dia mengandung & mungkin sebab excited dia terupload gambar perut dia & tak jangka pulak orang nak kutuk dia sampai macam tu sekali. Macam dia upload gambar bogel pulak yang hangpa nak maki dia teruk sangat.

Sebahagian komen2 dia page beautifulnara. Amboi kemain sedap ko tuduh orang yang backing sakinah ni golongan perampas at least kita ni ada hati perut jugak la nak cakap apapun.

Pada yang mengutuk tu... terutama wanita yang pernah mengandung kalaupun dia bini nombor dua tapi perasaan dia tetap sama macam kita yang pernah mengandung ni. Kalaupun korang rasa perbuatan dia tu melukakan yang pertama.. elok la di tegur secara baik sebab perbuatan dia tu pun bukanlah hina sangat. Mungkin salah pada pandangan mata korang sebab dia isteri nombor dua yang terdahulu di beri rezeki mengandung berbanding isteri pertama tapi ingatlah dia pun wanita.. dia tengah mengandung & dia perlukan ketenangan untuk pastikan kandungan dia tak terjejas. So, tolong ada rasa simpati sikit yer. Lagipun cuma gambar baby bump bukan tayang gambar bogel pun.

P/s : nak tegur tak salah tapi maki hamun orang memang la salah.. Dalam komen2 tu kebanyakkan bukan menegur tapi jelas nyata maki hamun dengan perasaan yang tak puas hati.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

10 comments:

  1. apa cerita si diana the 1st wife tu ye

    ReplyDelete
  2. ada terbaca tadi dayana & ashraf tengah buat umrah kot sekarang ni

    ReplyDelete
  3. aduiii entah kenapa tak berkenan kat sakinah ni. tapi kalau tengok 1st wife tu si dayana rasa sayang la sgt..kiki

    ReplyDelete
  4. saya tak melihat orang dari sejarah silam dia untuk saya suka atau benci.. dalam isu ni bukan soal suka atau tak tapi soal perikemanusiaan. Kesian jugak..

    ReplyDelete
  5. Susah nak komen sebab itulah mentaliti sejak berkurun lama isteri pertama dikasihani isteri kedua dibenci. Walaupun dia tidak meminta hak yang lebih dari yang sepatutnya dia tetap di cemuh...

    Dalam soal ini memanglah bila ada kelemahan di pihak isteri pertama mereka memandang apa yang isteri kedua lakukan keterlaluan seolah2 melukakan hati isteri pertama. Manusia kadang2 becakap, menulis tidak menggunakan akal.

    ReplyDelete
  6. salam mami lala..

    huhu..tak tau nk komen apa..

    ReplyDelete
  7. hurmm mentaliti manusia mmg cmtu dah. apa saja yg isteri kedua buat, baik sekalipun mmg kena chop negative. konfem. xtau nak kata apa la.

    yg komen mcm cacimaki tu pun hermm entahla. moga2 diri kita ni dijauhkanla dr tu smua.

    ReplyDelete
  8. gambar yg kedua ats tu mmg sakit mata..sgt x elok..lg pun suami dy alim kot.. tapi rasanya dia dah dlete gambo2 seme tu..hehe

    p/s:liniey msukan blog akk dalam bloglist :)

    ReplyDelete
  9. Salam Suria... Kita pon jadi pelik apa yang sakit hati sgt org dgn poligami ni. Kita punya kawan(isteri kedua) lg teraniaya. Suami kena strok, pastu istri pertama kontrol sampai langsung xbleh jumpa suami. Bila bersalin, surat beranak xselesai sbb surat nikah thai kena sorok dengan istri pertama. Akhirnya anak dia bin Abdullah mcm anak haram. Banyak je istri pertama yg lagi jahat. Bila suami kawen lain, pukul suami mcm WWF... Huhuhu... Ugut minta cerai nak bwk lari anak bagai... Main bomoh... Yg pelik tu ramai pulak istri2 pertama ni sanggup 'bermadu' dgn pelacur, dgn Dvd lucah. Suami pegi Danok ke ape buat2 pejam mata je...suami kaki video lucah ke bior kan aje... Konon sabar... Poligami yg halal xsanggup pulak nak sabar. Bagi kita la kan, sebelum kahwin xde suami... Nak jadi jadi hamba Allah yang disayangiNya. Lepas kahwin pun tetap sama, nak jadi hamba Allah yg disayangi Allah dan nabi... Xsanggup nak jadi musuh Allah dan nabi sebab poligami... Kutuk poligami samalah mcm kutuk nabi... Nauzubillah...

    ReplyDelete
  10. yela, doakan yang terbaik untuk mereka. dia pon dah tau itu laki orang, dia mahu jugak... jadi kalo kena kutuk tu memang standard la.. dia n madu dia pon nampak masing2 redha.. dah takdir hidup mereka kan... asyraf muslim just kena fair n square la kan :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!