BILA DAH KAYA.. PACAK AL QURAN ELEKTRONIK KAT KUBUR TAK PAYAH TADAH TANGAN DOA LAGI

3/05/2014 10:37:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Teknologi memang buat manusia semakin malas. Itu tak di nafikan.. contoh dulu basuh kain guna berus.. berus la sampai kecut jari, sekarang dah senang guna washing machine. Tu salah satu contoh.. Contoh tu tak berapa extreme sangat la. Apalah sangat mesin basuh.. Tapi sebab teknologi sekarang maybe satu hari akan buat orang tak datang ziarah kubur atau sedekahkan ayat2 suci al quran lagi kepada keluarga yang telah meninggal dunia.

Nak tau sebab... Meh kita tengok mesin membaca Al Quran yang di pacak di tepi kubur.




Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

Ya Allah ada jugak manusia yang jahil sampai macam ni. Motif la kau pacak mesin tu tepi kubur ahli keluarga kau yang dah meninggal dunia. Mesin tu tak membantu pun rasanya. Kan dah kata... Doa2 anak yang soleh/solehah sahaja dapat membantu kedua ibu bapanya di dalam kubur nanti. Kalau mesin yang dok sedekah ayat2 suci Al Quran.. aku nak cakap pun aku ni tak berapa ustazah sangat tapi yang soleh/solehah tu dah tentu bukan anak2 si mati sebab yang mengalunkan kalam Allah tu adalah suara dari rakaman mesin.

Nak buat kerja mudah pun beragak la sikit kot. Aku tak tahu la idea siapa.. & siapa pencetus benda2 camni tapi rasanya benda ni tak memberi kesan positif. Kalau kita berniat membantu ahli keluarga kita yang sudah berada di alam kubur.. bukan dengan kekayaan tapi dengan mendah tangan berdoa. Bukan setakat pacak mesin tu..

13 comments:

  1. saya ingat al quran yang ditadah tu
    rupanya solar ye, kiranya mesin tu dok baca ayat-ayat al-quran lah ye
    bijak sangat anak arwah ni gamaknya

    tak pun dia yang cipta mesin tu
    emm macam-macam ye zaman serba canggih ni

    ReplyDelete
  2. kesian si mati sbb ada waris mcm ni....

    ReplyDelete
  3. hm.. tak paham bila orang jenis buat bsnes dan kaut untung dengan benda ni..
    tak patut pon.. mentang-mentang asal ada sebut agama & pahala semua orang pun menderu-deru buat dan beli..

    ReplyDelete
  4. kalau pasang dalam rumah better kut. hadoi mereka ni..

    ReplyDelete
  5. bagusnya la bagi sekolah tinggi2 dapat kerja bagus gaji banyak gini kau buat kat mak ayah kau..adoi...terlampau bijak dunia tapi bab akhirat sampai jahil macam ni..kesian mak ayah,,

    ReplyDelete
  6. salam mami lala.. huhu ..
    sori klau ade double komen..
    dunia makin canggih..tak semestinye dialam barzakh pun kena canggih..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah..wahai admin,ader ker kmu btnya kpda anak cmati knpa dier buat mcm tu?kmu tahu ker apa motif nyer?klau xtau jgn tahu nak hentam org jer dn byk kn btnyer..nie lah umat islam skrng,org dok buat amal dhentam bukn2 tnpa usul periksa so bermakna satu fitnah..disini saya beri sedikit info,benda yg korg tengok dlm gmbr d atas adalh kjadian Brunei dn msih kekal smpai skrng..tujuan @ motif anak cmati buat bgtu adalh untuk dsedekahkn

    ReplyDelete
  8. Ni bukan masaalah dh kaya ni ada lh langkah yg patut dcontohi..klau nak tahu lbih lanjut Google pasal ni lgipn benda ni dluluskn dri pjbt ugama..so jgn suka2 nak hentam org klau xtau crita k..so renung2 kn selamat beramal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ada baca artikel pasal tu katanya untuk menyalurkan doa terus kepada simati melalui mesin elektronic e-sedekah ni.. persoalannya mampukah benda tu berfungsi untuk orang yang telah mati sedangkan orang yang dah mati hanya dapat menerima doa2 dari anak yang soleh bukan dari mesin e-sedekah kot.

      Delete
    2. Encik Boboi, sebab admin da research la die post bende ni untuk pengajaran semua. panda suh org renung-renung kan.. hehe

      Delete
  9. Salam..ni bukan nk memandai hanya sekadar pendapat dan ilmu agama saya shj, samada kaya atau miskin tak jadi soal.. tapi pakai alat elektronik ini tak akan sampai kepada si mati kerana hanya bacaan langsung dari orang2 hidup sahaja yang sampai dan di terima oleh ALLAH swt...t.kasih

    ReplyDelete
  10. Hanya doa dan bacaan Al-Quran dari orang yang masih hidup sahaja akan sampai kepada simati dan di terima ALLAH swt...Alat elektronik ini hanya utk panduan & pembelajaran sahaja...tk

    ReplyDelete
  11. ni pendapat zura...penggunaan alat elektronik mungkin akan menyebabkan anak2 si mati malas nak sedekahkan doa dan bacaan al-quran kpd ibubapa...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com