PENTING KE TERUNA SEOARANG LELAKI PADA PEREMPUAN?

3/05/2014 01:13:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Sambil2 dok menepuk2 budak lala nak tidur. Ngantuk sebab hari ni kena bangun awal. 7.30 tadi dah bangun. Maka layan la Wanita Hari Ni dengan topik agak menarik.. Pentingkah teruna pada wanita zaman sekarang? Satu persoalan yang akan ada jawapan Ya & tidak.. tapi samada banyak Ya atau tidak kena buat survey la, kan?


Pada korang penting ke tidak teruna pada bakal suami korang? Kalau menurut Dr Fazilah Kamsah.. katanya Majoriti wanita tak kisah pasal kisam silam suami dia maybe yang dah tak teruna sebab yang suka mengungkit kisah silam lepas kawen adalah lelaki. Jarang kita dengar perempuan ungkit pasal suami dia yang dah tak teruna sebelum kawen berbanding si suami yang bila gaduh suka ungkit kisah silam isteri dia yang mungkin dah hilang dara sebelum kawen. Boleh pakai jugak la kata2 Dr Fazilah kamsah tu.

Si Hafiz Hamidun (salah seorang panel jemputan) pula kata.. Kebanyakkan lelaki bangga hilang teruna sebelum kawen.. erkk.. ye ke? Nampak hero sangat ke? Pun bukan semua tapi ada la. Ada yang malu & menyesal pada ketelanjuran mereka.

Sorang lagi artis apa ntah nama artis perempuan tu.. Rihan ke Jihan ex akademi fantasia kalau tak silap kata perempuan ni tak fikir sangat la apa yang lelaki tu pernah buat sebelum kawen.. apa yang penting katanya adalah masa depan.

Aku pulak kata... Kalau kita pentingkan teruna pun, nak mengenalpasti keterunaan seorang lelaki ni bukan senang. Belum tentu yang terang2 gatal tu dah takde teruna & belum tentu yang nampak gud gud tu confirm belum di sentuh. Bersetuju dengan pendapat semua panel jemputan WHI tadi apa yang penting ada masa depan bukan kisah silam. Bak kata Dato Dr Fazilah Kamsah orang yang baik bukan rasa diri dia baik & jarang nak bertaubat tapi Orang yang banyak dosa & bertaubat. Kesimpulannya.. orang yang masih teruna tu pun belum tentu terjamin boleh jadi suami yang baik. Jaminan bukan terletak pada teruna atau dara.. Tapi siapa kita selepas menjadi Suami atau Isteri orang. Tak semestinya orang yang punya kisah silam hitam tu perjalanan hidup dia akan sentiasa hitam.. ye dak??

Apapun yang dah berkahwin ni.. Seeloknya apa yang jadi sejarah tu tak perlu di ungkit. Sebab tu la den & laki den ni lepas kawen.. kami tak suka cakap pasal sejarah lebih2 lagi pasal ex bagai.. bukan soal open tak open.. sporting tak sporting.. Kadang2 dari cerita kosong boleh jadi cerita gaduh jugak. Masing2 aib masing2 simpan.. Apa yang tak elok jangan canang even pada pasangan sendiri pun apatah lagi pada orang luar. Yang lepas.. tu semua sejarah.. yang akan datang tu penting untuk kita rancang & bentuk kearah yang lebih baik.

P/S : Asyik dok pertikai dara seorang perempuan jer... Sekali sekala kena jugak cakap pasal kesucian seorang lelaki jugak kan?? Mentang2 depa takdak selaput teruna kan... hahahahahaha

9 comments:

  1. Saya pernah buat survey, tanya kawan-kawan lelaki saya.
    Adakah mereka kisah berkahwin dengan awek yang dah takde dara?
    Hasil survey saya menunjukkan
    95% kata mereka tak rela kahwin dengan awek yang dah di"tebuk tupai"...huhuhu

    Tapi saya tak pernah buat survey pula tentang teruna ni...
    mungkin LekatLakitGurl boleh buat survey pasal teruna ni pula ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patutnya kena tanya yg 95% tu still teruna lagi ke tak? Kalau jawapan tak.. maka dia pun tak layak untuk anak dara. Dia umpama tupai yang menebuk kepala...

      Delete
    2. Adohaiiii.... kelakar pulak baca Lekit tulis umpama tupai menebuk kepala... hihihihi

      Delete
  2. kalau perempuan senang aje nak kenal dara ke tak
    melalui pemeriksaan kesihatan dan sebagainya
    tapi dara juga boleh hilang kalau melakukan aktiviti lasak

    kalau lelaki pula, adalah sukar untuk mengetahui keterunaan dia
    hehe =)

    ReplyDelete
  3. salam
    baru nk jln2 kat sini..

    td mya tgk topik ni jugak
    perihal yg jd hal bila lelaki sibuk nk isteri dara tp dia plak merosakkn anak dara org
    tu yg paling kita sesalkn

    betul kalau boleh jgn lah diungkit..
    mcm doc FK ckp..kn..

    ada plak caller tu cerita setiap kali bergadoh pasangan dia ungkit2..

    pengajaran dia kalau nk jodoh yg baik...kita kena lah berbuat baik xgitu...

    jemput singgah blog mya yer
    http://myaleo.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. dia sendiri pun dah tk teruna ada hati nk perempuan yg ada dara saja jdk bini dia...kan Allah dah cakap "perempuan yang baik, hanya untuk lelaki yang baik"....

    ReplyDelete
  5. salam mami lala..
    cma pun takde komen hal2 gini..tapi yg pasti,bila hilang teruna tu tandanya dia pernah melakukan maksiat jgk tu.. jgn diungkit kisah silam dan kembali bertaubat...

    suka baca p/s tu.. huahuahua.. :p

    ReplyDelete
  6. lelaki ni jenis yg suka ungkit hal perempuan.suka salahkan perempuan tp x sedar mereka ni(lelaki) sendiri jenis yg x sedar diri

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com