PEREMPUAN SANGAT SENSITIF ISU KONGSI SUAMI

3/06/2014 11:12:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Kecoh la semalaysia pasal kes hanes Suraya caras laki orang. Sana sini sinun orang update. Susah la nak jumpa manusia yang backup hanes & Romi tu. Semuanya lebih bersimpati dengan nasib Liyana yang suaminya telah di caras oleh retis putih gebu itu.

carian goggle

Dipendekkan cerita aku bukan backup mana2 pihak la.. Aku pun tak setuju tindakkan hanes tu apatah lagi perbuatan si Romi cuma aku rasa tindakkan paling bodoh yang si Hanes Suraya buat adalah terus menerus mengeluarkan statement tak berapa bijak yang cuba menunjukkan diri dia tak bersalah & teraniaya. Bukannya ada orang nak simpati malah perbuatan dia tu macam sengaja mengundang maki.

Yang terbaik Hanes Suraya buat adalah diam & biar isu tu reda. Kau dok gigih sangat pertahankan diri kau yang terang2 agak salah di mata orang pun tak guna jugak. Even ko rasa bukan kau punca keretakkan rumahtangga depa.. tapi kau hadir di tengah mereka sedang menghadapi krisis rumahtangga adalah satu kesilapan terbesar yang kau buat. Orang tu dah memang ada masalah kau pulak masuk jarum.. memang kau la terima bahananya. Kalau ye pun kau sangap nak naik ferari tunggu la sapa depa bercerai dulu.. time tu sapapun tak pertikai ko nak pergi holiday berkepit dengan jantan tu pun.

antara komen2 isu hanes suraya dengan laki orang ni. aku select yang tak berapa ngeri je komen2 ni. tahap maki hamun tu tak sampai hati la nak tayang kat blog aku ni

Benda ni jadi pengajaran jugak la kat kita.. Ambil contoh kes Ashraf Muslim & sakinah.. even sakinah tu cuma di madukan bukan dia rampas pun suami orang sampai hari ni dia di kutuk kerana perempuan ni sangat sensitif isu2 tumpang suami ni. Kau boleh tumpang kereta, tumpang rumah, tumpang makan minum, tumpang benda2 lain tapi bukan tumpang suami. Suami umpama harta & anugerah bagi seorang isteri. Tak ramai yang rela berkongsi suami walau masih ada yang sudi menumpangkan untuk perempuan lain.

Isteri pertama kebanyakkan terima suami dari 0 to hero.. tapi bila dah jadi hero laki nak cari heroin lain pulak mana tak hangin kan? Yang menerima kita saat susah itulah akan bersama kita dalam susah & senang.. tapi yang datang dalam hidup kita masa senang kebanyakkan tak boleh terima kita bila dah jatuh susah. Jadi.. hargailah orang2 yang bersama kita saat jatuh & bangun.. dari kita jalan kaki sampai kita naik ferari. Kerana mereka menerima kita seadanya.

Jadi pada semua perempuan di luar sana.. ingat nak menumpangkan suami orang mungkin manis.. tapi nak bagi tumpang tu telan tak lepas dari tekak,nak bernafas pun rasa tersangkut kat hidung apatah lagi nak senyum rasa bibir tersepit celah gigi jer... Kalau boleh elakkan.. elakkan la kalau dah tak boleh mungkin itu dah jodoh. Soal jodoh dah di luar kuasa seorang manusia.

6 comments:

  1. ni kali pertama nk komen kat blog lekat lekit story, sebelum ni jadi silent reader je..hehehe..kesian gak dia ni kena maki hamun semua tapi tulah diri sendiri yang menunjukkan betapa tidak bijaknya dia. kalau dia diam je kan bagus, xpayh lagi nak menegakkan benang yang basah.

    ReplyDelete
  2. salam mami lala..

    huhuh.. renung3kan dan selamat beramal..

    ReplyDelete
  3. ehem ..tumpang kereta pun akak tak tak bagi..heheeh..kedekut tak akak??

    ReplyDelete
  4. Bertabahlah buat mereka yg di uji. Kesetiaan seorang isteri di uji bila suaminya tak memilki apa² dan kesetiaan seorang suami di uji bila dia memiliki segala²nya.

    ReplyDelete
  5. kalau bab merampas ni memang tak ada orang akan setuju pon.. dah la dengan cara tak baik. .auta sanan sini.. hm.. mintak dijauhi la

    ReplyDelete
  6. saya setuju dan sokong pendapat cik lekit
    suka ayat ni, Isteri pertama kebanyakkan terima suami dari 0 to hero
    nak cilok boleh? hehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com