UNTUNGNYA MEREKA BERADA DI DALAM PESAWAT MH370 YANG HILANG TU

3/26/2014 11:11:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

Setiap hari entah siapa yang doakan kita. Kalaupun kita pergi... Berapa doa yang di kirim untuk kita disana. Namun bertuah bagi mereka yang berada di dalam pesawat MH370 yang sampai saat ini hanya boleh di klasifikasi sebagai HILANG sebab masih tiada bukti yang jelas, hanya teori & analisis dari pakar Britian sahaja yang mengesahkan ia berakhir di lautan hindi.

Sumber Google

Sungguh aku cemburu dengan kamu semua.. Kamu sangat bertuah. Sejak kehilangan kamu, berjuta manusia mendoakan. Bila kau di sahkan terkorban.. Banyak airmata tumpah & banyak jugak al fatihah di hadiahkan. Sesungguhnya kamu adalah insan2 terpilih. Andai benar kamu terkorban.. Maka syahid la bagi mu (bagi yang muslim)


Pada waris2 mangsa... Hapuslah airmata. Mati itu pasti cuma kita tidak tahu dimana & bagaimana. Mereka akan jadi sejarah yang kekal dalam ingatan berjuta insan.

Pada lautan hindi luas terbentang, Jika kau ingin menyimpan jasad mereka, cukuplah sekadar beri petanda yang nyata mereka kini sedang beradu dalam dakapanmu. Ya Allah.. sesungguhNya kau lebih mengetahui segalanya.. Berilah kami sedikit petunjuk agar kami tahu hidup atau mati mereka. Biar jelas segalanya tiada lagi spekulasi atau teka teki.

Masih ada bau pada baju
Di peluk cium bertalu
pada potret di bicara rindu
Dalam doa di sebut nama mu
Jika ini mimpi
Sudah pasti dia ingin terjaga
Dan beristifar sendiri
Namun ini nyata
Dia tak mampu lari
Duduk termanggu kaku
airmata laju, suaranya sendu
Namun dia masih membisu
Lalu di selak satu persatu
Memori lalu
Duhai.. anak
Duhai.. ayah
Duhai.. ibu
Duhai.. menantu
Duhai.. cucu
Kami rindu, pergi mu melulu
Kami derita, pergi mu tak bertanda
Hati kami luluh, jasad mu entah dimana
Namun kami tahu,Insya Allah kamu di syurga
Berkafan pakaimu, bersemadi di laut biru
Bernisan tiada namun syahid mu telah nyata
Tutup buku luka
Ya Allah kembalikan ceria
Mungkin bukan hari ini
Tapi sedikit masa lagi
Bukan untuk melupa
Sekadar menghabis sisa hidup yang ada
#MH370DalamKenangan

4 comments:

  1. kita terus doakan mereka...

    ReplyDelete
  2. Salam Mami Lala..

    hanya doa yg mampu dikirimkan..
    semoga anak2 kapal berjaya ditemui..besar harapan..

    ReplyDelete
  3. kita doakan semua masalah yg berlaku ini dapat berakhir secepat mungkin.. aminnn

    ReplyDelete
  4. al-fatihah yg mampu ku kirim..
    selain airmata yg tenang mengalir...
    benar2 meruntun jiwa ku !

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com