TAK SALAH PILIH SUAMI ORANG CUMA PERLU FIKIR 5 PERKARA NI DULU

4/30/2014 12:59:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

 Ramai gadis-gadis sekarang nampaknya mula selesa memilih suami orang sebagai pasangan hidup. Tak tau la sebab apa.. maybe laki orang ni pandai ngorat kot. Yelah.. berpengalaman handle perempuan bernama isteri ni dia punya skill power sikit la pada lelaki bujang. Maybe la kot.

Orang kata cinta tak boleh paksa.. tapi kena ingat cinta tu kita yang pupuk sehingga ia bercampah menjadi taman astakona. Bukan salah cinta atau salah takdir yer.. kalau pun lahir perasaan tu tapi kita tak membaja atau melayan mustahil la mampu pergi jauh.. Yelah.. yelah.. jodoh tu rahsia Allah. korang nak guna alasan tu kan? Ye betul jodoh tu Allah dah tetapkan..  Tapi sebelum korang rasa itu memang jodoh korang bersama suami orang apa kata korang try renung renungkan ala2 Prof Izzi 5 perkara ni sebelum ambil keputusan menjadi orang kedua atau ketiga dalam rumahtangga orang lain.

1. mampu ke dia menyara korang & bakal anak2 korang nanti
2. mampu ke korang terima orang ketiga atau keempat selepas korang kalaupun korang sanggup jadi orang kedua di hati & hidupnya. Tak mustahil boleh berlaku
3. sanggup ke korang kena hina,caci,maki seperti yang berlaku pada mana2 perempuan yang rampas @ tumpang laki orang untuk jadi bini nombor 2 contoh bini asyraff muslim, wan sakinah & Hanez suraya. Bayangkan korang kat tempat dia. Even korang bukan publick figure pun ingat mulut masyarakat ni tak kira korang sapa.
4. Masa bersama korang sangat terhad.. maybe ada hari2 istimewa macam hari raya mungkin dia tak beraya dengan korang.
5. Segala benda milik suami perlu di kongsi.. 

Apakah korang mampu terima semua ni? Atau jangan nanti ambil pisau kelar tangan pulak.. Fikir baik2 ia tak semudah kata2 bila kita nak lakukan. Sebagai seorang bini orang.. Aku memang tak sanggup nak hadapi 5 perkara ni. Setiap hari aku tunggu je laki aku balik kerja, gamaknya macam mana perasaan bini orang yang berkongsi suami kena tunggu giliran tu yer.

P/S : Kalau seorang lelaki yang betul2 layak mengamalkan poligami nescaya tiada isteri yang akan rasa kurang atau lebih berbanding madu madunya. Tapi.. kalau laki orang yang korang pilih setakat nak bawak korang lari kawen kat siam atau kalau bini tahu pun sebab kantoi.. dah nampak sangat kegagalan dia untuk menjadi pemimpin yang baik. Nak terus terang dengan bini pun tak berani macam mana dia nak jadi perisai korang bila korang terpaksa berdepan dengan dugaan yang lebih besar dari tu. So, sekali lagi renung renungkan ala2 prof Izzi & selamat berfikir sedalam mana cinta mu, Safura. kekekekeke

**Hari ke 54 masih tiada apa2 petunjuk atau pentanda tentang MH370. Misteri sungguh kehilangan ini. Tak terjangkau akal nak fikir apa yang berlaku. Banyak teori & spekulasi tiada satupun dapat memberi jawapan tepat. Hanya Allah yang tahu maka kepada Allah juga kita memohon pertolonga  moga Allah membuka jalan untuk para penyelamat menemui apa2 bukti tentang mereka**

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA STATUS PENGANTIN BERTUKAR JENAZAH

4/28/2014 02:06:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Perkara yang kita tak boleh ubah jodoh pertemuan, ajal & maut. Allah dah tetapkan semua tu sejak azali lagi.. Bila sampai waktunya takkan lewat atau tercepat walau sesaat. Namun sebagai hamba kita kena redha.. sebab setiap apa yang Allah jadikan itu tiada satu pun yang sia sia melainkan setiap darinya ada hikmah yang tersembunyi.

Tumpang sedih pulak bila baca akhbar kisah pasangan pengantin yang baru sehari di ijabkabul tak sempat pun nak meraikan perkahwinan dorang dalam majlis bersanding, tiba2 pengantin perempuan meninggal dunia. Besar jugak dugaan buat sisuami bila berdepan dengan saat saat macam ni. Status suami yang di pegang baru 1 hari dah bertukar menjadi status duda.


Sumber berita Kosmo

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. Namun yang berat itu ada ganjaran besar untuk mereka2 yang sabar. Allah memilih kita di uji dengan dugaan berat sudah pasti Allah tahu kemampuan kita menghadapinya. Semoga si suami di beri kekuatan & ketabahan untuk menghadapi ujian ini & takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah. Semoga arwah di tempatkan bersama orang2 yang beriman. Al fatihah

P/S : Yang pergi kita nampak jenazah sudah tentu kita tahu.. Yang hilang & pergi.. hidup mati tiada bukti lebih memeritkan bagi keluarga mereka untuk hadapi. Terus berdoa untuk MH370 agar Allah beri petunjuk tentang apa yang berlaku

** Malas nak buat special entri tapi nak wish untuk diri sendiri & pasangan den.. Hepi anniversary. 4 tahun sudah kita bersama.. hadiah terindah adalah budak kecik bernama shahila. Moga ikatan perkahwinan ni kekal abadi selamanya. Mari kita raikan dengan daun saderi atas kemenangan 4 tahun ini. kekekekeke. Mengungkap sejarah 4 tahun lalu.. ada kisah sedih di sebalik perkahwinan ini... "28hb selepas zuhur lebih kurang 3.43 pm aku sah menjadi isteri kepada ******************** ikuti kisah selanjutnya di sini >> Di sebalik pernikahan ku <<**


5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TAKZIAH.. ADAM AF & FIZA ELITE SAH CERAI TALAK SATU

4/28/2014 01:56:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Takde manusia yang berkahwin semata mata untuk bercerai. Takde orang merancang kegagalan bila membina rumahtangga. Takde siapa mengharap perpisahan bila di pertemukan dengan orang yang di cintai.

Sumber google

Namun jodoh pertemua itu dari Allah. Apa yang gagal mungkin dah takdir tapi dari kegagalan itu Allah ingin mengajar kita sesuatu. Maka carilah hikmah yang tersembunyi.


 Sumber beautifulnara

Walau Adam & Fiza dah sah bercerai talak satu.. Semoga ada jalan damai yang mungkin boleh menyatukan kembali. Yelah.. baru sangat berkahwin. Masing2 mungkin ada kesilapan sendiri.. Kita doakan yang terbaik buat mereka bukan bersorak gembira atas kedukaan orang lain. Hari ni hari mereka.. esok lusa, mungkin kita pula yang di duga.

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KISAH CINTA, CURANG & PERKAHWINAN ALMY NADIA DAN FIZZ FAIRUZ

4/27/2014 03:12:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Nak kata aku ikuti sangat kisah percintaan pelakon Almy Nadia dengan Fizz Fairuz ni takde la ikut sangat. Tapi tahu jugak kontroversi2 yang melanda mereka ni. Yelah... Rasanya aku bukan dok dalam hutan amazon. Aku pun jenis yang tengok TV & kerap abiskan masa dalam dunia maya & suka membaca macam2 isu jadi apa nak pelik kalau aku tahu apa yang berlaku.

Kisah cinta almy & fizz ni bagi aku hebat jugak la.. Yelah.. selepas 8 tahun bercinta tup tup fizz pi bertunang dengan perempuan lain ntah dari mana ceruk dia jumpa pun tak tau. Bayangkan perasaan almy nadia masa tu... rasanya hati & perasaan dia macam kena blender lumat. Ko bayangkan la hati yang dah lumat tu boleh bercantum & membentuk kembali percaya & cinta. Bukan senang tau... kebanyakkan orang yang terluka pun dah tak boleh nak maafkan, inikan orang yang hatinya di blender hancur.

Perjalanan cinta mereka

Namun itulah dinamakan Jodoh.. Bila pertunangan fizz dengan sipolan tu di putuskan sebab katanya perempuan tu masih bini seseorang. Ada jugak la aku baca.. katanya fizz tu kononnya kena sihir. Sejauh mana betul cerita tu tak sure la. Cuma dengar dengar gitu2 jer. Tu tak penting dah sekarang untuk di ungkit.. Yang aku nak highlight adalah kemuliaan hati Almy Nadia ni yang boleh lagi maafkan & terima kembali fizz setelah apa yang berlaku. Kita terasa sikit dengan status orang pun simpan dendam sampai 7 keturunan (tak merujuk kepada sesapa, kadang2 diri sendiri pun camtu jugak).. inikan pulak kalau berdepan dengan situasi macam almy Nadia ni gamaknya berapa keturunan bermusuh.

Itulah perancangan Allah.. Soal Jodoh pertemuan Ajal & maut sudah tertulis sejak azali. Menjadi rahsia sehingga ianya berlaku. Namun ketulusan hati almy nadia tu ada part yang kita boleh jadikan contoh even nak kata dia perfect tu takde la perfect. Macam kita jugak.. ada kurang & lebih. So, kita ambil yang baik untuk di contohi. ye dak. Apapun semoga rumahtangga mereka di beri kebahagian yang berkekalan.

P/S : menjadi seorang pemaaf tidak bermakna anda seorang yang bodoh.

P/S : Hari ni maybe hari ke 51 pesawat MH370 hilang tanpa di kesan. Doa2 kita masih di perlukan. Terus doakan semua yang terlibat semoga di lindungi Allah & di beri petunjuk untuk membongkar misteri kehilangan ini

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TOLLGATE ASMARA COPY PASTE CERITA TOLLGATE GIRL?

4/27/2014 11:31:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

Mesti ramai tengok cekerarama semalam kan? Katanya kelakar cerita Tollgate Asmara tu tapi mesti ramai yang masih ingat telefilem Tollgate girl lakonan amy mastura yang satu ketika dulu pernah di tayangkan masa hari raya kalau tak silap. Pun kelakar & sweet sangat cerita tu.


Untuk pengetahuan korang Tollgate girl & Tollgate asmara ni di arah oleh pengarah yang sama Osman Ali. Katanya just Remake balik atas permintaan tv3 dengan cerita yang berbeza. Den tak tengok pun Tollgate asmara sebab den tengok iklan nampak macam copy paste cerita tollgate girl & pelakon dia pun tak berapa minat jadi keputusan den amik malas nak tengok. Layan the mummy yang episod maharaja cina kat TV2 pun rasa macam tak best alih2 layan kerja dapur, layan anak kemudian layan online sambil tunggu mata nak pejam.

Sumber FB

Maaf la cakap.. kenapa den hanya tengok iklan then terus takde hati nak tengok. Salah satu sebab cerita melayu sekarang lebih2 lagi kalau yang jenis drama berepisod pukul 7 petang tv3 ni.. Lomah lutut den nak tengok. Sebabnya.. satu jalan cerita sama jer.. Perbezaan tu terlampau sikit. Kedua.. starting & ending mesti kita dah boleh agak apa yang berlaku sebab cerita2 sebelum ni pun bukan satu dua cerita tapi dia ikut musim.. kalau musim cerita pasal kena paksa kawen.. tak suka lepas tu lama2 mesti jatuh cinta & suka. Tak tau la pemilihan drama kat TV3 ni macam mana tapi yang pasti target dorang yang boleh jual la. Mana taknya kalau pelakon kau pacak Izzue Islam, Anzalna,Nelydia senrose bla.. bla.. pelakon ensem kacak cantik & popular confirm cerita bodoh pun orang nganga juga tengok, kan??

Kenapa aku malas nak tengok tollgate asmara semalam even aku memang tabik spring kat telefilem tollgate girl? Adalah aku rasa macam tak feel tengok cerita yang jalan cerita aku dah tahu. Lagipun aku rasa Izara Aisyah lakonan dia belum lagi tahap mantap. Lebih senang aku mengaku aku bukan minat Izara Aisyah pun. kekekekeke cerita remake2 ni.. power dia macam kureng..  Umpama filem seram yang hebat kat Thailand.. even Mae Nak pun best cerita dia tapi tak sepower version pertama Nang Nak yang lebih seram & lebih best. Mae Nak tu filem yang remake balik dari filem Nang Nak. Jalan cerita lebih kurang sama jer sebab dia ambil dari lagenda kisah seram di Thailand tapi pelakon kedua2 filem tu je tak sama.

Moral of the story.. citarasa kita ni mana sama so mesti berbeza dari pandangan kita pada sesuatu isu. Hope Encik Osman Ali tak kisah yer.. even tollgate girl & tollgate asmara, dua2 pun dari pengarah yang sama tapi tetap saya memilih tollgate girl sebagai cerita terbaik & saya tak kata cerita tollgate asmara tu tak best sebab saya tak tengok jadi tak boleh nak nilai cuma kat sini saya cakap kenapa iklan kat TV tak berjaya buat saya rasa nak tengok jer. Macam saya cakap.. hilang mood nak tengok sebab kat iklan pun dah nampak copy paste cerita tu.

P/S : ada yang berpendapat macam pembikin drama dah macam kering idea. Jangan pulak suruh yang cakap camtu buat drama sendiri pulak sebab manusia ada kepakaran tersendiri. Ada yang pakar menghasil, ada yang pakar menilai & ada yang pakar menonton sahaja.Kita tak semestinya berkelulusan tinggi dalam bidang tu untuk memberi pandangan kan?? Penonton ni dari pelbagai lapisan masyarakat,pendidikkan & taraf hidup.. so, mereka menilai mengikut citarasa masing2 la.

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA IA HILANG DARI RADAR HATI DAN BELUM PULANG KE PANGKAL JALAN

4/26/2014 03:22:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Nasib baik la berblog ni bukan satu kerjaya tapi lebih kepada hobi. Kalau la berblog ni macam kerja makan gaji gamaknya dah lebih 3 warning letter dapat & last sekali kalau tak dapat terminate letter mesti di nasihatkan hantar resign letter kan?? Yelah.. jenis tak cari makan dengan blog ni memang kurang rasa tanggungjawab atas amanah kepada blog yang di pikul, ye dak??

Dalam takde cerita aku nak kupas kupis kopek, tetiba datang pulak mood nak menulis tapi takde isu nak di jadikan bahan. Puas spin otak level 5 pun tak datang2 jugak bahan. So, aku cuma menulis la apa yang aku rasa. Lagipun berkurun dah tak tulis rasa hati.. erkk.. selama ni entri2 yang berunsur pendapat & pandangan aku pada sesuatu isu tu bukan lahir dari rasa hati ke?? yelah.. yelah.. tu lahir dari ibu yang sama juga bernama rasa hati.

Petang hujan sambil menyaksikan budak lala melompat lompat depan TV sambil tengok wonderpets dengan rumah yang sangat sangat berkonsepkan abstrak yang di ilhamkan budak lala dengan mainan dia aku cuba menaip sesuatu. Dah besar anak aku yer.. 2 tahun setengah ++ dah pun (Aku malas nak kira bulan tu yang ++). Lama aku tak cerita pasal dia kat blog bukan aku dah kurang kasih sayang kat anak yer... aku malas nak tulis cerita pasal anak sebab aku tahu yang baca blog aku bukan yang suka dengan aku jer... Malah yang tak suka pun ada yang suka baca blog aku atas dasar benci tanpa sempadan. Hahahaha... So, aku tak nak setiap kali cerita pasal anak aku di baca oleh orang yang tak suka mak dia.. Terilham pulak di hati mereka doa2 yang tak baik untuk anak aku. Jadi aku hilangkan ingatan depa pada anak aku.. so, mereka tak terfikir la nak doa apa2 untuk anak aku. Jadi selamat.

Sumber gambar googgle

Bila Mood hilang dari radar hati untuk mengupas isu hangat & hangit & sampai sekarang belum kembali ke pangkal jalan... Makan terilhamlah entri santai dari apa yang aku nampak di sekeliling aku. Sudah tentunya rumah & anak aku. Sebenarnya.. Kita boleh jadikan apa saja sebagai cerita kalau kita kreatif & kalau kita ada perasaan terhadap sesuatu tu. Takde isu takde cerita nak tulis kalau kita hendak menulis. Kuncinya adalah kita nak buat atau tak?? Betul tak?? Bak kata pepatah hendak seribu daya.. tak hendak seribu dalih.

P/S :dah 50 pesawat MH370 bersama ratusan nyawa hilang khabar. Sehingga kini belum ada petunjuk. Ya Allah misteri sungguh kehilangan ini.. Jom kita sama doakan moga misteri ini terbongkar & semoga nasib mereka yang hilang di ketahui.

P/S : mesti ada orang akan cakap aku ni jenis takde life.. Life aku ni tak tentu nak keluar bila2 masa. Tak mustahil setengah jam lagi ntah aku dah otw kemana mana. Itulah life aku.. Biarpun nak kemana mana macam satu kejutan tanpa planning tapi bagi aku dah takde apa nak terkejut tup tup malam kang aku berada kat luar kawasan liputan. hahahahaha

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ADA MANUSIA SANGGUP BERKAKI LEMBU DEMI FESYEN

4/24/2014 08:42:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Oh fesyen.... Yang boleh buat manusia cantik dan jugak pelik. Baru2 ni kecoh pasal fesyen sorang retis bertudung ala2 teletubies. Tu antara manusia mangsa2 fesyen yang maybe dia tengok kat cermin nampak cantik tetiba dia upload gambar kat laman sosial orang nampak pelik. So, jadikan pengajaran.. jangan sapa2 lagi yang nak nampak comel dok pakai costum teletubies.. Satgi orang kutuk menangis 7 hari 7 malam bawah bantal.

Yang tu fesyen baju.. Ni satu lagi fesyen kasut aku jumpa kat FB ada orang upload. Nak gelak pun ada.. tak tau la kot2 hangpa nampak macam lawa. Berkenan nak buat koleksi tapi bagi diri aku yang bukan la berfesyen tahap mania rasa tak tergamak aku nak keluar duit beli kasut2 mengarut macam ni.

Sapalah jadikan kaki lembu sebagai inspirasi nak cipta kasut ni. Dah takde design ke nak buat? Tak lama lagi kaki ayam pun jadi kasut walau selama ni kita biasa dengar kaki ayam tu membawa maksud orang yang tak pakai kasut jangan pelik satu hari kaki ayam pun jadi kasut. Takpe lah.. aku pakai kasut jelly bunny je pun takpe. Aku bukan attention seeker & aku pun tak suka orang pandang2 aku kalau ada kat tempat awam jadi aku memang tak boleh hadam fesyen2 yang terlebih fesyen macam ni.

credit to Nizam Nasir

Semakin moden dunia semakin mengarut pulak aku rasa fesyen... Yelah kang ada kata pulak aku ni tak stylo la.. tak reti fesyen la.. Ok ok.. aku orang kampung. Selalu tengok lembu bebas kesana sini. Aku tak rasa kaki lembu tu menarik pun. kekekekeke

P/S : hope takde orang buat kasut kaki gajah takut ada orang tacing... hehehehe

** Dalam kita masih mampu bergelak tawa, masih ada insan yang tak mampu mengukir senyum. Menanti jawapan yang masih samar.. Marilah kita doakan buat semua yang terlibat dalam misteri kehilangan MH370 yang dah masuk hari ke 48. Moga Allah bukakan jalan untuk kita temui jawapan.**

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TIADA KATA SELAIN RINDU UNTUK MU.. AL FATIHAH

4/24/2014 11:59:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

Hari ni 24 April 2014 genaplah 4 tahun pemergian hero tercinta 7 orang perempuan. Pemergian yang memberi satu kejutan besar kepada 7 perempuan dalam hidupnya. Perginya tanpa tanda bahawa dia akan pergi buat selama lamanya... 4 tahun lalu pada tarikh ini dia melalukan rutin harianya seperti biasa dari pagi hingga ke malam..

Namun bila sampai waktunya... Takkan terlewat atau tercepat walau sesaat. Selepas selesai semua rutin & tanggungjawabnya pada hari tu, dia kembali kepada pencipta. Dia yang kami panggil Ayah.. Dia Ayah kepada 6 orang anak perempuan bersama seorang isteri.

Perasaan yang dapat ku tulis dengan kata2 cuma RINDU.. dengar ringkas dan mudah tapi berat sangat perasaan ni sejak 4 tahun lalu. Aku tak mampu untuk gambarkan segalanya tentang Ayah sebab akan datang satu perasaan RINDU yang sangat2 sakit. Andai KALAU mampu ku tukar pada kenyataan banyak KALAU yang aku ingin ia berlaku bersama Ayah.. Tapi semua ni dah tertulis. Bukan aku menyalahkan takdir cuma aku manusia.. bila datang RINDU aku akan membayangkan bermacam macam perkara kalau DIA ada.

Alfatihah untuk ayah... Semoga ayah berada bersama mereka2 yang di kasihi Allah. Semoga Ayah nyenyak tidur di alam sana. Semoga Allah ampunkan segala dosa2 Ayah. Selamanya kami cuma akan ada seorang Ayah sampai bila bila....

P/S : Lagi 4 hari aku akan menyambut hari ulangtahun perkahwinan yang ke 4.. Saat aku kehilangan seorang lelaki dalam hidup aku di hadiahkan seorang lelaki. Allah itu tidak pernah kejam. Bagi yang nak baca kisah di sebalik perkahwinan & pemergian Ayah.. boleh baca kat entri AYAH

terima kasih pada yang sudi sedekahkan alfatihah untuk arwah ayah saya

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MACAM MANA NAK SERTAI 8SHARE BAGI MEREKA YANG BERADA DI LUAR NEGARA

4/23/2014 04:15:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

Benda ni kalau orang tanya kita pun tak ambil tahu betul tak? Yelah.. kita dok kat Malaysia jer so kita jarang nak fikir keluar dari Malaysia jadi bila sekali sekala orang tanya soalan yang kita tak pernah ambil tahu tetiba jer kita rasa nak ambil tahu. Ni bukan kategori menyibuk ok.. Tapi ni antara kategori menimba ilmu jugak.

8share rasanya ramai dah kenal benda alah ni. Bagi yang tak tahu apa tu 8share boleh baca kat sini >> 8share << Bagi yang dah kenal 8share nak join 8share mencari wang saku. Mungkin korang berada di luar negara, lebih lebih lagi student nak tahu samada korang boleh tak join 8share. Jom den nak bagitau sikit

Sumber dari 8share

Negara negara yang ada 8share adalah Malaysia India Philippines Singapore Indonesia. Ok.. kalau ada tidak berada di negara2 yang terlibat dengan 8share ni boleh ke korang join 8share. Boleh.. syarat pertama korang mestilah warganegara salah sebuah negara yang terlibat dengan 8share yang di sebut tadi. Sekiranya korang berada di luar negara yang takde 8share korang boleh mendaftar dengan 8share. Contoh kalau dari Malaysia korang kena ada ic number untuk daftar. Rakyat Malaysia mesti ada ic number kan. Kalau korang mendaftar sebagai ahli 8share Malaysia maka UV korang pun di kira datang dari Malaysia jugak. Kalau tak paham contohnya macam ni.. Korang share iklan 8share.. kena orang yang clik tu juga berada di Malaysia bukan di mongolia tartarstan atau negara2 yang tak sepatutnya. Baru clik tu di kira & sekaligus menghasilkan pendapatan.

Ni la tanda kegigihan aku menuntut ilmu dengan 8share.

Jadi rakyat Malaysia yang berada kat Mana2 cerok negara pun takde masalah nak join & jana pendapatan dengan 8share ni asalkan korang memang banyak connect dengan rakyat Malaysia kat lama sosial macam twitter & FB maka peluang untuk korang kumpul earning amatlah terbuka luas. Jadi kalau korang minat nak join jana pendapatan dengan share iklan bersama 8share korang boleh sign up kat SINI kalau perlukan tutorial nak share iklan macam mana lepas sign up tengok gambarajah ringkas kat bawah ni. Kalau tak paham jugak boleh PM den kat FB. Den sekolahkan korang sampai pandai.


Gambar tutorial ni takde la 100% sama tapi di ringkaskan supaya korang paham step nak share iklan jer

P/S : sekadar membantu semampu yang boleh. Terus doakan untuk MH370 untuk hari ke 47 ni

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ULAT MULONG/SAGU MAKANAN EKSOTIK ORANG SARAWAK YANG HARAM DI MAKAN

4/22/2014 01:37:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Kalau ada yang tak tahu ulat sagu @ ulat mulung tu apa, meh sini nak intro sikit. Alahai ulat yang motok2 warna putih kuning yang menjadi makanan popular sesetengah kaum kat Sarawak. Alah.. takkan tak tahu ulat tu popular kot. Tak pe kalau tak tahu jugak meh tengok gambar kat bawah ni.

Ni la rupa ulatnya

Alkisahnya... Dalam 2 3 hari lepas kot tertengok rancangan Supper yang pengacara dia retis muda yang suka lentok liuk ala2 ella bagi aku.. siapa lagi kalau bukan kaka. Tak kenal kaka?? Takpe nanti kita tunjuk rupa kaka. Alah yang duet dengan zizan razak lagu bawa daku pergi ke hapa tajuknya. Lebih kurang camtu la tajuk lagu dia. Berbalik pada rancangan supper tadi di akhir rancangan tu ada cabaran makan ulat sagu @ mulong ni.. So, dalam rancangan tu konon dia was was la nak makan then dia call sorang ustaz untuk penjelasan. Ustaz tu menjelaskan hukumnya haram bagi Umat Islam makan ulat sagu @ mulong ni. Erkkk... selama hari ni sumpah aku tak tahu ulat ni haram di makan!!
Ni la kaka penyanyi & pengacara rancangan supper tu (sumber google)

Jangan tuduh aku tak pernah makan pun ulat ni.. Kalaupun halal tak tergamak aku nak suap kemudian kunyah2 penuh nikmat dan telan. Muntah pelangi jadinya... hahahaha. Yang aku jadi was was ni bukan apa sebab aku pernah tengok rancangan makan2 jugak. Tajuk rancangan tu aku tak ingat tapi artis yang makan ulat tu aku still ingat tapi taknak sebut siapa. Yang pasti mereka bertiga beragama Islam. Siap masak kicap lagi kau. Kira cabaran makan ulat tu la. Ada tu kata sedap. Takkan sebelum dorang pilih ulat tu sebagai menu dorang tak periksa dulu status kehalalan makan ulat tu?? Main hentam kromo je makan... aduhai.


Jadi pada semua umat Islam tak kira anda dari bangsa atau suku kaum apa.. Ingat yer hukum makan ulat sagu @ mulong adalah haram. Jangan sesekali korang nak try test pulak. Banyak lagi makanan eksotik lain yang halal lagi sedap tak perlu nak extreme sangat kunyah ulat tu.

P/S : 46 hari sudah ia hilang & masih hilang. Terus doakan buat semua mereka yang terlibat. Moga Allah membuka jalan agar yang menjadi rahsia di bongkar. #praythebestforMH370

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KAWAN AKAN LEBIH JUJUR BILA MENJADI MUSUH

4/21/2014 11:57:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

Kita selalunya rasa bila orang tu berkawan dengan kita, dialah yang baik, jujur & ikhlas. Sentiasa menyokong apa yang kita buat. Kita rasa dia tak pernah sakitkan hati kita.. Sentiasa berpihak pada kita bila kita di serang dengan anasir2 jahat. Bagi kita itulah kawan.. yang kononnya memahami kita.

Kebanyakkan yang bernama kawan ni tak jujur dengan kita hampir 50%. Kita nak nampak apa pandangan dia pada kita tunggu sehingga dia anggap kita musuh. Dari situ baru dia akan cuba menjadi seorang jujur untuk memperlihatkan keburukkan, kesilapan & kesalahan kita yang dia nampak sepanjang dia menjadi kawan kita. Masa dia berkawan dengan kita tak pernah pulak dia tegur kita.. yang ni tak elok. Yang tu tak boleh.. yang ni berdosa. Bila jadi musuh tetiba jer benda yang pernah dia sokong kita bila kita buat, dia nampak sebagai satu kesalahan & keburukkan diri kita walau niat nak mengaibkan kita tapi percayalah.. itulah yang sebenarnya pandangan dia pada kita selama ni cuma tak di suarakan semata mata nak menampakkan diri dia kawan yang baik & sentiasa menyokong kita.

Bila berkawan di laman sosial ni.. Memang aku banyak melihat & belajar. Sebab tu aku susah untuk percaya pada sesiapa walau bernama kawan. Sebabnya.. bila satu masa ada perselisihan faham.. Rahsia kita la akan menjadi senjata mereka. Kita takkan tahu siapa baik siapa jahat untuk masa depan walau hari ini kita nampak dia perfect sebagai seoarng kawan. Jadi berhati hati & berpada pada lah dalam berkawan. Kawan kita kebanyakkan takkan tunjuk silap kita semasa berkawan tapi akan menyebutnya ketika bermusuh. Terima atau tak.. itulah yang banyak berlaku. Nak jumpa kawan yang betul2 membimbing & mengingatkan kita setiap kali kita melakukan kesilapan memang susah... selalunya kawan yang kita anggap baik bila sama2 boleh join mengumpat. Kau tak suka orang tu.. kau ajak kawan kau mengumpat dia.. kawan ko pun support apa yang kau umpat itulah yang kau anggap kawan. Cuba masa dia ajak kau mengumpat.. kau tolak & tegur dia... confirm keluar sindir menyindir. Mengaku atau tak kita lebih rela berkawan dengan orang yang hipokrit dari menerima kenyataan di tegur, betul tak?

Dan kerana tu jugak aku takde geng borak kosong dalam group bila di laman sosial. aku takde geng wechat, geng whatsapp atau geng sembang cara berkumpulan ni. Apa yang korang tengok aku bual kat komen FB, itulah komunikasi aku dengan kawan2 alam maya. Ada la sorang dua PM bagitau tu ni.. tapi abis satu isu tu abis la. Nak kata.. seminggu sekali pun payah aku nak borak2 dengan sapa2 secara private. sekali sekala je orang PM aku kalau ada apa2 isu dorang nak cakap, tanya atau bincang.

Pengalaman yang banyak ajar aku untuk berpada pada dalam berkawan. Pengalaman juga buat aku berhati hati dengan semua yang bernama kawan. Jadi dari pengalaman aku.. Moga jadi pengajaran pada orang lain. Memang bukan semua kawan itu jahat & kena ingat bukan semua kawan juga benar benar baik tapi kita takkan tahu siapa baik & jahat sehingga sesuatu perkara berlaku macam perselisihan faham. Masa tu kita akan menyesal pada banyak perkara so, sebelum benda tu menjadi kesalan yang tak berguna ambil langkah keselamatan dari sekarang.

Ikhlas dari hati.hehehee

P/S : dalam hidup memang kita perlukan kawan, tapi kawan mungkin tak selamanya akan bergelar kawan mungkin suatu hari dia bernama lawan.

P/S : 45 hari MH370 hilang dan masih hilang. Yang mati masih mati dalam teori... Ya Allah kau bukakan jalan untuk semua jawapan di temui.

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LUAH PERASAAN MARAH DI CARIAN GOOGLE SEBAB TAK DAPAT TENGOK PORNO

4/19/2014 11:05:00 AM suria lekatlekit 5 Comments

Sampai macam tu sekali marah tak dapat nak tengok porno. Gamaknya takde tempat dia nak tempiaskan perasaan marah yang membuak buak kot. Rasa lawak dalam kegeraman pun ada. Nak gelak sambil marah jer. Hahahahaha

gambar carian google

Korang mesti nak tahu apa kes kan? cerita apa & cerita siapa ni yang meluahkan perasaan kat carian google bila tak dapat tengok porno. Jangan la serius sangat. Hari sabtu hari minggu jadi kita santai2 sudah. Blog melekit ni hari2 cerita yang buat orang panas bontot je maka hari sabtu minggu ni apa kata kita rilex sikit sambil gelak2 ayam.

Pepagi check cik Nuffnang.. manatau tetiba dapat bonus ribu riban ke. Boleh jugak la buat2 belanja shopping kat mydin 3 bulan lagi. Alang2 dah membuka pekung di dada nuffnang tu terlajak laris sekali la check keywords. Tergelak tanpa bunyi sekejab. Sapalah yang taip carian macam ni sampai melekat lekit kat blog den ni. Marah nampak tak dapat tengok porno. Maybe pc dia di block website2 lucah tu yang melekat keywords tu kat blog den. hahahahaha


Dengan ini maka ketahuilah anda blog den memang takde benda2 lucah sebab tu tak kena block walau banyak sangat keywords lucah yang singgah minum pagi petang siang malam kat sini.kekekekeke

Moral of the story.. Jangan melucah merata rata.

P/S : Hari ke 43 tanpa khabar atau petunjuk pada kehilangan pesawat MH370 bersama anak kapal & penumpang. Masih menjadi misteri. Moga hari ni ada khabar tentang mereka. Teruskan doa tanpa putus asa sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya.

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA MENULIS APA YANG KITA TAK TAHU,KARAM SINGH WALIA BERTUKAR JADI KARPAL SINGH

4/18/2014 12:04:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Memang benda ni macam lawak bila kita baca status dari seorang hamba Allah yang melahirkan perasaan simpati pada kematian ahli politik terkenal YB Mendiang Karpal Singh. Ye.. ye je dia menulis betapa negara kehilangan sesuatu yang berharga alih2 fakta pasal si mati jauh tersasar. Yang mati Mendiang Karpal Singh.. yang di gambarkan suka berpantun & berperibahasa tu dengan gaya tangan tu Karam Singh Walia wartawan tv3.

Sumber Mynewshub

Memang mula - mula nak gelak tapi benda ni patut kita semua jadikan pengajaran. Tak perlu beriya sangat untuk turut serta bersama orang lain menzahirkan perasaan kita kepada sesuatu isu yang kita sendiri pun tak peka & tak ambil tahu sebenarnya. Main hentam kromo jer, tak toleh kiri kanan dah. Kalau betul2 kita ambil tahu & kita tahu isu tu.. Mustahil la Karam Singh Walia bertukar jadi karpal singh pulak kan.

Pada yang masih keliru antara karam singh walia & karpal singh meh sini tengok wajah mereka

Bukan apa... selain memalukan diri sendiri orang juga boleh detect simpati kita tu nampak sangat di buat buat. Sekadar ikut apa yang orang buat tapi sebenarnya kita pun tak tahu apa orang cakap, siapa orang tu & apa profesion dia & kenapa dia di kenali. Zaman social media yang hanya dengan jari2 mampu menyebarkan maklumat ke seluruh dunia ni kena hati hati dengan apa yang kita nak tulis. Silap sikit..  kesannya sangat besar pada kita.

Jadi moral of the story... rajin la membaca jangan hanya rajin baca tajuk je. Info takkan meresap masuk ke dalam otak & akal kita dengan hanya kita baca kulit buku & tulislah apa yang kita tahu sahaja untuk tidak mengundang salah maklumat yang di sampaikan.

P/S : 42 hari sudah.. Pesawat MH370 bersama anak kapal & penumpang lenyap tanpa tanda. Hilang begitu saja. Hanya mati dalam teori manusia.. Tiada siapa tahu apa yang berlaku sebenarnya. Teruskan berdoa moga Allah bongkarkan kebenaran untuk kita jadikan iktibar & pengajaran. Untuk mereka mengakhiri penantian.

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PADAN MUKA KARPAL SINGH, MATI JUGAK KAU!

4/17/2014 12:53:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Tu dia tajuk boleh mengugat keamanan negara ni. Mesti ramai yang akan menyerang & menghentam tajuk entri. Ramai jugak pak2 & mak2 nujum akan tetiba jadi pandai scan cerita hanya melalui tajuk. Tak caya.. tunggu & lihat.


Hari ni kita di gembarkan dengan berita kemalangan maut yang melibatkan ahli politik yang memang popular di Malaysia iatu YB Karpal Singh. Terlebih dulu den nak ucap takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau moga tabah menghadapi kematian orang tersayang.

Bila orang yang di kenali.. nak2 lagi orang politik ni meninggal dunia macam biasa akan muncul ucapan2 simpati juga ucapan2 memaki. Yang simpati tu takpe la.. Memang takde salah kat memana pun. Even tak simpati pun tapi di lahirkan rasa simpati dalam ucapan pun takpe sebab tu perbuatan baik. Tapi yang dok memaki dengan ucapan2 kesat tu.. Bukan takat penyokong jer.. yang bergelar pemimpin & orang2 ternama dalam politik pun buat macam tu. Aku yang tak educated ni pun bila baca rasa macam nak hantar depa ni pi tadika balik jer.

Mati ni rasanya bukan balasan dari kejahatan ke apa.. Mati ni memang Allah dah tulis sejak azali bila & bagaimana. Mati ni wajib keatas semua hidupan. Cuma kita bermohon pada Allah agar kita di matikan dalam keadaan mulia agar jenazah kita tidak menjadi aib. So, tak perlu la cakap padan muka kau mati. Tu la sapa suruh tak sokong tu... tentang ni... buat tu.. cakap ni... Bila dia dah mati tu, moga jadi iktibar pada kita yang masih hidup.

Rasanya bila seseorang itu mati, Ucapan yang paling tak relevan untuk kita ucap adalah Padan Muka kau dah mati! Kalau rasa tak boleh sangat nak ucap takziah atau ucapan yang elok2.. orang kata diam itu lebih baik, kan?? Harus di ingat apa yang kita ucap ketika kematian orang lain boleh jadi kita juga akan terima ucapan yang sama bila kita dah mati nanti. Yang perlu hadap ucapan tu bukan kita dah masa tu tapi ahli keluarga kita tapi mungkin ucapan tu menjadi satu doa untuk kita yang dah mati. So, mari kita renung renungkan. Selamat beramal. peace!

P/S : Yang mati tu kita sedia maklum akan kematiannya.. kita nampak jasad dia kaku tak bernyawa namun yang mati tak berjasad hanya mati dalam teori manusia jangan kita lupa. Doakan buat semua mangsa MH370.. Semoga ada khabar di hari yang ke 40 ini. 

P/S :kang ada tak paham pulak kena jelaskan tajuk entri tu lebih kepada sarcasm atau kita paham sebagai sindiran

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ISU AZAN KUAT,PENDUDUK NAFI DAKWAAN PAKCIK TU

4/16/2014 12:41:00 AM suria lekatlekit 7 Comments

aku nak buat entri wordless jer boleh.wordless dari komen aku la tapi aku share jugak laporan dari sumber lain. bukan apa nak komen lebih takut salah komen sebab isu ni aku rasa agak berat.

p/s : kes ini buat aku teringat peristiwa arwah ayah aku dihina suara macam katak & azan terlalu kuat sehingga ganggu tidur seorang hamba Allah.even hanya sipolan tu cakap macam tu tapi terkesan pada aku sampai hari ni sebab dia kata depan aku bukan pada arwah ayah aku. umur dia lebih kurang mak bapak aku je kot.

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RUPANYA FAREEDA TU BUKAN JENAMA TUDUNG

4/15/2014 02:30:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Pagi pagi dah terbaca entri Kak Seri Kandi Jauhar pasal Fareeda. Almaklum la sekarang ni tengah hot dengan isu tudung Fareeda kan. Aku sebenarnya malas nak up story pasal tudung fareeda kat blog melekit lagi penuh sensasi pedas panas bagai ni. Yelah.. aku ni kan jahat. Bagi pandangan apapun semua kedengaran jahat jahat belaka. Tapi jangan risau semangat berblog & meluahkan pendapat tu takkan mati hanya kerana anggapan orang. Yang positif aku jadikan pengajaran jer.

Pasal Fareeda tu.. Nak tergelak jugak sebab selama ni kat Malaysia kalau sebut Fareeda tu kita tahu satu jenama tudung yang mahal lagi cantik tapi kat negara lain Fareeda bukanlah sesuatu benda yang sangat mahal & bukanlah cantik tapi mungkin sedap di makan setelah di masak. Kalau korang nak tahu kat sebuah negara ni Fareeda tu adalah sejenis ikan. Hahahahahaha

Nak tau ikan Fareeda ni ada kat negara mana meh tengok kat blog kak Seri Kandi Tanah Jauhar

Rupanya banyak nama tudung ni pinjam nama ikan. Selain fareeda.. bawal pun sejenis nama ikan jugak. Lepas ni boleh la sapa2 nak buat tudung sendiri 7 layer dengan jenama sardeen pulak ke. hahahahahaha

Apapun entri ni bukan nak kondem fareeda ke hapa.. Yelah kena bagitau. Sebab apa jer datang dari aku ni ada sesetengah orang pandang negatif jer. So kena jelaskan secara terperinci. Entri ni sekadar entri santai dengan info menarik yang aku cedok dari blog kat Seri Kandi Jauhar. Mesti ramai yang tak tahu kan pasal ikan Fareeda. hahahahahaha

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PADAH MENULIS STATUS SECARA RAMBANG DI LAMAN SOSIAL

4/15/2014 01:02:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Menjadi seorang aku di alam maya ni rasa berat jugak dugaannya. Yelah.. menjadi seorang yang lancang & lantang bersuara memberi pandangan & pendapat sendiri, kau akan terima kritikan & pujian yang sama banyak. Tapi seperti biasa yang baik, kurang untuk orang highlight tapi yang buruk tu la orang ulang cakap bila ada peluang.

Kadang2 aku tengok bila ada 2 pihak bercakap benda yang sama tapi beza level mereka di mata manusia ada jenis manusia yang terima pendapat tu dengan hati yang terbuka bila keluar dari orang yang level agak tinggi berbanding yang level bawahan. Takde pulak tacing sampai nak bertegur sapa pun tak boleh. Ni bukan aku reka2.. memang aku tengok sendiri kejadian tu & memang berlaku pada aku. Bila aku cakap jadi salah pada dia, bila sipolan yang lebih di kenali cakap benda yang sama boleh pulak dia terima. Kat situ aku nampak betapa dia mengkastakan manusia bila nak menerima teguran. Macam lah yang baik itu semuanya datang dari orang yang ternama & terkenal je.

Ada pulak jenis manusia yang sendiri terasa tapi menyalahkan orang lain dari apa yang di rasa walhal dia sendiri sedia maklum statement yang tak menyebut nama atau identiti sesiapa boleh jadi di tuju pada sesiapa saja. Kenapa sendiri terasa, nak salahkan orang lain. Kalau terasa bermakna memang kita buat benda yang salah orang sebut. Kalau tak rasa salah kenapa nak terasa. Betul tak? Aku pun pernah berada dalam situasi terasa dengan kata2 orang secara rambang tapi Insya Allah takde pulak aku sampai orang tu tegur pun dah tak reply. Tapi benda ni berlaku kat aku bila mereka yang terasa dengan kata2 aku yang sebenarnya tak merujuk pada mereka.. Tapi sebab dia terasa dia macam boikot. Even aku minta maaf & explain pun tetap jangankan nak reply mesej aku kadang2 tegur kat komen box tak kira FB & blog pun orang buat aku macam tak wujud.

Dalam dunia Online ada la beberapa orang (yang aku tahu cuma 2 3 orang jer la) macam terasa hati dengan kata2 aku kemudian buat status sindiran bila aku PM minta maaf bagai.. macam takde harga bagi dorang & seolah olah dosa aku terlalu besar. Ok la.. tak nak maafkan taknak lagi bertegur sapa.. ada pulak aku PM cakap baik siap minta maaf bagai, balas dengan sindiran kat Wall dia. Aku telan je bulat2. Bagi pihak aku apa je salah dorang kat aku, aku maafkan. Bagi pihak dorang aku tak mampu nak buat hati dorang ikhlas maafkan aku cuma aku dah berusaha, jadi biarlah Allah yang tentukan.

Aku akui aku memang ada salah & silap. Kelancangan mulut aku ni pun ada buruk & baiknya. Tapi aku bukan seseorang susah untuk mengucap kata maaf. Aku tak rasa rendah diri pun bila aku perlu meminta maaf. Pada mereka yang pernah marah, pernah anggap aku musuh, pernah pandang aku jahat.. Tanya pada diri korang adakah aku tak berusaha minta maaf kecuali la pada orang yang aku tak perasan aku sakiti hati dia.

Aku cuma manusia.. Jangan anggap aku ni jenis bersuara lantang takde sensitiviti. Seolah olah Hati aku kebal macam besi. Sekuat2 besi.. terhempas berkecai jugak. Memang entri ni dari perasaan aku yang sedikit kecik hati bila sejak dua menjak ni orang bila selisih faham sikit dengan aku akan cakap.. patut la aku suka bergaduh dengan orang.. bla.. bla.. padahal yang betul2 aku nampak anggap bergaduh cuma sorang dua. Selebihnya lebih kepada perbezaan pendapat yang mana dalam isu2 lain kami boleh lagi berbincang & berbual.

Kenapa aku selalu cadangkan orang unfriend aku kat FB bilamana mereka rasa kata2 aku sangat menyakitkan hati.. Bukan aku berlagak tapi aku suka meluahkan pendapat kat laman sosial, aku taknak hanya kerana status2 aku menghidupkan perasaan benci pulak. Lebih baik takde apa2 perasaan dari wujudnya benci.

Dengan rendah diri aku minta maaf pada semua yang pernah terasa hati dengan aku sehingga hari ni pun masih wujud dalam friendlist aku tapi tak lagi bertegur sapa.. Even aku pernah cuba untuk berbaik semula. Aku tak nak sebut nama2.. nanti jadi aib sebab pendapat orang membaca ni berbeza. Kalau mereka terbaca.. harap setelah sekian lama sudi la maafkan aku yang hina ni. Kalau tak boleh pun takpe la.. Terpulang la. Aku pun malu jugak nak terhegeh2 setiap masa padahal puncanya cuma terasa hati pada kata2 aku yang di buat secara rambang hanya untuk satu isu je pun. Walau membuat status secara Umum & rambang di buat oleh ramai orang tapi entah kenapa aku rasa macam jadi salah je kalau aku yang buat. Maybe aku takde geng bisik2 kat online ni kot.. Jadi penyokong tegar takde. Aku jenis berkawan terus kalau tak dari komen2 kat FB atau komen2 kat blog. Nak berlanjutan sms,whatsapp,wechat bagai tu memang takde la. Mungkin tu juga salah satu sebab aku kurang sokongan jadi apa yang datang dari aku semua jadi dosa pada orang lain even orang yang rasa dosa sangat status aku tu pun selalu jer buat status secara rambang macam tu aku tengok ramai jer yang sokong & rasa betul.

Untuk yang baru berkawan.. terima kasih sudi berkawan dengan aku. Aku manusia jadi aku pasti akan buat silap jugak. Andai kelantangan ni memberi kesan sangat pada hati korang, aku minta maaf sebab aku pun sentiasa terkesan jugak dengan kelantangan orang lain tapi yang positif aku semat dalam hati yang mana negatif aku telan & jadi sisa kumuhan je.


P/S : bila berlaku salah faham aku selalu akan delete status atau komen aku yang aku rasa mengundang perbalahan tu untuk tak mengeruhkan keadaan. Kalau aku buat semua tu ketahuilah aku masih ada rasa hormat & anggap mereka sebagai kawan. Aku tak baik, sebab tu aku tak kisah untuk beralah & minta maaf.

** Ini entri yang aku draft beberapa hari yang lepas. Agak panjang.. Aku post sebab aku rasa sangat sesuai dengan keadaan yang berlaku sekarang.**

 P/S : Hari ke 35 (hari ni dah hari ke 37 sebab ni entri draft baru post).. MH370 lenyap dari pandangan kita. Lenyap tanpa tanda.. Lenyap bersama tanda tanya. Moga Allah membongkar semua rahsia menjawab semua soalan & memperlihatkan semua kenyataan.

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PASAL ENGKU EMRAN PUJUK ERRA,PEMINAT FASHA & ERRA PULAK BERGADUH

4/14/2014 01:08:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Kadang2 kelakar jugak dengan ragam peminat2 artis ni.. KeFanatik'an mereka menyukai atau membenci mana2 artis tu kadang2 rasa lawak yang pelik. Yelah mencetuskan isu pergaduhan pada isu yang sebenarnya takde kena mengena pun dengan topik yang diorang gaduhkan tu.

Benda ni biasa berlaku kat ruangan komen blog2 hiburan yang banyak cerita pasal gosip artis. Bukan benda baru. Macam tu jugak dengan peristiwa yang baru aku jumpa kat blog OhBulan tadi. Memang benda ni nampak takde apa yang best kalau peminat sesama peminat bergaduh cuma aku tergelak sikit bila terfikir Isunya Engku Emran nak pujuk bekas bini dia sehingga mendatangkan ketidakselesaan pada bekas bini tu.. Tup tup yang komen aku rasa dua2 lari topik.

Kan? Aku tak nampak apa kena mengena dengan topik yang depa ni gaduhkan.
Sumber OhBulan di edit oleh lekatlekitstory

Inilah padah bila berkomen terkeluar landasan.. Macam keretapi keluar landasan confirm jadi kemalangan macam tu jugak komen kalau terbabas dari isu yang di cetuskan atau di bincangkan memang boleh mengundang perbalahan atau pergaduhan. Cuba komen ikut isu yang di bangkitkan.. Kan senang. Takde la rojak sangat jadinya perbincangan tu.

Moral of the story.. Aku pun kadang2 terkomen yang terkeluar topik tapi tengok pada isu jugak la. Setakat isu santai yang berunsur gurauan ke, lawak ke tapi kalau membabitkan isu serius yang memerlukan pandangan & pendapat, Insya Allah sebolehnya aku suka bercakap berlandaskan isu yang di bincangkan & aku pun jenis ada kepantangan bila orang suka terkeluar dari topik semata2 nak tunjuk dia bagus, dia baik & dia hebat.

P/S : Hari ke 37 Pesawat Mh370 ghaib dari pandangan mata manusia. Doakan yang terbaik buat semua mereka yang terlibat tak kira yang hilang ataupun yang menyertai misi mencari & menyelamat. Ya Allah.. berilah petunjuk & petanda dimana mereka moga berakhir segala tanda tanya. Amin

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERTUDUNG TAPI JADI PENYEBAR VIDEO LUCAH

4/12/2014 08:14:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Tak pelik zaman sekarang ni sebab kebanyakkan yang bertudung lebih kepada berfesyen jadi tudung bukan mengambarkan sikap/sifat/perangai seseorang. Memang betul perempuan bertudung tu belum tentu baik tapi bukan semua la kan. Kang semua perempuan bertudung serang aku pulak.

Bila dah membawa imej bertudung.. perangai tu hope bertudung la sikit. Benda yang tak baik tu tak payah tunjuk terang terang sangat. Bukan kata suruh hipokrit, depan orang tunjuk baik belakang mengalahkan syaiton nirrojim tapi cover2 la sikit. Kisahnya.. den jenjalan kat FB. Isu tengah hangat sekarang selain isu tudung fareeda & isu prof Izzi yang di dakwa cabul pelajar dia tu.. tup tup muncul pulak isu dari satu video yang mula tersebar. Video tu katanya video seorang budak sekolah (perempuan) tengah cakap telefon dengan mak dia sambil berbogel. Menurut apa yang aku baca dari blog, katanya budak perempuan tu tengah menipu mak dia kononnya pergi beli buku teks sekolah walhal video tu merakam dia tengah berbogel dalam bilik hotel. Hujung2 video tu ada dengar suara lelaki yang dorang andaikan boipren dia ler.

Kat laman blog memang takde video tu.. just gambar yang di blur kat tempat2 memalukan. Tapi kat social media yang lain tu tak tau la kan tapi video tu memang wujud la kot. kalau takde mana datang cerita & gambar tu, kan. So, aku ni kalau datang mood rajin memang komen2 orang kat bawah link artikel tu pun aku baca. Saja tengok respond orang. Kadang boleh jadi ilmu kadang2 boleh jadi isu. kekekeke Pelik pulak sorang pompuan ni aku tengok. Siap bagi contact id social media dia lagi kalau sapa2 nak tengok video tu. Yang ramai komen lelaki.. yang minta pun lelaki. Tengok gambar bertudung bagai. Alih2.. dah jadi macam penyebar video lucah pulak.

Dah kau dapat, kau tengok & kau buat isu benda tu sudah la. Tak payah la kau nak menyebarkan video yang memaparkan real budak tu berbogel sambil berbual kat telefon dengan mak dia. Bukan orang rasa budak yang dalam video tu je tak tau malu, dengan kau2 sekali pun orang pandang macam takde maruah jugak. Apa yang dalam video tu orang tengok sama juga macam yang kita perempuan ni ada yer cik *tutttt*. Rasanya video tu pun bukan budak tu sendiri yang sebarkan mesti ada orang lain yang buat. Even dia buat benda tak baik pun, dia pun reti malu jugak. Takde nak sebar bagi orang sebarangan tengok tapi dah terlepas ke tangan orang2 macam awak tu maka makin meluas la penyebarannya.

Jadi moral of the story kat sini ada dua... Yang buat benda tak senonoh tu pun kena jadikan pengajaran yang tukang sebar video tak senonoh tu hope jadikan juga pengajaran. Dua perbuatan tu jugak di lihat kurang kemaluan & kurang baik di amalkan (Cakap kurang bermaruah nanti tacing sampai ke tulang sumsum pulak kan!!). Peace!

P/S : Even aku ada printscreen komen2 yang aku maksudkan tu tapi aku rasa tak perlu aku attach dalam blog. Entri ni biar di tulis secara Umum yang mana kalau ada sapa2 yang buat, dia akan terasa tapi tak merujuk pada seorang individu sahaja.Apa yang baik jadikan pengajaran yang buruk jadikan sempadan

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ISU TUDUNG FAREEDA & PROF IZZI MENCABUL BUAT KITA LUPA MH370 YANG MASIH HILANG

4/12/2014 03:03:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

15 hari pertama.. bertubi mesej #prayforMh370.. Sana sini orang mendoakan. Semua seakan akan merasa kesedihan. Semua menanti jawapan.. Namun hari ini 35 hari kehilangan. Dah makin tiada lagi doa untuk mereka yang hilang bersama MH370. Tiada lagi kata2 doa, semangat & prihatin.

Yelah.. tak boleh nak salahkan sapa2 kalau mereka sudah melupai MH370 walau masih hilang walau masih tiada jawapan apa yang berlaku. Itu hak masing masing.. Yelah.. kita sendiri pun ada tempoh kritikal bila berdepan dengan kesedihan, kehilangan atau kematian & beransur2 pulih & akhirnya kita melalui kehidupan & rutin hidup seperti biasa juga.

Nak2 lagi dalam Isu MH370 yang masih belum selesai datang pulak isu hangat lain macam isu tudung fareeda di ciplak & isu seorang pelajar UiTM buat laporan polis mendakwa di cabul oleh seorang prof & pakar motivasi terkenal. Bila kita tumpu pada isu lain.. sedikit sebanyak buat kita lupa sekejab pasal isu yang masih belum selesai. Aku tak kata benda tu jadi salah atau jadi dosa.. Aku cuma cakap apa yang berlaku & terjadi je.

Sumber gambar dari google tapi di edit lekatlekitstory

Apapun isu yang menenggelamkan Isu besar kehilangan MH370.. Jangan lupa mereka, ahli keluarga mereka, pasukan keselamatan yang masih terlibat dalam misi mencari & menyelamat masih mengharapkan doa2 dari kita. Teruskan berdoa sehingga Allah memakbulkan doa2 kita untuk melihat kebenaran apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kehilangan misteri MH370 yang langsung tiada tanda atau petunjuk sehingga hari ini. Yang ada cuma teori, spekulasi & andaian sahaja.

Semoga Allah membongkar kebenaran yang selama 35 hari ini di sembunyikan. Semoga semua mangsa berada di tempat terbaik.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KENYATAAN PROF IZZI DI FB BERHUBUNG ISU CABUL PELAJAR SEBENARNYA BUKAN DARI DIA

4/11/2014 01:37:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

Sebab aku pernah printscreen & post kenyataan yang aku ambil dari Fanpage Prof Izzi ni maka aku rasa bertanggungjawab untuk sebarkan balik benda ni. Kat bawah ni adalah kenyataan Prof Izzi tentang salah satu komen yang menyamar sebagai beliau.. Beliau dah  jelaskan komen tersebut bukan di muat turun oleh beliau.


Statement yang di maksudkan Prof Izzi tu adalah komen ni yang den share semalam & menjadi sedikit kontroversi pasal isu ciplak.. Hahahah.. ala2 kes tudung preedah la pulak. Kiranya kesilapan ni adalah dari aku sendiri la sebab kurang teliti sebelum post. Mari kita lihat apa kesilapan aku tu untuk sama2 jadikan pengajaran.

Statement yang di kotakkan dengan line merah tu maybe la statement yang di maksudkan prof Izzi pada status di atas. Ni kesilapan den yang patut semua jadikan pengajaran kalau ikutkan nama profile tu memang ejaan dia lain skit. Yang original prof tu takde doube F tapi yang fake ada double FF.. Dan ejaan dia yang banyak short tu pun agak lain dari cara prof izzi menulis.kalau pandang seimbas lalu memang nampak macam sama tapi sebenarnya tak serupa. Maafkan saya prof ini memang silap saya.

Jadi sebab  aku ada tulis pasal tu semalam maka aku nak betulkan balik dalam entri ni.  Apapun.. Kita tak payah jadi nujum untuk tilik siapa betul siapa salah bagi yang tak tahu apa2... Kita tunggu je selepas siasatan di jalankan. Sapa salah tetap akan terima balasan.. kalau kat dunia lepas, kat akhirat mustahil boleh terlepas. Peguam kiri kanan tu tak boleh nak sogok2 dengan harta dunia. Peace!

P/S : perasan tak watermark cikai2 aku buat. Hahahaha... protect la sangat.

**Hari ni hari ke 34 pesawat MH370 masih hilang. Teruskan berdoa semoga dalam apa juga keadaan bukti tentang pesawat MH370 agar segala soalan apa yang berlaku pada mereka semua berjawapan pasti bukan lagi andaian,teori atau spekulasi. Doakan semoga Malaysia tidak berada dalam ancaman seperti yang sedang di sebarkan dalam spekulasi2 yang ada. Doa moga kita semua di lindungi Allah SWT dari segala malapetaka, bencana atau kejahatan manusia jin & syaitan. **

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PESANAN BUAT BLOGGER KALAU AMBIL GAMBAR ORANG JANGAN LETAK WATERMARK SENDIRI

4/10/2014 04:08:00 PM suria lekatlekit 20 Comments

Walaupun benda ni remeh tapi kesan pada blog kecil kecilan macam I ni besar jugak. Yelah.. kita buat kerja.. alih2 orang lain dapat nama & hasilnya. I ni bukan la kedekut sangat.. Ambik je la apapun dari blog I. Tapi bagi la sedikit upah. Bukan kena bayar dengan duit.. Letak la backlink blog I ni.. Sama2 merasa la kan. Yang buat kerja merasa yang malas pun dapat.

Alkisahnya... Bukan la nak memburukkan sapa2. Yelah.. bila terbaca satu entri kat satu blog ni.. eh.. eh.. ni tak silap gambar yang aku printscreen & attach dalam entri aku tadi. Hati senyum la bila tengok ada link credit untuk ke sumber asal. Bangga dengan hidung kembang kempis aku clik.. Ingat blog aku la kan... Rupa rupanya.. Blog yang agak pemes lain yang dapat backlink sebab blog yang aku baca tu ambil sumber dari blog tu bila aku clik blog tu amboi siap watermark blog dia lagi.

Gambar ni di culik dari entri den yang ni >> Prof Izzi << den yakin la gambar tu den punya kalau den yang printscreen crop & save untuk jadikan sumber kat blog ni. Mustahil la time printscreen tu sama kalau gambar sama pun, kan??

Alahai dik.. tak elok tau buat macam tu. Ingat senang ke akak nak baca satu persatu komen yang beratus untuk dapat 1 komen yang menjadi sumber cerita tu. Kau malas.. kau main curi siap letak label jenama kau. Tak elok la macam tu. even perkara ni nampak macam remeh tapi soal kerja orang lain jangan pandang remeh. Akak pun ambil dari sumber orang lain akak mention tau.

Jadi pada semua blogger.. Hope berblog la secara berhemah. Jangan curi hasil kerja orang macam tu je. Tak minta izin pun takpe.. Tapi link kan balik ke sumber asal. Bukan susah. Orang yang tengok pun tak kecik hati sangat. Blogger kecil kecilan pun ada perasaan jugak tau!!

Ini sekadar teguran & peringatan buat kita semua.. Tak berniat nak jatuhkan mana2 pihak. Peace!

P/S : Jadikan pengajaran.. apa juga hasil kerja sendiri nak attach kat blog sila buat watermark supaya tak berlaku kejadian macam ni.
P/S : Pemilik blog ni dah minta maaf, so sejuk hati akak dik. Tapi entri ni tak di padamkan sebab entri ni sebagai pengajaran & peringatan pada orang lain.

20 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LUAHAN HATI PROFF IZZI SELEPAS RAMAI PULAK YANG MENGAKU DI CABUL WALAU HANYA SEORANG MEMBUAT LAPORAN

4/10/2014 01:27:00 PM suria lekatlekit 6 Comments

Aku ada baca jugak pasal tuduhan meraba student yang di dakwa di lakukan oleh seorang profesor & seorang pakar motivasi yang agak terkenal kat Malaysia yang suara dia dulu kita selalu dengar kat radio era kalau tak silap. Semua orang pun rasanya tahu siapa yang di maksudkan & apa kes yang sedang hangat di perkatakan.

Laporan polis di buat oleh seorang pelajar perempuan yang mendakwa di cabul oleh prof tersebut. Macam2 la tohmahan si prof ni kena. Sampai sekarang dia masih tak bagi apa2 statement membela diri.. samada menyiakan atau menidakkan perbuatan tersebut.

Aku bukan la nak cakap sapa betul sapa salah.. tapi aku suka tengok bila ada kes - kes tuduhan macam ni tersebar.. mesti datanglah cerita tak berbukti.. untuk mengiyakan tuduhan tu. Contoh macam ni.. Saya pun pernah dengar orang cakap sipolan tu memang perangai dia macam tu.. Ingat dah insaf rupanya tak taubat lagi... Saya pun student kat situ, ada boipren pada kawan kepada kawan kepada kawan saya cerita dia pun pernah kena raba dengan prof tu. Tu dia.. gigih ni nak cerita benda yang dia sendiri pun tak tahu sejauh mana betul & sahih sebab sorang buat dakwaan macam tu.. Maka ramai lagi la mengaku pernah dengar cerita la.. pernah kawan kepada 10 kawan lain pernah kena la.. kawan kepada bekas kawan kepada kawan sipolan pernah cerita la... Tapi yang mengaku & mendakwa di cabul cuma sorang tapi bila timbul isu ni banyak pulak pengakuan yang tak berbukti & sahih di sebarkan.

Aku tak kata Prof ni bersalah atau tak bersalah ok. Aku sendiri pun tak tahu cerita sebenar cuma tu la kan... macam aku cerita kat atas, bila tersebarnya satu perkara mengaibkan seseorang akan muncul la statement yang mengiyakan perbuatan tersebut biarpun pengalaman yang depa dengar dari mulut orang lain bukan depa sendiri yang kena.

Ini pulak antara luahan hati Prof Izzi bagi menjawab semua tuduhan pada dia...

 Sumber dari Fanpage Proff Izzi

Setakat ni hanya orang2 berkenaan & Allah sahaja yang tahu siapa betul siapa salah, so kita tak payah jadi pinggan tambah. Percaya & yakin kebenaran takkan pernah berubah atau boleh di ubah walau cuba di betulkan sekalipun. Yakinlah Allah bersama orang2 yang benar. Statement ni tak semestinya aku kata prof izzi tak bersalah atau budak perempuan tu tak bersalah. Aku cakap untuk siapa yang tak bersalah sebab aku tak tau sapa yang salah & tak jadi aku tulis secara rambang je. Hope takde salah faham

P/S : Masuk hari ke 34 Pesawat MH370 bersama anak kapal & penumpang hilang tanpa ada tanda samada terhempas atau di rampas atau apa2. Yang masih ada cuma spekulasi & teori.. Doakan untuk mereka moga Allah membuka jalan & kebenaran. Moga dalam apa juga tanda, mereka dapat di jumpai.

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DESIGN TUDUNG SEKARANG LEBIH KURANG SAMA JER, TAK TIMBUL ISU CIPTA ATAU CIPLAK

4/09/2014 02:35:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Bangun pagi bila online jer terpinga2 pasal isu ciplak tudung jenama terkenal & mahal. Nak saman pengeluar tudung ciplak jenama terkenal & mahal dia. Ramai rupanya.. rasa tindakkan pengeluar tudung jenama terkenal & mahal ni agak kejam. Katanya.. tudung semua dari asas bentuk yang sama.. tak timbul isu ciplak bagai. Lagipun dua2 bisnes tu dari orang melayu beragama Islam yang nak mengangkat & mengalakkan orang berpenampilan muslimah.

Tu kata2 dari komen yang aku baca la... Tapi bagi aku isu cipta kemudian di ciplak ni macam isu yang takkan boleh di bendung pun. Apa juga barang.. apa juga jenama.. apa jugak fesyen.. apa juga design atau apa jer perkara kalau ada yang cipta.. dah pasti ada ciplak. Berblog pun sama.. ada yang mengarang ada yang copy paste jer tetap di panggil blogger even sorang bukan kerja perah otak sorang buat kerja ciplak. Manusia & hidupan dalam dunia ni ciptaan Allah pun ada orang ciplak hasil kejadian Allah ni.. buat klon ni klon tu.. Ni pulak hasil ciptaan tangan manusia. Apa nak pelik dengan Allah pun manusia tak takut inikan dengan manusia.

Isu tudung terkenal & mahal tu di ciplak.. Aku setuju dengan 1 komen ni aku tak ingat siapa.. Dia kata bila orang mula mencipta barangan tiruan dengan jenama yang sama.. pada masa yang sama membawa jenama besar itu untuk di perkenalkan sekali. Tu antara kebaikkan yang jenama terkenal & mahal tu dapat. Tapi keburukkan dia mungkin jenama yang sama tapi kualiti tu tak sama maybe akan membawa kesan negatif jugak pada jenama tu.

Tapi isu dalam mengangkat fesyen yang katanya fesyen muslimah tu.. Tak payah la saman juta2 sangat kot. Bentuk tudung ni semua sama.. beza design & corak jer kot. Ada yang macam kuih lapis berlayer & bermacam2 kaler.. ada yang sewarna berbatu bata... ada yang bertone warna warni macam pelangi.. ada yang macam taman bunga.. ada yang macam singa, harimau bagai.. Tak payah nak cop hak cipta terpelihara sangat la. Anggap macam kita cipta resepi untuk orang lain cuba sudah... Resepi sama, tukang masak berbeza rasa pun mustahil sama kan even dari resipi yang sama. Sebenarnya pi mai pi mai design & bentuk tudung semua jenama pun macam lebih kurang sama jer.. ubah sikit2 corak, warna, letak diamond, labuci,manik bagai sikit untuk nampak berbeza sikit dengan yang sedia ada. Takde istilah isu hak cipta terpelihara kalau tudung ni.


Dua jenama terkenal. Taknak mention jenama mana.. salah satu jenama yang tengah kontroversi sekarang.. satu lagi jenama yang terkenal jugak. Tak jauh beza sangat pun design dorang, kan?? SO takde isu ciplak bagai sangat

Jadi pada jenama terkenal & mahal tu sebelum menyaman pihak yang katanya ciplak tu cuba kaji balik semua tudung2 anda yang anda jual selama ni.. adakah takde sikit pun menciplak dari jenama lain? Kalau betul2 takde.. teruskan saman. Kalau rasa macam ada.. sila malu sendiri. Peace!

P/S : Mereka sibuk saman menyaman sampai terlupa hari ini hari ke 33 MH370 lenyap,senyap tanpa khabar berita. Betapa.. tiada nilai harta dunia bila menghadap kehilangan tak bertanda kerana tiada nilai mampu di bayar untuk mencipta kembali perkara yang menjadi kenangan. Marilah kita doakan buat mereka,agar misi mencari menyelamat menemui mereka atau tanda dimana mereka berada. Doakan buat semua mereka yang terlibat dalam misi ini, kerana mereka juga bertarung nyawa hidup & mati dalam misi tu. Moga Allah membuka jalan & kebenaran.

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

10 PERKARA YANG ORANG TAK SUKA PADA PENIAGA ONLINE

4/08/2014 02:08:00 PM suria lekatlekit 17 Comments

Ramai orang yang meniaga secara atas talian atau online ni masih tak tahu atau sesaja buat tak tahu apa yang boleh & apa yang tak boleh.. apa yang orang suka & apa yang orang tak suka mereka buat bila mereka mempromosikan barang/produk jualan mereka.

Even benda ni dah biasa sangat orang merungut, mengeluh,marah,maki bagai tetap masih berlaku & rasanya akan terus berlaku sampai bila2. Tapi tetap den nak tulis jugak la untuk yang baru2 nak berjinak2 dalam perniagaan online tahu pasal ni. Benda2 korang tak harus buat adalah

Gambar carian google

  1. Jangan suka2 hati tag orang produk/barang yang korang jual kecuali di minta berbuat demikian.
  2. Jangan suka2 nak post kat Timeline orang. Nak post apa apa kat wall sendiri sudah.
  3. Jangan tag/post produk/barang dengan pengedar/peniaga yang juga jual benda yang sama. Depa anggap hangpa nak potong line nanti.
  4. Kalau pasarkan barang/produk secara online pastikan ada masa nak jawab pelanggan secara online jugak. Jangan sekadar tempek barang kat FB/Instagram bagai.. apa2 nak kena sms/wechat/whatsapp bagai sebab bukan semua orang ada aplikasi tersebut. Sms pun kadang2 orang tak suka sebab jarang topup. Jadi kena ada masa untuk melepak kat medium korang promosikan produk tu untuk jawab pertanyaan pelanggan.
  5. Ni yang takde penyelesaian.. Tak letak harga. Nak tau semua kena PM bagai. Mungkin ada banyak faktor peniaga online buat macam ni.. salah satu faktor sebab persaingan tapi dengan sedihnya terpaksa saya katakan.. ramai pelanggan tak suka konsep ni.
  6. Suka kondem produk orang lain & angkat produk sendiri. Kau jual produk kau & cerita kebaikkan produk kau sudah la.. Tak payah nak mention produk orang lain yang kononnya tak setanding & sesihata atau sehebat produk kau.
  7. Mulut jahat. Jual produk sambil menyindir orang yang tak beli produk dia. Nak2 lagi yang jual produk kesihatan ni. Cakap macam semua orang mampu guna produk dia jual. Bila yang tak mampu beli tu dok perli2 konon tak sayang diri la.. tak sayang laki/bini la.. tak sayang anak bagai la. Kalau semua orang mampu, rasanya bukan takat dia jadi pembeli maybe dia jadi pengedar jugak kot kalau dah terlampau bagus sangat produk kau jual tu.
  8. Testimoni yang melampau tak kira bergambar atau bertulis. Kebanyakkan produk kesihatan dalaman la. Nak2 lagi produk ketat metat ni.. Kalau yang bergambar tu segala kotoran degil atau segala masalah kat bahagian tut tu di upload. Yang berbentuk cerita lagi dahsyat.. setiap inci apa dia buat & rasa dengan pasangan dia semua nak cerita. Yang menjual ni pulak.. macam hilang kemaluan dah yang penting UNTUNG. Bukan semua orang boleh terima. Dan ini memang jadi rungutan ramai orang.
  9. Naikkan status memperli atau mengutuk pelanggan yang bertanya macam2 tapi tak beli pun.Yelah.. jenis nak tanya harga pun kena PM, tu tak tanya lagi status halal, KKM bagai. Tup2 tanya harga dah di luar kemampuan.. status halal & KKM di ragui.. macam mana nak beli.
  10. Yang main jual je produk entah dari mana datang tanpa ada status halal & KKM.. bila orang tanya menipu status atau paling trajidis kita pulak kena marah balik. Tu pun orang tak suka jugak.. 

Jadi cukup la 10 perkara yang den senaraikan tentang apa yang orang tak suka pada sesetengah peniaga Online ni buat. Kalau korang ada nak tambahkan senarai.. boleh tinggalkan kat komen. Pada peniaga online hope takde yang tacing sampai nak emo2 kat status masing2. Terimalah hakikat & terima sebagai satu teguran positif yang nak memajukan lagi perniagaan korang. Peace

P/S : Hari ke 32 sudah.. Pesawat MH370 bersama anak kapal & penumpang masih tiada langsung petunjuk. Ping sana Ping sini.. serpihan sana.. serpihan sini.. Tapi akhir cerita tak juga dapat di kesan. Allah masih mahu mendengar rintihan doa kita. Jadi teruskan berdoa moga Allah membuka jalan untuk mereka semua di temukan.

17 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SAKINAH ISTERI KEDUA ASYRAFF MUSLIM DAH BERSALIN JANGAN HENTAM DIA ATAS KHABAR NI

4/06/2014 02:48:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Ada terbaca tadi.. Katanya Wan Sakinah isteri kedua kepada pelakon Asyraff Muslim dah selamat melahirkan anak pukul 11.50 malam tadi.

Alhamdulillah bayi perempuan menjadi anak sulung kepada pasangan tersebut & jugak anak sulung Asyraff muslim la. Berita pasal sakinah bersalin ni dah tersebar kat blog2 hiburan.. laman sosial bagai..


Hope takde la peminat peminut pembenci bagai nak hentam2 sakinah lepas ni. Kesian dia... Semua manusia buat silap. Jangan hanya satu kesilapan dia yang lalu kita hukum dia sepanjang hidup sedang Allah pun maha pengampun, kita manusia pulak lebih2. Kalau dia upload gambar baby dia ke tak payah la nak judge dia macam penjahat sangat. Kita dapat anak pun teruja bagai nak rak.. Macam tu la jugak dia kan even dia pegang title bini nombor dua pun tetapi dia pun manusia macam kita.

Si comel sakinah & asyraff
Sumber Rotikaya

Moga Dayana juga bergembira dengan lahirnya puteri sulung zuriat suaminya. Insya Allah Dayana...  Satu hari mungkin Dayana pula akan di beri rezeki untuk itu. Moga mereka beroleh kebahagian & rezeki. Tahniah sakinah, asyraff & dayana. Semua depa dah dapat title mak & bapak orang termasuk dayana walau dapat anak tiri pun.

P/S : 30 hari sudah.. MH370 masih dalam pencarian.Moga ada petunjuk & jalan untuk semua mereka di temukan. Jangan berhenti berdoa. Semoga Hari ini ada khabar gembira

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com