ULAT MULONG/SAGU MAKANAN EKSOTIK ORANG SARAWAK YANG HARAM DI MAKAN

4/22/2014 01:37:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Kalau ada yang tak tahu ulat sagu @ ulat mulung tu apa, meh sini nak intro sikit. Alahai ulat yang motok2 warna putih kuning yang menjadi makanan popular sesetengah kaum kat Sarawak. Alah.. takkan tak tahu ulat tu popular kot. Tak pe kalau tak tahu jugak meh tengok gambar kat bawah ni.

Ni la rupa ulatnya

Alkisahnya... Dalam 2 3 hari lepas kot tertengok rancangan Supper yang pengacara dia retis muda yang suka lentok liuk ala2 ella bagi aku.. siapa lagi kalau bukan kaka. Tak kenal kaka?? Takpe nanti kita tunjuk rupa kaka. Alah yang duet dengan zizan razak lagu bawa daku pergi ke hapa tajuknya. Lebih kurang camtu la tajuk lagu dia. Berbalik pada rancangan supper tadi di akhir rancangan tu ada cabaran makan ulat sagu @ mulong ni.. So, dalam rancangan tu konon dia was was la nak makan then dia call sorang ustaz untuk penjelasan. Ustaz tu menjelaskan hukumnya haram bagi Umat Islam makan ulat sagu @ mulong ni. Erkkk... selama hari ni sumpah aku tak tahu ulat ni haram di makan!!
Ni la kaka penyanyi & pengacara rancangan supper tu (sumber google)

Jangan tuduh aku tak pernah makan pun ulat ni.. Kalaupun halal tak tergamak aku nak suap kemudian kunyah2 penuh nikmat dan telan. Muntah pelangi jadinya... hahahaha. Yang aku jadi was was ni bukan apa sebab aku pernah tengok rancangan makan2 jugak. Tajuk rancangan tu aku tak ingat tapi artis yang makan ulat tu aku still ingat tapi taknak sebut siapa. Yang pasti mereka bertiga beragama Islam. Siap masak kicap lagi kau. Kira cabaran makan ulat tu la. Ada tu kata sedap. Takkan sebelum dorang pilih ulat tu sebagai menu dorang tak periksa dulu status kehalalan makan ulat tu?? Main hentam kromo je makan... aduhai.


Jadi pada semua umat Islam tak kira anda dari bangsa atau suku kaum apa.. Ingat yer hukum makan ulat sagu @ mulong adalah haram. Jangan sesekali korang nak try test pulak. Banyak lagi makanan eksotik lain yang halal lagi sedap tak perlu nak extreme sangat kunyah ulat tu.

P/S : 46 hari sudah ia hilang & masih hilang. Terus doakan buat semua mereka yang terlibat. Moga Allah membuka jalan agar yang menjadi rahsia di bongkar. #praythebestforMH370

11 comments:

  1. oooo.....baru tau. Ingat dulu mcm boleh makan je.

    ReplyDelete
  2. elok pulak gemok2 ulat tu ye...apalah rasanya kan...kaka tu ank buah si ella..pasal tu manja dia mcm ella..hehehehe....

    ReplyDelete
  3. kalaupun halal tak mungkin akak nak makan..heheh..ish..geli!

    ReplyDelete
  4. saya dah lama tahu pasla ni cik lekit
    ustazah saya penah cite
    yang artis tu mungkin kurang arif kot

    ReplyDelete
  5. Buat umpan pancing ikan, lagi best.

    ReplyDelete
  6. tak penah lg teringin makan ulat ni..hahaha

    ReplyDelete
  7. Salam Mami Lala..

    huhu..tak tau pasal status ulat mulong ni.. haram rupenye.
    tp kalo jenis ulat2 ni pun idok le teman nk menelannye.. erkkkk @_@

    ReplyDelete
  8. Eh...budu tu halal x??budu d buat dripada apa ek??mcm mana proses budu??dlm islam d haramkan makan makanan yg sudah rosak kan??

    ReplyDelete
  9. Ulat ni memang boleh makan...x haram...yg buat ustaz tu ckp dia harap sbb dia geli kot...ulat ni x makan bangkai..dia makan bahan semula jadi je...x kotor..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com