5 JENIS PENGOMEN YANG KITA AKAN JUMPA DI BLOG

5/19/2014 08:53:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Aku nak tutup sat cerita pasal retis...  Berderet sangat kot entri pasal retis dah macam blog ROTIKAYA la pulak. Kita cerita pasal dunia blog pulak la. Yelah.. kalau hidup di selubungi Blog harus la kita lebih tahu apa yang berlaku dalam dunia blog kan? Tak nama blogger la kalau tak amik pot pasal dunia, ye dak??

Bagi blog2 yang membuka ruang komen untuk orang tinggalkan komen mesti jumpa perkara2 ni dalam komen2 korang. Ada macam2 jenis komen & macam jenis perangai si pengomen. Terus terang aku memang dapat detect ramai.. erkk.. tak la ramai tapi ada la jugak jenis pengomen yang macam ni..


Carian Google
1. Baca tajuk entri & komen
2. Baca entri separuh jalan & komen
3. Baca entri seimbas lalu tak paham pun apa orang cerita & komen.
4. Tak baca pun entri tapi tetap tinggalkan komen.
5. baca entri, faham & komen

5 jenis pengomen ni kat mana2 blog pun Insya Allah boleh jumpa. Yang ke 5 tu tak perlu jadi isu & pertikaian la.. depa memang golongan yang ikut rules.. baca, faham & baru tinggalkan komen. Yang jenis 1 hingga 4 ni... kadang2 spesis camni depa ingat orang tak dapat detect depa sebenarnya tak minat pun nak baca entri kita just berminat nak tinggalkan komen @ tinggalkan jejak je sebab tu kadang2.. komen depa berunsur soalan yang jawapan dia kita dah tulis dalam entri... komen yang lari topik perbincangan.. & komen yang takde kena mengena dengan topik perbincangan. Yang paling sadis komen dia cuma tinggal link blog dia jer. Tu dah confirm dia tak baca entri.

Apapun jadikan pengomen yang berhemah.. kalau betul nak join berkomen, ikhlas la sikit. Kalau betul memang tak minat entri tu atau takde mood nak baca tak payah la tinggalkan komen. Bukan apa.. silap komen buat malu diri sendiri jer. Bukan ada orang paksa pun kita baca entri tu. Apalah sangat dok kejar traffic.. tinggalkan komen semata mata nak orang datang berkomen kat blog kita balik. Rasanya tak perlu la terdesak sampai macam tu. Kalau cerita/info/bahan blog kita tu best, Insya Allah mesti ada orang baca punya blog kita.

Moral of the story kadang2 kita rasa kita bijak untuk menipu tanpa sedar kita sedang perbodohkan diri. Jadi.. Kalau betul nak komen sila baca even tak larat nak telaah entri panjang lebar at least pahamkan apa yang orang tulis sebelum komen. Peace!

P/S : Tak merujuk pada spam komen yer.. 
P/S : adakah korang antara 4 jenis pengomen tu... kekekekekkee. takpe tak payah ngaku

9 comments:

  1. indeed kak. kadang2 ade yang lari tajuk bila komen tu huhu.

    ReplyDelete
  2. hahaha..betul sgt la tu..tp aku lebih jenis baca dulu dan komen..kalau tak paham dan minat nak paham akan komen jugak untuk nakkan pencerahan..tapi takkn komen sebarangan la..lebih baik just sebagai silent reader je..hihi

    ReplyDelete
  3. waakakaka...comentator rules..walaupun kadang2 sakit hati tgk komen..tapi, tak dinafikan mmg buat jugak 1-4 tu..hahha.. Ye, sy mengaku jujur ikhlas ni..hihi :P
    Bw sini ya

    ReplyDelete
  4. kadang2 baik dok baca diam2. hehe

    ReplyDelete
  5. insyaAllah...so far masih larat baca dan faham..hehehehehe...
    mungkin budak2 baru nak naik ni...tu yg malas bc..trs komen jek

    ReplyDelete
  6. salam mami lala..

    hahahah.. YA..dimengakukan.. kesemua lima2 tu cma pernah buat.. kekekeke... :p

    ReplyDelete
  7. entah apa tujuan sebenarnya dia komen tu..kan??sedangkan komen nya kelaut.....heheh..kalau tak komen pun tak berdosa.dari pada kita komen yang bukan2 ..:)

    ReplyDelete
  8. selalunya saya baca entry kat blog2 yg saya singgah tapi jarang sangat saya drop komen

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com