BEZA ANTARA KICAP MANIS ABC GUNA BOTOL ARAK (TIRUAN) DENGAN YANG ORIGINAL

5/29/2014 02:06:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Manusia zaman sekarang semua nak kena suap malas nak selidik sendiri tapi yang rajin buat kontroversi. Memandang aku tengah rajin & ramai pulak dok bangkitkan isu kicap sause manis ABC yang katanya guna botol arak dok minta aku jadi detective conan pulak menyiasat perkara ni maka berbekalkan botol kicap sause manis ABC kat rumah aku yang ada sebotol tak guna lagi aku belek2 la sekejab sambil google tengok rupa botol kicap abc yang tiruan katanya guna semula botol arak.

Setelah hasil pembelekkan aku.. Sekali pandang pun memang jauh beza. Tak semestinya nama sama rupa pun sama ye dak?? Dari segi bentuk botol.. design label yang tampal kat botol tu.. sale kat penutup botol memang beza walau kicap sama hitam yer.. Yang mana tak tau mana satu kicap sause manis ABC yang original dengan tak meh sini aku nak tolong bagitau. Ni kira suap kemulut terus..  kalau tak nak amik tahu lagi tak tau la. Takkan nak taip info terus ke otak korang lak kan??

First rajin sikit baca kat label botol tu. Make sure keluaran Heinz. Lepas tu meh sini aku nak tunjuk perbezaan antara kicap sause manis ABC yang original dengan yang tiruan.


 Yang tiruan tu aku cari kat google yang original tu aku snap botol kicap aku jer. Kat bahagian bawah botol kicap tu tertulis jenama kicap ABC tu kat kat tepi botol bahagian bawah tu tak tau code apa tapi yang original tulis 24  F yang tiruan tu tak sure tapi panjang jugak tulisan dia.

Kalau korang perasan sale yang tutup bahagian atas botol kicap yang tiruan tu warna putih sedangkan yang original (rujuk pada gambar yang mula2) sale dia transparent & ada tulisan ABC kat situ.

Senang sangat nak bezakan.. bagi yang tak pernah beli maybe jadi masalah jugak kadang2 nak beli sebab tak tau mana satu original mana satu tiruan kan? Jadi moga dengan entri ni bagi info pada korang.

P/S : Ok bagi orang2 yang dok nak sangat aku tulis isu pasal kicap ABC guna botol arak tu hope dah puas hati. Nama pun tiruan.. so, jangan terpadaya. Entri yang sebelum ni berkenaan kontroversi pasal kicap ABC ada cicak korang boleh baca sini BACA NI SEBELUM PERCAYA KES CICAK DALAM BOTOL KICAP ABC

14 comments:

  1. saya memang suka kicap ABC ni sedap..
    bila ada spekulasi macam2 memang agak seriau..

    ReplyDelete
  2. salam mami lala..

    oo.. jauh beza rupe botolnye..tp sellau nmpk kat kedai, botol panjang tu.. bahaya.. bahaya..

    ReplyDelete
  3. Senang je..belilah produk pengeluar muslim .kita kan dah ada byk alternatif..

    ReplyDelete
  4. Senang je..belilah produk pengeluar muslim .kita kan dah ada byk alternatif..

    ReplyDelete
  5. Dari duk qatar akk dah mkn sos ni. Sos dr indonesia ni mmg dulu kami beli kedai indon. Blk sini setahun tup2 kluar iklan kat tv skrg meletop org kita pun suka sos ni.

    Ank2 akk je layan kicap ni. Biasa beli botol plastik yg kecik tu je la

    ReplyDelete
  6. jarang beli kicap nie...but nice sharing...

    ReplyDelete
  7. Akak tak pernah beli kicap ni..kicap memang jarang2 nak ada kat rumah ni..heheh..ketara sangt botol tiruan dan origanal tu..berani diaorang ciplak walaupun terang2 produk tu tiruan..

    ReplyDelete
  8. saya tak pernah beli
    tapi zaman sekarang semua benda ada fake kan

    ReplyDelete
  9. Suami sy memang suka makan dengan kicap ABC ni..memang selalu ada kt rumah

    ReplyDelete
  10. PERHATIAN SEMUA! Cuba tengok Official Website HEINZ ABC di sini http://www.heinz.com/our-food/products/abc.aspx
    Sebijik aje rupanya macam yang dikatakan tiruan tu! Yang mana satu betul ni?

    HEINZ pulak senyap aje... xde nak komen apa-apa ke?

    ReplyDelete
  11. Salam, Saya ada terjumpa Gambar Kicap ABC ni di Website rasmi HEINZ di sini:
    http://www.heinz.com/our-food/products/abc.aspx

    Macam sama aje dengan yg didakwa tiruan tu! Yang mana satu betul ni?
    HEINZ pulak xde keluar apa-apa statement pun... macam x kisah aje!.
    X macam Cadbury hari tu kan? Ada apa-apa yg disembunyikan ke?

    ReplyDelete
  12. Macam mane dgn botol kecik..sy bru je beli ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari logo tu pun dah nampak perbezaan tak kira botol kecik atau besar. pastikan produk keluaran heinz

      Delete
  13. Kicap Manis ABC tu Indonesia punya...dah bepuluh" tahun drang guna botol yg di katakn tiruan tu...
    Sbb ada bberapa hal yg tak suka barang" indonesia di jual di malaysia sedangkan banyak yg suka maka HAINZ letak Logo drang pada brand kicap tu...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com