BILA ADA MANUSIA LAGI BODOH DARI ANJING

26.5.14 Suria Lekatlekit 7 Comments

Serius.. aku memang tak boleh terima atau tengok manusia mengejami haiwan tak kira haiwan yang haram di sentuh umat Islam dalam keadaan tertentu macam anjing ataupun babi sekalipun. Mungkin sebab aku membesar dengan berkongsi hidup dengan haiwan even aku takde la bela babi @ anjing dalam rumah.. aku bela kucing yang ramai jer. Boleh tidur satu tilam.. satu selimut bagai.

Hari ni terbaca satu isu kat Beautifulnara pasal petisyen yang di buat lebih dari 100,000 pencinta haiwan yang nak hamba Allah yang memanah anjing buta tanpa sebab musabab tu di ambil tindakkan. Macam biasa la kita boleh jumpa macam2 komen bijak jugak tak kurang komen terbodoh untuk cuba membetulkan apa yang salah. Standard la kalau dia dah tak suka haiwan tu... baik macam mana pun takkan mampu buat dia rasa sayang apatah lagi bersimpati. Biasa la jenis manusia yang rasa Bumi Allah ni macam milik dia yang bernama manusia jer.


Komen terbodoh aku baca hari ni adalah komen dari sorang mamat ni tentang isu tu. Apa ke bodoh kau dah nampak anjing nak serang budak kau boleh tunggu sampai dia serang. Banyak kaedah kau boleh guna.. kalau ko was was sangat even anjing tu cuma tumpang lalu depan pintu pagar umah ko.. ko halau je lah. Confirm dia lari. Tak perlu kot kau jumpa anjing terus nak siksa atau bunuh dia tanpa sebab. Haiwan ni kebanyakkan takkan menyerang kalau dia rasa tak terancam. Lagipun dalam Islam pun tak kata jumpa anjing terus bunuh kot. Malah kita patut mengasihi sesama makhluk even kita tak boleh sentuh dia dalam keadaan tertentu tak bermakna kita boleh aniaya apatah lagi membunuh dia sesuka hati atas alasan dia haiwan yang berisiko bertindak ganas. Bergantung pada keadaan untuk kita bertindak. Samada perlu menyakiti dia atau membunuh dia untuk melindungi diri atau sekadar menakutkan dia supaya dia jauhkan diri dari kita. Tu pun sebagai manusia berakal kau tak boleh fikir ker??


Macam mana kau jual insurance kalau benda2 camni pun kau tak boleh fikir. Kau patut tunjukkan perikemanusiaan kau bukan tunjukkan kebodohan yang tak sepatutnya manusia macam kau miliki.Aku pun rasanya tak jugak berapa berani nak suka2 pi beramah mesra dengan anjing. Yelah.. kita membesar dengan di ajar anjing tu tak boleh sentuh.. jadi nak dekat pun kita rasa was was tapi takde la sampai hilang perikemanusiaan aku. Masih ada simpati bila aku tengok haiwan2 ni di aniaya.. di siksa apatah lagi di bunuh. Even yang lapar pun aku masih rasa keinginan nak bagi depa makan atas rasa simpati. Susah sangat ke nak wujudkan perasaan kasih sesama makhluk?? Renung renungkan.. selamat berfikir guna akal bukan lutut.


7 comments:

  1. huhu. . lain org lain pendapat tp sokong apa awak ckp

    ReplyDelete
  2. Diorg ni mcm x sekolah pun ye....pening baca mcm2 komen bodoh...

    ReplyDelete
  3. doa penuh kasih sayang supaya mamat tu tak jadi bodoh dah lepas nie ... rasa nak debik je mamat tu akan kebodohan dia ....

    ReplyDelete
  4. Salam Mami Lala...
    ade jgk terbaca share2 pic tu kat fb..
    walaupun cma tak suka anjing, tapi tak pernah terfikir langsung nk buat sekejam tu pada anjing.. sian dia...
    halau dgn cara baik sblm mendatangkan musibah sudahh... tak perlu la sampai nk memanah.. menzalimi haiwan. :(

    ReplyDelete
  5. sel-sel otak tak berhubung memang gitu la pemikiran. rasa nya anjing tu tak mendatangkan bahaya pun, tp agaknya nak tunjuk hero... gi panah nya anjing tu. halau shoo shoo pun rasanya anjing tu akan lari...

    ada jugak komen banggang marah katanya yang upload pic pemanah tu tujuan mengaibkan... pengsan!

    ReplyDelete
  6. saya ada tengok gambar tu
    tak sangka dia sanggup buat begitu
    berdosa sungguh dok menganiaya binatang gitu
    ke dia jahil?

    ReplyDelete
  7. mula2 aku pun sokong si pemanah... tapi bila fikir secara waras & positif... anjing tu tidak perlu dipanah... aku dah baca komen budak rafiq ni... akal tak panjang, camtu la :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!