BILA MAKHLUK GHAIB IKUT KAMI BALIK RUMAH

5/06/2014 03:03:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Tajuk entri bukan tajuk gimik semata mata yer.. Ini adalah pengalaman yang terjadi pada kami 3 beranak yang mungkin boleh di jadikan pengajaran pada semua yang sudi baca entri ni. Perkara ni masih baru lagi berlaku.. jadi ni bukan kisah dahulu kala. Kalau minat nak tau kisahnya.. rajin rajin la baca entri ni sampai abis bukan baca tajuk kemudian buat cerita dari imaginasi sendiri.

Alkisahnya 1 mei aritu kan cuti hari buruh. Nak pergi holiday bagai awal tahun ni rasa 2 dua tempat jauh kami berjalan. Bulan Januari dah berjimbaraya kat Sabah.. lepas sabah tu dalam bulan 3 dah bersantai di hatyai jadi 1 mei takde makna nak nak bermalam kat mana2 tempat percutian. Bila dah cuti si asben tu konon rasa nak amik angin sejuk kat Fraser Hill.. alih2.. sampai sana tak sejuk pun. Kalau sebelum ni pergi lala kena pakai sweater jugak untuk langkah keselamatan supaya tak kena selesam tapi 1 mei aritu rasanya kalau bagi pakai singlet pun budak tu takde hal. Memang cuaca biasa je suhunya. Duduk2 kejab.. tak duduk pun. Amik gambar dua tiga keping lepas gerak nak balik. Taknak malam drive kat jalan penuh mencabar dengan hutan tebal kiri kanan.

Dalam perjalanan balik tu.. Ni bermulanya cerita. Sebelum ni kita memang tak pernah menyinggah sungai2 jernih yang ada dalam hutan tu even nampak ada jugak orang singgah. Kalau siapa biasa ke fraser hill maka tahulah ada sungai macam waterfall tepi2 jalan tu. Aku tak tau la apa yang gerakkan hati si asben nak singgah.. tapi time singgah tu dekat nak pukul 6. Konon nak bagi budak lala main air. kebetulan lepas sekejab kami park kat situ ada satu family pun berhenti basuh kereta, nampak macam ada anak dia yang muntah. Almaklum la jalan ke fraser hill berbukit & berliku tu memang ramai tak tahan. Mula2 lala just berdiri dalam air.. tapi bila dia excited.. abis basah seluar terus dia main air. Alang2 basah biar la dia enjoy kejab kat situ. kejab jer tak lama lepas tu kitorang gerak sebelum kereta yang satu lagi gerak.

Balik dari fraser hill tu takde apa yang jadi. Ok jer.. budak lala pun tido tanpa gangguan malam pertama tu. esoknya malam kedua dia tetiba pukul 9 malam demam padahal sebelum tu aktif & takde langsung tanda demam. Kira demam mengejut. Tapi siang sebelum lala demam tu.. ada gangguan bunyi sikit kat umah aku. Gangguan bunyi ni sebenarnya dah lama jadi kat umah ni tapi dah lama jugak takde tetiba petang tu ada balik. Bunyi macam orang seret kerusi kayu atau perabut.. sreetttttt... macam tu. lama jugak. Aku yang dah biasa buat tak tahu la. time tu lala tidur petang.

Lepas malam 3 mei tu dia demam.. bangun pagi 4 mei suhu dia dah turun normal. Tapi malam 4 mei tu dia demam balik.. bangun siang 5 mei suhu dia normal sampai petang pukul 3 suhu badan dia naik balik. Bila suhu naik call bapak dia la bagitau. Bapak dia balik.. dalam pukul 5 tu bawak pergi klinik gomen sebab takut ada jangkitan apa2... Paling risau takut kena kencing tikus sebab itulah kali pertama lala main air sungai. Sebelum ni jangan harap kita yakin nak bagi dia main air sungai atau kolam2 kat theme park. Kedua takut denggi sebab sekarang musim denggi. Kalau pergi private clinic yang biasa ni.. tahu2 la check suhu lepas tu bagi ubat. Pergi gomen.. dia check suhu badan lala tinggi cecah 38.8 darjah.. kena buat ujian darah & masuk ubat bontot. Si bapak lala pelik sikit sebab dia tak pernah tau ada ubat demam masuk ikut bontot dia dia tanya nurse.. kalau orang dewasa ada jugak ke ubat masuk bontot. Aku nak gelak.. & aku memang gelak. Yelah.. anak kami takde sejarah demam dengan suhu tinggi & lama sampai macam ni. selalu lala susah demam kalau demam pun tak sampai 24 jam dah ok. Lepas ambil result darah doktor just cakap lala demam virus jer.. takde jangkitan apa2. demam biasa cuma suhu tinggi sebab tonsil. Biasa la bila suhu tinggi.

Naluri mak bapak ni kan.. even kita bukan jenis taksub sangat dengan benda2 ghaib tapi kita percaya dengan kewujudan dia & kita tahu dia boleh ganggu manusia dengan izin Allah. sebab kita berenti kat sungai yang bukan jadi tempat riadah manusia, dalam hutan pulak tu even tepi jalan.. dengan demam lala on off tetiba. Rasa macam something pelik sangat. Nak balik dari clinic jalan menuju kerumah tu memang jam gila.. jadi tak jadi balik ingat nak pusing2 makan2 dulu.. tetiba asben aku ni dapat hidayah nak terus ke Pusat Rawatan Islam Alhidayah sebab dia was was dengan demam lala ni. Dia rasa macam ada tak kena kat budak tu even lala takde meracau atau menangis tak henti2. Dia banyak tidur bila dia demam.. merengek pun kejab2 jer.


yang ni gambar aku sendiri la. tapi malas nak letak watermark. bukan cantik sangat pun. hahahaha

Maka terus ke Pusat Rawatan Alhidayah kat setiawangsa.. sampai dah dekat pukul 10 tapi orang masih ramai. Tanya boleh ke buat rawatan kalau tak buat appointment.. dia kata boleh maka register ambil nombor tunggu sampai pukul 12.30 malam baru sampai turn. Tu pun family kami orang terakhir tapi sebab anak aku budak lagi.. Ustaz yang merawat tu minta izin pesakit sebelum tu nak dahulukan budak lala. Yelah dah tengok malam, dengan demam tinggi. Lala totally memang weak tahap takde level dah. Bila Tuan haji lokman.. alah Ayah kepada Dr Dayana isteri kepada Asyraff muslim tu. dia kan pengasas Alhidayah.. dia jugak la yang rawat lala semalam. Bila dia scan dengan kaedah rawatan Islam.. ternyata memang ada gangguan kat budak kecik tu tapi katanya gangguan tu datang dari luar. So, kesimpulan tempat extreme paling terkini kami pergi tu sungai kat hutan tepi jalan masa turun dari fraser hill tu la. Yelah.. kita sedia maklum tempat2 macam tu memang jadi penempatan jin. aku rasa dari situ la kot puncanya sebab Tuan Haji tu tak jelaskan secara detail dari mana datangnya gangguan tu & aku pun tak tanya banyak memandangkan dah terlampau lewat malam kang banyak pulak discussion jadinya sebab aku ni kalau mula tanya boleh buat forum. Takpelah next check up nanti aku tanya la.

Dr Dayana memang ada iras2 bapak dia kan?? Anak beranak la katakan.. (sumber gambar google. Tak kuasa pulak aku nak suruh Tuan Haji Lokman berposing untuk aku semata mata nak letak dalam blog. Hahahahaha malu kot)

Semalam sampai subuh memang badan dia panas lagi tapi bangun bagi ni dah ok & sampai sekarang setakat ni dia takde demam lagi & suhu dia pun normal cuma risau malam nanti la takut dia demam balik. Follow up dengan Alhidayah dalam hujung bulan ni. Hope.. lala cepat2 la sembuh & segala benda yang ganggu dia cepat2 la hilang. Memang susah hati sangat tengok anak sakit... hari ni minum susu pun sikit sangat berbanding semalam. Bagi ubat muntah.. antibiotik pun muntah aku amik keputusan tak nak bagi sebab antibiotik amik kat clinic gomen ni rasa pahit aku pun nak muntah. apsal lain benar rasa ubat2 klinik gimen dengan swasta?? maybe sebab harga, gomen bayar singgit je berbanding swasta 30-40 hengget.

Moral of the story.. korang jangan jadi macam kami even kami tak pernah pun rasa nak bagi anak main kat tempat2 macam tu sebelum ni tapi entah kenapa haritu terbuat kesilapan yang effect pada anak kecik. Tempat yang takde manusia selalu datang tu.. jauhkan dari bawak anak anak kecil kita tak tahu siapa yang berkampung kat situ sebab mata kasar kita takkan mampu nampak alam ghaib sewenangnya. Moga jadi pengajaran.

14 comments:

  1. tapi yelah kan kak.kite ni kdg2 suka suka nk bawak anak main air.even sblm sblm ni xpernah.skali bawak dh terkena.mcm fobia pulak kan kan.hope lala cpt sembuh ye syg =)

    ReplyDelete
  2. haaa... btul la... dulu Akiff pun penah jadi skali... masa tu lagi la dia kecik... gatal bwk g main air kat sungai... huhuu...

    ReplyDelete
  3. budak2 tak elok kuar dari magrib sampai malam...budak2 lemah berbanding org dewasa..even kalau org dewasa balik malam pun jgn terus masuk umah terus..jalan2 kt luar dulu..pastu ludah belah kiri tiga kali..basuh kaki dgn air baru masuk rumah...

    ReplyDelete
  4. moga lala cepat sembuh. baru berangan nak pi Fraser hill..

    ReplyDelete
  5. nice story.. thanks for advice.
    salam singgah dan follow.

    ReplyDelete
  6. salam mami lala...
    huhu..kewujudan mereka mmg ada..
    alhamdulillah lala dah semakin sihat..

    huhuhu..kalo kat umah selalu ada bunyi guli berguling2 dr tingkat atas.

    ReplyDelete
  7. moga lala takde apa2
    jauhkanlah dari apa2 gangguan pun
    take care yea

    ReplyDelete
  8. kita p mana pun actually kena sentiasa beringat dan ingatkan diri sendiri dan org lain. sebab tu kita selalu org cakap 'jangan galak sangat' etc ...ai pun jenis sentiasa igtkan diri tambah lagi pegi tempat org...tempat sendiri pun leh tahan inikan tmpt yg kita jarang pegi.

    blogwalking from grup produk review n follow u

    ReplyDelete
  9. Suria, akk tak setuju Suria hentikan ambil ubat tu.. Suria better bawa Lala jumpa pakar kanak2lah.. risau akk. Mungkin betul kerana gangguan tapi mungkin juga virus.. Suria, akk mintak sgt Suria bawa Lala ke pakar kanak2, pleaseeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah buat ujian darah memang doktor kata dia cuma demam biasa. setakat hari ni dia dah tak demam & aktif macam biasa. dh minum susu lepas buat rawatan kat Al Qayyum tu. memang ada tanda2 shahila kena gangguan.. saya bukan jenis taksub dengan benda2 ghaib tapi benda ni kan wujud so nak tak nak kita memang kena percaya. Saya dahulukan yg moden sebelum buat rawatan alternatif.

      Delete
  10. masa zura g bukit fraser aritu ada gk nmpk kwsn sungai tempat org mandi mandi tepi jalan kan..tp tk berhenti pun..tu la risiko nya kalau singgah kat tempat2 yg kita tk biasa, lagipun masa tu kan dah senja kan, macam2 'makhluk' la yang akan keluar masa tuh...

    ReplyDelete
  11. kesiannya lala, cepat sembuh ye sayang
    benda camni kan memang ada walau kita tak nampak

    ReplyDelete
  12. Alahai cian lala, ngeri juga yer.. Kita x sangka tempat2 camtu ada gangguan.. Moga semuanya kembali sediakala..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com