DENGAN SULTAN MELAKA PUN SAIFUL NANG NAK CARI PASAL KE?

5/22/2014 02:58:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Aku sebenarnya nak gelak je baca status sultan melaka yang membalas balik status dari Saiful Nang yang tetiba petik nama dia. Yelah.. tak pepasal kan petik nama orang untuk menyindir. Lagipun Sultan Melaka (Parody Account FB) tu bukan la publick figure ke sapa.. dia just di kenali dengan status2 lucu dia jer. Aku pun enjoy baca status2 dia.

Dalam hidup ni takkan setiap masa kita nak serius keras kejung macam tiang letrik yang tak goyang langsung. Ada ketika kita kena bagi sedikit ruang untuk diri kita senyum, gelak & gembira. Tak tau la apa motif Saiful Nang nak petik nama Sultan Melaka semata2 nak menyampaikan sindiran tu pada dua ahli politik yang maybe bagi dia macam orang bodoh even dia gunakan kiasan LUCU tapi kita faham la kan.. kalau kita anggap seseorang tu lucu kita akan rasa terhibur & kita tak rasa benda tu macam annoying sangat melainkan kita guna bahasa sindiran. Cakap jer lucu padahal dia nak gambarkan orang tu seseorang yang bodoh.

 Sumber dari FB Sultan Melaka

Aku sebenarnya tak berapa kenal siapa saiful nang ni yang aku tahu memang dia di kenali & nama dia menjadi sebutan cuma aku tak berapa sure apa kehebatan dia tapi yang pasti aku tau apa kelebihan sultan melaka yang hanya dengan status2 dia boleh buat aku tergelak & hilang stress. Ingat yer adik2, abang2,kakak2,makcik,pakcik sekalian.. dalam hidup ni sebagai manusia yang normal kita kena ada semua rasa ni.. saya suka, rasa sedih, nangis & ketawa. kalau takde salah satu tu berlaku dalam hidup kita agak tak normal la diri kita berbanding orang lain.


Rupanya bukan sekali Saiful Nang dok petik nama Sultan Melaka.. Patut la sultan melaka bersuara. Status ni panjang selebihnya korang baca kat sini >> SULTAN MELAKA <<

Kesimpulannya status Saiful Nang ni macam sengaja cipta permusuhan dengan orang yang tak pernah cuit dia pun. Motif kan?? maybe dia rasa annoying kot dengan lawak2 Sultan Melaka.. well kalau rasa terganggu jangan baca sebab ada orang rasa terhibur. hahahahaha

P/S : Buat status secara general la senang. Sapa makan cili dia terasa pedas. Kan??
P/S : setinggi mana pun kita belajar tapi kita kurang ilmu 'adab' tetap orang panggil kita kurang ajar jadi sia2 la segala mak nenek sijil ijazah degree PHD master bagai yang kita ada kalau kita takde adab. Peace
 

11 comments:

  1. hahaha sy pon ada bce kes pasal ni.kikiki...xtahu nak komen ape..kenapa SN tu petik nama SM tu..

    ReplyDelete
  2. kan??pelik je nak samakan orang lain ,dengan orang itu ini ,dengan niat menyindir..padahal orang tu tak kacau dia pun.akak memang dah lama perasan saiful nang ni suka canang kehebatan dia..lepas tu bila orang pandang dia hebat,orang share status dia mula rasa diri tu gah.yang akak tau dia cuma salah seorang pengguna facebook je...agaknya akak tak pandai nilai orang sebab tu akak anggap macam tu .akak tau dia ramai follower..tapi bagi akak dia biasa2 je..lebih suka baca status sultan melaka dari status dia..muahahha

    ReplyDelete
  3. SN ni dah lama perhati..
    makin lama makin menjadi pulak.
    mungkin riak sbb sblum ni ramai duk like statement dia.

    ReplyDelete
  4. Sy pon ska baca post2 sultan melaka kat fb...lawak sesgt...kalo baca masa tgh stress to the max pon still bleh gelak guling2 ngan status dia..hahaha

    Tp tak paham apa kes ntah SN tu...page fb sultan melaka tu pon parody je pon...

    ReplyDelete
  5. SN ni photographer wedding Ning Baizura dan angkasawan negara tu.... dulu masa zaman dia famous as a OP, ada page kami benci SN.. kat situ OP je yang ada...

    maybe sebab dia ada PHD, bini ada PHD dan family bagus-bagus, tiba-tiba diri pun rasa bagus. saya suka baca status sultan melaka.. sangat terhibur. husband saya pun suka... hidup memang sesekali kena senget sikit kan... kalau straight je boring. maybe life dia boring kot sebab too straight!

    ReplyDelete
  6. err...tak kenal sesiapa pun yang disebutkan di atas =)

    ReplyDelete
  7. Hmm nampak macam wedding photog ramai bekap SN ni.

    ReplyDelete
  8. tu la kan.. :) hadoi.. selalu je baca status yg dia tulis. Tpi mention nama orang lain tu tak elok la .

    ReplyDelete
  9. memang lawak....tapi sapa yang paling lawak?....hihi

    ReplyDelete
  10. Sultan melaka ni dia buat lawak ke apa ke dgn status dia tp dia tak usik lobang hidung org. Tu je yg akk duk perhati.

    Siapa pun kita, berpada2 bila nk berkata2.. Kan?

    ReplyDelete
  11. salam mami lala..
    mmg terkejut jgk bila tgk status tu.. tak elok jadikan pic2 mcm ni walau sekadar hanya utk gurauan..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com