PERTANDINGAN BLOGKU TERBAIK! BERSAMA TEAOAIS.COM

25.5.14 Suria Lekatlekit 11 Comments

Sebelum alkisah bermula ini adalah satu contest anjuran Teh O Ais. First time aku jumpa blog ni.. nama pun unik jugak. Dah lama aku tak join apa2 contest tapi di sebabkan contest ni aku rasa macam best jer & agak mencabar sebab nak kena ceritakan apa kelebihan blog kita berbanding blog lain. Ingat senang ke nak tulis kelebihan blog sendiri.. silap2 macam syok sendiri pulak kan? Tapi aku anggap ini satu cabaran sejauh mana aku tahu kekuatan blog aku.

Lagipun pemenang di pilih berdasarkan post terbaik & kreatif bukan random yer.. Tu salah satu syarat yang aku suka. Sebab kalau aku menang bukan pasal tuah semata mata.. tapi ia di nilai dari kualiti post aku. Bukan aku kata post aku gerenti menang.. Tapi sekurang kurangnya aku boleh tahu jugak tahap pencapaian penulisan aku setelah 5 tahun berblog.


Apa kelebihan & kebest'an blog lekat lekit story ni @ apa yang melekat lekit hari ni? Selain nama blog yang unik & agak jadi kontroversi bila ada yang anggap macam lucah je perkataan lekat lekit ni.. Blog aku ni adalah bertemakan seram tak berhantu. Macam mana pulak seram tak berhantu ni? Ok.. di permudahkan blog aku lebih berkonsepkan penulisan yang lantang & blog yang banyak memberi komen @ pandangan peribadi pada isu2 semasa.. isu2 dunia onine & apa saja perkara yang boleh aku jadikan isu yang aku nampak, dengar & lihat. Blog aku memang takde tema..  hanya cerita pasal tutorial ker.. cerita pasal family ke.. atau cerita pasal percutian. Aku akan cerita @ tulis apa saja yang aku rasa menarik. Biarpun penulisan aku adakala agak lazer & pedas.. yang korang takkan jumpa dalam blog aku maki hamun @ carutan, Insya Allah. Bagi aku kita tak perlu guna bahasa kesat untuk jadi lantang cuma perlu berani menyuarakan pandangan yang kita rasa betul. Jangan hanya pandai maki orang dalam blog kena serang dengan Anonymous mengelabah tutup komen untuk Anonymous tu bukan lantang namanya kalau penakut. Jadi sedaya upaya aku cuba mengawal diri untuk tidak tertaip bahasa2 kesat dalam blog aku. Lantang bukan bermaksud kurang ajar. Selain tu blog aku walau banyak juga mengupas isu dari artikel2 akhbar tapi bukan copy paste ok. Aku cuma ambil isu untuk aku komen dengan pandangan peribadi aku sendiri. Dan penulisan blog aku menggunakan bahasa santai bukan bahasa buku atau surat yer.. Macam sembang kedai kopi gitu. Lebih santai orang baca & rasanya lebih enjoy kot dari ayat skema kadang2 kalau post panjang orang boring. Blog aku memang jenis post panjang2. kekekeke

Itu je la kot kekuatan blog aku setakat ni secara ringkas.Hope aku dapat la salah satu hadiah yang di tawarkan macam kat bawah ni... Insya Allah kalau ada rezeki

HADIAH UNTUK PEMENANG:
TEMPAT PERTAMA : RM500.00 TUNAI
TEMPAT KEDUA: RM300.00 TUNAI
TEMPAT KETIGA: RM100.00 TUNAI
DAN 10 HADIAH SAGUHATI DISEDIAKAN BERNILAI RM10.00 SETIAP SATU.
Minat nak join tengok hadiah lumayan tu? Boleh tengok syarat penyertaan kat sini  PERTANDINGAN BLOGKU TERBAIK! BERSAMA TEAOAIS.COM

11 comments:

  1. goodluck akak lekat lekit.... eh! amik kain jap... melekit la plak.... hehehhe

    ReplyDelete
  2. happy blogging & good luck. jap lagi sy nak cabar blog awak hahaha... kidding ! :P

    ReplyDelete
  3. salam mami lala..
    hehe..bukan entri syok sendiri..tak dinafikan.. selesa dgn cara abby imposekan sesuatu ceria sewaktu mengarang..dan bebas daripada entri kopipasta..

    tahniah.. dan selamat bersegmen,,, semoga murah rezeki n gud lcuk :)

    ReplyDelete
  4. wah, mahal juga hadiah dia tu
    all the best cik lekit
    manalah tau kot ader rezeki ye dak =)

    ReplyDelete
  5. dari contest yg sama ..Good luck pcl ucapkan..http://www.nazlee.com/2014/06/pertandingan-blogku-terbaik-bersama.html

    ReplyDelete
  6. singgah dari contest yg sama...done follow #1882

    http://aisyahambris.blogspot.com/2014/06/pertandingan-blogku-terbaik-bersama.html

    ReplyDelete
  7. Boleh caya ker contest blog teaois tu...sudahlah semua artikel blog tu 100% copy paste x beri kredit kt penulis asal..lawak jugak blog copy paste anjur contest...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu je la.. kalau tipu contestant tak rugi.. tapi penganjur tu la bakal kena kecam

      Delete
  8. Saya selalu baca blog sis cuma saya ni jarang komen, banyak membaca je hehe..sis seorang yg rajin update blog. Don't think what people said just do the best as u can :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!