SUKA BERSEDEKAH TAPI MALAS BAYAR HUTANG & ADA HATI NAK KE MEKAH

4.5.14 Suria Lekatlekit 7 Comments

Siapa yang taknak jejak kaki ke tanah suci Mekah.. Sebagai seorang Islam aku pun mengimpinkan nak kesan juga. Tengok orang pergi.. Timbul rasa jeles dalam hati Uolls.. Rasa macam nak menangis berlagu nasyid. Tapi bukan lagi rezeki aku kesana.. Mungkin satu hari nanti Insya Allah.

Bercakap pasal orang yang beriya nak kerjakan Umrah walau umrah tu cuma sunat di lakukan bagi mereka yang berkemampuan. Yang berkemampuan takde hutang piutang tu tak pe la. Pergi la sebulan sekali pun takde sapa nak halang tapi yang mampu tapi ada hutang cuma taknak atau malas nak bayar macam mana pulak. Boleh ke dorang ni pergi Umrah. Alah.. umrah je kot.. bukan buat haji. Nanti2 boleh bayar hutang tu.

Nanti tu bila nak bayar. Tengok rajin je bersedekah kat sinun & sinin. Konon nak buka pintu rezeki agar rezeki secupak jadi segantang. Rezeki bukan segantang dah.. kalau mampu bersedekah dalam amount besar rasanya rezeki tu dah bergantang2.. dah mampu nak bayar hutang tapi hutang masih tetap hutang. Dah bertahun takde tanda2 atau di sebut pun nak bayar tup tup dengar khabar nak pergi Umrah. Nak kata semekin tak mampu bayar rasa lagi kaya hidup dia dari kita, kalau tak mampu bayar hutang masakan mampu bersedekah dalam jumlah besar & mampu pulak dia nak pergi buat umrah. Umrah cuma sunat di lakukan sedangkan hutang wajid di bayar. Tidak diterima Allah SWT apabila kita berulang alik ke Mekah sedangkan hutang kita sesama manusia tidak dilangsaikan

 Untuk artikel penuh baca kat SINI

Jadi barangsiapa yang berkenaan yang ada hutang keliling pinggang tu tapi nak pergi Umrah dalam masa terdekat ni moga ambil pengajaran yer.. Bukan apa kat sana macam macam boleh berlaku. Samada pergi mengadap orang yang korang berhutang minta tangguh atau kalau tak malu try la minta di halalkan even kau mampu bayar pun & buat perjanjian nak bayar atau kalau ada duit sila bayar terus. Jangan buat2 lupa pulak padahal berduit & berkemampuan nak bayar. Buat apa hidup senang tapi hutang orang buat buat tak ingat. Tu yang hutang, yang dok songlap duit orang tak tau la macam yer. Moga Allah bagi kau hidayah ler.. Pergi balik Mekah tiap2 tahun pun tak guna kalau tak dapat hidayah untuk langsaikan hutang orang. Ye dak?? Renung renungkan...

P/S : Antara sedekah, Umrah... tetap hutang harus di langsaikan dahulu sebelum melaksanakan 2 perkara sunnah tu. Jadi tak payah beriya sangat yang dua perkara tu kalau kau masih ada hutang yang wajib kau bayar. Tak payah nak nampak mulia sangat di mata manusia kalau tak Mulia pada pandangan Allah. Pun tak jadi apa..

7 comments:

  1. dan jangan pulak asyik harapkan orang untuk halalkan je hutang yang dah dipinjam tu. sebab kalau pandai berhutang, kena la pandai cari jalan nak bayar balik.. ye dak?

    ReplyDelete
  2. kalau hutang kereta,rumah,ptptn xpe kan kak.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. rara.. hutang2 tu kan ada perjanjian untuk kita bayar balik secara bulanan.. selagi kita sentiasa bayar bermakna kita bukan lari dari hutang la tu. ni akak cerita pasal manusia yg lari dari bayar hutang tapi cuba tunjuk baik dengan amalan2 sunat & sunnah sedangkan yang wajib dia takde usaha @ mengelak pulak nak buat.

      Delete
  3. kan??selesaikan dulu apa yang tertunggak...zaman sekrang ni orang lebih suka buat perkara2 untuk nampak diri gah je..

    ReplyDelete
  4. salam mami lala..

    huhu..harap si penguhtang tu, langsaikan lah hutang..
    cma sendiri ade yg berhutang,,,bila tanye ckp takde duit..tp blh jer g oliday kesan kesini.. :(

    ReplyDelete
  5. betullah tu
    kita nak ke sana kena pastikan semua urusan di sini selesai

    ReplyDelete
  6. dik betul la mmg terkena betul kat ex akak ni..tapi dia tak baca pulak.. hutang harta sepencarian tak byar2 tapi nak buat umrah.. tak tau la nak kata apa.. doa yg baik2 je.. hmmm..mudahan rezeki dia melimpah biar boleh byr utang.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!