AKIBAT MENGAMBIL PRODUK B' VITE SELAMA SEBULAN

2.6.14 Suria Lekatlekit 5 Comments

Korang pernah dengar nama produk B-Vite. Alahai.. aku kan dah review produk ni sebelum ni. Alah produk yang berfungsi mencerah & mencantikkan kulit tu. Bagi korang yang tak tahu takpe nanti boleh skodeng balik entri aku yang lepas. Ni aku nak story ni akibat dari pengambilan B'Vite ni apa yang berlaku pada diri aku. Meh baca supaya korang jadikan pengajaran...

Ni la rupa botol B Vite

Mesti korang tak sabar nak tahu kan apa kesan yang aku alami setelah guna produk B'Vite ni? Dari cantik jadi muka seram ke? Atau dari muka seram terus jadi takde rupa langsung. Jangan la negatif sangat... Aku memang dah berwajah seram tapi setelah guna produk B'Vite ni kurang la sikit keseraman wajah aku ni. Dari dekat2 nak rentung.. cerah la sikit umpama bontot kuali di gosok dengan dawai besi tu. Tu dari kesan kecantikkan

Kesan dari kesihatan pulak.. Sebelum aku ambil produk B'Vite period aku delay dekat 2 bulan. Hampir hampir aku nak buat UPT.. manatau termengandung tanpa signal ke. Alhamdulillah belum sempat aku beli pregnancy test.. Tetiba period dah datang dengan jayanya tanpa segugut atau sebarang sakit yang memeritkan selepas seminggu aku minum B Vite. Selain tu.. sebelum ni aku tak tau la samada faktor usia yang tak semakin awet muda atau faktor pemakanan yang kurang seimbang @ sihat.. badan aku rasa macam berangin tapi angin tu macam terperangkap dalam badan. Rasa memang tak selesa sangat.. kadang2 mual, sengal bagai. Tapi Alhamdulillah lepas seminggu minum B'Vite ni dah takde angin2 dalam badan tu. Badan pun rasa ringan. Bagi yang ada masalah jerawat yang subur di ladang.. Memang bagus jugak kalau amalkan pengambilan B'Vite, jerawat cepat kecut & hilang tanpa meninggalkan parut hitam.

Tu kesan selepas seminggu.. ni kesan setelah hampir sebulan & masuk botol kedua B'Vite. Memang betul la apa yang di kata.. B'Vite mampu mencerahkan dari hujung kaki hingga hujung kepala. Tapi takde la seputih Adira tu.. Cuma memang nampak cerah berbanding sebelum pengambilan B'Vite. Yang best aku ni lepas bersalin tetiba jadi alergik pulak. Ada sesetengah makanan kalau makan jadi gatal.. terutama udang & sotong. Macam Magic lepas ambil B'Vite.. makan la hapapun takde gatal2 dah. Yang ada masalah gatal2 ni boleh jugak cuba B'Vite tapi yang ada masalah suka menggatal tu takde jaminan lepas amik B'Vite terus jadi pencinta setia jer. Ni untuk masalah alergik & gatal2 bukan yang suka menggatal yer. Parut2 bekas garu2, bekas jerawat.. pun semakin pudar, Insya Allah kalau consistent ni boleh hilang semua parut2 di badan & muka. Yang aku perasan kalau kita ambil B'Vite secara consistent dia juga mampu mengawal selera makan.. sesuai jugak bagi yang nak berdiet.


Yang ni effect paling best yang semua perempuan mesti teruja dengar. Almaklum la lepas beranak badan tu berkembang mekar, maka perut pun taknak mengalah. Dia pun nak mengembang & mengembung jugak. Maka kelihatan bukit bukau kat tempat tak sepatutnya. Tapi dengan izin Allah.. amik B'Vite secara consistant membantu mengurangkan bukit bukau kat perut tu even tak serata perut sharifah sakinah tu tapi at least ada perubahan la selepas minum B Vite ni. Kalau di teruskan aku yakin Insya Allah.. sakinah pun menangis tengok perut aku. kekekekeke

Kalau korang yang ada masalah kulit wajah, ada masalah berat badan & ada masalah yang macam aku alami tu.. apakata try ambil B-Vite. jangan risau produk ni bukan mahal. Mampu milik. Kalau korang rasa minat nak tau lebih lanjut pasal produk ni korang boleh refer entri aku yang ni >> B-VITE <<

P/S : testimoni yang di tulis bukan rekaan semata mata atau dari carian google. Ia hasil dari penggunaan si penulis sendiri selama sebulan (2 botol B'vite).

5 comments:

  1. Part jerawat kering tu kita sokong ! Sebab kita pun mengalaminyaaaa. Ewah.

    p.s : tak sempat nak buat testi lagi. Huhuhuhu.

    ReplyDelete
  2. Salam Mami Lala..
    menarik ni.. hari tu nk try guna..tapi tak jadi beli sbb nk utamakan turun berat badan,,,

    ReplyDelete
  3. tak pernah try lagi.. hihi.. :) berdasarkan komen nampak macam berkesan

    ReplyDelete
  4. wah...testimoni ni buat rasa cam nak beli juga

    ReplyDelete
  5. v-bite boleh diambil ketika period x??

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!