BABI HALAL DI MAKAN KALAU MELALUI TRANSFORMASI

9.6.14 Suria Lekatlekit 6 Comments

Sejak isu cadbury kantoi ada DNA babi aku rasa hukum halal haram pun makin tunggang langgang di buatnya manusia. Dari mula2 ada babi.. tetiba jadi takde babi kemudian babi pulak boleh jadi halal kalau melalui proses transformasi @ perubahan zat.

Gambar sekadar hiasan. sumber google

Ni kecoh pulak pasal statement seorang Ulama katanya benda haram boleh jadi halal kalau melalui proses perubahan zat. Tu pendapat dari Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.


Aku terbaca artikel dari sinar harian lagi komen Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tetap kata benda tu haram walau melalui proses transformasi @ perubahan zat sekalipun. Benda halal bercampur benda haram tetap akan jadi haram. Kita bukan di tempat yang darurat sehingga menghalalkan kita makan benda haram tapi kat Malaysia ni banyak lagi kot benda halal kita boleh dapat untuk makan.

 Sumber Sinar Harian

Sekarang yang menjadi persoalan aku la kan.. yang kecoh sangat dok cari fatwa untuk menghalalkan babi tu kenapa? Adakah benar dalam cadbury tu memang ada DNA babi & sebagai nak mengembalikan keyakinan orang untuk makan cadbury maka statement2 camni di cari gali kemudian di sebarkan?? Kalau betul cadbury tu takde babi.. tak timbul isu babi jadi halal kalau melalui proses perubahan zat bagai. Ni buat aku semakin syak sesuatu ni...

Jadi, seperti biasa moral of the babi story..Islam je tak boleh makan babi atau benda yang ada unsur babi.. Tapi agama & bangsa lain takde larangan jadi biarlah mereka yang berhak makan je memakannya. Tak payah beriya sangat nak mempertahankan coklat bernama cadbury.. Bukan kita tak makan cadbury tak boleh jual langsung. Jual je la tapi klasifikasi sebagai makanan tak halal sudah. Peace!

P/S : So, pada uolls semua.. Samada halal atau haram, ada babi atau tak produk yang kontroversi tu pilih la jalan selamat.

6 comments:

  1. senang cerita kita yang rasa tak nak tu, tak payah makan kan su??? kalau was2 tak perlulah gatal2 nak jugak makan ye tak???

    ReplyDelete
  2. Haha bayangkan sekontena tulang babi dlm kilang bila dh transformasi jdi benda lain terus halal...uweekkkkkk..

    ReplyDelete
  3. Salam Mami Lala..

    Huhuhu...dah sampai mcm ni isu halal haram...

    ReplyDelete
  4. pilih la jalan paling selamat..tak payah makan..betul le..bukan la sampai tak de benda langsung nak makan kat malaysia ni..banyak lagi makanan lain.coklat brand lain pun banyak yang sedap..

    ReplyDelete
  5. Siap boleh halal ye lepas transformasi. Hehe. Macam tu daging dia transfom je la. Boleh makan. Haha. Benda dah sah2 haram kan. Jalan selamat jangan makan. Cuma kat coklat tu tak tahu la ada ke tak DNA babi tu.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!