BLOGGER JANGAN ASYIK CERITA PASAL EVENT ORANG JEMU NAK BACA

22.6.14 Suria Lekatlekit 8 Comments

Sebenarnya aku was was jugak nak buat entri pasal ni. Satgi ada pulak yang kata aku ni jenis pedengki.. jeles sebab aku tak join apa2 event yang melibatkan blogger bagai. Ini bukan jeles pasal kelebihan korang ada sebagai blogger yang sentiasa dapat tunjuk muka kat banyak event2 yang berbayar mahupun tak. Sikit pun tak jeles ok. Tu semua rezeki masing2. Rezeki aku dalam berblog setakat ni Allah bagi hanya duduk depan pc & update blog dapat la singgit dua buat belanja diri sendiri hasil berblog tu pun aku dah bersyukur sangat dari masuk angin keluar asap & jadi jerebu jer, kan??

Sumber google

Semalam alkisah terbaca satu status sangat ringkas tapi entah kenapa aku macam paham makna tersembunyi walau tak di jelaskan secara detai dari seorang blogger yang di kenali sebagai Melastik Bintang. Status dia pendek jer.. "Be A Smart Blogger, Not Event Blogger". Aku ni memang suka panjangkan cerita pendek maka aku up pula status kat FB Wall aku sebagai kesinambungan Status pendek Melastik Bintang. Aku memang terkenal kalau up status mesti panjang lebar cerita. Korang boleh baca status aku & komen2 dari blogger lain kat bawah ni.


Macam dalam komen tu aku cakap.. Event2 yang di anjurkan untuk blogger ni memang sebenarnya banyak benefit. Aku sendiri pun boleh nampak  dengan event boleh menaikan blogger & blog dia. Tapi jangan la kau asyik pergi event blogger kau pun manjang cerita pasal event sebab orang baca blog bukan nak tau pasal event jer. Kalau dulu sebelum kita kenal event kita boleh mempelbagaikan cerita dalam blog takkan bila dah di kenali asyik cerita pasal event je. Orang muak jugak nak baca cuma tak semua orang berani menegur je.

Moral of the blogger event ni.. Hope takde yang kecik hati pasal entri ni. Aku tau aku bukan la sehebat korang dalam dunia blog.. cuma blogger tersembunyi di pinggiran longkang. Cuma tu la.. Jangan hanya di kenali sebab rajin tunjuk muka kat semua event yang di anjurkan sedangkan matlamat berblog tu dah terabai melainkan korang berblog hanya untuk di kenali & dapat income ribu riban tiap bulan tu tak tau la. Kalau cara cerita pasal event je boleh up blog korang.. teruskan la tapi ketahuilah.. Tak ramai yang enjoy sangat baca cerita pasal event je manjang.

8 comments:

  1. Itulah yang indahnya dunia blogger. Takkan semua nak jadi bos, siapa nak jadi kuli kan. Dan lagi, siapa lagi yang nak memeriahkan dunia blogger kita. Kalau semua asyik mencarut dan sebilangannya mcm buku teks, payah jg kan..huhu

    ReplyDelete
  2. Tak pernah join mana-mana event. Selalu perhatikan melalui media sosial. Jemu juga tengok tunjuk pergi event selalu.

    ReplyDelete
  3. salam mami lala..
    itu ler tapinye..
    biarlah seimbang..kalo hari2 dok update psl event je..mmg hambar..

    ReplyDelete
  4. kalau promote page tak pe kan . he3

    salam kutoo kembali dengan contest terbaru disini http://kutooobamboo.blogspot.com/2014/06/contest-kisah-di-bulan-puasa-jom.html

    ReplyDelete
  5. sama laa... aku pun blogger di tepian longkang je, ada yang nak baca... bacalah... takde yang baca pun aku tetap keep meroyan sesorang dalam blog.... ada kawan blog yang kekomen macam ni pun aku dah bahagia kak lekit... hehe

    ReplyDelete
  6. Bosan.. sekali sekala diselitkan dengan event baru ok..

    ReplyDelete
  7. btl la kak..kenkadang mcm xde pengisian je blog depa..lbh suke blog santai..merapu pun ok..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!