CHEF WAN SIFATKAN CENCALOK, BUDU & PERKASAM ADALAH BANGKAI

11.6.14 Suria Lekatlekit 12 Comments

Nak gelak pun ada... kesian pun ada jugak. Yelah.. Chef Wan sapa tak kenal. Chef selebriti yang sangat terkenal bukan sahaja kat Malaysia malah luar negara. Bukan setakat pandai masak, pandai berlakon, pandai mengacara & pandai jugak membebel. Tetiba keluar statement ni.. Aku rasa, Macam aku pulak lagi educated dari chef Wan.


Taknak cakap banyak just nak cakap sikit tapi banyak jugak.. Chef Wan ni tak pandai bezakan bangkai dengan makanan yang di perap @ di jerukkan ke? Rasanya orang nak makan ikan, udang, sotong & apa je makanan laut ni mana ada kena sembelih dulu. Main siang jer.. Takde istilah bangkai pun.

Sumber FB

Aduhai.. Dato Chef Wan.. isunya pasal Babi di heret pulak cencalok, budu, perkasam ikan kering bagai tu dah kenapa? Bercakaplah apa yang kita tahu saja.. Kita semua boleh jadi outspoken dalam menyuarakan pendapat tapi tak perlu cakap merepek yang tak masuk akal nak2 lagi publick figure jadi bahan ketawa orang je.

Moral of the che wan story.. Ingat yer adik2.. beza bangkai dengan makanan laut yang di keringkan, di jerukkan atau di perap adalah sangat berbeza. Takde istilah makan bangkai kalau korang gemar makan cencalok,budu, ikan masin bagai. Anggap la Tok Wan ni dia tak berapa sihat masa keluarkan statement tu. Yelah.. manusia semua buat silap.

12 comments:

  1. Salam Mami Lala..
    Hehehe.. cencaluk dgn budu pun terkono jgk..

    ReplyDelete
  2. hm.. licha mmg tak makan cencalok dengan budu. jadi tak tau lah apa rasanya kan.
    cuma bab sensitiviti makanan ni memang boleh jadi isu.

    ReplyDelete
  3. hehe..dia ingt kalau haiwan yang dah mati lama tu namanya bangkai la tu..heheh

    ReplyDelete
  4. masaalah orang tua nyanyok...dia masak bukan sedap pun..

    ReplyDelete
  5. aduhai..... belacan, cencaluk, budu semua tu peberet makkkk...... cepwan nyanyuk kot.....?? rasanya laa... heee~

    ReplyDelete
  6. Aiiyyyaaaa... pabila Barat menjadi ikutan, segala makanan bangsa Melayu dihina2kan. Ish3...

    ReplyDelete
  7. cencalok sdp..budu pn sodapp..tp cncalok pernah mkn skli jer..sob2

    ReplyDelete
  8. apa yg chef wan cakap tu mmg betul, hanya disampaikan dalam bentuk yg agak "lepas".
    Ikan dan udang adalah termasuk dlm kategori bangkai tetapi bangkai yg halal dimakan, begitu juga dgn belalang, maknanya ia tidak perlu disembelih sebelum memakannya, ini termasuk dlm bab fiqh.

    cencalok, budu, belacan, ikan masin (yg berbau agak busuk samada disengaja atau tak sengaja pemprosesannya) adalah makruh hukum memakannya, sptmana memakan petai, jering, kerdas dan yg seangkatan dgnnya. Apapun terbukti ianya sgt digemari ramai org terutamanya dikalangan org melayu dan Islam wlp mungkin ada org lain atau bangsa lain yg sgt terganggu dgn kehadiran bau itu.

    jadinya sesiapa yg sewenang2nya menuduh chef wan tu nyanyuk, harap berguru lagilah ya esp bab2 fiqh ni...takut nanti jadi kata dulang paku serpih. Dah tu ada link pulak nak tau siapa yg sebenarnya nyanyuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Anonymous dengan penjelasan. Saya anggap ia ilmu yang bagus tapi tu la kan.. dalam masyarakat kita ni ada adab. Kalau panggil bangkai tu hina sangat.

      Delete
    2. Ilmu baru dapat dari cik anon.... alhamdulillah :) tarik balik ayat pasal nyanyuk itu...

      Delete
  9. harapnya budu
    yang di makan diproses dengan baik, kerana ikan gelama masam yang kita grmari mungkin boleh dikatakan haram di makan sekiranya proses pengeringan tanpa membuang peru ikan terlebih dahulu.. nmpak mudah, pahit tp itu hakikat..ia mcm bangkai...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!