KEDAI NI SALE SETIAP HARI AGAKNYA BILA HARI DIA TAKDE SALE

30.6.14 Suria Lekatlekit 6 Comments

Dengar pasal sale confirm la kaum wanita la paling excited tahap mak sinchan kan? aku pun sama la.. mata macam keluar bintang je bila tengok perkataan sale. Lumrah kaum wanita kan.. Suka membeli belah ye dak?? Hari ni aku nak cerita pasal satu kedai yang manjang sale tak pernah aku tengok kedai dia takde sale. Kalau korang nak tau kedai apa.. kat mana sabar & baca sampai habis.


Sejak dua tiga empat menjak ni memang aku nampaknya suka sangat ke selayang. Tak tau la pelaris apa ada kat sana selain kedai dvd original yang murah ada dalam selayang Mall & Kedai Mr. DIY yang macam wajib pulak aku singgah kalau ke selayang Mall selain mydin cari barang dapur. Kat selayang ada satu kedai kasut. kedai kasut ni manjang sale. Sale ulangtahun.. sale tu sale ni.. Kiranya tiap kali aku pergi selayang tak pernah kedai tu tak buat sale. Manjang ada perkataan sale dengan meriahnya kat kedai dia sampai aku naik pelik jugak gamaknya kalau tak sale berapa rega kasut2 dalam kedai dia. Kalau dah hari2 sale.. bila dia jual barang dia tanpa sale.

Yang aku pelik... sebenarnya harga kasut tu harga sale ke memang normal price dia?? Yelah.. tak pernah aku nampak dia kedai dia takde sale aku rasa memang dia hari2 jual dengan harga sale je la. Maknanya harga sale tu harga normal price dia. Maybe kedai dia memang sale ke tak sale harga dia sama.. cuma nak menganggu emosi manusia yang obses dengan shopping ni tertarik masuk dalam kedai dia bila nampak je perkataan sale.

Rasanya bukan kedai kasut tu je buat camtu ada banyak peniaga yang menggunakan taktik tersebut. Macam sogo.. Bukan semua barang dalam tu harga sale.. kalau korang survey betul2.. banyak barang sale dia tipu je. Dorang letak harga lebih tinggi kemudian konon bagi diskaun dengan harga yang sebenarnya memang harga biasa barang tu. Nak tarik perhatian orang.. maka depa buat la camtu. Sebab tu ada artikel yang aku baca.. Sale kat Malaysia ni sebenarnya sale trick jer. Bukan betul2 sale. Pun camtu macam semut jumpa gula manusia yang membeli belah kat sogo, kan??

Moral of the story.. Kita nak membenteras peniaga yang guna trick camni memang susah apa yang kita boleh buat rajin la survey, Insya Allah kurang la kita tertipu dengan perkataan sale melainkan kita orang kaya duit melimpah ruah boleh buat bahan bakar macam daun kering kan?? Tak payah nak survey pun takpe.. tunjuk bayar je.

6 comments:

  1. ada satu lagi kedai yang sale sepanjang tahun, cer teka apa???

    ReplyDelete
  2. nk teka leh?coutrs mammoths(xtaw eja tul x)?tul x?hihi

    ReplyDelete
  3. kedai perabot Cavenzi dekat Balakong tu sepanjang tahun gak sale dia...mmg tk pernah diturunkan banner SALE, malahan bertambah plk banner.. wahahaaha !!

    ReplyDelete
  4. hahaha. . biasa la tu nak tarik pelanggan katanya

    ReplyDelete
  5. orang2 yang buta sale macam aku ni terus masuk kedai tu.... lepas tu tengok harga tak jadi beli, keluar kedai dengan penuh hampa.... muahahaha !!

    ReplyDelete
  6. salam mami lala..
    hehehe.. marketing tak beberapa nk jadi.. tp ttp jgk ade yg beli.. :p

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!