KITA BELAJAR BERJUDI & MAIN NOMBOR SEJAK KECIL TANPA SEDAR

25.6.14 Suria Lekatlekit 3 Comments

Kecik2 dah pandai berjudi tapi mak tak berapa nak larang & marah pun time tu. Ada mak bapak siap bagi duit lagi untuk anak dia beli nombor. Ni bukan drama tv ok.. tapi ni realiti yang pernah berlaku nak2 lagi yang membesar zaman 90an dulu. Memang sejak zaman budak dah pandai main nombor. Tak caya atau korang tak ingat korang pun pernah berjudi masa kecik dulu.

Sumber google

Mesti ramai yang pelik judi yang macam mana kita main dulu2? Beli nombor yang macam mana budak2 zaman dulu main. Kalau korang still ingat dengan  permainan tikam mesti korang terfikir tak jauh beza macam beli nombor ekor. Satu nombor di jual 20sen masa tu. Kalau nombor korang beli tu dapat nombor bertuah yang ada reward.. maka dapat la hadiah2 macam psitol air, t-shirt @ macam2 permainan budak masa tu.


Ni la contoh nombor ekor kanak kanak @ dulu kami panggil tikam nombor. Ingat tak??

Kan tak jauh beza macam main judi nombor ekor.. kalau terbeli nombor bertuah dapat la ganjaran tapi masa tu zaman informasi pun terhad. Zaman mak bapak pun tak banyak pengetahuan agama anggap benda2 camtu macam permainan budak2 yang tak memberi kesan negatif.

Aku pun pernah main tikam nombor ni masa kecik.. siap aku pernah jual lagi nombor tikam. Guna modal duit raya dapat la jugak untung beringgit2 masa tu. Tapi tu la.. masa itu aku sendiri pun tak paham apa &macam mana judi. Yang aku paham orang main kad daun terup tu la judi sampai kalau jumpa tak berani sentuh sebab masa tu aku & kawan2 aku anggap benda tu judi & haram sampai nak sentuh pun takut.

tapi tu la kan.. zaman dulu macam zaman jahiliah. Penyebaran ilmu agama ni tak meluas macam sekarang tapi budak2 dulu takde la pulak senakal budak2 sekarang tapi tetap la tanpa sedar dari kecik kita dia ajar berjudi & dah tentu permainan tikam ni bukan di cipta oleh orang muslim. Mujur la dah besar aku tak jadi kaki judi.

Moral of the story... Tanpa sedar kita di ajar ilmu berjudi sejak kecil tapi tu la bila di adaptasi dalam permainan kanak2 terus terkabur motif sebenar pencipta permainan tu. Bijak orang yang mencipta permainan tu. Bukan saja mampu kaut untung malah mampu melatih kanak2 menjadi seorang penjudi. Jadi kita yang dah banyak info hidup di zaman IT ni hope pandai2 la memilih permainan untuk anak2. Yang ada unsur judi tu.. dari sekarang la kita patut elakkan supaya tak jadi kebiasaan mereka sampai besar.

3 comments:

  1. akak dulu tak merasa benda2 gini..pi sekolah memang bawak semata 20 sen je. 10sen beli air,10 sen beli sirap...dulu teringin jugak nak tikam2 macam kawan2 lain..tapi tak boleh..keluarga akak memang susah sangat...yang menikam2 nombor ni biasanya anak orang senang la.pagi dapat duit belanja,petang pun ada duit belanja..petang2 menikam je la kerjanya..yang ada kad nombor dalam cekedis pun ada.beli cekedis satu,ambik kad je,isi bukan makan pun..kami yang susah ni tengok telan air liur je la..heheh..
    heheh

    ReplyDelete
  2. Tak pernah main mende2 ni sebab tak minat. kalau ade duit extra time kecik2 dulu, sorok2 beli cekedih je. hehehhe

    ReplyDelete
  3. salam mami lala..
    hahaha..pernah tgk kawan2 main,tp cma sendiri tak main..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!