MITOS DARI STAFF HKL PASAL BAHAYA TAMPAL COOL FEVER KAT DAHI

7.6.14 Suria Lekatlekit 11 Comments

Alahai.. dugaan 2014 gamaknya. Anak ku ni sebelum ni cukup susah nak sakit.. demam setahun sekali tapi tahun 2014 ni rasanya dah 3 kali demam. Haritu baru je recover dari demam akibat gangguan mistik.. baru bulan lepas.. dah awal bulan ni demam pulak. Tapi ni takde la kot sebab gangguan ke hapa... maybe demam virus biasa. Panas pun tak tinggi sangat. Tapi tetap kena buat blood test & masuk ubat kat bontot even suhu 38.4 celcius menurut doktor cuma suhu demam biasa tak tinggi sangat.

Gambar carian google

 Alkisahnya semalam aku detect anak aku nafas dia ada bunyi.. bila susah nak minum susu. Asyik terbatuk.. Aku syak maybe ada kahak. Siang tu aku dah bawak pergi private clinic tapi doktor clinic tu just buat decision dari penjelasan aku jer langsung tak nak check. Aku memang tak puas hati. Berkali aku cuba tanya.. & dia kata anak aku cuma ada masalah kahak biasa jer. Memang aku tak puas hati. Dia bagi ubat cairkan kahak.


Malam anak aku demam... Doktor tak bagi ubat demam sebab dia tak check langsung tekak anak aku. Dari pengalaman aku yang lepas bila kita bawak anak jumpa doktor bila ada kaitan dengan masalah selera makan.. masalah kesihatan ni dia akan check tekak & doktor boleh detect kalau anak kita ada tanda2 nak demam melalui tekak. Sebab tu doktor malas tahap panda makan tidur jer, jadi terdemam la anak aku semalam tanpa aku tahu dia nak demam.

Sebab tak puas hati hari ni aku bawak pergi govement clinic. Lupa pulak hari cuti umum clinic tutup.. sebab kurang bijak tak tau boleh pergi hospital sg buloh sebab dok ingat hospital sg buloh takde rawatan pesakit luar.. berdesup pergi HKL sana nu. Takpe demi anak. Kalau kena pergi hospital kulim pun aku sanggup pi. Biasa la govement hospital.. kena la tunggu. Takpe at least aku yakin dengan doktor gomen ni. Yelah anak aku kan demam.. so, tampal la cool fever kat dahi untuk kurangkan suhu panas, tetiba asben aku cerita ada sorang staff HKL (lelaki) tegur kata bahaya letak cool fever kat dahi.. kena letak belakang leher. Bila asben aku tanya kenapa dia macam nak marah tapi tak bagi tahu sebab kenapa.


Maka balik rumah tanya Doktor google. Rupanya Isu ni pernah jadi kontroversi tapi sayangnya hanya mitos berkaitan tampal cool fever kat dahi boleh membahayakan kanak kanak. Yelah.. kalau bahaya iklan kat TV pun tayang tampal kat dahi. Yang staff nurse HKL tadi beriya sangat sampai macam nak gaduh rupanya percaya pada mitos yer..

Untuk artikel penuh pasal entri cool fever ni boleh baca kat SINI

Moral of the Cool Fever story.. sebelum kita nak canang benda tu bahaya, benda ni selamat kita kena ambil tahu dulu kenapa tak selamat. Jangan hanya dengar orang kata bahaya kita pun sibuk nak hotkan isu tu padahal bila orang persoalkan balik kenapa bahaya kita takde jawapan then nak hangin kat orang.

P/S : actually tadi 1st time aku ke HKL rupanya HKL dok guna sistem nombor guna cebisan kad manila lagi. kekekeke

11 comments:

  1. penah baca komen ni kat ig doc halina. jadi hati2 laa klu tgk benda viral kat fb tu. ada yg betul, ada yg palsu

    ReplyDelete
  2. pernah gak baca tk blh letak cool fever kat dahi...mitos sahaja rupanye..haih !!!

    ReplyDelete
  3. ramai yang nak jadi doc la...hehehheeh

    ReplyDelete
  4. mitos rupanya eh...sy tgk wife sy guna tuala basah jer bila jai keadaan mcm tu.

    ~pcl
    http://www.nazlee.com
    http://gelagatorang.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Salam Maimi Lala..
    huhu...cma tak tahu menahu pasal ni.. la ni baru tau..

    ReplyDelete
  6. hahahaha.. ramai yang tersalah info ni.. hehehe

    ReplyDelete
  7. hm... tu la kan.. suka sangat orang nak create chaos.. :(

    ReplyDelete
  8. pasal coolfever saya tak tahu pula
    tapi pasal ubat masuk bontot tu ada doktor kata jangan kerap bagi
    bahaya pada buah pinggang
    tak tahulah betul ke tak, malas nak buat penyelidikan
    dulu kerap minta sebab anak saya susah nak makan ubat
    agaknya sebab kerap minta kot, takut ubat dia habis...hehe

    ReplyDelete
  9. rasanya yang iklan kat tv tu untuk kanak2 je. yang orang dok viral tu untuk bayi. kanak2 dengan bayi tak sama ye..
    artikel ni kurang jelas untuk menafikan bahayanya cool fever apabila ditampalkan pada dahi bayi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak saya bukan bayi lagi... so, mitos tu menyebabkan salah faham orang ramai

      Delete
  10. dr pengalaman, tmpal cool feever kt blkg tengkuk or kt tengah belakang lg cpt trnkn panas bdn..kt dahi tu ltkkn kain bsh je..n skali2 lap bdn anak dgn kain bsh..in sha Allah dmm kebah

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!