PANGGILAN HANGIT HUKUMNYA HARAM

13.6.14 Suria Lekatlekit 9 Comments

Dalam kita dok bergelak bila dengar panggilan hangit kat hotfm tanpa kita sedar kadang2 orang tu termalu dengan prank yang orang lain kenakan pada dia tanpa kerelaan dia untuk tontonan & pendengaran umum. Sebab yang kena tu orang.. yang dengar & rasa lawak tu kita, so kita rasa benda tu small matter. Takde apa yang memalukan & mengaibkan pun.

Tu kita... pada orang yang terkena belum tentu dia pun rasa lawak, betul tak?? Tak semua orang suka di ketawakan. Mungkin lawak bagi kita aib bagi dia ye dak?? Bila terbaca status dari Dr Maza kat Fb page beliau.. baru aku terfikir pasal ni. Macam panggilan hangit cikgu Izzuddin tu. Aku dengar pun gelak berdekah2.. Tapi cikgu Izzuddin pasti rasa malu yang teramat sampai dia tak benarkan lagi clip tu di sebarkan.

Sumber Fb Dr Maza

Rasanya pihak hotfm kena kaji semula la segmen tu. Sebab makin lama rasanya prank dorang tu makin melampau. So tak relevan sangat nak teruskan.. atau cuba cari solution lain untuk buat segmen tu tak melampau sangat memalukan orang. Kita yang dengar maybe rasa enjoy orang yang terkena belum tentu enjoy di kenakan, ye dak?? so, kadang2 kita kena letak diri kita kat tempat orang. Cuba bayangkan korang kat tempat cikgu Izzuddin yang cakap macam tu.. Apa perasaan korang bila kawan2 korang dengar kemudian jadi bahan lawak? Saya nak buka baju... hati seorang pengantin.. Korang rasa lawak ke kalau korang yang kena? Tak sangat la bagi orang yang terkena.. tapi bagi orang dengar, aku akui memang lawak giler sampai banyak kali aku dengar pun aku gelak.

Moral of panggilan hangit story.. Buat lawak berpada pada.. Jangan dari lawak jadi bala. Sebab tak semua lawak berakhir dengan gelak. Penerimaan orang jugak tak sama.. tak nafikan ada yang ok rasa perkara tu small matter sekadar menceriakan keadaan tapi tak semua rasa benda tu benda remeh. Yelah.. nama pun manusia kan?? Renung2 kan.. selamat berfikir. Salam Jumaat.

9 comments:

  1. kurang setuju kalau dah melampaui batas tu kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada dah orang rasa melampau.. so pandanga setiap orang tak sama. sebab tak semua org boleh terima di kenakan.. ada org boleh terima. kita nak kenakan org kita x tahu apa yg kita buat samada org boleh terima ke tak, kan?? so kadang2 benda kita rasa lawak jadi aib pada org tu kira melampau even bg kita remeh

      Delete
  2. cx baca jgk kes over panggilan hangit ni. tp kesian sgt sbnrnya dok buat pgln hgt ni. hrp2 lps ni tkya lagi buat kan . tk memasal je.

    ReplyDelete
  3. hm..kalau panggilan nak buat surprise yg elok2 ke ok la skit. ni sampai dah jatuh nak aibkan orang pon tak boleh jgk kan

    ReplyDelete
  4. permainan kanak2..
    makin lama makin menjadi,
    elok jugak kalau ada org tegur,
    kasi beringat sket cara naka berlawak tue

    ReplyDelete
  5. jarang dengar radio.. hahaha. tapi tu lah kan... thank you for sharing (:

    ReplyDelete
  6. Dulu ok la, cuma sekarang ni agak melampau sampai mengaibkan orang menyentuh hal peribadi org.. semuanya semata nak cetuskan provokasi, provokasi bagi mereka adalah perkara lawak buat mereka.

    ReplyDelete
  7. HOT FM X LA GILA SANGAT NAK SIARKAN PADA ORG RMAI TANPA KEBENARAN TUAN PUNYA BADAN

    ReplyDelete
  8. MF saya x setuju dengan apa yang dikata kan.kerana setiap perbualan yang disiarkan adalah kebenaran dari tuan punya badan sendiri jikalau tuan punya badan yang terkena membenarkan perbualan ini disiarkan maka hukum nya tidak jatuh haram andaikata sebaliknya perbualan itu disiarkan tanpa kebenaran oleh pihak terkena,maka hukum nya haram.kerana mengaibkan .halal dan haram di harap jangan la buat main main suka suka kata halal,suka suka kata haram ,lain kali kaji dulu sedalam dalamnya

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!